11 Ogos 2009

Sari SJB: Datuk dan Dato’

Sari “Soal Jawab Bahasa” (SJB), majalah Pelita Bahasa, Mei 2009.

Masukan terdahulu: (1) Perkataan “Kemenjadian” (2) Dan Ada dalam Serta (3) Perkembangan Ialah ... (4) “Ayat Contoh” Mematuhi Hukum D-M

1. Gelaran Dato’ dikurniakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta sultan negeri di negara kita. Gelaran Datuk dikurniakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang di-Pertua Negeri Sabah.

2. Kata kerja transitif hendaklah diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama.
menulis *semula karangan itu → menulis karangan itu semula
mengisi *semula kredit → mengisi kredit semula
menyanyikan *semula lagu itu → menyanyikan lagu itu semula
menaikkan *kembali martabat bahasa kebangsaan → menaikkan martabat bahasa kebangsaan kembali

3. Perkataan matlamat dan objektif berbeza dari segi makna. Matlamat membawa maksud “sesuatu yang hendak kita capai dalam jangka panjang”. Objektif pula membawa maksud “sesuatu yang ingin kita capai dalam jangka masa pendek”.

Ulasan/Tambahan
1. Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong juga membawa gelaran Datuk.
2. Takrif objektif dalam rancangan pengajaran harian lebih khusus.
3. Sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan oleh Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fauzi M. Basri.

Tiada ulasan: