Pada hari itu saya berjalan kaki dari pekan Papar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir. Cuaca panas. Rumah sewa saya di hadapan sekolah sudah kelihatan. Ketika itu fikiran saya masih bertumpu pada bahan pengajaran yang akan disampaikan keesokannya. Pada masa itulah saya mendengar suara, “Maaf, bah. Limpas dulu, ya.”
Saya tersentak. Bahan pengajaran Bahasa Melayu untuk Kelas Peralihan yang sedang saya fikirkan berselerak. Seorang pak cik yang sedang mengayuh basikal sudah berada di sisi sebelah kanan saya. Peluh berbintik-bintik di mukanya. Bintik-bintik peluh yang sudah bersatu meleleh di pipinya. Kakinya kelihatan kepayahan menekan pedal. Kepayahan itu, kerut wajah dan engahan nafasnya memberitahu saya bahawa dia keletihan. Namun dia sempat memaniskan mukanya dan menguntumkan senyuman untuk saya sambil mengulangi kata-kata, “Maaf, bah. Limpas dulu, ya.”
Saya membalas senyumannya tetapi rasanya dia tidak perasan. Pada masa itu dia sudah melihat ke hadapan. Keseluruhan tubuh dan basikalnya sudah mendahului saya. Namun, kata-katanya, “Maaf, bah. Limpas dulu, ya” terasa-rasa masih kedengaran.
Dia terus berkayuh. Lebih separuh baju belakangnya dibasahi peluh. Apabila saya sampai di simpang untuk menuju ke rumah, belakang dan basikalnya sudah berada jauh di hadapan. Saya tercegat di situ. Saya memerhati belakang dan basikalnya yang beransur-ansur hilang. Pada masa yang sama, hati saya mengulang-ulang kata-katanya, “Maaf, bah. Limpas dulu, ya.”
Apabila saya masuk ke rumah, ungkapan itu masih berulang-ulang juga dalam hati. Tentu ungkapan itu istimewa. Ketika berada di bilik mandi, saya mencari-cari keistimewaannya. Ketika sedang berpakaian, saya masih memikir-mikirkan keistimewaannya. Ketika menggoreng ikan sambil menyanyi-nyanyi di dapur, fikiran saya masih juga mereka-reka jawapannya. Namun, jawapan yang diperoleh kabur-kabur. Saya rumuskan sahaja, ungkapan itu bukan tegur sapa biasa.
Pak cik itu sudah berumur. Saya orang muda. Rasanya pak cik itu penduduk tempatan. Dia sudah lama menetap di daerah ini. Saya perantau. Belum sampai sebulan saya bertugas di sini. Saya belum mengenalinya. Rasanya dia juga belum mengenali saya. Jadi, mengapakah dia berasa perlu untuk meminta maaf kepada saya?
Ketika pak cik itu mengungkapkan kata-kata, “Maaf, bah. Limpas dulu, ya”, pemahaman saya tentang perkataan “limpas” masih samar-samar. Rupa-rupanya perkataan itu bermaksud “lalu”. Dalam konteks ungkapan pak cik, perkataan itu bermaksud “tumpang lalu”. Pak cik memohon maaf kepada saya semata-mata untuk lalu di sebelah saya dan seterusnya mendahului saya.
Beberapa purnama kemudian, seorang pak cik lain menggunakan ungkapan, “Maafkan pak cik, nak. Limpas dulu, ya.” Seterusnya, seorang lagi pak cik berkata, “Maaf, cikgu, ya. Pak cik limpas dulu.” Pak cik yang ketiga ini ialah warga sekolah tempat saya bertugas. Jikalau tidak silap, seorang anakandanya bernama Sairah.
Kisah ini sudah berlalu lebih tiga puluh lima tahun. Namun, ungkapan itu, terutamanya ungkapan yang terakhir, masih segar dalam ingatan saya. Setelah bersara, kesibukan saya merudum. Saya memperoleh kesempatan untuk memikirkan keistimewaan ungkapan ini dan beberapa ungkapan yang lain. Saya memohon maaf kepada Tuan Mohd Saidi, Tuan Haji Tanalol, Tuan Haji Kaipin, Puan Hajah Zaiton, Puan Neetah dan rakan-rakan kerana tumpang bertanya: “Adakah ungkapan ini masih kedengaran dalam kalangan masyarakat tuan/puan?”
Wallahuaklam. Wassalam.
Seremban
30 Mac 2011
Nota dan perbincangan di Facebook: http://www.facebook.com/#!/notes/mohd-isa-abd-razak/maaf-bah-limpas-dulu-ya/10150471053830089.

4 ulasan:
alhamdulillah.masih lagi cikgu. kecuali mungkin kalau bukan orang kita.
tahniah atas tulisan.saya suka membacanya
Syukurlah, saudara. Saya pasti saudara menjunjung warisan yang tinggi nilainya. Nilai seperti ini mesti mendapat perhatian guru, khususnya guru Bahasa Melayu. Terima kasih.
Salam, tuan. Saya sokong pendapat Abd. Naddin. Klu bahasa orang2 KadazanDusun bilang, "Siou kio, talib oku poh.."
Maknanya, "Minta maaf ya, saya tumpang lalu."
Masih dipraktikkan masyarakat di Kota Belud ini, kecualilah bukan org kita. Eh, sama pula ayat ni, hehe........
Waalaikumussalam.
Puan Kadiza, ini pengesahan dan maklumat tambahan. Bersama-samalah kita melestarikan nilai murni masyarakat kita.
Catat Ulasan