Sepintas Lalu tentang Sastera Rakyat
Keramat Bukit Tiga
Buaya Tasik Pauh Janggi
Transkripsi penceritaan Abdul Ghafar bin Bujang, 75 tahun, mantan bilal Kampung Permatang Pasir, Linggi, Negeri Sembilan. Rakaman dilakukan oleh Mohd Isa bin Abd Razak pada 25 Januari 1978.
Yang lebih kurang saya dapat tahu, saya dapat bersambung-sambung saja, Keramat Kampung Luar itu Berahim namanya. Khabarnya, orangnya tidak berapa besar. Alim. Khabarnya, dia orang Bugis. Bila datangnya itu, tidak tahu pula.
Dia datang ke Kampung Permatang Pasir ini untuk membuka belah. Dan dia juga jadi pawang. Bilal dia juga di kampung ini dulu. Bila mati, dikuburkanlah di kampung itu. Masa itu, ada kampung, ada rumah orang di situ. Sekarang kampung itu sudah ditinggalkan.
Masa dia dah meninggal dunia, cukup lama tidak ada turun, tidak ada orang yang menggunakan pawangnya itu. Pawang beralih ke Pawang Talib. Sudah dua puluh tahun lebih matinya, entah macam mana datanglah gesanya hendak dijadikan Abas. Abas ini cicit kepada dia. Diacunya ke sana ke mari, tak mahu, melainkan Abas juga.
Masa hendak lekat itu, Abas cukup susah. Banyak juga tahun digoyangnya untuk jadi pawang itu. Rumah ini bergegar. Digoncangnya rumah aku ini. Serik. Adalah orang datang membantu memasukkan. Orang Kuala Linggi datang menolong. Orang sama-sama jugalah. Entah macam mana, dimasukkanlah Abas orang halus tadi. Habis, melekatlah pada Abas. Jadilah Abas pawang.
Apabila Abas jadi pawang, berbelalah keramat itu. Dan kami semua menderma, mengatap, membuat bangsal tempat keramat itu, sampailah bangsal itu roboh.
Masa Abas ini jadi pawang, tahun yang pertama dan kedua, dijadikan sawah di situ, di jalan Suak Manggis itu. Tahun pertama dan kedua masing-masing meriah dapat padi, mengikut apa aturan yang diaturkan oleh Abas ini. Habis, tahun yang ketiga, orang banyak tak mahu lagi. Dia kata begini, dia kata dia pandai, dia kata dia begini pandainya. Habis, Abas pun macam merajuklah. Tak adalah dipedulikan dek Abas lagi. Jadi, kuranglah mendapat padi.
Saya sendiri menunggu tempat itu, saya jadikan padi. Tahun yang pertama saya dapat 350 gantang padi seluas tengah dua ekar punya tanah. Tahun yang kedua, bila orang dah tak mahu lagi, dah kacau-bilau, saya dapat kurang. Tahun yang ketiga lagi kurang. Tahun yang keempat lagi kurang hingga dapat 40 gantang saja seluas tengah dua ekar itu tadi. Pawang itu merajuk. Orang semua tidak mahu ikut lagi. Kita pun tak terdayalah. Habis, berhentilah menjadikan sawah padi di situ. Tetapi, keramat ini orang-orang Kampung Permatang Pasir ini tidak juga membencikan. Apa-apa hal hendak digunakan, dicari juga Abas ini.
Tinggal lagi, maklumlah, masing-masing banyak kepandaian. Yang dalam kitab kata salah. Orang ini berhantu. Salah hukumnya dalam kitab … orang alim-alim. Jadi, Abas ini pun tarik diri sajalah.
Habis, masa ini Abas dah mati. Anak-anaknya tersangkut juga lagi. Apabila sakit dalam kariah dia, macam kakak-kakak pupunya, kalau orang lain hendak mengubatkan, tergalang. Kata dukun, selagi belum Ambak mengubatnya, tak jadi ubat itu. Ambak ini anak si Abas itu. Biarlah Fatihah dibacakan dek si Ambak, mesti minta ubat pada Ambak juga dulu. Begitulah kuatnya Keramat Kampung Luar itu.
Dia mati, laki sama bini, sama satu hari. Dikuburkan, khabarnya satu kubur. Digali lubang besar, satu depan satu belakang; satu kubur.
Baru-baru ini dibela. Ambak hendak membubuh batu tanda makam itu. Habis datang orang halusnya mengkhabarkan masa tidur si Ambak. Dia kata, “Tak boleh bubuh satu, mesti bubuh dua.” “Dua macam mana? Satu dopan, satu belakang ke?” tanya Ambak. “Tidak. Dua orang. Satu, satu.” Jadi sekarang sudah ada batu.
Keramat Sungai Udang itu, bilal inilah yang mencarikan dulu. Dialah yang dapat tahu itu Keramat Sungai Udang. Dialah menunjukkan orang. Dulu, payah orang hendak mencari keramat itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan