Kaedah ini dinamakan juga Kaedah Cepat Membaca dan disebarluaskan melalui buku Cerdik Membaca 1-3 (2001). Kaedah ini menekankan pembacaan terus dengan membunyikan suku kata yang dicam melalui penyebutan huruf. Kaedah ini digunakan Puan Maimunah Arifin untuk mengajar murid tahun satu dan murid-murid pemulihan di sebuah sekolah di Pahang dan dikatakan telah berjaya menghasilkan murid-murid yang menguasai kemahiran membaca dengan cepat.
Ciri-cirinya adalah seperti yang berikut:
1. Huruf besar dan huruf kecil diperkenalkan kepada murid secara serentak. Hal ini membolehkan murid mengenal fungsi huruf besar secara langsung sejak awak lagi.
2. Kemudian, murid diperkenalkan kepada nama huruf-huruf vokal dan bunyinya. Pendidik perlu menekankan perbezaan antara nama huruf dengan bunyinya. Pendidik juga perlu menerangkan kepada murid cara pengeluaran bunyi huruf-huruf yang berkenaan ilmu fonetik. Urutan bahan: Aa, Ii, Oo, Uu, Ee pepet, Ee taling.
3. Murid diberitahu bahawa huruf-huruf konsonan tidak mempunyai bunyi. Cara penyebutan huruf-huruf konsonan juga dijelaskan kepada murid. Pendedahan kepada huruf konsonan berdasarkan urutan: Bb, Pp, Mm, Nn, Ll, Dd, Tt, Rr, Ss, Zz, Kk, Cc, Jj, Gg, Hh, Yy, Ww, Qq, Ff, Vv ng, ny. Nota: huruf x dan konsonan rangkap kh dan sy tidak terdapat dalam buku.
4. Kaedah ini membahagikan huruf kepada tiga kelompok penyebutan, iaitu yang penyebutannya
(a) jelas memperlihatkan kedudukan dan bentuk bibir
(b) jelas memperlihatkan kedudukan dan bentuk lidah
(c) hanya dapat dikesan melalui rasa kerana alat artikulator yang terlibat ialah bahagian dalam mulut
5. Langkah yang berikutnya ialah pembacaan suku kata yang seragam vokalnya, iaitu ba, ca, da, fa, ga, ha, ja, ka, la, ma, na, pa, qa, ra, sa, ta, va, wa, ya, dan za yang dipaparkan pada carta suku kata.
6. Langkah yang berikutnya ialah murid didedahkan dengan perkataan V-KV seperti ada dan ela, dan KV-KV seperti baca, rata, kata, masa, bara, saya dan saga. Perkataan disertai gambar membantu pemahaman mereka. Pola yang berikutnya ialah KV-KV-KV seperti bahasa, dan KV-KV-KV-KV seperti manakala dan lama-lama.
7. Seterusnya murid didedahkan dengan rangkai kata seperti daya saya, jala Rama dan mata Nana. Hal ini diikuti dengan aktiviti membaca ayat tunggal seperti "Zana bawa kaya”, “Nama saya Kamala”, dan “Bapa bala ada jala”.
8. Proses yang sama dilakukan untuk vokal i, u, e pepet, o, dan e taling. Latihan berkaitan dengan perkataan, rangkai kata dan ayat mengandungi vokal-vokal yang telah dipelajari sebelumnya.
9. Aktiviti berikutnya ialah membaca ayat.
10. Tanda baca didedahkan secara langsung. Hal ini bertujuan mengekalkan minat murid untuk terus membaca.
11. Suku kata tertutup didedahkan dalam langkah seterusnya. Penegasan diberikan kepada vokal berganding seperti dalam perkataan “buah”. Perkataan ini mengandungi dua suku kata, iaitu bu dan ah. Apabila dua bunyi suku kata ini dibaca, bunyi itu dijadikan satu bunyi dan dalam satu nafas.
12. Peneguhan dilakukan dengan menjawab soalan dalam buku Kaedah Cepat Membaca: Cerdik Membaca 3.
13. Dalam buku, dua warna sahaja digunakan, iaitu hitam untuk suku kata pertama atau praakhir dan merah untuk suku kata kedua dan suku kata akhir. (lada, ada, Uda, mata; bahasa, cahaya, manakala; api, isi, uli, sisi, kiri, sini; kita, bila, sari, jika; daripada, ibu, itu, tipu, rugi, budaya, beku, kepala, tenaga, nona, lori, desa)
Berdasarkan penerangan di atas, dapat dirumuskan bahawa kaedah ini bersifat binaan (dari unit kecil kepada unit besar), mengandungi ciri-ciri kaedah fonetik dan dengan beberapa ciri yang tersendiri. Ringkasannya: huruf konsonan → suku kata → rangkai kata → perkataan g ayat.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam cikgu,
Minta cikgu lihat buku SIRI CEPAT MEMBACA 'Bacalah Anakku' tulisan Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad.
Melalui buku ini, edisi pertama bermula November 1996. Kemudian ditukar kepada edisi bestari (dengan vcd) cetakan pertama pada Disember 2005. Terakhir cetakan ke duabelas pada November 2007. Dapat dilihat pada laman web : www.readnetwork.com
Mungkin ada sedikit kesamaan pada kedua-dua buku. Saya belum melihat buku yang seperti cikgu sebutkan. Maaf.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih atas respons cikgu. Saya ada membaca catatan ringkas cikgu tentang penggunaan Kaedah Fonik/Fonetik versi Nik Eliani dan suaminya Othman Ahamad di blog cikgu. Kalau catatan itu bersambung lebih baik.
Seorang ustaz pernah menceritakan pengalamannya menggunakan kaedah ini untuk anaknya. Berkesan, katanya.
Kaedah ini memang istimewa. Oleh itu, saya sempat memasukkannya sebagai rujukan utama dalam kurikulum Literasi Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas Bahasa Melayu untuk sekolah kurang murid (SKM) sebelum saya bersara.
Saya pernah mendedahkan bahan ini kepada guru pemulihan dalam bilik kuliah dan dalam dua bengkel. Insya-Allah, apabila berkesempatan saya akan berusaha melakukan penelitian susulan terhadap kedua-dua edisi bahan ini. Sayangnya, saya tidak dapat mencubanya sendiri.
Terima kasih sekali lagi. Wassalam.
Catat Ulasan