Saudara Ameer dan Syukur, isu yang ditimbulkan di sini menguak pintu peti simpanan ehwal pengujian dan penilaian dalam ingatan saya. Ruang yang terbuka baru sedikit dan diselaputi oleh kegelapan. Jelasnya, saya sudah lupa apa-apa yang saya kuliahkan. Bahkan saya sudah lupa sama ada buku kecil edisi awal PTS masih terselit di rak buku saya atau sudah menjadi bentuk baharu apabila diproses oleh kilang kitar semula.
Perkuliahan itu berlaku pada tahun lapan puluhan. Memang saya sudah menggunakan perisian pemprosesan perkataan Word Star pada pertengahan tahun lapan puluhan. Memang ada kemungkinan saya pernah menulis nota tentang PTS. Hal yang pasti, jikalau pun nota itu ada, nota itu sudah lupus bersama-sama cakera liut.
Kini, di rumah saya tiada cakera liut, walaupun hanya sekeping. Setakat ini saya belum berpeluang untuk melakukan rujukan di pusat sumber negeri, kebangsaan atau institut pengajian tinggi. Apa-apa yang saya catatkan dalam jalur di sini berdasarkan ingatan semata-mata. Berdasarkan ingatan itulah saya mengatakan bahawa saya tidak pernah menemukan pernyataan akan adanya sistem lompat kelas dalam PTS. “Ke, ana sebenar-benarnya sudah lupa?”
Namun saya tetap yakin bahawa pengalaman saudara ialah guru yang mustahil sama sekali berbohong. Hal yang saya musykilkan ialah lompat kelas itu termaktub dalam dokumen bertulis sebagai satu sistem atau hanya ciptaan segelintir pengurus pendidikan?
Maafkan saya kerana ulasan ini luar biasanya bunyinya. Pada masa ini saya sedang berada dalam tempoh merenung dan menukilkan kisah lama. Gaya pengisahan itu terbawa-bawa dalam ulasan ini. Ketawa sedikit: ha ha.
Lampiran
Pada 11 September 2012, Ameer Abdul Aziz menulis di buku wajah peribadinya:
1. Sebenarnya, bagi murid-murid yang lebih pandai daripada rakan-rakan sebayanya tidak patut “melompat” kelas dan meninggalkan tahun 4.
2. Sepatutnya mereka dikumpulkan di suatu tempat dalam kawasan yang sesuai; kemudian pengajaran tahun 4, 5 dan seterusnya dijalankan dengan mengikut tahap mereka.
3. Pengajaran tahun 4 tidak boleh ditinggalkan kerana setiap pelajaran itu penting apatah lagi pelajaran itu adalah tahun asas bagi UPSR. Hilang asas, goyanglah bangunan.
4. Hal yang boleh disimpulkan, pengajaran bagi murid-murid ini boleh dilajukan, bukan dibiarkan melompat dan kemudian mengharap budak yg baru berumur 10 tahun itu belajar sendiri subjek tahun 4 dan seterusnya. Contohnya jika satu tajuk biasanya diajar dalam masa lima hari, mereka ini mungkin boleh belajar dalam masa 2-3 hari.
5. Walaupun mereka dilihat bijak daripada rakan sebaya, mereka tetap masih budak. Kebijaksanaan mereka hanya lebih daripada rakan sebaya bukannya lebih daripada orang dewasa sampai boleh memikirkan semua yang orang dewasa fikirkan.
Siapakah yang membentuk pendidikan Malaysia selama ini? Mengapakah begitu banyak dasar pendidikan yang gagal dan diubah-ubah semula seperti PTS dan PPSMI? Mengapa tiada kajian terperinci mengenainya sebelum dilaksanakan? Harap murid-murid ini tidak dianggap sebagai tikus makmal untuk diuji sesuka hati. Kesannya mungkin besar pada murid-murid tersebut.
Kasihan murid-murid. Kasihan pada ibu bapa dan masyarakat yang mungkin kehilangan bakat dan potensi mereka. Betapa ramai anak genius yang kemudiannya menghadapi masalah yang tidak sepatutnya berlaku? Andai disebutkan nama mereka, berderet. Semua ini boleh berubah jika kita menyerahkan kepimpinan pada yang berhak, pada yang berkemampuan dan ikhlas. Sinar masih ada.
Mohd Isa Abd Razak: Terima kasih, tuan. (1) Saya tidak pasti maksud PTS. (2) Fikiran ini bernas. Jikalau ada, catatkan sumbernya. Wassalam.
Ameer Abd Aziz: PTS ialah penilaian tahap satu, suatu sistem penilaian yg menguji ketinggian IQ dan saya sendiri merupakan murid yang melepasinya. Jadi, ini hanyalah coretan yang saya sengaja coretkan pada hari bermulanya peperiksaan UPSR, tuan. Kalau ada sebarang pertentangan terhadap apa-apa yang saya tulis atau pembelaan terhadap PTS, maka dialu-alukan.
Mohd Isa Abd Razak: Syukran, ya akhi. Baru saya ingat, dahulu PTS adalah antara tajuk yang saya kuliahkan dalam kursus Pengujian dan Penilaian. Umur saya kini lebih 60. Daya ingatan semakin lemah. Terima kasih sekali lagi.
Ameer Abd Aziz: Afiq pun ada pengalaman juga. :) Maaf kalau ada tulisan saya menyinggung perasaan Tuan Mohd Isa Abd Razak. Namun saya fikir tindakan yang dibuat itu kurang tepat. Sebaiknya mereka atau kami, (saya tidaklah genius seperti yang lain), dikumpulkan dan diberi suatu tahap pembelajaran yang lain melalui guru-guru yang bagus persis mereka yg cemerlang dalam UPSR kerana jika kekal di tempat yang sama maka belum tentu guru yang akan mengajar kemudiannya akan mengajar dan mendidik degan baik.
Banyak asas yang tertinggal dan meruntuhkan sedikit demi sedikit keyakinan diri. Kelakuan turut berubah dan kehebatan ditenggelamkan dengan sikap sesetengah rakan (abang-abang) yang setahun lebih tua yang mengganggu dari segi emosi, pelajaran dan sebagainya.
Situasi yang sama mungkin tidak berlaku kalau berada bersama rakan sebaya. Andai dalam kalangan rakan sebaya, dianggap sebagai pemimpin, tatkala budak berumur 10 tahun berdepan 11 tahun, mereka didiskriminasikan dan kurang diberi peluang menonjolkan diri. Situasi normal budak lelaki kan? :) Prestasi secara perlahan turut jatuh. Itulah cabarannya, kalau betul-betul kuat dan dibantu orang dewasa dengan baik, insya-Allah boleh melepasi. Namun, jika tidak?
Syukur Sapuan: Daripada pengalaman sendiri, pelajar-pelajar PTS memang perlukan bimbingan khusus dari segi kecerdasan sosial untuk bergaul dengan rakan-rakan lain yang tua setahun. Namun apa-apa pun sebenarnya saya masih menyokong agar PTS ini diteruskan lagi. :)
Mohd Isa Abd Razak: (Ulasan yang teratas.)
Ameer Abd Aziz: PTS ini penilaian yang dilakukan di seluruh negara, dan murid yang melepasinya digalakkan untuk terus melompat kelas ke tahun lima tanpa perlu mengikuti tahun empat. Kata mereka ini untuk mempercepat murid-murid tersebut terlibat dalam bidang pekerjaan sekali gus membantu negara menjadi negara maju. Tetapi masih ada juga ibu bapa yang menolak peluang anak mereka untuk naik ke tahun lima. :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan