Sudah lebih lima belas tahun bekas pelajarku itu bergelar guru. Dia sudah lama menjadi rakan Buku Wajahku tetapi tegur sapa kami sekadar bertukar khabar dan klik suka akan status masing-masing. Namun hari ini aku menerima catatannya melalui peti masuk. Catatan itu agak panjang. Dalam catatan itu dia menyatakan bahawa perbuatannya menjerit ketika aku menyampaikan taklimat pada awal tahun sembilan puluhan dahulu memberi kesan yang mendalam pada dirinya sebagai guru di sekolah rendah.
Dia menyatakan, pada hari kejadian itu, sebelum dia masuk ke dalam dewan untuk menghadiri taklimatku, fikirannya berserabut. Katanya, dia tertekan kerana belum menyiapkan beberapa kerja kursus. Jadi perlakuannya menjerit sekuat-kuat hati semasa aku menyampaikan taklimat di dewan itu adalah di luar kawalan dirinya.
“Cikgu kelihatan terkejut dan marah. Saya masih ingat cabaran cikgu, ‘Jikalau orang yang menjerit itu tidak suka cara saya menyampaikan taklimat, naiklah ke atas pentas ini dan gantikan tempat saya!’ Saya ketakutan bercampur malu. Saya menikus. Apabila saya kembali ke asrama, saya menangis sepuas-puasnya. Saya malu pada kawan-kawan dan takut untuk bertemu dengan cikgu. Maafkan saya, cikgu.”
Seterusnya dia menyatakan, di sekolah perbuatan menjerit tanpa sebab seperti itu pasti dianggap sebagai mencabar pentaklimat. Pencabar itu boleh dikenakan tindakan. Di sekolah pedalaman seperti tempatnya mengajar, pencabar itu mungkin dirotan. Jadi, untuk kedua kalinya dia mengucapkan terima kasih kepadaku kerana sudah memaafkan dirinya.
Sebenarnya aku hampir melupakan peristiwa itu. Aku sudah tidak ambil pusing lagi akan guru pelatih yang menjerit itu. Namun, lebih kurang tujuh tahun kemudian, pada waktu rehat seorang peserta bengkel kendalianku mengajakku ke luar bilik bengkel. Di suatu sudut di luar bangunan tempat aku mengendalikan bengkel itu, dia menyalamiku. Wajahnya kelihatan agak pucat bercampur rasa khuatir. Dia memberitahuku bahawa dialah “guru pelatih nakal” yang menjerit dalam dewan ketika aku menyampaikan taklimat pada suatu masa dahulu. Dia bermohon agar aku memaafkannya.
Dahulu, aku sudah memaafkannya. Aku sudah membalas e-melnya dan menyatakan aku sudah memaafkannya buat kali kedua. Aku menambah, aku berasa terharu kerana pernah menyebabkan dia menangis. Aku pula meminta agar dia memaafkan diriku yang memang cepat panas walaupun sudah berusia empat puluhan pada ketika itu.
Catatan bekas pelajarku itu menjadi bahan renunganku. Aku berasa terharu apabila mengetahui bahawa dia menangis apabila berada di asrama sebagai menyesali perbuatannya. Kenyataannya bahawa di sekolah pedalaman murid yang berkelakuan seperti itu mungkin dirotan menyebabkan aku mengingat beberapa peristiwa.
Aku teringat, semasa aku di sekolah rendah pada akhir tahun lima puluhan guru besar kerap membawa rotan ketika berjalan-jalan di kaki lima sekolah tetapi aku tidak pernah melihat dia merotan sesiapa. Ketika aku mengajar di sekolah rendah pada tahun 1972 pula, guru besar sekolahku pun kerap membawa rotan tetapi aku tidak pernah melihat dia merotan sesiapa. Ketika aku mengajar di sekolah menengah pada tahun 1975, pengetua sekolahku tidak pernah membawa rotan ketika berkeliling dalam kawasan sekolah tetapi aku dapat menyaksikan dia merotan pelajar dalam perhimpunan di dewan. Ketika aku menyelia guru pelatih di sekolah Cina pada tahun lapan puluhan, kerap benar aku mendapati guru-guru wanita membawa rotan ketika masuk ke dalam kelas tanpa kuketahui sama ada mereka pernah merotan murid ataupun tidak.
Aku memang akrab dengan rotan atas dua sebab. Pertama, semasa kecil, rasanya berpuluh-puluh kali aku masuk ke hutan bersama-sama dengan ayah untuk mencari rotan sebagai bahan dagangan. Kedua, aku pernah dirotan oleh guruku semasa aku berada dalam tingkatan satu, iaitu pada pertengahan tahun enam puluhan.
Pada suatu hari, seorang rakan setingkatan, tetapi berlainan kelas, mengajak aku pergi ke kampungnya. Kami berbasikal ke sana. Kami melalui kebun buah-buahan milik orang Tionghua. Rakan itu mengajak aku “mengambil” jambu batu di kebun itu. Pada mulanya aku enggan. Rakanku itu berkata, “Ambil hak orang bukan Islam tidak salah.” Akhirnya kami “mengambil” dan menikmati buah jambu batu itu.
Perbuatan kami sampai ke pengetahuan guruku. Beliau ialah Cikgu Ahmad Yatim. Beliau menyuruh aku berdiri di hadapan kelas. Beliau meminta aku mengesahkan sama ada benar atau tidak aku mencuri jambu batu orang. Aku mengaku bahawa aku mencuri jambu orang tanpa menyebut bangsanya dan nama rakanku.
Dia merenung mukaku dan berkata, “Isa, cikgu tidak sangka kamu sanggup mencuri.” Lalu dia mengarahkan aku menadahkan tapak tangan kanan. Aku mematuhi arahannya. Dia merotan tapak tanganku beberapa kali. Aku menahan kesakitan. Rakan-rakan sekelas senyap. Beberapa orang pelajar perempuan menyerlahkan wajah ngeri sambil memejamkan mata. Ada antara mereka menutup muka dengan tapak tangan.
Selepas Cikgu Ahmad Yatim menyelesaikan tugasnya, aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku malu tetapi sebagai anak jantan aku tidak menangis.
Aku tidak pernah berasa kecil hati, apalagi berdendam, kerana aku tahu Cikgu Ahmad Yatim menyayangiku. Selain Cikgu Ahmad Yatim, aku tahu bahawa Cikgu Hashim juga menyayangiku. Cikgu Hashim selalu mengajak aku berbual, bertanya tentang latar belakang diriku dan dua kali membawaku ke kampungnya. Ada berapa kali dia memuji kebolehan aku menulis karangan. Satu daripada tajuk karangan itu, iaitu “Peristiwa yang Tidak dapat Dilupakan” pernah disebutnya. Sebenarnya Cikgu Hasyim guru matematik. Dia ialah kawan baik Cikgu Ahmad Yatim, guru tingkatanku. Jadi, aku faham bahawa Cikgu Ahmad Yatim bukan sahaja menceritakan keistimewaan karanganku kepadanya bahkan mungkin memintanya membaca karanganku.
Antara Cikgu Hasyim dengan Cikgu Ahmad Yatim, aku lebih akrab dengan Cikgu Ahmad Yatim. Cikgu Ahmad Yatimlah yang membimbing aku menulis catatan harian dalam bahasa Inggeris. Dia mencatat maklum balas yang sangat memberangsangkan dalam buku catatan itu. Selain itu, dia mengutamakan aku dalam banyak hal. Antaranya, dia melantik aku sebagai penjaga sudut bacaan. Dia melantik aku menjadi ketua pengarang majalah sekolah. Dia membimbing aku bukan sekadar di sekolah bahkan sampai di rumahnya. Ya, seperti Cikgu Hasyim, dia pernah membawa aku ke rumahnya di bandar. Di rumahnyalah aku mendapat peluang untuk membaca majalah filem.
Sesungguhnya perbuatan Cikgu Ahmad Yatim merotanku dalam bilik darjah itu tidak pernah menyebabkan aku membenci dirinya. Bahkan, kasih sayangku kepadanya bertambah. Aku lebih menghormatinya dan pasti aku lebih berhati-hati apabila melakukan sesuatu ketika bergaul dengan rakan-rakan yang sememangnya ada yang nakal.
Seingatku, sebelum dan selepas aku dirotan, aku tidak pernah membantah suruhan Cikgu Ahmad Yatim. Bahkan, sejak aku dirotan, aku berusaha untuk tidak melanggar apa-apa larangannya. Pendeknya, selepas peristiwa itu aku lebih menyayanginya kerana peristiwa itu tidak menghalangnya daripada terus mengutamakan diriku berbanding degan rakan-rakan sekelas yang lain. Sungguh, selepas peristiwa itu dia memberikan peluang yang istimewa kepadaku. Dia memilih aku sebagai pelakon utama drama sebabak dan aku melaksanakan tugas itu dengan jayanya. Dia melantik aku menjadi ketua rumah sukan. Hasil bimbingannya dan usahaku, rumah sukanku menjadi johan dalam temasya sukan tahunan. Hal yang paling kuhargai, jawatanku sebagai ketua pengarang majalah sekolah dikekalkannya sehingga aku berada dalam tingkatan tiga.
Sayangnya, kami berpisah sebelum peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran bermula. Aku tidak berapa ingat sebab perpisahan itu tetapi mungkin dia ditukarkan ke sekolah lain atau melanjutkan pelajaran.
Hingga kini aku masih mengagumi caranya mendidikku. Hingga kini hatiku masih terasa dekat dengannya. Aku berasa bangga apabila menatap wajahnya dan mendengar suaranya melalui beberapa buah filem. Antara filem lakonannya yang sungguh mengharukan perasaanku ialah “Anak Sarawak”. Ya, pelakon filem yang kerap berlakon dengan Dato’ Rahim Razali itulah yang pernah merotanku dan hingga kini aku masih menyayanginya!
Tamat.

2 ulasan:
saya membaca terasa sedih dan bangga dia sedar akhirnya, manusia ni tak sempurna Tuan Haji..
Semoga sihat ya..
Ya. Terima kasih, cikgu. Saya doakan cikgu sihat dan cemerlang dalam perkhidmatan. Wassalam.
Catat Ulasan