| Ada Rakyat Malaysia Memperlekeh Bahasa Kebangsaan | Kebanyakan Pelajar Tingkatan Empat Keturunan Cina Tidak Mencintai Bahasa Kebangsaan | Kisah di Pusat Dokumentasi Melayu: Mereka Memilih Laluan Sempit di Hadapan Saya | Penyetaraan Bahasa Lain dengan Bahasa Kebangsaan Ditolak || Bahasa Melayu Asas Kontrak Sosial || Diberi Betis, Hendak Paha |PAGE Terus Mengungguli Gelaran Penyokong Tegar PPSMI |
Saya mengucapkan syabas kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Haji Awang Sariyan, kerana menegur sikap melampau Dong Zong. Teguran beliau termuat dalam akhbar dalam talian Malaysiakini pada 13 Julai 2012. Beliau menyifatkan tuntutan Dong Zong agar pelbagai bahasa pengantar diperkenalkan dalam sistem pendidikan bersifat chauvinistic dan menyalahi Perlembagaan.
Pejuang, tokoh dan pencinta bahasa Melayu wajar menyertai Dr. Haji Awang Sariyan untuk menghalang Dong Zong dan sesiapa sahaja yang cuba menyetarakan bahasa kebangsaan kita dengan bahasa ibunda masing-masing. Usaha itu hendaklah dianggap sebagai mengkhianati satu daripada tonggak perpaduan kebangsaan, mempertidak Perlembagaan, akta tertentu dan prinsip Rukun Negara.
Saya juga menyokong ketetapan Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dengan kerjasama DBP pada 28 Jun 2012 lalu. Antara ketetapan penting seminar itu termasuklah menolak usaha pihak tertentu untuk menyetarakan bahasa lain dengan bahasa kebangsaan.
Saya berharap pemimpin pertubuhan siasah, khususnya yang berteraskan bangsa Melayu, memperlihatkan kepekaan yang lebih tinggi tentang perkara ini dan yang seumpamanya. Antara cara terbaik untuk menunjukkan penyesalan terhadap pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) termasuklah menegur pihak yang cuba untuk menyetarakan bahasa lain dengan bahasa kebangsaan.
Sehubungan dengan hal itu juga, saya petik ulasan Jamhariah Jaafar dalam Malaysia Today pada 11 April 2012: “Satu lagi persoalan timbul dengan tuntutan Dong Zong ini, apa gelaran yang perlu kita beri kepada mereka yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi terus terkial-kial berbahasa Melayu dengan sempurna. Layakkah mereka diberi status sebagai warga Malaysia?”
Lampiran 1
DBP: Tuntutan Dong Zong “Chauvinistic”
Oleh Ahmad Fadli KC, Malaysiakini, 13 Julai 2012
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Haji Awang Sariyan menyifatkan tuntutan Dong Zong agar pelbagai bahasa pengantar diperkenalkan dalam sistem pendidikan bersifat chauvinistic dan menyalahi Perlembagaan.
"Ini adalah satu cabaran (bahasa) yang bersifat chauvinistic. Inilah satu-satu negara yang ada kebebasan, kelenturan dengan aliran akademik.
"Kalau ada suara, Dong Zong mengatakan bahasa Mandarin setara dengan bahasa Melayu sebagai perantara itu menyalahi Perlembagaan," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta menjelaskan ucapannya terdahulu yang antara lainnya menyebut: "... kian nyaring suara yang mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama sistem pendidikan kebangsaan."
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan DBP.
Mengulas lanjut ucapannya itu, Dr. Awang berkata tindakan beliau membangkitkan peruntukan perlembagaan berhubung kedudukan bahasa Melayu bukanlah satu kritikan kepada golongan Cina.
"Saya bercakap tentang Perlembagaan bukan mengkritik orang Cina sebab rakan Cina saya pun ramai yang faham.
"Dari segi setara, bahasa Mandarin juga bahasa dunia tetapi negara ini bahasa utama bahasa Melayu yang merupakan milik orang Melayu, Cina, India, Kadazan milik semua," katanya.
Beliau seterusnya menggesa supaya Dong Zong mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Menurutnya, Dong Zong perlu hormat dan patuh kepada Akta Pendidikan 1996 Perkara 13 (1) yang menetapkan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama sistem pendidikan.
"Jadi kita akurlah. Kedudukan bahasa-bahasa lain itu ada tempat-tempatnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 di Kuala Lumpur pagi tadi.
Jelasnya, tuntutan untuk mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar itu tidak bermaksud menyekat pengajaran bahasa Mandarin dalam bahasa tersebut.
"Kalau mengajar Mandarin tentulah dalam bahasa Mandarin. Kita tidak suruh pun mengajar Mandarin dalam bahasa Melayu," katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr Md Salleh Yaapar pula menyifatkan tuntutan Dong Zong itu sebagai "pelik" kerana kumpulan itu sepatutnya maklum bahawa ia bertentangan dengan Perlembagaan.
"Dia (Dong Zong) hendak supaya dasar monolingual menjadi multilingual yang jelas bertentangan dengan (dasar) bahasa kebangsaan.
"Perlembagaan meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan.
"Kita juga ada dasar pendidikan kebangsaan yang meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan," kata Salleh dalam sidang media sama.
Lampiran 2
Tuntutan Melampau Dong Zong
Oleh Jamhariah Jaafar, Malaysia Today, 11 April 2012
SUKAR untuk menjadi pemimpin Cina yang berada di pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam suasana politik hari ini.
Itu yang dialami Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, dari MCA apabila dikutuk dan diejek hanya kerana mahu mendengar dan mencari penyelesaian kepada isu sekolah Cina yang dibawa Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Ahad lalu.
Walaupun tidak dijemput, Wee sedar yang dia perlu hadir pada mesyuarat itu untuk mendengar sendiri masalah sekolah Cina. Dengan restu kepimpinan tertinggi BN, Wee hadir tanpa menghiraukan risiko bakal dialami.
Ternyata pemimpin MCA ini bukan saja dikutuk dan diejek, malah sampai ada yang mahu mengetuk kepalanya dengan surat khabar dan hampir ada tangan melayang ke mukanya.
Namun, Wee masih boleh bertenang kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendengar suara rakyat, apa lagi kaumnya yang kelihatan marah dengan kerajaan kononnya tidak membela nasib kaum Cina, malah ada yang mendakwa dilayan seperti warga kelas kedua.
Begitu banyak komen dan analisis mengenai kejadian menimpa Wee dan ramai pula tidak percaya dengan tuntutan yang dibuat Dong Zong, yang kelihatan sering muncul apabila politik negara memasuki musim pilihan raya umum.
Tuntutan Dong Zong nyata mencabar kesabaran bangsa Melayu. Antara tuntutan yang mendesak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan serta-merta ialah:
• Memindah keluar semua guru yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Mandarin peringkat SPM dari sekolah rendah Cina
• Menyediakan kursus khas untuk guru Bahasa Mandarin yang mengajar Bahasa Melayu (BM) atau Bahasa Inggeris (BI) sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun, bagi membolehkan mereka layak untuk mengajar ketiga-tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Mandarin, BM dan BI
• Membuat reformasi silabus latihan guru bagi memastikan lebih ramai guru boleh berbahasa Mandarin yang diperlukan di sekolah-sekolah Cina
• Mengkaji semula Akta Pendidikan bagi memastikan sekolah vernakular diberi status yang sama dan dijamin kedudukannya sebagai sebahagian sistem pendidikan kebangsaan.
"Melihat semua tuntutan ini bukan sahaja orang Melayu marah, tapi orang Cina yang sayang akan (kecuali peribahasa seperti sayangkan anak) Malaysia juga marah. Apakah agenda nasional Dong Zong? Mengapa mereka tidak terus meletakkan syarat - tidak ada seorang pun guru berbangsa Melayu atau bangsa lain dibenarkan atau layak mengajar sekolah Cina. Bagaimana kami pemimpin Cina boleh mempertahankan kewibawaan sebagai pemimpin Malaysia daripada pelbagai bangsa, jika kami tunduk dengan tuntutan Dong Zong?" kata Wee ketika ditemui di Parlimen, Khamis lalu.
Soalan Wee ini wajar diajukan kepada Dong Zong - apakah matlamat meletak tuntutan jelas menjurus kepada usaha menyekat secara halus kemasukan guru bangsa lain di semua sekolah Cina.
"Malaysia ialah sebuah negara pelbagai kaum. Penyerapan nilai murni sebagai rakyat Malaysia bermula di sekolah. Oleh itu jelas menunjukkan tuntutan Dong Zong ini hanya akan menimbulkan kemarahan bangsa lain. Justeru, Kementerian Pelajaran akan bertegas dan kekal dengan keputusan yang sudah dipersetujui. Tuntutan tidak praktikal dan bertentangan dengan nilai Satu Malaysia sudah pasti tidak diterima," kata Wee.
Penulis politik, Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah (seorang Cina beragama Islam juga) tidak lari daripada meluahkan rasa marah apabila berkata, tuntutan Dong Zong ini amat tidak logik dan melampau dan kerajaan sepatutnya boleh membaca strategi lapuk ala komunis mereka.
"Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah tetapi bermaruah, daripada menang tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita, kita akan dikutuk selama-lamanya," kata Ridhuan.
Ridhuan yang mengajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, menggelar kumpulan Cina seperti Dong Zong ini sebagai ultra kiasu dan akan menggunakan apa saja demi kepentingan mereka.
Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan konsep Satu Malaysia, mereka “memperalatkan” konsep itu untuk menuntut hak sama rata dengan golongan peribumi yang dilindungi perlembagaan.
Tuntutan Dong Zong bukan saja bertentangan konsep Satu Malaysia, bahkan ia bertujuan menutup terus pintu sekolah Cina kepada guru bangsa lain.
Tuntutan Dong Zong juga langsung tidak mencerminkan sikap toleransi sebagai sebahagian rakyat Malaysia. Mereka tidak kisah sekiranya masih ramai bangsa Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu atau berbahasa Inggeris, malah tidak teragak-agak mencipta koloni bangsa Cina tanpa sedikit menghiraukan keperluan untuk menjadi rakyat Malaysia yang sejati.
"Apabila melihat pemimpin DAP berada di barisan hadapan menyokong tuntutan Dong Zong ini, terbukti ini adalah golongan pemimpin yang talam dua muka. Kita tidak payah bercakap mengenai konsep Satu Malaysia BN, kerana tindakan DAP ini sekali gus menghapuskan konsep 'Malaysian Malaysia' mereka sendiri," kata seorang wartawan dan bloger.
Satu lagi persoalan timbul dengan tuntutan Dong Zong ini, apa gelaran yang perlu kita beri kepada mereka yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi terus terkial-kial berbahasa Melayu dengan sempurna. Layakkah mereka diberi status sebagai warga Malaysia?
Ulasan di Facebook
Cikgu Mohamad Musip: Saya berkongsi sokongan yang nyata dengan Tuan Mohd Isa Abd Razak. Dong Zong memang bertindak melampaui garis keharmonian, sedangkan semua sudah maklum dan menerimanya sebagai teras falsafah pendidikan kita bahawa bahasa pengantar yang tunggal bermaksud untuk menyatupadukan kaum di negara ini. Mereka sudah lupa pada Penyata Razak 1956 yang telah diterima sebagai asas kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. 14 Julai 2012.
Kamal Ariffin Zainal: Kebiadaban Dong Zong terserlah lagi! Sungguh biadap! Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan merupakan suatu bentuk nilai kepada ketamadunan kemanusiaan dan jika Dong Zong dan lain-lain tidak menghormati atau tidak tahu apa itu perlembagaan tersebut, kita boleh “tolong ajar”. Kita mesti bertanya apakah nilai ketamadunan kemanusiaan yang ada pada mereka jika inilah sikap dan tingkah lakunya? Seperti kera mendapat bunga, datangnya pun tidak dijemput. Disyorkan agar bantahan besar-besaran diadakan bagi menyatakan perlunya ada rasa hormat pada bahasa dan bangsa kita. Sampai bila kita hendak biarkan sikap melampau mereka ini? Kena ajar sikit atau pun lebih sikit. 14 Julai 2012.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan