16 Februari 2009

Kata Majmuk "Gerak Balas"

Pedoman Bahasa (JPEG) 031. Ejaan Kata Majmuk.

2 ulasan:

mantan berkata...

Mantan pendidik guru,
Bolehkah saya bertanya tentang hal ini?:-
Bagaimana pula dengan perkataan yang terbentuk jika perkataan bumi dengan perkataan putera digabungkan?

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam.

Perkataan “bumiputera” memang mempunyai dua kata dasar, iaitu “bumi” dan “putera”. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2008: 134 – 135) menyedari hal ini. Namun, oleh sebab penggunaannya (pengejaannya) sudah mantap, “bumiputera” tetap dieja sebagai satu perkataan. Perkataan lain yang disenaraikan oleh Tatabahasa Dewan ialah:
1. antarabangsa
2. jawatankuasa
3. kakitangan
4. kerjasama
5. matahari
6. olahraga
7. pesuruhjaya
8. setiausaha
9. sukarela
10. suruhanjaya
11. tandatangan
12. tanggungjawab
13. warganegara

Terima kasih kerana sudi berinteraksi di sini.

Wassalam.