Kisah Long Atan
PAK SAFAR memegang kedua-dua tangan Long Atan. Dia merenung wajah rakannya itu. Kemudian dia berkata dengan nada yang sayu, “Bang Atan, nasihatilah saya. Berikanlah petua agar saya dapat berhenti merokok.”
Long Atan melepaskan tangannya daripada genggaman Pak Safar. Dia berkata, “Safar, aku pernah menjadi perokok tegar. Engkau pula masih bergelar perokok tegar. Perokok tegar sepertimu memang boleh meminta dan mendengar nasihat. Namun, percayalah Safar, perokok tegar tidak akan menghentikan tabiat merokok melainkan atas hendak dan arahan dirinya sendiri.”
Pak Safar kecewa. Dia bertanya, “Jadi abang tidak mahu memberi nasihat dan petua?”
Long Atan berkata dengan tegas, “Ya. Aku tidak akan memberikan nasihat. Aku tidak akan memberikan petua. Aku hanya mahu bercerita.”
***
Aku mula mengenali rokok ketika berada dalam darjah lima. Aku memperoleh rokok itu daripada Lamin, rakan sekelasku. Sebaik-baik rokok itu kuhisap, aku tersedak. Aku terbatuk-batuk. Tekakku panas. Lidahku pahit. Pandanganku berpinar-pinar. Kucampakkan rokok itu ke dalam sungai. Lamin mentertawakanku.
Aku enggan menjadi perokok muda. Oleh itu, aku membataskan pergaulan dengan Lamin. Aku menjauhkan diriku daripadanya dan gengnya. Sepanjang berada dalam darjah enam, hanya dua tiga kali dia dan gengnya berjaya mempengaruhiku. Kuhisap rokok percuma pemberiannya. Kusimpan asapnya di dalam mulutku. Kemudian kuhembuskan asap itu ke udara. Asap itu tidak menyentuh paru-paruku.
Apabila tamat darjah enam, aku bersekolah menengah di rancangan Felda. Sekolah itu baru dibuka dan menumpang bangunan sekolah rendah. Aku adalah kumpulan pertama pelajar sekolah menengah itu. Oleh sebab sekolah itu baru dibuka dan menumpang pula, ibu bapa Lamin menyekolahkannya di bandar. Lamin tinggal di rumah bapa saudaranya. Demikian juga geng Lamin. Jadi, ketika berada di tingkatan satu hingga tingkatan tiga, aku tidak menyentuh rokok.
Segala-galanya berubah apabila aku memasuki tingkatan empat.
Aku menyempurnakan tingkatan empat dan tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Seremban. Jarak sekolah itu dari kampungku lebih kurang dua puluh lima kilometer. Aku menaiki bas MARA berwarna merah dengan menggunakan pas bulanan. Aku meninggalkan rumah pukul enam pagi dan tiba di rumah antara pukul dua hingga tiga petang.
Beberapa bulan semasa di tingkatan empat, aku menepati masa pulang. Kemudian, setelah aku berkawan rapat dengan Jey dan Bujang, aku mula pulang lewat. Ada beberapa kali, aku tiba di rumah sudah hampir tengah malam.
Aku mahu kekal sebagai Atan. Aku tidak mahu menjadi Mat Gian. Aku menjauhkan diri daripada Bujang dan rakan-rakan gelandangannya . Aku dan Jey hanya merokok.
Aku faham bahawa aku pelajar. Aku tidak boleh merokok di tempat terbuka. Pada masa itu belum ada larangan merokok dalam panggung wayang. Sambil menonton wayang seperti “A Go Go 1967”, “Keranda Jingga”, “The Good, The Bad and The Ugly” dan “Sanggam” aku menikmati rokok.
Semasa menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aku membanting tulang di kilang dan kemudiannya di estet. Aku mula merokok secara terbuka dan tetap.
Aku tidak menamatkan latihan di institut itu kerana aku mendapat tawaran untuk berkhidmat di Sabah. Mula-mula aku bertugas sebagai pekerja berkemahiran. Kemudian aku berjaya menjadi guru sandaran tidak terlatih. Sebagai pekerja bergaji tetap, aku mampu membeli rokok berjenama.
Setahun kemudian, aku menjadi guru pelatih. Pada masa itu maktab mengamalkan dasar terbuka. Kami boleh bergaul bebas. Banyak aktiviti pesta. Ada aktiviti memilih ratu dan badang. Dalam pesta, kami boleh berdansa. Pensyarah lelaki boleh memeluk guru pelatih wanita. Guru pelatih lelaki boleh memeluk pensyarah wanita keturunan Tionghua atau Dusun yang masih muda. Khabarnya, setahun dua sebelum aku berada di situ, montoku pun pernah dibawa masuk ke dalam dewan ketika sambutan pesta menuai. Jadi merokok perkara biasa.
Apabila aku menjadi guru terlatih, aku merokok 20 batang sehari. Jumlah itu berkurangan apabila aku menjadi mahasiswa. Wang dermasiswa hanya cukup untuk yuran, bayaran desa siswa dan makan minum. Hasil tulisan perlu kugunakan untuk membeli bahan bacaan. Di universiti itu aku mula berusaha untuk meninggalkan tabiat merokok. Usahaku berjaya setakat seminggu dua sahaja.
Pada bulan Disember tahun 1978 ada program Bulan Dakwah Se-Malaysia selama sebulan. Di universiti itu, aku adalah antara penggeraknya. Markas kami ialah Surau 306. Pada masa itulah aku mula berhenti merokok secara serius. Aku berjaya mencipta rekod tidak merokok sepanjang tahun 1979 hingga awal Jun 1980.
Dari 2 hingga 7 Jun 1980, aku mengikuti kursus seminggu di Kuala Lumpur. Pada suatu petang, hujan renyai-renyai. Aku dan seorang rakan berteduh di perhentian bas. Rakanku menunggu teksi untuk ke hotel. Aku menunggu kedatangan Hanafi, suami sepupuku. Aku menginap di rumah Hanafi di Kajang.
Kami kesejukan. Rakanku merokok. Aku hanya memerhati perlakuannya. Tiba-tiba dia menghulurkan sebatang rokok kepadaku. Aku menolak. Dia bersungguh-sungguh mempelawaku. Aku berkata dalam hati, tidak apalah. Aku main-main sahaja. Akhirnya kusedut rokok itu. Aku berasa mual.
Hanafi tiba. Dia melihat aku merokok. Kucampakkan puntung rokok. Aku terus masuk ke dalam keretanya. Mungkin disebabkan dia melihat aku merokok pada petang itu, pada sebelah malamnya dia menghulurkan sebatang rokok kepadaku. Aku mengambilnya. Mulai saat itu aku menjadi perokok semula.
Pada tahun lapan puluhan itu aku mula menjadi perokok tegar. Aku mula menikmati rokok keras tanpa penapis. Aku menghabiskan antara 20 hingga 30 batang rokok sehari. Usahaku untuk berhenti merokok semuanya gagal.
Akhirnya, aku menjadi perokok yang lebih tegar. Aku menghabiskan sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari. Aku mula tercabar apabila beberapa orang rakan berjaya berhenti merokok. Aku semakin tercabar apabila aku menjadi orang penting kumpulan usrah dan mendapat kepercayaan untuk memberikan tazkirah dan pembaca khutbah.
Rasa bersalah menghantuiku. Namun aku tetap gagal menghadapi cabaran untuk berhenti merokok. Malah, aku menjadi perokok degil apabila seorang ustaz yang dapat dianggap “makan rokok” menyatakan bahawa perbuatan itu ialah sejenis nikmat yang dibenarkan. Beberapa orang ustaz perokok pula menegaskan bahawa perbuatan itu hanya makruh.
Pada awal Ogos 1992, aku bertugas di Kuching. Penerbanganku dari Kota Kinabalu dengan Fokker melalui Bintulu. Penumpang memang dilarang merokok dalam kapal terbang. Kapal terbang singgah sebentar di Bintulu. Penumpang perlu berada di bangunan lapangan terbang. Aku mengambil kesempatan untuk melepaskan gian.
Oh, sungguh nikmat menyedut dan menghisap rokok. Tiba-tiba muncul seorang petugas lapangan terbang itu. Dia berkata dengan suara yang perlahan tetapi kudengar keras, “Encik tidak tahukah ini kawasan larangan merokok?”
Rupa-rupanya papan tanda larangan itu betul-betul berada di sisi atas kepalaku. Kutenyeh puntung rokok itu pada bahagian atas bekas sampah. Kemudian kumasukkan puntung rokok yang penyek itu ke dalam bekas sampah itu.
Petugas itu beredar. Aku termangu. Hatiku berkecamuk. Cara petugas itu menegurku seolah-olah aku ini pak cik yang buta huruf. Dia tidak tahu aku pendidik guru. Mungkin juga citraku yang hanya berbaju T kelihatan sebagai orang kampung. Aku amat kesal.
Di Kuching, pada petang itu aku merayau sendirian. Aku singgah di sebuah kedai buku. Aku terpandang sebuah buku Hukum Merokok. Buku itu karangan Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’lrly, diterjemahkan daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu oleh Abdul Hadi Basulthanah. Buku itu terbitan Pustaka Al-Mizan. Cetakan pertamanya pada tahun 1991. Tebalnya cuma 28 halaman. Harganya hanya RM2.00. Aku membayar harga buku itu.
Mulai pukul 7.30 malam, ketika berehat di sebuah hotel, aku membaca buku itu dengan penuh minat. Aku berjaya menyelesaikan bacaan pada malam itu juga.
Alhamdulillah, sejak malam 3 Ogos 1992 itulah aku meninggalkan tabiat merokok. Di Bintulu itulah kali terakhir aku menyedut asap rokok. Kini, sudah hampir 20 tahun aku meninggalkan tabiat merokok.
Sebagai bekas perokok tegar yang sudah merokok lebih 20 tahun, aku memahami nikmat ketika menyedut dan menghembuskan asap rokok. Aku memahami kesukaran untuk berhenti merokok.
Safar, aku tindak sanggup meletakkan dua jari ke bibir, kemudian menjauhkan dua jari yang seolah-olah menyepit rokok itu dari bibir dan seterusnya menggoyang-goyangkannya ke kiri dan ke kanan yang bermaksud meminta orang yang ditujukan isyarat itu agar tidak merokok di hadapanku. Sungguh, aku tidak sanggup melakukannya. Sungguh, aku belum pernah melakukannya.
Yang terakhir, aku melihat beberapa orang imam, bilal dan ahli jawatankuasanya menghisap rokok. Mereka bijak kerana mereka merokok di luar bangunan surau. Mereka bijak sebab dalam kawasan surau tiada papan tanda yang menyatakan tabiat merokok itu haram.
Di beberapa masjid, termasuk di masjid KLIA, ada papan tanda tentang keharaman merokok. Pada papan tanda itu tercatat fatwa Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995.
Sungguh Safar, aku tidak membenci perokok. Sebabnya, perokok ialah makhluk Allah yang mempunyai fikiran. Aku yakin perokok mampu menggunakan fikiran untuk membuat keputusan sendiri. Tegasnya, aku menyayangi perokok seperti insan lain. Setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan.
Kepada para perokok, khususnya dirimu, aku mohon maaf kerana tidak berupaya untuk menasihatimu. Aku tidak berupaya untuk memberikan petua untukmu. Sekiranya engkau sudah berazam untuk meninggalkan tabiat itu, bacalah buku “Hukum Merokok” yang pernah kubaca.
Buku lain yang boleh kaurujuki ialah “Islam dan Rokok, Satu Pendekatan”, “Rokok dan Keharamannya”, “Merokok Membakar Diri, Wang dan Keluarga” dan “Merokok: Ketagihan yang Harus Dihentikan”. Sebagai bekas perokok tegar aku tidak layak menasihatimu. Aku tidak layak memberikan petua. Buku itulah sebagai pengganti nasihat dan petua daripadaku.
Tamat.
Long Atan Berasa Lebih Muda, 9 Oktober 2009
Kisah ini berupa adunan kenyataan dan khayalan. Jadi, memanglah kisah ini ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup tetapi tiada kaitan dengan mereka yang sudah mati. Walau bagaimanapun, pembaca tidak digalakkan untuk mengenal pasti diri sendiri dalam kisah ini kerana usaha itu dijangka sia-sia.
PAK SAFAR memegang kedua-dua tangan Long Atan. Dia merenung wajah rakannya itu. Kemudian dia berkata dengan nada yang sayu, “Bang Atan, nasihatilah saya. Berikanlah petua agar saya dapat berhenti merokok.”
Pak Safar kecewa. Dia bertanya, “Jadi abang tidak mahu memberi nasihat dan petua?”
Aku mula mengenali rokok ketika berada dalam darjah lima. Aku memperoleh rokok itu daripada Lamin, rakan sekelasku. Sebaik-baik rokok itu kuhisap, aku tersedak. Aku terbatuk-batuk. Tekakku panas. Lidahku pahit. Pandanganku berpinar-pinar. Kucampakkan rokok itu ke dalam sungai. Lamin mentertawakanku.
Aku enggan menjadi perokok muda. Oleh itu, aku membataskan pergaulan dengan Lamin. Aku menjauhkan diriku daripadanya dan gengnya. Sepanjang berada dalam darjah enam, hanya dua tiga kali dia dan gengnya berjaya mempengaruhiku. Kuhisap rokok percuma pemberiannya. Kusimpan asapnya di dalam mulutku. Kemudian kuhembuskan asap itu ke udara. Asap itu tidak menyentuh paru-paruku.
Apabila tamat darjah enam, aku bersekolah menengah di rancangan Felda. Sekolah itu baru dibuka dan menumpang bangunan sekolah rendah. Aku adalah kumpulan pertama pelajar sekolah menengah itu. Oleh sebab sekolah itu baru dibuka dan menumpang pula, ibu bapa Lamin menyekolahkannya di bandar. Lamin tinggal di rumah bapa saudaranya. Demikian juga geng Lamin. Jadi, ketika berada di tingkatan satu hingga tingkatan tiga, aku tidak menyentuh rokok.
Segala-galanya berubah apabila aku memasuki tingkatan empat.
Aku menyempurnakan tingkatan empat dan tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Seremban. Jarak sekolah itu dari kampungku lebih kurang dua puluh lima kilometer. Aku menaiki bas MARA berwarna merah dengan menggunakan pas bulanan. Aku meninggalkan rumah pukul enam pagi dan tiba di rumah antara pukul dua hingga tiga petang.
Beberapa bulan semasa di tingkatan empat, aku menepati masa pulang. Kemudian, setelah aku berkawan rapat dengan Jey dan Bujang, aku mula pulang lewat. Ada beberapa kali, aku tiba di rumah sudah hampir tengah malam.
Jey rakan sekolahku. Bujang dan gengnya tidak bersekolah. Mereka gelandangan. Bersama-sama dengan Jey, Bujang dan rakan-rakan gelandangannya, aku mendampingi rokok. Malah, Bujang hampir memerangkapku untuk menjadi Mat Gian.
Aku mahu kekal sebagai Atan. Aku tidak mahu menjadi Mat Gian. Aku menjauhkan diri daripada Bujang dan rakan-rakan gelandangannya . Aku dan Jey hanya merokok.
Aku faham bahawa aku pelajar. Aku tidak boleh merokok di tempat terbuka. Pada masa itu belum ada larangan merokok dalam panggung wayang. Sambil menonton wayang seperti “A Go Go 1967”, “Keranda Jingga”, “The Good, The Bad and The Ugly” dan “Sanggam” aku menikmati rokok.
Semasa menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aku membanting tulang di kilang dan kemudiannya di estet. Aku mula merokok secara terbuka dan tetap.
Keputusan SPM-ku sederhana. Berbekalkan SPM yang sederhana itu, aku diterima untuk mengikuti kursus di sebuah institut kemahiran. Di situ aku terus merokok. Oleh sebab pelajar institut sudah dewasa, tiada sesiapa menghalang kami. Kami boleh merokok di warung yang terletak di luar pagar institut. Kami bebas merokok di rumah sewa kami. Kami tidak boleh merokok dalam kawasan pagar institut sahaja.
Aku tidak menamatkan latihan di institut itu kerana aku mendapat tawaran untuk berkhidmat di Sabah. Mula-mula aku bertugas sebagai pekerja berkemahiran. Kemudian aku berjaya menjadi guru sandaran tidak terlatih. Sebagai pekerja bergaji tetap, aku mampu membeli rokok berjenama.
Setahun kemudian, aku menjadi guru pelatih. Pada masa itu maktab mengamalkan dasar terbuka. Kami boleh bergaul bebas. Banyak aktiviti pesta. Ada aktiviti memilih ratu dan badang. Dalam pesta, kami boleh berdansa. Pensyarah lelaki boleh memeluk guru pelatih wanita. Guru pelatih lelaki boleh memeluk pensyarah wanita keturunan Tionghua atau Dusun yang masih muda. Khabarnya, setahun dua sebelum aku berada di situ, montoku pun pernah dibawa masuk ke dalam dewan ketika sambutan pesta menuai. Jadi merokok perkara biasa.
Pada bulan Disember tahun 1978 ada program Bulan Dakwah Se-Malaysia selama sebulan. Di universiti itu, aku adalah antara penggeraknya. Markas kami ialah Surau 306. Pada masa itulah aku mula berhenti merokok secara serius. Aku berjaya mencipta rekod tidak merokok sepanjang tahun 1979 hingga awal Jun 1980.
Dari 2 hingga 7 Jun 1980, aku mengikuti kursus seminggu di Kuala Lumpur. Pada suatu petang, hujan renyai-renyai. Aku dan seorang rakan berteduh di perhentian bas. Rakanku menunggu teksi untuk ke hotel. Aku menunggu kedatangan Hanafi, suami sepupuku. Aku menginap di rumah Hanafi di Kajang.
Kami kesejukan. Rakanku merokok. Aku hanya memerhati perlakuannya. Tiba-tiba dia menghulurkan sebatang rokok kepadaku. Aku menolak. Dia bersungguh-sungguh mempelawaku. Aku berkata dalam hati, tidak apalah. Aku main-main sahaja. Akhirnya kusedut rokok itu. Aku berasa mual.
Hanafi tiba. Dia melihat aku merokok. Kucampakkan puntung rokok. Aku terus masuk ke dalam keretanya. Mungkin disebabkan dia melihat aku merokok pada petang itu, pada sebelah malamnya dia menghulurkan sebatang rokok kepadaku. Aku mengambilnya. Mulai saat itu aku menjadi perokok semula.
Pada tahun lapan puluhan itu aku mula menjadi perokok tegar. Aku mula menikmati rokok keras tanpa penapis. Aku menghabiskan antara 20 hingga 30 batang rokok sehari. Usahaku untuk berhenti merokok semuanya gagal.
Akhirnya, aku menjadi perokok yang lebih tegar. Aku menghabiskan sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari. Aku mula tercabar apabila beberapa orang rakan berjaya berhenti merokok. Aku semakin tercabar apabila aku menjadi orang penting kumpulan usrah dan mendapat kepercayaan untuk memberikan tazkirah dan pembaca khutbah.
Rasa bersalah menghantuiku. Namun aku tetap gagal menghadapi cabaran untuk berhenti merokok. Malah, aku menjadi perokok degil apabila seorang ustaz yang dapat dianggap “makan rokok” menyatakan bahawa perbuatan itu ialah sejenis nikmat yang dibenarkan. Beberapa orang ustaz perokok pula menegaskan bahawa perbuatan itu hanya makruh.
Pada awal Ogos 1992, aku bertugas di Kuching. Penerbanganku dari Kota Kinabalu dengan Fokker melalui Bintulu. Penumpang memang dilarang merokok dalam kapal terbang. Kapal terbang singgah sebentar di Bintulu. Penumpang perlu berada di bangunan lapangan terbang. Aku mengambil kesempatan untuk melepaskan gian.
Oh, sungguh nikmat menyedut dan menghisap rokok. Tiba-tiba muncul seorang petugas lapangan terbang itu. Dia berkata dengan suara yang perlahan tetapi kudengar keras, “Encik tidak tahukah ini kawasan larangan merokok?”
Rupa-rupanya papan tanda larangan itu betul-betul berada di sisi atas kepalaku. Kutenyeh puntung rokok itu pada bahagian atas bekas sampah. Kemudian kumasukkan puntung rokok yang penyek itu ke dalam bekas sampah itu.
Petugas itu beredar. Aku termangu. Hatiku berkecamuk. Cara petugas itu menegurku seolah-olah aku ini pak cik yang buta huruf. Dia tidak tahu aku pendidik guru. Mungkin juga citraku yang hanya berbaju T kelihatan sebagai orang kampung. Aku amat kesal.
Di Kuching, pada petang itu aku merayau sendirian. Aku singgah di sebuah kedai buku. Aku terpandang sebuah buku Hukum Merokok. Buku itu karangan Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’lrly, diterjemahkan daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu oleh Abdul Hadi Basulthanah. Buku itu terbitan Pustaka Al-Mizan. Cetakan pertamanya pada tahun 1991. Tebalnya cuma 28 halaman. Harganya hanya RM2.00. Aku membayar harga buku itu.
Mulai pukul 7.30 malam, ketika berehat di sebuah hotel, aku membaca buku itu dengan penuh minat. Aku berjaya menyelesaikan bacaan pada malam itu juga.
Sebaik-baik buku itu tamat kubaca, kuramas kotak rokok yang masih ada beberapa batang rokok di dalamnya. Kotak yang penyek itu kumasukkan ke dalam bakul sampah. Sebelum melelapkan mata, aku berazam untuk meninggalkan terus tabiat yang difatwakan haram itu. Aku bermohon agar Allah membantuku.
Alhamdulillah, sejak malam 3 Ogos 1992 itulah aku meninggalkan tabiat merokok. Di Bintulu itulah kali terakhir aku menyedut asap rokok. Kini, sudah hampir 20 tahun aku meninggalkan tabiat merokok.
Sebagai bekas perokok tegar yang sudah merokok lebih 20 tahun, aku memahami nikmat ketika menyedut dan menghembuskan asap rokok. Aku memahami kesukaran untuk berhenti merokok.
Safar, aku tindak sanggup meletakkan dua jari ke bibir, kemudian menjauhkan dua jari yang seolah-olah menyepit rokok itu dari bibir dan seterusnya menggoyang-goyangkannya ke kiri dan ke kanan yang bermaksud meminta orang yang ditujukan isyarat itu agar tidak merokok di hadapanku. Sungguh, aku tidak sanggup melakukannya. Sungguh, aku belum pernah melakukannya.
Yang terakhir, aku melihat beberapa orang imam, bilal dan ahli jawatankuasanya menghisap rokok. Mereka bijak kerana mereka merokok di luar bangunan surau. Mereka bijak sebab dalam kawasan surau tiada papan tanda yang menyatakan tabiat merokok itu haram.
Di beberapa masjid, termasuk di masjid KLIA, ada papan tanda tentang keharaman merokok. Pada papan tanda itu tercatat fatwa Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995.
Sungguh Safar, aku tidak membenci perokok. Sebabnya, perokok ialah makhluk Allah yang mempunyai fikiran. Aku yakin perokok mampu menggunakan fikiran untuk membuat keputusan sendiri. Tegasnya, aku menyayangi perokok seperti insan lain. Setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan.
Kepada para perokok, khususnya dirimu, aku mohon maaf kerana tidak berupaya untuk menasihatimu. Aku tidak berupaya untuk memberikan petua untukmu. Sekiranya engkau sudah berazam untuk meninggalkan tabiat itu, bacalah buku “Hukum Merokok” yang pernah kubaca.
Buku lain yang boleh kaurujuki ialah “Islam dan Rokok, Satu Pendekatan”, “Rokok dan Keharamannya”, “Merokok Membakar Diri, Wang dan Keluarga” dan “Merokok: Ketagihan yang Harus Dihentikan”. Sebagai bekas perokok tegar aku tidak layak menasihatimu. Aku tidak layak memberikan petua. Buku itulah sebagai pengganti nasihat dan petua daripadaku.
Tamat.
2 ulasan:
Asalam..
Lembutnya muhasabah ini ya ustaz..semoga ada hikmah kepada yang membaca dan sewaktu dengan...dia dalam cerita..tahniah satu perjuangan yg membuahkah hasil..iaitu berjaya bhente merokok.
Waalaikumussalam.
Ya, diusahakan sedemikian agar menyentuh rasa rakan perokok dan mendorong mereka bermuhasabah, berazam dan seterusnya benar-benar meninggalkan tabiat yang teramat sukar untuk dibuang itu.
Terima kasih, cikgu.
Catat Ulasan