Dua perenggan terakhir tulisan itu dipaparkan di bawah ini. Kedua-dua perenggan ini seolah-olah memberikan galakan kepada rakyat Malaysia agar menggunakan istilah “bahasa Malaysia”. Apabila kita renungi kedua-dua perenggan ini, kelihatannya ada maksud tersirat. Para pembaca wajar membaca keseluruhan tulisan asal untuk menyelami maksud tersirat itu.
Marilah sama-sama kita fikirkan sama ada “harapan” yang terkandung dalam kedua-dua perenggan ini sudah menjadi kenyataan atau belum. Jikalau belum ada apa-apa kesannya, ajaklah rakyat Malaysia kembali menggunakan istilah “bahasa Melayu”, iaitu istilah yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Barangkali pertukaran istilah itu dapat menggiatkan usaha memperkasakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Mungkin hal itu bermakna bahawa jika dahulu bahasa lain digunakan dalam mesyuarat, kini bahasa Malaysia harus digunakan sepenuhnya dalam mesyuarat tersebut. Jika dahulu bahasa lain digunakan pada papan tanda perniagaan, kini tidak ada sebab lagi untuk tidak menggunakan bahasa Malaysia. Jika dahulu wujud stesen radio yang langsung tidak menggunakan bahasa Malaysia, kini stesen itu perlu menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya.Marilah sama-sama kita fikirkan sama ada “harapan” yang terkandung dalam kedua-dua perenggan ini sudah menjadi kenyataan atau belum. Jikalau belum ada apa-apa kesannya, ajaklah rakyat Malaysia kembali menggunakan istilah “bahasa Melayu” yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dengan hal demikian, barulah wujud perasaan kekitaan, perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat Malaysia apabila menggunakan bahasa Malaysia. Jika bahasa Melayu, dan tentu juga bahasa lain, dianggap tidak mewujudkan perasaan kekitaan, perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat negara ini, maka kini gunakanlah bahasa Malaysia.”
1 ulasan:
mengapakah kertas bahasa melayu upsr/pmr/spm masih menggunakan kata bahasa melayu? mengapakah tidak ditukar kepada bahasa malaysia?
hal ini amat mengelirukan kami pelajar/guru-guru di sekolah.
Catat Ulasan