Petang kelmarin nenek berkata, “Esok ialah hari genap usia Iman.”
Atuk bertanya, “Yakah?”
Nenek menjawab, “Ya. Hari genap usia cucu kita itu sama dengan Pak Andaknya.”
Selamat hari genap usia, Iman! Pada hari genap usiamu ini, dengarlah sedikit penjelasan tentang atuk, nenek dan anak-anak atuk.
Ibu iman ialah anak atuk. Sebab itu Iman menggunakan kata panggilan atuk. Kata panggilan penuhnya ialah datuk. Kebanyakan budak seperti Iman suka menggunakan panggilan ringkas, iaitu atuk. Atuk pun suka dipanggil atuk. Perkataan lain bagi atuk ialah aki.
Iman ada dua orang atuk. Seorang atuk iman di Kota Belud. Seorang lagi di Port Dickson. Apabila iman bercakap dengan keluarga dan saudara-mara, mereka mungkin bertanya, “Atuk yang mana?” Bagi mengelakkan pertanyaan itu berulang, Iman panggillah atuk di Kota Belud sebagai Atuk KB dan atuk di Port Dickson sebagai Atuk PD.
Begitu jugalah halnya dengan nenek. Iman ada Nenek KB dan Nenek PD. Nenek PD berasal dari Ranau. Ranau itu tidak jauh dari Kota Belud. Ranau dan Kota Belud terletak dalam Negeri Sabah. Port Dickson terletak dalam Negeri Sembilan. Atuk PD memang orang PD.
Sekarang Iman sudah faham sedikit tentang atuk dan nenek. Kami memang ada nama tetapi Iman tidak boleh memanggil nama kami. Kata Ustazah, perbuatan cucu memanggil nama atuk dan nenek tidak manis. Begitu juga halnya dengan adik-beradik ibu dan ayahmu. Usah panggil nama mereka. Gunakanlah panggilan santun keluarga.
Sekarang, atuk beritahu. Anak atuk yang pertama, Iman panggil Mak Long. Anak atuk yang kedua ialah emakmu. Iman memanggilnya ibu, emak atau umi. Sepupu Iman memanggil ibumu Mak Ngah. Anak atuk yang ketiga, Iman panggil Mak Lang. Anak atuk yang keempat Iman panggil Pak Andak. Anak atuk yang kelima, Iman panggil Mak Cik. Anak atuk yang keenam, Iman panggil Mak Busu atau ringkasnya Mak Su.
Atuk berasa gembira sebab Iman sudah besar. Pada hari genap usiamu ini, banyakkanlah ucapan alhamdulillah. Jangan lupa untuk mengucapkan tahniah kepada ibumu sambil mencium pipinya. Ucapkan terima kasih kepada ayahmu sambil mencium tangannya. Doakan agar mereka sihat sejahtera dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi.
Iman, pada hari genap usiamu ini, dengarlah lagu “Odei Anak” nyanyian Raihan. Dengarlah berulang-ulang dan hayati seni katanya. Rangkap pertama seni kata lagu itu adalah seperti yang di bawah.
Odei anak nokeilah ko idaah
nasusah mati yama no megentian dika
odei anak nokeilah ko idaah
nasusah tomod yamamu minaganak dika.
Wahai anak apakah ’kau mengerti
betapa deritanya
ibu yang mengandung
aduhai anak apakah engkau tahu
alangkah deritanya ibu melahirkanmu.
Iman, melalui buku wajah atuk ini, tataplah wajah atuk semasa muda. Anggaplah gambar lama ini sebagai hadiah daripada atuk bersempena dengan hari genap usiamu.
Atuk bergambar dengan ibu atuk. Ibu atuk Iman panggil moyang. Ini gambar moyang Iman yang perempuan. Gambar ini dirakam pada tahun 1981. Tempat gambar ini dirakam berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pada masa itu moyang perempuan datang ke Sabah untuk menghadiri majlis pernikahan atuk dengan nenek. Moyang perempuan meninggal dunia pada bulan Julai tahun 2000.
Gambar ini ialah satu-satunya gambar atuk dengan moyang perempuan. Gambar atuk dengan moyang lelaki tidak ada. Gambar kami sebenarnya banyak. Takdir sudah menentukan, semua gambar lama hangus apabila rumah moyang rentung pada tahun 1986. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa. Moyang lelaki meninggal dunia pada tahun 1989.
Atuk amat menyayangi moyang. Sebenarnya, atuk tidak mahu membezakan kasih sayang atuk kepada moyang perempuan dengan moyang lelaki. Namun atuk patuh kepada sabda Nabi bahawa keutamaan kita hendaklah pada ibu. Maka yang paling atuk sayangi tentulah moyang perempuan. Dalam seni kata lagu “Odei Anak” terdapat baris “syurga di bawah tapak kakinya” (ibu). Jikalau Iman tidak faham maksudnya, tanyalah ibumu. Dia pasti tahu sebab dia ustazah.
Atuk nukilkan satu kisah keakraban atuk dengan moyang perempuan. Apabila moyang perempuan balik ke kampung atau menziarahi saudara-mara, atuk pasti ikut. Pada tahun 1960 atuk berumur lapan tahun. Pada masa itu atuk memang nakal. Atuk suka merayau. Pada suatu hari, apabila atuk tiba di rumah, moyang perempuan sudah bergerak untuk pergi ke kampung lama.
Atuk tidak bertangguh. Atuk terus mengejar moyang melalui denai. Larian atuk semakin laju apabila sampai di jalan kerikil dalam estet getah. Sesudah lebih kurang sebatu atuk berlari, barulah atuk nampak belakang moyang. Sambil berlari, atuk menjerit, “Mak, mak!” Langkah moyang terhenti. Dia berpaling dan menunggu atuk.
Pada masa itu atuk tidak memakai baju. Moyang lap muka dan badan atuk yang dibasahi oleh peluh. Moyang pakaikan atuk seluar dan baju baharu. Rupa-rupanya moyang memang ada membawa baju dan seluar. Tahulah atuk, moyang memang hendak menjadikan atuk sebagai teman berpergian.
Kami meneruskan perjalanan. Lebih sejam kemudian barulah kami sampai di jalan berturap. Dari situ kami menaiki bas hingga ke Rantau. Dari Rantau kami menaiki bas lain untuk ke kampung lama kami. Namanya Kampung Permatang Pasir, bersebelahan dengan Linggi. Moyang lelaki menjadikan sebuah rumah pusaka di kampung kelahiran atuk itu sebagai tempat tinggal sementara. Dia membanting tulang di kawasan sekitar kampung itu.
Semasa atuk merantau di Sabah, agak kerap atuk pulang ke Negeri Sembilan. Jadi, dapatlah atuk bertemu dengan moyang. Beberapa tahun sebelum moyang perempuan meninggal dunia, dia uzur. Pada masa itu Allah memudahkan rezeki atuk. Atuk mendapat peluang yang cukup banyak untuk bertugas di Semenanjung. Atuk memanfaatkan peluang itu untuk menjenguk moyang kendatipun hanya lima minit. Atuk berasa senang hati apabila dapat mencium tangan moyang. Kemudian atuk memeluk tubuhnya, mencium dahinya dan mencium kedua-dua pipinya. Sudah tentu moyangmu berasa sangat gembira.
Moyangmu tidak pernah menyambut hari genap usia. Jadi, ketika moyang masih hidup, sejak kecil hingga dewasa, atuk pun tidak menyambut hari genap usia. Sehingga tahun ini, hanya dua kali orang meraikan hari genap usia atuk. Ya, orang yang meraikan atuk. Tegasnya, acara itu bukan ciptaan atuk.
