1 Saya Betul-betul Hendak Belajar
Memang betul bah. Dahulu laluan itu sempit, ngam-ngam untuk seorang lalu dan seorang lagi limpas. Oh, denai ya? Begitulah. Denai itu sempit. Memang ada juga sulap di jalanan itu tetapi tiada apa-apa kemudahan. Sulap itu tempat berehat dan bermalam. Saya pun tidur di situ. Sejuk itu biasalah. Oh ya, saya bawa beras dan periuk. Saya makan nasi begitu-begitu sahaja.
Pada masa itu Ranau di bawah pentadbiran Tambunan. Sesekali orang putih datang melawat ke sini. Tuan itu naik kuda. Ada lima enam orang mengiringinya. Pengiring itu membawa barang. Lama-lama laluan itu menjadi lebar. Mudahlah orang dan kuda berselisih.
Sebenarnya cikgu, saya lebih tua daripada pak cik cikgu itu. Saya lahir pada tahun 1923. Saya pergi ke Penampang sebelum Jepun datang. Saya memang betul-betul hendak bersekolah. Saya betul-betul hendak belajar. Itulah, saya sanggup tinggalkan Ranau dan pergi ke Penampang.
Saya beritahu mereka, saya sanggup buat apa-apa kerja asal saya dapat belajar. Mereka terima saya. Tetapi, mereka kata tempat tinggal di sekolah sudah penuh. Saya kena tinggal di rumah orang kampung. Apa boleh buat. Saya tinggal di rumah orang Kristian. Itulah, lama-lama saya masuk Kristian.
2 Saya Betul-betul Tidak Suka
Dia beritahu saya, “Pak, saya mahu sambung belajar lagi. Saya mahu jadi peguam.”
Saya betul-betul tidak suka, cikgu. Saya cakap terus terang, “Kamu mahu sambung belajar, boleh, tetapi jangan jadi peguam. Saya betul-betul tidak suka kamu jadi peguam.”
Saya beritahu dia kes itu. Ya, kes perempuan yang kena potong kepala itu. Ya, perempuan itu kakak. Yang lelaki adik. Kakaknya dapat pampasan tanah. Apabila tengok duit banyak, adiknya hendak juga. Dia minta duit untuk beli kereta. Kakaknya tidak bagi. Dia bawa kakaknya masuk ke dalam hutan. Di sanalah dia potong kepala kakaknya.
Ya, kes itu dibicarakan di sini. Ya, dia itulah jadi peguam bela. Ya, orang Penampang itu. Dia pandai putar belit. Akhirnya si adik menang. Hisy … polis pula ….
Saya betul-betul tidak suka dia jadi peguam, cikgu. Saya cakap terus terang. Terpulanglah pada dia untuk membuat keputusan. Saya kata, “Saya sayang akan kamu. Saya tidak suka kamu pintar putar belit; yang bersalah terlepas, yang tidak bersalah dihukum. Itu jalan untuk ke neraka. Saya tidak mahu kamu menempah neraka.”
Betul, cikgu. Dia dengar cakap saya. Dia sambung belajar dalam bidang pentadbiran. Sarjana, cikgu? Ya, sarjanalah itu.
“Mudah-mudahan dada saya ini tidak ada masalah. Insya-Allah, saya datang.”
“Waalaikumussalam warahmatullah!”
3 Saya Betul-betul Minta Maaf
Saya betul-betul minta maaf, cikgu. Bukan saya lupa, saya ingat. Bukan saya tidak mahu datang, saya memang hendak datang. Tetapi pada petang kelmarin dada saya sakit lagi. Inilah ubat yang saya makan.
Cikgu faham. Terima kasih, cikgu. Ya, cikgu, tetapi saya minta maaf juga cikgu kerana saya sudah berjanji hendak datang. Sudah tentu cikgu tertunggu-tunggu kedatangan saya. Ya, cikgu. Terima kasih, cikgu. Terima kasih, cikgu.
Oh, mata saya memang begini tetapi, alhamdulillah, saya masih boleh memandu pada waktu malam. Jarak rumah saya ke masjid ini lebih kurang dua kilometer. Kereta pun tidak banyak. Subuh begini lebih baik kerana jalan sunyi.
Alhamdulillah. Syukurlah. Pendengaran saya masih baik. Allah masih bagi saya kesempatan untuk mendengar tazkirah, kuliah subuh dan khutbah. Cuma dada saya ini selalu meragam. Kadang-kadang, apabila saya tidak tahan, saya makan ubat lebih. Itulah, kadang-kadang saya tidak dapat datang berjemaah di sini.
Saya tidak mengganggu, cikgu? Cikgu mungkin ada kerja lain yang hendak diselesaikan. Oh, kalau begitu, marilah kita duduk di hadapan sana.
4 Saya Betul-betul Menyesal
Saya memeluk Islam pada tahun 1947, selang sehari sahaja dengan pak cik cikgu itu. Hari ini haji itu memeluk Islam, esoknya saya pula. Sejak itu saya tidak pernah berpaling tadah.
Saya ingat, cikgu ada bersolat di masjid lama itu. Ya, masjid di bawah itu. Oh, patutlah sesekali sahaja kita berjumpa. Rupa-rupa cikgu tidak pernah menetap di Ranau ini.
Saya baru lepas minum di kedai itu. Rupa-rupanya dia di belakang saya. Memang saya tidak perasan kerana dia menghadap ke arah lain, saya menghadap ke arah lain pula. Kami membelakang.
Berkali-kali dia mengajak saya minum, “Haji mari minum. Marilah!”
Saya beritahu, saya sudah minum. Saya tunjukkan cawan. Lagi bersungguh-sungguh dia mengajak saya. Katanya, “Marilah haji. Saya tidak mahu haji menyesal.”
Dia terus mengajak saya. Beria-ia benar dia. Saya kata, saya sudah minum. Terus-terusan pula dia berkata, “Nanti haji menyesal.”
Itulah, cikgu. Kawan saya itu lebih muda. Saya betul-betul hairan apabila dia mengulang-ulang “nanti haji menyesal”.
Betul, cikgu. Saya betul-betul menyesal kerana esoknya dia meninggal. Saya tidak dapat menunaikan hajatnya. Saya betul-betul menyesal.
Baiklah, cikgu. Saya betul-betul minta maaf kerana terambil masa cikgu. Terima kasih, cikgu. Terima kasih, cikgu. Saya doakan cikgu selamat pulang ke negeri sendiri. Terima kasih, cikgu. Jumpa lagi. Miagal nopo. (Sama-sama.) Biasa sahaja bah itu. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Tamat.

2 ulasan:
cikgu, tulisan sebegini banyak manfaatnya.terima kasih.saya terharu, tapi saya tidak mahu menyesal he he
Terima kasih, tuan. Kalau boleh-boleh, saya juga tidak mahu menyesal. Wassalam.
Catat Ulasan