06 Jun 2009

Penyelarasan Penulisan Kependekan

Masukan yang berkaitan
Tanda Baca: Catatan Permulaan
Noktah yang Terlarang
Tanda Koma Sebelum "Dan"

Kita kerap menggunakan singkatan atau kependekan (kep). Di bawah ini ialah 35 kependekan yang biasa kita gunakan dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4, 2005). Kependekan dalam kurungan selepas penerangan setiap butiran ialah kependekan dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (KD3, 1994).

1. AMN kep Ahli Mangku Negara (A.M.N.)
2. JMN kep Johan Mangku Negara (J.M.N)
3. JP kep Jaksa Pendamai (J.P.)
4. PGB kep Panglima Gagah Berani (PGB)
5. PJK kep Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
6. PMN kep Panglima Mangku Negara (PMN)

7. BA kep Bachelor of Art (B.A.)
8. BSc kep Bachelor of Science (B.Sc.)
9. MA kep Master of Arts (M.A.)
10. MBA kep Master of Business Administration (M.B.A.)
11. PhD kep Doctor of Philosophy (Ph. d.) d sepatutnya D
12. MPIK kep Maktab Perguruan Ilmu Khas (M.P.I.K.)
13. MPSI kep Maktab Perguruan Sultan Idris (M.P.S.I.)

14. MB kep Menteri Besar (M.B.)
15. YAB kep Yang Amat Berhormat (Y.A.B.)
16. YB kep Yang Berhormat (Y.B.)
17. YBhg kep Yang Berbahagia (Y.Bhg) (tiada titik selepas Bhg)
18. YM kep Yang Mulia (Y.M.)
19. BSN kep 1. Bank Simpanan Nasional; 2. Biro Siasatan Negara (BSN)
20. DBP kep Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
21. JKR kep Jabatan Kerja Raya (JKR)
22. KDN kep Kementerian Dalam Negeri (KDN)
23. MRSM kep Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
24. RTM kep Radio Televisyen Malaysia (RTM)
25. TNB kep Tenaga Nasional Berhad (TNB)
26. UIAM kep Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
27. KBSM kep Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
28. KBSR kep Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
29. SPM kep Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
30. SRJK kep Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)
31. SRP kep Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
32. a.s. kep alaihissalam MIR (a.s.)
33. r.a. kep radiallahuanhu (x)
34. SAW kep Sallallahualaihiwasallam (s.a.w) (tiada titik selepas w)
35. SWT kep Subhanahuwataala (x)

(x) Tidak terdapat dalam KD3.

KD4 sudah menyelaraskan bentuk penulisan kependekan seperti yang di atas. Umumnya, tanda titik tidak diletakkan di antara huruf. Penyelarasan ini menjadikan penulisan kependekan lebih mudah dan kelihatan lebih kemas. Tanda titik digunakan juga bagi kependekan tertentu seperti kependekan contoh 32 dan 33. Namun, beberapa penyelarasan KD4 tidak akur dengan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (PU). Mungkinkah sudah ada edisi baharu PU? Jikalau tuan mengetahuinya, mohon nyatakan dalam ruangan ulasan. Terima kasih.

Tiada ulasan: