Soalan: Rakan saya menyatakan “amin” bermakna aman, “aamin” bererti meminta perlindungan, “amiin” bermaksud jujur dan “aamiin” ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan “aamiin” untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP?
Jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 7 Mac 2012: Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan.
1. Ejaan yang baku ialah “amin”. 2. Kita hendaklah menggunakan sebutan yang betul, sesuai dengan konteks walaupun hal ini tidak dinyatakan dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4). Isu ejaan Rumi bagi kata pinjaman daripada bahasa Arab banyak, rumit, berkaitan dengan ibadah dan wajar dijadikan perbincangan khusus. 3. Dalam DKBM terdapat juga ejaan “amen”. KD4: amen (amén); mengamen Jk berjalan dr rumah ke rumah sambil bernyanyi dan bermain muzik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan