Hari ini, Ustaz Mohd Fadli Yusof membuat ulasan tentang sambutan Hari Ibu. Menurut beliau, hukum sambutan itu bergantung pada tujuan kita menyambutnya. Jikalau tujuan kita menyambutnya adalah untuk meraikan “Mother of God”, hukumnya haram. Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadis, maksudnya, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia termasuk dalam golongan mereka.” (Imam Abu Daud, Ahmad bin Hanbal dan Imam as-Suyuti)
Menurut Ustaz Mohd Fadli lagi, “Jika disambut sebagai menghargai ibu jasa ibu kepada kita, harus saja hukumnya. Boleh sambut Hari Ibu dengan tujuan yang murni bila-bila masa sahaja, tidak payah tunggu bulan Ahad pertama bulan Mei.” Pautannya di sini. http://www.facebook.com/home.php?ref=hp#!/mfadli11
Dr. Asmiaty Amat, pensyarah di Universiti Malaysia Sabah, menulis puisi “Aku dan Hari Ibu”. Yang di bawah ini ialah bait pertama puisinya itu.
Orang bilang hari ini hari ibu
aku tak hairan dan merasa istimewa
kerana bagiku hari-hari yang kulalui adalah hari istimewaku
sebagai ibu kepada lima anak yang diamanahkan untukku.
Pembaca boleh membaca puisi penuhnya di sini: http://www.facebook.com/home.php?ref=hp#!/notes/asmiaty-amat/aku-dan-hari-ibu/209088822455081
Lampiran
Sejarah Hari Ibu dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
Pada tahun 1600 orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Hari itu dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent.
Lent ialah tempoh selama 40 hari sama ada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian berhenti memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary ialah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu menerima hadiah “mothering cake” atau kek Hari Ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan kini menjadi sambutan untuk menghormati Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka daripada sebarang kecederaan. Sejak hari itu, perayaan Mothering Sunday diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau ialah seorang aktivis sosial dan menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic". Puisi itu dijadikan lagu patriotik yang popular dalam kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar merayakan dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendukung-pendukungnya menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.
Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Lihat: http://www.facebook.com/home.php?ref=hp#!/notes/tazkirah/asal-usul-hari-ibu/10150186210902847 Sumber asal: http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan