Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Inilah perbandingan yang kerap kita dengar. Perbandingan ini menyarankan guru “memusnahkan” diri sendiri demi kepentingan pihak lain. Tegasnya, Perbandingan ini menggambarkan kehebatan “pengorbanan” guru.
Seorang mantan guru besar pernah mengulas perkara ini dalam akhbar. Beliau berkata, perbandingan itu tepat untuk keadaan sebelum merdeka. Antara lain beliau menyatakan, sebelum merdeka ada guru berjalan kaki untuk bertugas. Mereka membawa barang makanan untuk seminggu kerana sekolah jauh dari bandar. Ada pula guru menyewa pondok buruk sebagai tempat tinggal. Mereka menggali perigi jikalau sekolah jauh dari sungai.
Seterusnya, mantan guru besar itu berkata, sesudah merdeka lebih 50 tahun, kini guru berada dalam zon selesa. Kemudahan asas dan perhubungan semakin baik. Dengan sendirinya unsur “pengorbanan” semakin berkurangan. Jadi, perbandingan guru ibarat lilin sudah ketinggalan zaman.
Pandangan mantan guru besar itu ada benarnya. Sebagai contoh, pada masa dahulu beberapa kawasan pedalaman seperti di negeri Sabah, Sarawak dan Pahang hanya boleh dihubungi dengan berjalan kaki. Kini sudah ada jalan. Kenderaan pacuan empat roda pula boleh meredah jalan yang kurang baik.
Dahulu, guru mendayung sampan. Kini, enjin yang canggih dan bot yang bermutu mempercepat perjalanan. Akhir-akhir ini pula, semakin jauh di pedalaman dan semakin sukar cabaran di pedalaman itu, semakin tinggi pula nilai elaun yang menanti guru.
Keadaan terkini menyebabkan perbandingan guru dengan lilin sudah kehilangan maknanya. Mantan guru besar itu mencadangkan dua perbandingan baharu, iaitu “guru ibarat bunga, mewangikan diri dan mewangikan orang lain'' dan ''guru ibarat matahari, menerangi diri dan orang lain."
Sebelum kita memilih perbandingan alternatif itu, elok kita renungi perihal lilin. Lilin ialah objek kaku ciptaan makhluk. Lilin tidak berupaya membakar dirinya. Lilin dibakar oleh seseorang. Tegasnya, ada pihak menggunakan lilin sebagai alat.
Hal ini berbeza daripada bunga dan matahari. Kedua-duanya ialah ciptaan Allah. Wangi dan cahaya pemberian Ilahi. Wangi dan cahaya disebarkan atas kehendak Ilahi tanpa memusnahkan diri. Cuma, bunga bersifat lemah dan mudah layu. Cahaya matahari pula boleh membakar dan memungkinkan insan berasa terseksa. Jadi, kedua-dua objek ini kurang tepat untuk menggambarkan guru.
Sebenarnya Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mengutarakan perbandingan alternatif untuk guru. Perbandingan itu terkandung dalam lirik lagu tema Hari Guru 1999. Lirik lagu itu adalah seperti yang di bawah.
Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
Guru bagaikan cahaya
Memancarkan sinarnya
Menjadi pendidik bestari anak bangsa
Di mana jua mereka berada.
Ketika siang menjadi suria
Menyebarkan cahaya permata
Ketika malam bulan purnama
memberi pedoman yang bermakna.
Guru berkesan pendidikan cemerlang
Bersatu mengibarkan jalur gemilang
Falsafah pendidikan menjadi pegangan
Memupuk perkembangan insan seimbang.
Itulah cabaran kita semua
Memupuk daya fikiran dan minda
Dengan teknologi pelbagai media
Insan berilmu berakhlak mulia.
Lirik lagu ini mengandungi tiga cadangan alternatif iaitu cahaya, suria dan bulan purnama.
Suria atau matahari sudah dinyatakan kurang sesuai. Kini, objek yang boleh menjadi pilihan kita ialah cahaya dan bulan purnama. Kedua-duanya ciptaan Ilahi, berperanan atas kehendak Ilahi dan tidak memusnahkan diri.
Insan yang belum mendapat bimbingan guru dikatakan berada dalam kegelapan. Cahaya dan bulan purnama mampu mengenyahkan kegelapan itu dan menggantikannya dengan sinaran. Maka, cerahlah masa hadapan insan itu.
Bulan purnama memang bercahaya. Jadi, apabila kita memilih bulan purnama, cahaya sudah ada. Cahaya itu dibalikkan daripada suria. Bulan menerima cahaya daripada makhluk Ilahi yang lebih berkuasa, iaitu suria, dan memancarkan cahaya itu kepada bumi dan manusianya. Bulan purnama menerima dan memberi cahaya.
Seorang rakan saya yang pernah bertugas di kawasan pedalaman Sabah berkata, “Guru ibarat bulan, menerima dan memberi cahaya tepat. Guru sejati mesti terus menimba ilmu dan berterusan mencurahkan ilmu tanpa jemu.”
Saya masih ingat, ketika saya menuntut di maktab perguruan pada tahun 1973, seorang pensyarah saya menyatakan bahawa perkataan "guru" berasal daripada bahasa Sanskrit. "Gu" bermakna gelap dan "ru" bermaksud terang. Jadi, guru bermaksud daripada gelap kepada terang. Perbandingan guru ibarat bulan purnama sesuai dengan maksud perkataan guru.
Kesimpulannya, perbandingan “guru ibarat bulan purnama” sebagaimana yang terkandung dalam lagu tema Hari Guru 1999 wajar menggantikan perbandingan lama “guru ibarat lilin”.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan