12 Ogos 2009

Sari SJB: Ia untuk Binatang yang Dapat Berkata-kata

Sari “Soal Jawab Bahasa” (SJB), majalah Pelita Bahasa, Jun 2009.

Masukan terdahulu: (1) Perkataan “Kemenjadian” (2) Dan Ada dalam Serta (3) Perkembangan Ialah … (4) “Ayat Contoh” Mematuhi H D-M (5) Sari SJB: Datuk dan Dato’

1. Perkataan ia (dia) digunakan untuk merujuk kepada manusia. Namun, dalam cerita binatang, ia juga digunakan untuk merujuk binatang yang dapat berkata-kata seperti manusia. Kecuali dalam cerita binatang yang dapat berkata-kata seperti manusia, penggunaan kata ia yang merujuk kepada bukan manusia dalam karya sastera perlulah dielakkan.

2. Perkataan setelah, sesudah dan selepas mempunyai makna yang sama.

3. Perkataan dating terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan dilabel sebagai bahasa percakapan (bp). Perkataan ini dicedok bulat-bulat daripada perkataan bahasa Inggeris. Perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi atau dalam penulisan karangan untuk peperiksaan.

Tiada ulasan: