Siri Usrah/Tazkirah
1. Usrah Sepintas Lalu
3. Berusrah Kali Pertama
4. Manhaj Usrah dan Mauduknya oleh Habbat Nasim
5. Pengisian, Kurikulum, Silabus atau Manhaj?
6. Pengisian Usrah di Maktab Perguruan
8. Pengisian Contoh oleh Ustazah Zubaidah
1. Usrah Sepintas Lalu
3. Berusrah Kali Pertama
4. Manhaj Usrah dan Mauduknya oleh Habbat Nasim
5. Pengisian, Kurikulum, Silabus atau Manhaj?
6. Pengisian Usrah di Maktab Perguruan
8. Pengisian Contoh oleh Ustazah Zubaidah
Usaha memantapkan perjalanan usrah di sekolah kami pada tahun lalu mula menampakkan kesannya. Keberkesanan itu dapat dilihat dari segi latihan (tamrin), pengurusan usrah, pengisian, dan komitmen naqib.
Salah suatu elemen penting tamrin ialah mendapatkan murabbi. Elemen ini menjadi faktor yang besar signifikannya kepada berkesannya tamrin nuqaba’.
Pengisian usrah yang dijalankan pada tahun lalu juga lebih murni dan menarik. Perbincangan bukan sahaja berlaku semasa usrah, malah selepas usrah. Selain merujuk kitab, naqib dan ahli usrah juga merujukkan sesuatu perkara kepada guru yang lebih pakar.
Selain itu, pengisian itu dikatakan menarik kerana terdapat beberapa slot program usrah yang mengetengahkan isu semasa seperti golongan antihadis dan permasalahan masyarakat yang mungkin wujud dalam keluarga para pelajar.
Dari segi pengurusan, sistem rekod profil dan rekod kehadiran ahli usrah sudah diwujudkan. Naqib memanfaatkan rekod profil dan rekod kehadiran itu untuk mengeratkan ikatan sesama ahli usrah. Sistem rekod itu juga dimanfaatkan oleh biro dakwah untuk menyelesaikan masalah para pelajar.
Walau bagaimanapun, program yang berusia setahun jagung itu masih mempunyai kelemahan. Hasil yang diperoleh belum mantap dan belum menyeluruh. Malah, ada pelajar yang mengelak daripada menyertai usrah. Usrah juga belum menjadi agenda utama pihak sekolah.
Secara keseluruhannya, program murni seperti ini didapati mampu mendorong kewujudan kumpulan pelajar yang enlightened atau sedar bahawa mereka perlu membantu mencorakkan iklim sekolah ke arah yang lebih baik.
Kesimpulannya, program usrah yang lebih tersusun, sekiranya diteruskan dan sentiasa diperbaik dengan mendapat panduan serta tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman, pasti dapat membuka pintu untuk berlakunya islah dalam sistem tarbiah di sekolah menengah agama kita.
Natijah tamrin nuqaba', didapati minat dan komitmen para naqib terhadap usrah meningkat. Kesemua peserta menyatakan kesanggupan untuk menyertai tamrin susulan. Selain itu, kehadiran dan sambutan yang baik semasa perbincangan tentang pengisian usrah menunjukkan bahawa suatu pasukan nuqaba’ yang menjadi harapan untuk merintis tugas tarbiah berjaya dibentuk.
Sesungguhnya tamrin menjadi asas untuk melahirkan naqib yang baik sahsiahnya, boleh mengurus usrah dan mampu membentangkan tasawur serta fikrah Islamiah kepada anak usrah. Naqib yang berkesan mampu mengawal selia perjalanan usrah dan mampu memantapkan kefahaman Islam dalam kalangan anak usrah.
Nota Penyunting
Afnan Khalid menulis artikel ini pada tahun 1999. Ketika itu dia ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang. Bersama-sama dengan Suzardi Maulan, dia menghasilkan kertas kerja pemantapan usrah. Dia mendapat bimbingan saya secara jarak jauh melalui E-Grup Gerak Usrah. Ustazah Zubaidah Sulaiman dan beberapa orang rakan turut memberikan bantuan dan motivasi secara jarak jauh juga. Pada tahun yang sama saya sempat bertemu dengan Afnan dan Suzardi di sekolahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan