Bandar tempat kami tinggal agak luas. Penduduk Islamnya melebih seribu orang. Di bandar kami yang sedang membangun ini terdapat sebuah sekolah agama rakyat (SAR) dan dua buah surau. Sebuah masjid yang berharga lebih RM6 juta pula sedang dalam pembinaan. Masjid itu dijangka siap pada pertengahan tahun ini.
Dalam mesyuarat agung tahunan surau, seorang ahli kariah ingin tahu kedudukan surau kami apabila masjid itu siap. Pengerusi surau kami menjelaskan, surau akan kekal atas dua sebab. Yang pertama, surau kami bersebelahan dengan SAR dan menjadi tempat amali dan ibadah pelajar. Yang kedua, jawatankuasa surau perlu terus menggerakkan aktiviti dalam masyarakat yang tidak akan diambil alih oleh masjid seperti kenduri kecil-kecilan, kebiasaan berkampung dan mengendalikan walimatulurus, latihan pasukan kompang dan latihan marhaban.
Seterusnya, pengerusi surau kami membandingkan masjid dengan kemudahan perubatan. Katanya, klinik swasta yang ada kekal dan yang baharu terus tumbuh walaupun di tempat itu sudah dibina hospital atau klinik kesihatan kerajaan. Malah, hospital swasta pun muncul dari semasa ke semasa. Demikian juga halnya dengan surau. Surau kami akan terus melaksanakan fungsi kecil yang tidak bertindih dengan fungsi besar atau khusus yang menjadi tanggungjawab masjid.

2 ulasan:
seharusnya surau dan masjid tidak dijadikan trek tempat berlumba lari mencari seorang jagoan. setiap sesuatu ada fungsinya yang saling melengkapi. ia harus diuruskan agar saling melengkapi seperti solat fardu dengan solat sunat.... saling ada persefahaman.
Terima kasih saya ucapkan atas kesudian ustaz memberikan pandangan. Alhamdulillah, pengerusi dan jawatankuasa surau kami sesi 2011 - 2013 kelihatannya lebih berhati-hati dalam keterbukaan. Wassalam.
Catat Ulasan