Di atas meja itu terdapat beberapa buah buku yang tersusun kemas. Sebuah buku tebal berwarna biru terpacak di sebelah sepiring keropok lekor panas. Pada tetulang buku itu tercetak rangkai kata “Daftar Kata Bahasa Melayu” dalam tulisan Jawi. Selain beberapa buah buku yang tersusun dan sebuah buku tebal yang terpacak, di atas meja itu terdapat juga sebuah teko berisi kopi “o” dan dua biji cawan yang beralaskan piring kecil. Tuk Ngah sedang menuang kopi “o” ketika cucunya, Abdul Fattah, tiba.
Abdul Fattah: Wah, atuk pula yang menunggu Fattah!
Tuk Ngah: Tidak mengapa, Abdul Fattah. Mari kita minum dahulu.
Abdul Fattah: Baiklah, atuk.
Tuk Ngah: Manakah gambar yang Abdul Fattah katakan itu?
Abdul Fattah: Ini, atuk. Inilah gambar kain rentang yang Fattah katakan dahulu. Pada kain rentang ini dinyatakan ada satu wacana di satu tempat di negeri Terengganu. Wacana itu berlangsung pada 11 April 2012. Penganjur wacana itu ialah Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Fattah hendak mengemukakan beberapa soalan tentang penggunaan bahasa pada kain rentang ini.
Tuk Ngah: Alhamdulillah. Terima kasih, Abdul Fattah. Penggunaan bahasa pada kain rentang dalam gambar ini memang sesuai menjadi bahan perbincangan kita pada petang ini sambil menikmati keropok lekor dan kopi “o” panas. Sekarang, kemukakan soalan, wahai cucuku.
Abdul Fattah: Apakah maksud wacana?
Tuk Ngah: Wacana ialah istilah dalam ilmu bahasa. Secara mudah, wacana ialah gubahan bahasa yang melebihi batas ayat. Dalam gambar ini, wacana itu mungkin bermaksud perbincangan.
Abdul Fattah: Terima kasih, atuk.
Tuk Ngah: Sama-sama.
Abdul Fattah: Pada kain rentang ini ada tulisan Jawi. Adakah tulisan Rumi yang berwarna putih, pada kain rentang itu sama dengan tulisan Jawi?
Tuk Ngah: Mula-mula elok atuk nyatakan bahawa bukti tertua kewujudan tulisan Jawi terdapat pada sebuah batu bersurat di Sungai Teresat. Kedudukan sungai itu kira-kira 32 kilometer dari muara Sungai Terengganu. Pada batu itu terpahat huruf Arab-Melayu yang dianggap tulisan Jawi tertua di Asia Tenggara. Batu bersurat itu bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masehi. Adakah Abdul Fattah sudah mengetahui fakta ini?
Abdul Fattah: Belum, atuk. Fakta ini belum diajarkan di sekolah. Terima kasih Fattah ucapkan kepada atuk kerana menerangkan sedikit sejarah tulisan Jawi. Baru Fattah tahu bahawa tulisan Jawi sudah wujud sejak abad keempat belas. Rupa-rupanya Terengganu ialah negeri terpenting dalam sejarah perkembangan tulisan Jawi.
Tuk Ngah: Sama-sama, Abdul Fattah. Sehubungan dengan fakta sejarah itu, negeri Terengganu memanglah pendukung dan pengguna tulisan Jawi sejak dahulu hingga ke hari ini. Ringkasnya huruf Jawi sudah lengkap sejak abad keempat belas, iaitu 29 huruf Arab dan lima huruf ciptaan. Pada tahun 1984 pula satu seminar tulisan Jawi diadakan di Terengganu. Dalam seminar itu dicipta huruf Jawi va, itu huruf wau yang ada titik di atas kepalanya dan huruf itu ialah padanan huruf v dalam tulisan Rumi. Jadi mustahil orang Terengganu tidak mengenal huruf dan sistem ejaan Jawi.
Abdul Fattah: Fattah rasa atuk hendak menyatakan bahawa ada kesilapan penggunaan huruf dan ejaan pada kain rentang itu. Benarkah, atuk?
Tuk Ngah: Benar, Abdul Fattah. Tulisan Rumi yang berwarna putih pada kain rentang itu bukan transliterasi tulisan Jawi yang di atasnya. Di atas meja ini ada buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua. Atuk mahu Abdul Fattah semak sendiri ejaan perkataan fa-alif-syin di bawah lema “fasy”.
Abdul Fattah: Apakah maksud lema, atuk?
Tuk Ngah: Lema ialah perkataan seerti bagi kata masukan atau entri dalam kamus atau buku daftar seperti Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Jawi-Sebutan ini.
Abdul Fattah: Adakah “transliterasi” bermaksud penukaran bentuk daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi?
Tuk Ngah: Ya, Abdul Fattah; tetapi maksudnya lebih luas, iaitu penukaran bentuk daripada sesuatu tulisan kepada tulisan lain.
Abdul Fattah: Oh, Fattah belajar dua patah perkataan baharu petang ini. Terima kasih, atuk.
Tuk Ngah: Sama-sama, Abdul Fattah. …. Lama juga Abdul Fatah menyemak buku ini. Sudah jumpa perkataan “fasy” dan Jawinya fa-alif-syin?
Abdul Fatah: Fattah masih belum menemukannya, atuk.
Tuk Ngah: Hentikan pencarianmu, Abdul Fattah. Perkataan itu memang tidak ada dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Sekarang cari pula perkataan “farti” atau Jawinya fa-ra-ta-ya.
Abdul Fattah: Ah, tiada juga, atuk!
Tuk Ngah: Cari pula perkataan “ajaran” dan pastikan ejaan Jawinya.
Abdul Fattah: Perkataan “ajaran” terdapat di bawah lema “ajar”. Betul cara Fattah menggunakan perkataan “lema”, atuk?
Tuk Ngah: Betul, Fattah. Pastikan ejaan Jawi bagi ajaran.
Abdul Fattah: Alif-jim-ra-nun, atuk. Tiada huruf alif di antara ra dengan nun.
Tuk Ngah: Ya. Itu ejaan ajaran. Ada lema “ajran” dalam daftar itu?
Abdul Fattah: Tunggu sebentar atuk. …. Tiada, atuk. Lema yang bermula dengan “ajr” cuma “arjih”. Apakah makna “arjih” atuk?
Tuk Ngah: Arjih ialah perkataan Jawa dan bermaksud hormat atau segan.
Abdul Fattah: Terima kasih, atuk. Fattah ajrih akan atuk. He he.
Tuk Ngah: He he. Ingat itu, Abdul Fattah, ejaan alif-jim-ra-alif-nun untuk perkataan “ajran” dan perkataan itu tiada dalam bahasa Melayu. Sekarang, carilah perkataan “thesyat” yang ejaan Jawinya tha-syin-alif-ta.
Abdul Fattah: Ho ho, tiada juga atuk!
Tuk Ngah: Sekarang boleh Fattah baca tulisan Jawi itu?
Abdul Fattah: Boleh, atuk. Fasy: Farti Ajran Thesyat. Ha ha.
Tuk Ngah: He he.
Abdul Fattah: Orang Terengganu tidak menguasai ejaan Jawi, atuk.
Tuk Ngah: His! Bukankah tadi Fattah menyedari bahawa tulisan Jawi sudah digunakan di Terengganu sejak abad keempat belas? Mustahil sesudah beratus-ratus tahun orang Terengganu tidak menguasai tulisan Jawi. Berdasarkan pengalaman atuk, orang Terengganu memang menguasai tulisan Jawi.
Abdul Fattah: Oh, maafkan Fattah, atuk. Jikalau Fattah dibenarkan mengagak, bolehkah Fattah katakan bahawa mereka meremehkan ejaan Jawi?
Tuk Ngah: Tidak mengapa, Abdul Fattah. Faktanya kelihatan begitulah. Namun, maksud sebenar orang yang menghasilkan tulisan itu tidak dapat kita pastikan.
Abdul Fattah: Bolehkah Fattah simpulkan bahawa tulisan Rumi yang berwarna putih dan kuning itu berupa fitnah?
Tuk Ngah: Cucuku, kamu cukup kritis. Atuk yakin Abdul Fattah mampu membuat kesimpulan sendiri. Atuk hendak menyiram pokok bunga dahulu. Fattah duduklah di sini. Sambil menghabiskan kopi “o” dan keropok lekor yang sudah sejuk ini, lihatlah beberapa buah buku atuk ini.
Abdul Fattah: Terima kasih atuk. Wah, buku-buku tentang tulisan Jawi!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan