Pada 5 Ogos 1957, sembilan orang raja Melayu menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sekali gus “memahat” tujuh wasiat raja Melayu seperti yang berikut:
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
30 Disember 2009
29 Disember 2009
Sebutan: [me.nya.nyi] atau [men.nya.nyi]?
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Kita sudah biasa menyebut perkataan “menyanyi” sebagai me-nya-nyi. Imbuhan me- kita ucapkan sebagai satu suku kata. Hal ini bersesuaian dengan panduan sebutan perkataan “menyanyi” yang terdapat dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM): Rumi-Sebutan- Jawi, Edisi Kedua terbitan tahun 2008. Dalam DKBM, transkripsi sebutan bagi perkataan “menyanyi” ialah [me.nya.nyi]. Tegasnya, imbuhan bagi perkataan ini ialah me- dan kita ucapkan sebagai satu suku kata.
27 Disember 2009
Salam Satu Malaysia dari Beberapa Sisi
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Sejak kerajaan mempopularkan gagasan Satu Malaysia pada pertengahan tahun 2009, banyak ungkapan Satu Malaysia tercipta. Carian dengan Google pada 27 Disember 2009 menunjukkan hampir 1.5 juta ungkapan salam Satu Malaysia, 350,000 ungkapan saham Satu Malaysia, dan 90,000 ungkapan klinik Satu Malaysia tersebar di Internet. Jumlah ini termasuk ungkapan yang menggunakan variasi ejaan “1 Malaysia” dan “1Malaysia”.
26 Disember 2009
Masukan Bertemakan Pendidikan yang Kerap Dicapai
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Saya mendapati pembaca blog ini kerap mencapai masukan klip video “Lagu Puisi oleh Fawwaz Thaqif”. Kebanyakan pembaca mencapai masukan ini melalui enjin carian Google. Pada hemat saya, pencapai masukan ini terdiri daripada murid, guru dan peminat lagu puisi.
21 Disember 2009
Gunakanlah Bahasa Malaysia atau Kembali Menggunakan Bahasa Melayu?
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
“Gunakanlah Bahasa Malaysia” ialah tajuk nota editor Pelita Bahasa keluaran Ogos 2007. Dalam nota itu dinyatakan bahawa keputusan menukarkan istilah “bahasa Melayu” kepada “bahasa Malaysia” “diambil setelah pertimbangan yang sewajarnya diberikan”. Oleh itu, penulis mencadangkan agar pembaca majalah Pelita Bahasa melihat pertukaran itu “daripada perspektif yang positif”. Penulis menegaskan bahawa “pertukaran istilah itu dilakukan untuk menimbulkan perasaan kekitaan, perpaduan dan integrasi”.
20 Disember 2009
Penggunaan Istilah Bahasa Malaysia – Perbincangan di E-Grup JPM 2007
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Beberapa orang ahli E-Grup Jabatan Pengajian Melayu (JPM) pernah menimbulkan penggunaan istilah “bahasa Malaysia”. Satu soalan menarik dikemukakan oleh Rizal Othaman Tehrani pada 30 Jun 2007. Soalannya yang sudah disunting adalah seperti yang di bawah:
18 Disember 2009
“Sebagai Kesimpulannya” Tepat - Munsyi Dewan
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Sari “Soal Jawab Bahasa” (SJB) oleh Munsyi Dewan, Pelita Bahasa, Disember 2009.
1. “Gejala sosial merupakan gejala yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak sebagai kesimpulannya.” Ini ialah ayat susunan biasa. Penggunaan frasa sendi nama “sebagai kesimpulannya” dalam ayat ini tepat. Apabila disongsangkan, ayat ini menjadi “Sebagai kesimpulannya, gejala sosial merupakan gejala yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak”.
2. Ayat boleh bermula dengan perkataan “dengan”. Ayat contoh: “Dengan menggunakan pisau plastik, saya memotong kek hari jadi saya”. Ini ialah ayat songsang. Susunan biasa bagi ayat ini ialah “Saya memotong kek hari jadi saya dengan menggunakan pisau plastik”.
3. Frasa nama “kata alu-aluan” tepat dan dapat dianalogikan dengan perkataan “mengalu-alukan”. Frasa *kata-kata aluan silap.

Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia: Pandangan Datuk Dr. Hassan Ahmad (2)
Oleh
Mohd Isa Abd Razak

"Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.” Ini ialah ayat yang terdapat dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 152 (1) ini menjadi rujukan kita apabila ada usaha untuk menukarkan nama bahasa kebangsaan kita daripada bahasa Melayu menjadi bahasa Malaysia.
07 Disember 2009
Angka Roman Tidak Memerlukan Awalan Ke – Catatan Susulan
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Saya mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang rakan yang menyiarkan masukan “Angka Roman Tidak Memerlukan Awalan Ke” di blog mereka. Saya percaya setiap blog mempunyai pembaca tetap tersendiri. Jadi, penyiaran semula sesuatu masukan daripada blog rakan memungkinkan lebih banyak khalayak memanfaatkannya.
05 Disember 2009
Penggunaan Tanda Baca dalam Tajuk
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Satu lagi aspek penggunaan bahasa dalam tajuk ialah penggunaan tanda baca. Senarai yang di bawah ini memperlihatkan kepelbagaian penggunaan tanda baca dalam tajuk. Semua tajuk ini pernah digunakan dalam media cetak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), terutamanya majalah Dewan Bahasa, Pelita Bahasa dan Dewan Siswa.
02 Disember 2009
Rosli Dhoby (1932 - 1950), Pahlawan Sarawak
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Rosli Dhoby berketurunan Melanau, lahir pada tahun 1932, di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau digantung hingga mati pada 2 Mac 1950 di Kuching.
Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau mengaku bersalah apabila ibunya menerima ugutan akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.
Mereka dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara. Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan antikolonial yang tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.
Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu. Ketika itulah, keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak, sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.
Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu. Sumber lebih lengkap: Wikipedia.

01 Disember 2009
Berkongsi Kasih
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Jawiyati Ameera,
kini usiamu empat puluh hari
empat puluh hari pula ayah setia
mencurahkan kasih sayangnya
pada tubuh harummu
di atas pangkuan ibu.
Hati ibu kembang
mata ibu senang memandang
ayah mengusap-ucap sayang
malam-siang pagi dan petang.
Sekali-sekala iri hati berkata
birlah kasih ayah
pada ibu semata-mata.
Namun demi amanah
ibu pancung si cemburu itu
rela berkongsi kasih denganmu
sebab cinta kasih ayahanda
seperti kasih labah-labah
kepada telurnya.
Kini ibu mengerti
buah cinta tidak berkuantiti
diagih bahagi tidak berkurang
tetap subur semakin kembang.
Mohd Isa Abd Razak
Seremban
4 Julai 2009
Berita Harian, 11 Oktober 2009
kini usiamu empat puluh hari
empat puluh hari pula ayah setia
mencurahkan kasih sayangnya
pada tubuh harummu
di atas pangkuan ibu.
Hati ibu kembang
mata ibu senang memandang
ayah mengusap-ucap sayang
malam-siang pagi dan petang.
Sekali-sekala iri hati berkata
birlah kasih ayah
pada ibu semata-mata.
Namun demi amanah
ibu pancung si cemburu itu
rela berkongsi kasih denganmu
sebab cinta kasih ayahanda
seperti kasih labah-labah
kepada telurnya.
Kini ibu mengerti
buah cinta tidak berkuantiti
diagih bahagi tidak berkurang
tetap subur semakin kembang.
Mohd Isa Abd Razak
Seremban
4 Julai 2009
Berita Harian, 11 Oktober 2009
Langgan:
Catatan (Atom)