Yang pertama, 13 Mei 2008 ialah hari terakhir perkhidmatan atuk sebagai kakitangan kerajaan. Dalam acara perpisahan, majikan atuk menyediakan kek hari genap usia untuk kakitangan yang lahir pada bulan Mei, bukan untuk atuk seorang. Atuk dan kawan-kawan meniup lilin dan memotong kek. Itulah kali pertama dan terakhir atau meniup lilin hari genap usia.
Yang kedua, pada hari genap usia tahun ini, atuk terkejut. Ketika atuk sedang menguliti buku wajah, terdengar suara Mak Su memanggil atuk.
Kata Mak Su, “Ayah, makanan sudah siap.”
Pada masa itu atuk memang lapar. Atuk pun turun ke tingkat bawah. Atuk dapati kek sudah terhidang di atas meja. Nenek, Mak Long dan Mak Su berdiri mengelilingi meja itu. Atuk faham. Atuk terus memotong kek itu. Kami makan kek itu bersama-sama.
Sejak nenek berkahwin dengan atuk pada tahun 1981, nenek tidak pernah menyambut hari genap usia. Jadi, lima orang anak nenek juga tidak menyambut hari genap usia di hadapan mata atuk. Tegasnya, Mak Long, ibumu, Mak Lang, Pak Andak dan Mak Cik tidak menyambut hari genap usia. Dengan sendirinya mereka tidak memotong kek dan tidak meniup lilin pada hari genap usia mereka.
Mak Su terkecuali. Sejak dia kecil, kakak-kakak dan abangnya mengadakan acara untuknya. Acara itu mereka lakukan tanpa pengetahuan atuk. Mak Su meniup lilin dan memotong kek. Kakak-kakak dan abang Mak Su juga memberikan hadiah kepada Mak Su.
Oleh sebab Mak Su sudah biasa menyambut hari genap usia, lama-kelamaan atuk pun ikut meraikannya. Perbuatan meniup lilin itu Mak Su lakukan hingga tahun 2009. Alhamdulillah, mulai tahun lalu Mak Su tidak meniup lilin lagi. Dia cuma memotong kek.
Akhirnya, sekali lagi atuk ucapkan selamat hari genap usia kepada Iman. Sekali lagi atuk nyatakan harapan, pada hari genap usiamu ini, banyakkanlah ucapan alhamdulillah. Jangan lupa untuk mengucapkan tahniah kepada ibumu sambil mencium pipinya. Ucapkan terima kasih kepada ayahmu sambil mencium tangannya. Doakan agar mereka sihat sejahtera dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi.
21 Mei 2011, 5.00 pagi
Odei Anak
Odei anak nokeilah ko idaah
nasusah mati yama no megentian dika
odei anak nokeilah ko idaah
nasusah tomod yamamu minaganak dika.
Wahai anak apakah ’kau mengerti
betapa deritanya
ibu yang mengandung
aduhai anak apakah engkau tahu
alangkah deritanya ibu melahirkanmu.
Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
dibelai dan dimanja setiap hari
di malam hari tidur tak berwaktu
tapi tak mengapa kerana ’kau disayangi.
Hari-hari sudah pun berlalu
usiamu makin bertambah
seorang ibu sudah semakin tua
namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
agar sempurna hari depanmu.
Kini kau dewasa, ibumu telah pergi
waktu yang berlalu seakan memanggil
sudahkah kaucurahkan kasih sayangmu
apakah terbalas segala jasanya …
syurga itu di bawah tapak kakinya.
Hanyalah anak, anak yang soleh
bisa memberikan kasih sayangnya
hanyalah anak, anak yang soleh
bisa mendoakan hari akhiratmu.
Atuk bertanya, “Yakah?”
Nenek menjawab, “Ya. Hari genap usia cucu kita itu sama dengan Pak Andaknya.”
Selamat hari genap usia, Iman! Pada hari genap usiamu ini, dengarlah sedikit penjelasan tentang atuk, nenek dan anak-anak atuk.
Ibu iman ialah anak atuk. Sebab itu Iman menggunakan kata panggilan atuk. Kata panggilan penuhnya ialah datuk. Kebanyakan budak seperti Iman suka menggunakan panggilan ringkas, iaitu atuk. Atuk pun suka dipanggil atuk. Perkataan lain bagi atuk ialah aki.
Iman ada dua orang atuk. Seorang atuk iman di Kota Belud. Seorang lagi di Port Dickson. Apabila iman bercakap dengan keluarga dan saudara-mara, mereka mungkin bertanya, “Atuk yang mana?” Bagi mengelakkan pertanyaan itu berulang, Iman panggillah atuk di Kota Belud sebagai Atuk KB dan atuk di Port Dickson sebagai Atuk PD.
Begitu jugalah halnya dengan nenek. Iman ada Nenek KB dan Nenek PD. Nenek PD berasal dari Ranau. Ranau itu tidak jauh dari Kota Belud. Ranau dan Kota Belud terletak dalam Negeri Sabah. Port Dickson terletak dalam Negeri Sembilan. Atuk PD memang orang PD.
Sekarang Iman sudah faham sedikit tentang atuk dan nenek. Kami memang ada nama tetapi Iman tidak boleh memanggil nama kami. Kata Ustazah, perbuatan cucu memanggil nama atuk dan nenek tidak manis. Begitu juga halnya dengan adik-beradik ibu dan ayahmu. Usah panggil nama mereka. Gunakanlah panggilan santun keluarga.
Sekarang, atuk beritahu. Anak atuk yang pertama, Iman panggil Mak Long. Anak atuk yang kedua ialah emakmu. Iman memanggilnya ibu, emak atau umi. Sepupu Iman memanggil ibumu Mak Ngah. Anak atuk yang ketiga, Iman panggil Mak Lang. Anak atuk yang keempat Iman panggil Pak Andak. Anak atuk yang kelima, Iman panggil Mak Cik. Anak atuk yang keenam, Iman panggil Mak Busu atau ringkasnya Mak Su.
Atuk berasa gembira sebab Iman sudah besar. Pada hari genap usiamu ini, banyakkanlah ucapan alhamdulillah. Jangan lupa untuk mengucapkan tahniah kepada ibumu sambil mencium pipinya. Ucapkan terima kasih kepada ayahmu sambil mencium tangannya. Doakan agar mereka sihat sejahtera dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi.
Iman, pada hari genap usiamu ini, dengarlah lagu “Odei Anak” nyanyian Raihan. Dengarlah berulang-ulang dan hayati seni katanya. Rangkap pertama seni kata lagu itu adalah seperti yang di bawah.
Odei anak nokeilah ko idaah
nasusah mati yama no megentian dika
odei anak nokeilah ko idaah
nasusah tomod yamamu minaganak dika.
Wahai anak apakah ’kau mengerti
betapa deritanya
ibu yang mengandung
aduhai anak apakah engkau tahu
alangkah deritanya ibu melahirkanmu.
Iman, melalui buku wajah atuk ini, tataplah wajah atuk semasa muda. Anggaplah gambar lama ini sebagai hadiah daripada atuk bersempena dengan hari genap usiamu.
1981, di Kota Kinabalu, atuk dan moyang Iman. |
Atuk bergambar dengan ibu atuk. Ibu atuk Iman panggil moyang. Ini gambar moyang Iman yang perempuan. Gambar ini dirakam pada tahun 1981. Tempat gambar ini dirakam berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pada masa itu moyang perempuan datang ke Sabah untuk menghadiri majlis pernikahan atuk dengan nenek. Moyang perempuan meninggal dunia pada bulan Julai tahun 2000.
Gambar ini ialah satu-satunya gambar atuk dengan moyang perempuan. Gambar atuk dengan moyang lelaki tidak ada. Gambar kami sebenarnya banyak. Takdir sudah menentukan, semua gambar lama hangus apabila rumah moyang rentung pada tahun 1986. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa. Moyang lelaki meninggal dunia pada tahun 1989.
Atuk amat menyayangi moyang. Sebenarnya, atuk tidak mahu membezakan kasih sayang atuk kepada moyang perempuan dengan moyang lelaki. Namun atuk patuh kepada sabda Nabi bahawa keutamaan kita hendaklah pada ibu. Maka yang paling atuk sayangi tentulah moyang perempuan. Dalam seni kata lagu “Odei Anak” terdapat baris “syurga di bawah tapak kakinya” (ibu). Jikalau Iman tidak faham maksudnya, tanyalah ibumu. Dia pasti tahu sebab dia ustazah.
Atuk nukilkan satu kisah keakraban atuk dengan moyang perempuan. Apabila moyang perempuan balik ke kampung atau menziarahi saudara-mara, atuk pasti ikut. Pada tahun 1960 atuk berumur lapan tahun. Pada masa itu atuk memang nakal. Atuk suka merayau. Pada suatu hari, apabila atuk tiba di rumah, moyang perempuan sudah bergerak untuk pergi ke kampung lama.
Atuk tidak bertangguh. Atuk terus mengejar moyang melalui denai. Larian atuk semakin laju apabila sampai di jalan kerikil dalam estet getah. Sesudah lebih kurang sebatu atuk berlari, barulah atuk nampak belakang moyang. Sambil berlari, atuk menjerit, “Mak, mak!” Langkah moyang terhenti. Dia berpaling dan menunggu atuk.
Pada masa itu atuk tidak memakai baju. Moyang lap muka dan badan atuk yang dibasahi oleh peluh. Moyang pakaikan atuk seluar dan baju baharu. Rupa-rupanya moyang memang ada membawa baju dan seluar. Tahulah atuk, moyang memang hendak menjadikan atuk sebagai teman berpergian.
Kami meneruskan perjalanan. Lebih sejam kemudian barulah kami sampai di jalan berturap. Dari situ kami menaiki bas hingga ke Rantau. Dari Rantau kami menaiki bas lain untuk ke kampung lama kami. Namanya Kampung Permatang Pasir, bersebelahan dengan Linggi. Moyang lelaki menjadikan sebuah rumah pusaka di kampung kelahiran atuk itu sebagai tempat tinggal sementara. Dia membanting tulang di kawasan sekitar kampung itu.
Semasa atuk merantau di Sabah, agak kerap atuk pulang ke Negeri Sembilan. Jadi, dapatlah atuk bertemu dengan moyang. Beberapa tahun sebelum moyang perempuan meninggal dunia, dia uzur. Pada masa itu Allah memudahkan rezeki atuk. Atuk mendapat peluang yang cukup banyak untuk bertugas di Semenanjung. Atuk memanfaatkan peluang itu untuk menjenguk moyang kendatipun hanya lima minit. Atuk berasa senang hati apabila dapat mencium tangan moyang. Kemudian atuk memeluk tubuhnya, mencium dahinya dan mencium kedua-dua pipinya. Sudah tentu moyangmu berasa sangat gembira.
Moyangmu tidak pernah menyambut hari genap usia. Jadi, ketika moyang masih hidup, sejak kecil hingga dewasa, atuk pun tidak menyambut hari genap usia. Sehingga tahun ini, hanya dua kali orang meraikan hari genap usia atuk. Ya, orang yang meraikan atuk. Tegasnya, acara itu bukan ciptaan atuk.
Yang pertama, 13 Mei 2008 ialah hari terakhir perkhidmatan atuk sebagai kakitangan kerajaan. Dalam acara perpisahan, majikan atuk menyediakan kek hari genap usia untuk kakitangan yang lahir pada bulan Mei, bukan untuk atuk seorang. Atuk dan kawan-kawan meniup lilin dan memotong kek. Itulah kali pertama dan terakhir atau meniup lilin hari genap usia.
Yang kedua, pada hari genap usia tahun ini, atuk terkejut. Ketika atuk sedang menguliti buku wajah, terdengar suara Mak Su memanggil atuk.
Kata Mak Su, “Ayah, makanan sudah siap.”
Pada masa itu atuk memang lapar. Atuk pun turun ke tingkat bawah. Atuk dapati kek sudah terhidang di atas meja. Nenek, Mak Long dan Mak Su berdiri mengelilingi meja itu. Atuk faham. Atuk terus memotong kek itu. Kami makan kek itu bersama-sama.
Tiada lilin. Atuk bersyukur sebab nenek, Mak Long dan Mak Su faham bahawa lilin tidak perlu. Atuk berkata kepada mereka, “Bagus. Ustaz kata, kita dilarang mengikut cara agama lain seperti meniup lilin pada hari genap usia.”
Sejak nenek berkahwin dengan atuk pada tahun 1981, nenek tidak pernah menyambut hari genap usia. Jadi, lima orang anak nenek juga tidak menyambut hari genap usia di hadapan mata atuk. Tegasnya, Mak Long, ibumu, Mak Lang, Pak Andak dan Mak Cik tidak menyambut hari genap usia. Dengan sendirinya mereka tidak memotong kek dan tidak meniup lilin pada hari genap usia mereka.
Mak Su terkecuali. Sejak dia kecil, kakak-kakak dan abangnya mengadakan acara untuknya. Acara itu mereka lakukan tanpa pengetahuan atuk. Mak Su meniup lilin dan memotong kek. Kakak-kakak dan abang Mak Su juga memberikan hadiah kepada Mak Su.
Oleh sebab Mak Su sudah biasa menyambut hari genap usia, lama-kelamaan atuk pun ikut meraikannya. Perbuatan meniup lilin itu Mak Su lakukan hingga tahun 2009. Alhamdulillah, mulai tahun lalu Mak Su tidak meniup lilin lagi. Dia cuma memotong kek.
1983, di Sandakan, ibumu di atas riba nenek ketika dia seusiamu. |
Selamat hari genap usia, Iman! Anggaplah catatan atuk ini sebagai hadiah pada hari genap usiamu yang pertama. Ya Allah, aku bermohon agar Engkau menggerakkan mana-mana malaikat-Mu untuk membisikkan inti perutusan ini kepada kalbu cucuku, Iman. Amin ya Rabb.
21 Mei 2011, 5.00 pagi
Odei Anak
Odei anak nokeilah ko idaah
nasusah mati yama no megentian dika
odei anak nokeilah ko idaah
nasusah tomod yamamu minaganak dika.
Wahai anak apakah ’kau mengerti
betapa deritanya
ibu yang mengandung
aduhai anak apakah engkau tahu
alangkah deritanya ibu melahirkanmu.
Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
dibelai dan dimanja setiap hari
di malam hari tidur tak berwaktu
tapi tak mengapa kerana ’kau disayangi.
Hari-hari sudah pun berlalu
usiamu makin bertambah
seorang ibu sudah semakin tua
namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
agar sempurna hari depanmu.
Kini kau dewasa, ibumu telah pergi
waktu yang berlalu seakan memanggil
sudahkah kaucurahkan kasih sayangmu
apakah terbalas segala jasanya …
syurga itu di bawah tapak kakinya.
Hanyalah anak, anak yang soleh
bisa memberikan kasih sayangnya
hanyalah anak, anak yang soleh
bisa mendoakan hari akhiratmu.
Iman. |
2 ulasan:
assalamualaikum Tuan
terharu
sebak
dan tersentuh
dengan abit-bait
dan frasa
yang tuan nukilkan di sini...
moga Iman kan membaca coretan ini suatu masa nanti
Waalaikumussalam.
Terima kasih, puan. Sebagai ibu dan penulis, perasaan puan memang halus. Saya memperoleh dorongan daripada ulasan ringkas puan.
Catat Ulasan