03 Oktober 2009

Sari Rencana: Seyogia dan Celopar

1. Yogia ialah kata dasar dalam golongan kata adjektif dan bermaksud patut, wajar atau layak. Apabila kata dasar yogia mendapat imbuhan se-, maka terbentuklah perkataan seyogia. Seyogia bermaksud sepatutnya, sewajarnya atau selayaknya. Ejaan *sayugia dan *sayogia silap.
2. Celopar ialah kata dasar dalam golongan kata adjektif. Celopar bermaksud banyak bercakap, cerewet atau lancang. Biasanya, pengguna bahasa Melayu menyebut perkataan ini *[ce.lu.par]. Mereka mengeja perkataan ini berdasarkan kebiasaan sebutan itu, iaitu *celupar. Sebutan dan ejaan ini tidak baku. Sebutan yang baku ialah [ce.lo.par] dan ejaan yang baku ialah “celopar”. Jadi kata terbitan keceluparan tidak baku. Yang baku ialah keceloparan.

3. Sebutan *[ne.nas] dan *[ca.tit] ialah sebutan harian. Kebanyakan pengguna bahasa Melayu mengeja perkataan ini *nenas dan *catit, iaitu berdasarkan kebiasaan sebutan harian. Sebutan dan ejaan ini tidak baku. Sebutannya yang baku ialah [na.nas] dan [ca.tat]. Ejaannya yang baku pula ialah “nanas” dan “catat”. Jadi, kata terbitan yang baku ialah catatan, dicatat dan mencatat.

Muhammed Salehudin Aman, “*Sayugia, *Celupar?”, Dewan Siswa, Oktober 2009, halaman 20 – 21.

Siri: (1) Oleh Sebab (2) Penanda Jamak (3) Klitik (4) Terbesar Sekali Lewah (5) Daku dan Dikau (6) Sekalian, Sekali-kali dan Sekali-sekali (7) Bagi dan Untuk (8) Diri Sendiri Hamba (9) Bagai, Berbagai dan Berbagai-bagai … Masukan yang berkaitan: (1) Apitan Memper-…-i untuk Lima Kata Dasar (2) 29 Patah Perkataan Berapitan Memper-…-i

Tiada ulasan: