21 Januari 2009

Format RPH Bahasa Melayu

Lajur 1, 2, 3 dan 4 sebenarnya bersambung. Pemecahan dilakukan untuk menyesuaikan penyiarannya di blog ini.

Format RPH ini dicipta berdasarkan contoh yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Untuk keperluan praktikum, beberapa ubah suaian dilakukan. Antaranya ialah lajur khas untuk langkah dan masa diwujudkan dan ruangan refleksi diadakan. Format yang diberikan di sini ialah bahagian badan sahaja. Pembaca boleh merujuki buku Panduan Penyeliaan Praktikum Institut Perguruan Keningau (2007) untuk memperoleh contoh lengkap.

Kemas kini pada 27 September 2009. Masukan yang berkaitan dengan catatan ini:
1. Latar Kurikulum Bahasa Melayu
2. Panduan Praktikum Sekolah Rendah
3. Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester
4. Format RPH Bahasa Melayu
5. Format RPH dan Penggunaan Lajur Catatan
6. Empat Kejanggalan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
7. Aktiviti Pemulihan Semasa Praktikum
8. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Contoh
9. Pengisian Kurikulum BM: Nilai Murni
10. Pengisian Kurikulum BM (KBT1): Kemahiran Berfikir

Nota pada 9 Julai 2012

Saya mendapati masukan ini tergolong dalam lima catatan popular dan sudah dicapai 1062 kali.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah di sini. Di samping itu, saya berharap pengunjung hendaklah menganggap masukan ini sebagai panduan sahaja. Ubah suaian perlu dilakukan dengan berdasarkan kehendak institusi dan keperluan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Jikalau pengunjung ada idea tentang ubah suaian, sudilah kiranya dicatatkan idea itu dalam ruangan ulasan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..saya berminat nk tgk buku Panduan Penyeliaan Praktikum Institut Perguruan Keningau (2007)edisi digital seperti yg dikatakan..blh x emelkan kpd sy pelangipks@yahoo.com..terima kasih

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Dalam catatan asal saya ada menyatakan, “Jika ada permintaan, saya boleh meng-e-melkan edisi digital bab ‘Bahasa Melayu’ buku itu.” Atas permintaan tuan, saya sudah meng-e-melkan bab itu sebentar tadi.

Sebenarnya edisi terkini RPH ini serta beberapa panduan yang berkaitan dengannya, sudah terdapat dalam blog ini. Saya berharap para pengunjung sudi meneroka masukan yang berkenaan. Catatan ini saya kemas kini sesuai dengan perkembangan terbaharu itu.

Wassalam.

Ton Ismail berkata...

Assalamualaikum,
Cikgu Isa yang budiman,
Saya ingin mendapatkan pandangan Cikgu tentang kaedah penerapan elemen kreativiti dan inovasi yang boleh diterapkan dalam penulisan buku teks sekolah rendah.
Terima kasih.
Zaiton (Editor)

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih saya ucapkan atas perhatian Puan Zaiton.

Seingat saya, belum ada renungan/tulisan saya tentang aspek kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Jadi, saya tidak dapat memberikan ulasan yang sewajarnya.

Sekadar sambutan ringan, aspek kreativiti dan inovasi di sekolah rendah dapat diketengahkan melalui teks yang mengandungi aspek itu, disokong oleh nilai murni tertentu seperti kerajinan dan dirasionalkan dengan istilah penyerapan ilmu. Cabaran besar yang dihadapi oleh penulis dan editor buku teks ialah usaha untuk menyediakan teks yang sesuai itu. Pada awal tahun lapan puluhan saya pernah bekerjasama dengan seorang guru pelatih saya untuk mengetengahkan aspek inovasi dengan menggunakan cerita “Benda Ajaib di Bilik Tertutup” kepada pelajar tingkatan satu. Rasanya, itu sahaja usaha yang pernah saya lakukan.

Wassalam