Kami, rakyat Malaysia, bersumpah bahawa kami akan terus setia memperjuangkan bahasa Melayu berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan dan Rukun Negara melalui prinsip Satu Malaysia dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai:
- bahasa yang mencipta kedaulatan bangsa;
- bahasa kesatuan politik, ekonomi, budaya, sosial, pendidikan, sains dan teknologi;
- bahasa perpaduan serta pembangunan negara yang menjamin kelangsungan bangsa Malaysia;
- bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual serta memerdekakan pemikiran bangsa; dan
- bahasa yang membawa, memelihara, mencipta, menyalurkan serta mengembangkan ilmu dan tamadun di negara dan di dunia.
Sesungguhnya, kami bertekad, bahawa kami tidak akan berganjak daripada perjuangan ini!
Nota
Sumpah ini diikrarkan oleh hadirin Hari Pejuang Bahasa 152 di Balai Budaya Tun Syed Nasir Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 15 Februari 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan