Za‘ba Pemikir Ulung
(1) Sari Ucap Utama MB dan Pidato Dr. Kamarudin Kachar
(2) Sari Pandangan Prof. Dr. Asmah Haji Omar
(3) Sari Pembentangan Dr. Awang Sariyan
(4) Renungan MIAR
Ulasan Buku Ilmu Mengarang Melayu
(1) Za‘ba Pelopor Retorik Melayu
(2) Mengarang seperti Berjalan
Buku Za‘ba (1895 - 1973): Perjuangannya Belum Selesai memaparkan riwayat hidup dan jasa Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih terkenal dengan nama Za‘ba. Buku nipis 39 halaman ini disusun oleh Norhalim Haji Ibrahim dan Aiani Sudeen, dan diterbitkan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) pada tahun 2008.
Pengarah LMNS, Drs. Shamsuddin bin Ahmad menyatakan, “Walaupun buku-buku seperti ini tidak tinggi nilai komersialnya tetapi cukup bermakna bagi sesuatu bangsa yang tahu nilai warisan silamnya.” Saya sependapat dengan beliau.
Buku ini memaparkan banyak aspek kehidupan dan jasa Za‘ba yang wajar kita teladani. Antara aspek kehidupannya itu termasuklah kegigihannya menuntut ilmu. Buku ini menggambarkan kegigihan beliau menimba ilmu semasa kecil dan menjadi pelajar sepanjang hayat. Diceritakan bahawa Za‘ba pernah menjadikan pangkal pelepah anak-anak pisang yang berkapur untuk menulis dengan menggunakan pensel yang diperbuat daripada ranting kayu. Hal ini mendorong bapanya membelikannya sebuah papan batu dengan enam batang kalam batu. Menurut Nurhalim dan Aiani, kemudahan itu membantu Za‘ba untuk menguasai pelajaran membaca dan menulis Jawi yang diajarkan oleh bapanya.
Ketika Za‘ba kanak-kanak, di tempatnya belum ada sekolah. Sekolah Melayu Batu Kikir didirikan pada 30 Jun 1907. Ketika itu dia sudah berumur 12 tahun. Sekolah yang baru beroperasi itu mengambil 82 orang pelajar yang berumur dari enam hingga 15 tahun. Mereka memulakan persekolahan dalam darjah satu kecuali Za‘ba. Oleh sebab dia sudah dapat menulis Jawi dan Rumi serta dapat membuat kira-kira, dia (seorang) diletakkan dalam darjah tiga.
Kisah persekolahan Za‘ba penuh dengan cabaran. Antara cabaran itu termasuklah dipinggirkan oleh bapanya selama tiga tahun kerana dia memilih sekolah Inggeris, iaitu St. Paul’s Institution, Seremban. Dia tetap belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia memperoleh sijil Senior Cambridge pada tahun 1915.
Ketika bekerja, Za‘ba terus menuntut ilmu. Beliau memperoleh kelayakan ikhtisas perguruan pada awal tahun 1920-an. Pada tahun 1949, ketika berusia 53 tahun, dia memperoleh Diploma Bahasa Arab Klasik. Pada tahun 1953, sesudah dia berusia 59 tahun, dia menamatkan pengajian luar kampus dan berjaya memperoleh Sarjana Muda Sastera.
Za‘ba ialah pekerja dan penulis yang gigih. Dia bekerja dan terus menulis hal bahasa, sosiopolitik dan agama walaupun ditekan oleh majikannya. Dia kerap ditukarkan dari satu tempat kerja ke satu tempat kerja yang lain. Adakalanya pertukaran itu dilakukan hanya dengan notis yang sangat singkat. Beliau juga dikenakan tindakan sekatan kenaikan gaji. Tidak cukup dengan tekanan itu, majikannya memperbanyak beban kerja Za‘ba sebagai strategi untuk mengurangkan tumpuan beliau terhadap bidang penulisan. Menurut penyusun buku ini, “Oleh sebab tekanan daripada pihak berkuasa, semua tulisan Za‘ba untuk akhbar dan majalah, antara 1932 hingga 1936, tiak diterbitkan kerana pandangan dan idea revolusionernya.”
Nurhalim dan Aiani menceritakan, akibat tekanan kerja, pada tahun 1931 Za‘ba mengalami tekanan jiwa (nervous breakdown). Selepas menerima rawatan, doktor menasihati beliau agar bercuti “tanpa menulis ataupun membaca buku selama bercuti itu”. Za‘ba memilih Indonesia sebagai tempat percutiannya selama tiga bulan.
Antara jasa Za‘ba yang dicatatkan oleh penyusun buku ini termasuklah sumbangan beliau kepada United Malays National Organisation (UMNO). Terjemahan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR ialah fikiran Za‘ba. Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO. Seterusnya Nurhalim dan Aiani menulis:
“Keterlibatan Za‘ba dalam mewujudkan UMNO ini dapat dianggap sebagai puncak perjuangannya dalam memartabatkan bahasa Melayu dan negara. Perjuangan Za‘ba tidak berakhir di sini sahaja. Beliau terus berjuang terutama dalam bidang pendidikan sehingga tertubuhnya Jabatan Persuratan Melayu di Universiti Malaya di Singapura. Beliau bertanggungjawab bersama Ungku Abdul Aziz menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya pada bulan Januari 1955. Pada bulan September 1956 Za‘ba diberi kepercayaan untuk mengetuai Jawatankuasa Pusat Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Kongres ini kemudian melantik beliau sebagai Pengerusi Lembaga Tetap Kongres.”
Demikianlah sebahagian kandungan buku nipis Za‘ba (1895 - 1973): Perjuangannya Belum Selesai. Saya berpendapat semua pengguna bahasa Melayu wajar membaca buku ini. Mereka yang tergolong sebagai pencinta, apatah lagi guru Bahasa Melayu, mesti meneliti buku ini. Inilah antara cara kita menghayati pemikiran dan perjuangan Pendeta Za‘ba yang belum selesai itu. Wallahuaklam. Wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan