Wacana yang di bawah ini ialah transkripsi suara Dr. Haji Awang Sariyan dalam klip video Tuntunan Bahasa Siri 7 yang disiarkan di Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa pada 25 Jun 2012.
Assalamualaikum warahmatullah. Salam sejahtera.
Apakah yang dapat anda bayangkan apabila anda membaca ataupun mendengar ungkapan kejar-mengejar dalam ayat seperti “Polis dan penjenayah itu kejar-mengejar” ataupun ayat yang berbunyi “Drama kejar-mengejar antara polis dengan penjenayah itu berlangsung selama tiga jam”? Ayat seperti ini kadangkala dapat kita temukan dalam berita, baik dalam media cetak mahupun media elektronik.
Tanpa disedari, sebenarnya ayat itu menunjukkan satu keadaan yang lucu dan saya kira tidak mungkin berlaku kerana kejar-mengejar bererti saling mengejar. Ertinya pada satu tahap polis mengejar penjenayah, dan pada satu tahap penjenayah mengejar polis. Tentulah hal ini tidak mungkin berlaku kerana etika polis tidak memungkinkan atau tidak membenarkan polis melarikan diri untuk dikejar oleh penjenayah. Oleh itu dalam hal begini tidak perlu digunakan kata ganda kerja-mengejar. Sudah cukup kita gunakan kata mengejar sahaja seperti dalam ayat “Usaha ataupun langkah polis mengejar penjenayah itu berlangsung atau berlaku selama tiga jam”.
Kalau kita katakan langkah ataupun drama kejar-mengejar antara polis dengan penjenayah berlaku dalam tempoh tiga jam, maka itu bererti bahawa berlaku semacam satu lakonan. Polis mengejar penjenayah, penjenayah mengejar polis, kemudian polis mengejar penjenayah lagi, dan kemudian penjenayah mengejar polis lagi sehinggalah tiga jam. Maka ini tentulah menimbulkan masalah makna yang lucu dan tidak munasabah sama sekali.
Oleh sebab itu dalam penggunaan kata perlu kita perhatikan atau kita pastikan bahawa kata kerja yang betul itu mestilah menepati makna yang kita maksudkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan