27 Mac 2009

Huruf Tunggal Jawi Beranimasi

Fail persembahan Power Point yang bertajuk “Huruf Tunggal Jawi Beranimasi” terdapat di sini. Persembahan itu sengaja tidak diterbitkan di sini kerana paparannya menggunakan huruf Rumi. Mungkin pihak Scribd tidak mempunyai fon yang berkenaan. Namun, jangan khuatir, apabila dimuat turun, paparan yang betul akan diperoleh sekiranya fon Stnask ada dalam komputer tuan. Perlukan bantuan? Klik pautan ini: Memasang Fon Jawi.

Persembahan itu diusahakan pada tahun 2007. Beberapa orang pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) j-QAF sudah memanfaatkan persembahan itu di dalam bilik darjah. Mereka mempunyai kreativiti dan dapat mengubah suai bahan itu. Hasilnya persembahan mereka menarik dan hidup. Murid, termasuk murid pemulihan, bertambah seronok belajar.

Diharap tuan dapat memberikan respons ringkas sama ada tuan berjaya membaca kandungan persembahan itu atau tidak. Jikalau tuan dapat mengesan ralat, mohon maklumkan juga. Respons/makluman tuan sangat diperlukan agar usaha untuk memuat naik bahan lain berjalan lancar.

Masukan yang berkaitan
Memasang Fon Jawi
Jawi: Sekadar Percubaan
Ejaan Jawi untuk Pandai Ialah Pa-Nun-Dal-Alif-Ya
Beberapa Perkara Tentang Huruf Jawi
Selamat Mempelajari Tulisan Jawi
Abjad Jawi Bentuk Tunggal Terkini

8 ulasan:

Marni berkata...

Salam,

Saya harap tuan tidak keberatan jika saya menyebarkan panduan dan ilmu ini kepada orang lain. Seorang adik saya juga pelajar KPLI J-Qaf. Pasti ilmu sebegini akan banyak membantu mereka di sekolah.

Terima kasih, tuan.

Mohd Isa bin Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam.

Pemanfaatan dan penyebarluasan memang saya harapkan. Silakan. Insya-Allah, dari semasa ke semasa akan saya muat naik beberapa bahan lain. Saya berharap puan dan para pengunjung dapat menyatakan sama ada bahan yang dimuat turun itu dapat dibaca atau tidak. Jika ada masalah, kita sama-sama mencari jalan penyelesaiannya.

Wassalam

Marni berkata...

Insya-Allah. Belajar dan mengajar itu dituntut dalam Islam. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Nya.

Terima kasih, tuan.

Richard Tan berkata...

Minta kirimkan fail power point itu ke cheewei_89@hotmail.com. Terima kasih ^^

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam.

Tuan Richard, fail itu sudah saya kirimkan. Manfaatkanlah.

Terima kasih saya ucapkan atas kesudian tuan memberikan sambutan.

Richard Tan berkata...

Maaf, tetapi tiada dalam mail saya. Boleh kirim sekali lagi?
cheewei_89@hotmail.com
Terima Kasih kerana menyebarkan bahan-bahan untuk orang yang buta jawi seperti saya.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Sudah saya kirimkan, tuan.

Akmalhana Mohammed berkata...

Salam,,saya pelatih jqaf,,boleh x emailkan powerpoint tu?untuk rujukan praktikum..t.kasih
hananim_85@yahoo.com

akmalhana mohammed