“Sekejap benar ditinggalkan di sini, kasut baharu Pak Da sudah hilang. Nasib baiklah abang ini berikan seliparnya,” Pak Da memberitahu kami. Dialek Negeri Sembilan Pak Da tetap kedengaran walaupun kini dia berada di Masjid Negeri, Kota Kinabalu. Orang Negeri Sembilan di kawasan tangga masjid ini hanya kami sekeluarga.
Pak Da memberitahu anak-anak tempatan yang mengelilinginya, “Kasut itu saya beli minggu lalu. Memang saya beli untuk datang ke sini. Saya hendak pergi kenduri kahwin di Keningau. Inilah pertama kali kasut itu saya pakai. Tahu-tahu sudah diambil oleh orang.”
Pak Ngah datang. Orang ramai masih mengerumuni Pak Da. Mereka bercakap-cakap sama sendiri.
“Kasihan,” kata seorang lelaki berbadan gempal, agak rendah dan berkulit cerah. “Baru sekali datang ke sini kasutnya sudah kena curi. Perjalanannya masih jauh lagi itu,” tambahnya.
Pak Ngah menghampiri Pak Da dan melihat selipar buruk di kakinya. Pak Ngah tersenyum dan berkata, “Terima kasihlah tuan-tuan kerana mengambil berat masalah ipar saya ini. Terima kasihlah kerana memberikan selipar.”
Anak-anak tempatan bercakap-cakap sesama sendiri. Lelaki yang berbadan gempal tadi bersuara, “Maaflah kami, ya. Memang di sini kejadian kecurian kasut selalu berlaku. Kasihan, abang. Baru datang ke sini kasut sudah kena curi.”
Pak Ngah tersenyum. “Terima kasihlah, tuan-tuan. Saya sudah lama di sini. Saya memang tahu masalah kecurian kasut di masjid ini. Kasut adik saya ini sudah saya simpan di dalam kereta sebelum saya masuk ke masjid tadi.”
Mak Ngah tiba. Dia menjinjit sepasang kasut hitam berkilat. Sambil tersenyum dia memberikan kasut itu kepada Pak Da. Pak Da menerima kasut itu dengan senyuman meleret. Pak Da menyarung kasut kulit hitam itu. Dia mengembalikan selipar kepada pemiliknya sambil mengucapkan terima kasih berulang-ulang. Pak Da dan Pak Ngah bersalaman dengan semua lelaki anak tempatan itu. Kemudian kami menaiki Rusa Pak Ngah dan meneruskan perjalanan.

5 ulasan:
Semoga perjalanan Pak Da akan lebih selesa dengan kasut baru itu. Allah akan sentiasa menggantikan sesuatu yang hilang itu dengan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita (walaupun kita tidak suka kerana tidak tahu hikmah di sebalik kejadian).
Salam, Cikgu.
Bagus juga kasut itu disembunyikan. Ada pengalaman berharga lain yang boleh mengisi laman kenangan.
:)
Salam untuk Marniyati dan Aranam. Pak Da selamat pergi dan selamat kembali dengan kasut hitam itu. Terima kasih kepada semua yang prihatin. Wassalam.
menarik ceritanya. ada hikmah yang kita boleh pelajari
Mudah-mudahan masyarakat kita terus berpegang pada ajaran Islam dan nilai murni. Wassalam.
Catat Ulasan