Sari “Soal Jawab Bahasa” (SJB), majalah Pelita Bahasa, Ogos 2009.
Masukan terdahulu: (1) Kemenjadian (2) Dan Ada dalam Serta (3) Perkembangan (4) Ayat Contoh (5) Datuk dan Dato’ (6) Ia untuk Binatang (7) “Jikalau” Tidak Lewah … Masukan yang berkaitan: (1) Bentuk Klitik (2) Penulisan Kata Ganti Nama Singkat 1 (3) Kata Ganti Nama Singkat 2 (4) Penulisan Kata Ganti Nama Singkat 3 (5) Penulisan Kata Ganti Nama Singkat 4
Kata ganti nama singkat ku, kau dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kita mesti mencantumkan kata ku dengan perkataan lain. Cantuman itu dapat berlaku sebelum atau selepas perkataan yang berkenaan. Contohnya, kuberikan dan kepadaku. Kata kau pula hanya boleh digunakan pada awal kata. Contohnya, kaulukis. Sebaliknya, kata mu diletakkan di akhir kata sahaja. Contohnya, untukmu.
Ketiga-tiga kata ini tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Jadi, salah jikalau kita menulis perkataan itu begini: *ku berikan, *kepada ku, *kau lukis, *untuk mu.
Ketiga-tiga kata ini juga tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat. Ketiga-tiga kata ini mesti dijadikan ganti diri penuh aku, engkau dan kamu apabila bertugas sebagai subjek ayat. Contohnya penggunaan yang salah dan yang betul adalah seperti yang di bawah.
*Ku telah membeli Kamus Pelajar. → Aku telah membeli Kamus Pelajar.
*Kau patut menziarahi pesakit itu. → Engkau patut menziarahi pesakit itu.
*Mu mendapat tempat pertama. → Kamu mendapat tempat pertama.
Apabila kita menggunakan kata mu untuk ganti nama Tuhan, gunakan huruf besar untuk huruf M dan berikan tanda sempang. Contohnya, rahmat-Mu.
***
Objek ialah binaan yang terletak selepas kata kerja transitif. Objek dapat terdiri daripada kata nama, frasa nama atau klausa. Objek (termasuk objek tepat) dapat dipasifkan. Pelengkap pula ialah bahagian yang berada selepas kata kerja tak transitif. Pelengkap terdiri daripada kata nama, kata adjektif atau kata sendi nama. Pelengkap tidak dapat dipasifkan.
Adnan menendang bola itu. → Bola itu ditendang oleh Adnan.
Hasnah membelikan Asri sebiji bola. → Asri dibelikan sebiji bola oleh Hasnah. (Salah: *Sebuah bola dibelikan Asri oleh Hasnah.)
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan