Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
31 Mac 2009
Kesenian Rakyat: Tarian Lansaran Kaum Murut
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Oleh Mohd. Shahirul Tangah, Rolentino Mawing, Norisranah Ismail dan Haslinah Sapri
Suku kaum Murut merupakan suku kaum bumiputera yang kecil bilangannya di Sabah. Kaum ini tinggal di kawasan pedalaman iaitu di Keningau, Nabawan, Sepulot dan Tenom. (Tentang jumlah suku kaum Murut, sila rujuk ruangan ulasan di bawah masukan ini. - Penyunting, 13 November 2009.)
Kuala Tomani dalam daerah Tenom merupakan perkampungan orang Murut suku Tahol dan Sumambu (berdasarkan nama Sungai Tahol dan Sungai Sumambu). Perkampungan lain yang terdapat banyak suku kaum ini ialah di Ulu Tomani, Kalamatoi, Rundum, Nabawan dan Pensiangan.
Tarian-tarian suku kaum Murut terpelihara dan kekal dalam kehidupan mereka, termasuklah tarian lansaran. Di Pensiangan, Sepulot dan Nabawan, tarian ini dikenali dengan nama memolungun da papan atau tarian papan. Di Keningau dan Tenom, tarian ini dikenali dengan nama lansaran. (lansaran ialah ejaan DBP)
Perkataan lansaran berasal daripada perkataan lumasar yang bermaksud melambung atau berayun-ayun. Hal ini sesuai dengan situasi tarian itu yang ditarikan di satu tempat khas dengan berayun-ayun dan melambung-lambungkan diri.
Pada masa dahulu tarian ini berkait rapat dengan pemujaan roh atau semangat tengkorak, khususnya pemujaan semangat kepala manusia yang diperoleh semasa ngayau. Kini tarian ini ditarikan sebagai bersuaka ria sempena keramaian seperti perkahwinan dan perpindahan ke rumah panjang yang baharu.
Sebelum majlis tarian diadakan, beberapa persediaan perlu dibuat. Yang utama, tuan rumah perlu menyediakan tapai dua minggu sebelum majlis itu berlangsung. Selain itu, beberapa makanan lain juga disediakan.
Tempat lansaran yang berukuran lapan hingga 30 kaki persegi dan dapat menampung 30 orang penari, dibina di suatu ruang di rumah panjang. Kerja pembinaannya dilakukan secara bergotong-royong. Beberapa batang kayu bulat yang keras dan liat sebesar lengan orang dewasa merupakan bahan utama binaan itu. Kayu tersebut biasanya daripada jenis selangan batu. Kayu-kayu itu diikat dengan rotan saga. Tempat tarian ini dibina sekaki terkebawah daripada paras lantai.
Penyokong binaan tempat lansaran ialah tujuh batang kayu sepanjang 35 kaki yang menjadi tempat menghentakkan kaki serta pengeluar irama tertentu. Bahan ini disokong oleh 60 batang gelegar sepanjang 20 kaki. Sejumlah kayu bulat lagi digunakan untuk menutup ruangan lantai segi empat itu.
Penari-penari lansaran terdiri daripada lelaki dan wanita. Tiada ketetapan dari segi jumlah penari, hanya bergantung pada saiz tempat lansaran. Lelaki dan wanita menari bersama-sama, iaitu melonjak-lonjakkan diri untuk mencapai singkowoton yang diletakkan di bahagian bumbung tempat lansaran.
Pada zaman dahulu, singkowoton ialah tengkorak manusia. Pada masa kini singkowoton diperbuat daripada paruh burung enggang yang dihiasi dengan manik-manik beraneka warna sebagai pengganti tengkorak.
Biasanya diadakan pertandingan antara pasukan. Setiap pasukan masuk ke tempat lansaran secara bergilir-gilir untuk menari (melonjak-lonjakkan diri) bagi mencapai singkowoton itu. Sesuatu pasukan dapat juga terdiri daripada lelaki sahaja atau wanita sahaja. Adakalanya peraduan diadakan antara kampung atau rumah panjang.
Dari segi pakaian, para penari lelaki memakai abagh dan sampayau. Abagh ialah cawat yang dibuat daripada kulit kayu. Sampayau ialah baju yang dibuat daripada kulit kayu juga. Baju itu tidak mempunyai potongan yang tertentu. Bahagian tengah baju ini dilubangkan untuk memasukkan kepala. Bahagian kanan dan kirinya dijahit dengan benang yang juga dibuat daripada urat-urat kayu yang sama.
Pada bahagian depan dan belakang sampayau dihiasi dengan siput laut atau sulau dan dinamakan sampayau sinulauan. Diceritakan, pada zaman dahulu baju yang berhias dengan siput laut itu (sampayau sinulauan) tidak terjejas oleh tetakan parang, tikaman keris, dan rejaman lembing.
Selain itu, penari lelaki juga memakai kuru, iaitu topi bulat yang kosong di bahagian atasnya hasil anyaman kulit buluh. Topi itu dihias dengan bulu burung merak, enggang atau ayam hutan. Pada zaman dahulu lelaki Murut berambut panjang. Ketika memakai kuru, rambut mereka disimpul dengan menggunakan tulang binatang seperti gading gajah dan gigi babi hutan.
Pakaian penari wanita terdiri daripada sampayau, tapi dan tadung. Sampayau wanita ditenun daripada bahan kapas, berwarna hitam dan dihiasi dengan benang yang beraneka warna, terutamanya merah. Sampayau itu dihiasi dengan manik yang beraneka warna. Sulaman benang dan susunan manik itu menghasilkan corak yang bermotifkan alam seperti bunga, pokok dan binatang.
Tapi ialah kain sarung yang lazimnya berwarna hitam hasil tenunan daripada kapas. Seperti sampayau, tapi juga disulam dengan benang dan manik yang beraneka, warna merah masih menjadi pilihan utama. Tapi dihiasi juga dengan beberapa butang Betawi, atau kaling dalam bahasa Murutnya, dan jarak antara satu kaling dengan kaling yang lain lebih kurang dua inci. Kaling ini mengeluarkan irama bunyi yang secara langsung menjadi irama pengiring terhadap tarian lansaran.
Tadung ialah sejenis pengikat kepala selebar hampir dua inci yang dibuat daripada manik-manik kecil. Di keliling pengikat kepala itu diselitkan dengan bulu burung yang beraneka warna. Sekiranya manik tidak mencukupi, tadung dapat juga diperbuat daripada batu akik yang dirangkaikan sehingga mengelilingi kepala.
Selain itu, penari-penari wanita juga memakai tali pinggang yang dibuat daripada duit syiling, khususnya mata wang pada zaman British. Mereka juga memakai perhiasan untuk leher dan tangan.
Apabila para penari telah sempurna berpakaian, mereka membentuk dua bulatan sambil berpegangan tangan. Bulatan di dalam ialah penari lelaki. Bulatan di luar ialah penari wanita. Seorang hingga tiga orang penyanyi yang dinamakan mengimun liliawa berdiri di tengah-tengah bulatan itu.
Tarian ini diselaraskan oleh seorang juruacara. Apabila diarahkan oleh pengacara, penyanyi mula menyanyi secara solo dan ditingkah oleh chorus secara beramai-ramai. Fungsi asal nyanyian itu ialah menggerakkan semangat penari. Kini, selain terus merangsang penari-penari, nyanyian itu juga digunakan untuk memuji tuan rumah dan para pemimpin selain sarat dengan nasihat dan unsur kasih sayang.
Tarian bermula dengan gerakan tangan yang lemah gemalai seperti gerakan sayap burung helang ketika terbang. Kaki penari berengsot-engsot sedikit demi sedikit mengikut irama nyanyian.
Pada masa yang sama, tempat tarian melambung-lambung dan terhentak pada batang-batang kayu yang menjadi dasarnya. Semakin lama rentak tarian bertambah rancak. Pada masa ini, para penari akan melonjak-lonjakkan diri untuk mencapai singkowoton. Singkowoton itu akan menjadi milik pasukan yang berjaya mencapainya.
Satu upacara yang amat berkaitan dengan tarian ini ialah upacara kukui atau pemujaan roh tengkorak yang diadakan sekurang-kurangnya tiga tahun sekali. Dalam upacara ini, tengkorak itu diletakkan pada sebatang tiang di tengah-tengah tempat lansaran bersama-sama empat keping lemak khinzir yang telah dikeringkan yang panjangnya dua kaki dan lebarnya dua inci.
Kemuncak upacara kukui ialah si pemenggal kepala itu memakan sepotong daripada lemak khinzir itu dan membahagi-bahagikan sebahagian daripadanya kepada para penari. Mereka percaya, roh tengkorak tidak akan mengganggu mereka yang telah memakan lemak khinzir itu.
28 Mac 2009
Klitik Mengindahkan Lirik Teman Sejati
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Oleh Mohd Isa bin Abd Razak @Mantan Naqib
Nasyid “Teman Sejati” oleh Brothers memang popular dalam masyarakat kita. Kepopularannya ketara dalam kalangan ahli usrah. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan bahawa semua ahli usrah yang berusia 20-an dan 30-an biasa mendengarnya. Malah, tidak keterlaluan juga jikalau dikatakan bahawa hampir kesemua mereka pernah melagukannya.
Sejumlah video di Internet membuktikan hal ini. Apabila kita menggoogle “Nasyid Teman Sejati”, Google menayangkan hampir 2,000 pautan. Sebahagian daripada pautan itu ialah video nyanyian beramai-ramai oleh anak muda. Gerak-geri dan pakaian mereka menunjukkan bahawa mereka mungkin ahli usrah.
Mengapakah nasyid ini popular? Setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri. Jawapan mereka kebanyakannya berfokus pada keindahan nasyid itu. Oleh sebab orang muda memang pengagum keindahan, maka popularlah nasyid itu.
Namun itu bukanlah sebab yang jitu. Sebenarnya, nasyid ini menyerlahkan mesej, irama dan lirik yang indah. Mesejnya berfokus pada pencarian teman sejati. Iramanya bergerak perlahan-lahan, satu-satu tetapi tetap dan pasti, mendayu dan syahdu, menyerap ke dalam kalbu. Liriknya bertaraf madah insan yang pasrah.
Kini, bicara ini kita tumpukan pada lirik sahaja.
Lirik nasyid ini indah dari segi diksi. Penulis lirik memilih dan menggunakan perkataan yang mudah tetapi tepat dan berkesan untuk mengungkapkan buah fikiran. Lirik nasyid ini bertambah indah apabila penulis memanfaatkan teknik repetisi. Dia bermain dengan asonansi dan aliterasi sambil mengulang-ulang kata, ungkapan dan untaian untuk mengukuhkan makna. Lirik nasyid ini bertambah-tambah indah apabila repetisi diperkukuh dengan klitik.
Apakah itu klitik? Klitik ialah istilah linguistik. Namun, masukan kata ini terdapat juga dalam Kamus Dewan. Oleh sebab kumpulan sasar pembaca Kamus Dewan ialah orang awam, kini semua orang wajar mengetahui makna klitik. Klitik ialah “bentuk terikat yang tidak boleh dianggap sebagai morfem terikat kerana boleh berada dalam tempat frasa atau klausa tetapi tidak dianggap sebagai kata”. Misalan yang diberikan ialah “ku” dalam “kubaca” dan “mu” dalam “bukumu”.
Ada empat klitik iaitu “ku”, “mu”, “kau” dan “nya”. Kesemuanya kata ganti nama singkat. Kesemuanya dieja serangkai dengan kata sebelum atau selepasnya. Sesiapa yang ingin mendapat maklumat lanjut tentang klitik dipersilakan merujuki tulisan Muhammed Salehudin Aman yang bertajuk “Kata Ganti Nama Singkat -Ku” dalam Dewan Siswa keluaran Mac 2009.
Berbalik kepada lirik, nasyid ini kaya dengan klitik. Sebanyak 23 klitik yang terdiri daripada 12 klitik “ku”, enam klitik “mu” dan lima klitik “nya” diulang berselang-seli. Perkataan yang mengandungi klitik itu dan jumlahnya (dalam kurungan) ialah kucari (2), kumencari-cari (3), kupanjatkan (1), kupohon (2), kutemui (2), kuungkapkan (2), kepadamu (4), padamu (2), dengannya (2), segala-galanya (2) dan tandanya (1).
Seperti yang dinyatakan di tadi, klitik ini mengukuhkan teknik repetisi. Gabungan klitik dengan perkataan yang mudah difahami pula meningkatkan keberkesanan diksi. Sebanyak 18 klitik yang mengandungi vokal “u” pula mengayakan asonansi dan meningkatkan kemerduan irama yang mendayu dan syahdu.
Perkataan terpenting yang mengandungi klitik dalam lirik ini dan diulang sebanyak tiga kali ialah “kumencari-cari”. Perkataan ini terkandung dalam untaian “Kumencari-cari teman yang sejati”. Untaian ini sebenarnya ialah ayat lengkap “Aku mencari-cari teman yang sejati”. Ayat ini ialah ayat aktif. “Aku” ialah bahagian subjek dan “mencari-cari teman yang sejati” ialah bahagian predikat.
Apabila kata ganti nama “aku” disingkatkan menjadi “ku” wujudlah klitik. Ahli tatabahasa mengatakan klitik tidak boleh berada di awal ayat. Dalam komunikasi rasmi, kewujudan klitik di awal ayat dianggap tidak gramatis. Namun, ada pihak yang berpendapat bahawa klitik di awal untaian lirik dibenarkan. Pendapat ini serasi dengan kosep kebebasan berkarya atau lesen puisi.
Perkara ini kecil sahaja. Perkara kecil ini menjadi besar apabila ugkapan itu popular dan menjadi siulan harian. Maka, guru sudah menemukan ungkapan “kumencari-cari” dan yang seumpamanya di awal ayat dalam tulisan murid. Oleh hal yang demikian, perkara kecil ini perlulah dihindari oleh para penulis lirik.
Demikianlah perbincangan tentang lirik nasyid “Teman Sejati”. Perbincangan ini berfokus pada klitik dalam lirik itu. Perbincangan ini diharap bermanfaat untuk penulis lirik, penulis sajak dan penulis karya kreatif umumnya.

27 Mac 2009
Huruf Tunggal Jawi Beranimasi
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Fail persembahan Power Point yang bertajuk “Huruf Tunggal Jawi Beranimasi” terdapat di sini. Persembahan itu sengaja tidak diterbitkan di sini kerana paparannya menggunakan huruf Rumi. Mungkin pihak Scribd tidak mempunyai fon yang berkenaan. Namun, jangan khuatir, apabila dimuat turun, paparan yang betul akan diperoleh sekiranya fon Stnask ada dalam komputer tuan. Perlukan bantuan? Klik pautan ini: Memasang Fon Jawi.Persembahan itu diusahakan pada tahun 2007. Beberapa orang pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) j-QAF sudah memanfaatkan persembahan itu di dalam bilik darjah. Mereka mempunyai kreativiti dan dapat mengubah suai bahan itu. Hasilnya persembahan mereka menarik dan hidup. Murid, termasuk murid pemulihan, bertambah seronok belajar.
Diharap tuan dapat memberikan respons ringkas sama ada tuan berjaya membaca kandungan persembahan itu atau tidak. Jikalau tuan dapat mengesan ralat, mohon maklumkan juga. Respons/makluman tuan sangat diperlukan agar usaha untuk memuat naik bahan lain berjalan lancar.
Masukan yang berkaitan
Memasang Fon Jawi
Jawi: Sekadar Percubaan
Ejaan Jawi untuk Pandai Ialah Pa-Nun-Dal-Alif-Ya
Beberapa Perkara Tentang Huruf Jawi
Selamat Mempelajari Tulisan Jawi
Abjad Jawi Bentuk Tunggal Terkini
26 Mac 2009
Ejaan Insya-Allah dan Lain-lain
Oleh
Mohd Isa Abd Razak

Ejaan dan transkripsi sebutan perkataan-perkataan ini disedut daripada Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008). Makna perkataan-perkataan itu disedut daripada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005).
Dalam Kamus Dewan, huruf “s” pada perkataan sallallahualaihiwasallam ialah huruf besar. Hal ini saya anggap sebagai kesilapan.
Kita wajar menggunakan perkataan assalamualaikum apabila kita pasti kumpulan sasar kita beragama Islam. Malah, yang afdal ialah kita gunakan ungkapan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apabila kita pasti kumpulan sasar kita bukan muslim, eloklah kita gunakan perkataan salam sahaja atau perkataan lain. Dalam penulisan, perkataan salam menjadi pilihan apabila kumpulan sasar kita itu terdiri daripada muslim dengan bukan muslim.
Salam berupa pernyataan hormat yang bermakna “sejahtera” atau “damai”. Berbanding dengan perkataan assalamualaikum yang penujuannya khusus, penujuan perkataan salam bersifat umum.
Apabila kita teliti, ejaan di atas mementingkan sebutan. Perkataan “wasallam” dalam perkataan sallallahualaihiwasallam dieja dengan dua huruf “l” sesuai dengan sebutannya [wa.sal.lam]. Perkataan wassalam pula dieja dengan satu huruf “l” tetapi dua huruf “s” sesuai dengan sebutannya [was.sa.lam].
Apabila kita teliti, transkripsi sebutan perkataan yang mengandungi nama Allah tidak tepat. Lambang “l” dalam insya-Allah dan wallahuaklam wajar ditukar menjadi “L” untuk melambangkan bunyi huruf tebal. Transkripsi “la” dalam perkataan sallallahualaihiwasallam dan wallahuaklam pula tidak tepat. Pada saya, transkripsi yang tepat ialah “Lah”. Tegasnya bunyi huruf “h” jelas kedengaran. Oleh sebab perkataan-perkataan ini merupakan perkataan penting dalam agama Islam, transkripsi sebutan yang tepat janganlah diabaikan.
Pedoman Bahasa (JPEG) 048. Ejaan Kata daripada Bahasa Arab.
25 Mac 2009
Memasang Fon Jawi
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Seperti juga tulisan Rumi, tulisan Jawi dapat ditulis dengan berbagai-bagai fon. Fon terletak dalam lipatan Font. Dari atas meja (desktop), pengguna dapat masuk ke lipatan Font dengan mengklik My Computer → C: → WINDOWS → Font.
Proses memasukkan fon sangat mudah. Dapatkan fail fon Jawi dari mana-mana sumber. Salin dan tampalkan fail itu ke dalam lipatan Font. Itu sahaja.
Masukan Jawi: Sekadar Percubaan dalam blog ini pada 24 Mac 2009 menggunakan fon Stnask. Masukan itu ialah serangkap pantun lama. Pantun itu hanya dapat dibaca apabila fon Stnask ada dalam lipatan Font.
Fon itu terdapat di Laman Jawinet atau di tapak yang lain. Jikalau perlu, hantar e-mel kepada mohdisa_abdrazak@yahoo.com untuk saya kirimkan failnya.

Ahli Tatabahasa dan Fakir
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Suatu ketika, seorang ahli tatabahasa terjatuh ke dalam perigi buta. Dia melaung meminta tolong. Laungannya didengar oleh seorang fakir.
"Siapa di dalam perigi itu?" jerit fakir.
"Saya, ahli tatabahasa. Saya terjatuh ke dalam perigi ini. Gelap dan sungguh menakutkan di sini!"
"Tuan bersenang-senanglah dahulu. Ku akan cari tangga dan tali menyelamatkanmu."
"Tunggu ...! Pilihan kata dan tatabahasamu keliru. Baiki dahulu!"
Fakir tersentak. Dia berfikir sejenak. Kemudian dia bersuara dengan jelas dan tegas, “Baiklah tuanku. Jika memperbaiki tatabahasakulah lebih penting dari menyelamatkanmu, eloklah kau terus tinggal di situ. Tunggulah aku di sana sehingga aku dapat berbahasa dengan sebaik-baiknya. Selamat tinggal!”
Fakir itu pun berlalu.
Diubah suai dari kisah "Ahli Tatabahasa dan Darwis", Kisah Sufi, 1998.

24 Mac 2009
Notis Hak Cipta dan Huraiannya
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Notis Hak Cipta
Tulisan dalam blog ini boleh disiarkan semula tanpa tujuan komersial. Catatkan nama penulis dan sumbernya http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/. Jikalau sesuatu masukan (artikel, video, imej dll.) jelas ada nama penulis/sumber, nama penulis/sumber itu hendaklah dicatatkan. ©Mohd Isa bin Abd Razak @Blog Sambung-menyambung 2009.
Huraian
1. Lebih 90 peratus karya (tulisan, imej, video dan lain-lain) dalam blog ini ialah karya saya sendiri. Saya sengaja memaparkan nama saya pada sesetengah tulisan sebagai penegasan. Sila maklum, tulisan yang tiada nama penulis ialah karya saya juga. Saya membenarkan sesiapa menerbitkan semula tulisan saya dalam blog ini dan menyebarkannya seperti yang tercatat dalam notis hak cipta di atas dan pada kaki blog ini.
2. Dalam blog ini ada juga karya rakan dan bekas pelajar saya. Semua karya itu sudah disunting. Hak cipta karya yang sudah bersunting dan diterbitkan itu saya serahkan kepada penulisnya. Bagaimanapun, hak untuk menerbitkan semula karya itu dipegang oleh Blog Sambung-menyambung. Sebagai pemilik blog, saya membenarkan sesiapa menerbitkan tulisan itu semula dan menyebarluaskannya seperti yang dinyatakan dalam notis hak cipta di atas dan pada kaki blog ini.
3. Sebahagian kecil tulisan dalam blog ini ialah karya penulis atau sumber yang dinyatakan. Sila maklum, saya sudah memperoleh kebenaran untuk menyunting dan menyiarkan karya itu daripada individu atau sumber yang berkenaan. Penerbitan semula dan penyebarluasan karya dalam kategori ini hendaklah dengan kebenaran individu atau sumber asal.
4. Bagi karya yang berupa petikan, karya itu dipetik daripada sumber tertentu dan sumber itu saya catatkan. Jikalau ada pautan, pautan itu juga saya paparkan secara jelas atau terdapat pada perkataan atau ungkapan. Petikan yang diterbitkan pula kebanyakannya hanya sebahagian kecil daripada sumber asal. Penerbitan semula petikan yang berkenaan hendaklah mengandungi sumber asal dan alamat blog ini.
5. Sebahagian kecil karya seperti siaran akhbar sudah menjadi milik awam. Karya seperti ini bebas disiarkan semula.

Profil Penulis Blog "Sambung-menyambung"
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Mohd Isa bin Abd Razak pernah dikenali dengan nama pena Rasmi Safar, Isa Razak, Cikgu Isa dan beberapa nama pena lain secara bermusim, khususnya dalam komunikasi maya.Dia lahir pada tahun 1952 di Kampung Permatang Pasir, Linggi, Negeri Sembilan. Dia menghabiskan lebih separuh usianya di luar Negeri Sembilan, iaitu dua tahun di Kedah, tiga tahun di Pulau Pinang dan hampir 30 tahun di Sabah.
Dia menghasilkan sebuah novel pada tahun 1974 dan beberapa buah cerpen sejak 1972 hingga 1979. Pada tahun 1973 cerpennya memenangi hadiah pertama peraduan menulis cerpen Badan Bahasa Sabah (BAHASA) Cawangan Tawau. Pada tahun 1976 dia menerima Hadiah Sastera Nasional untuk cerpennya “Oh, Anak Abah Sayang!”. Dua buah cerpennya termuat dalam dua buah antologi yang berasingan. Satu antologi terbit pada tahun 1979 dan satu lagi terbit pada tahun 1980. Selain itu, pada tahun 1970-an dan 1980-an dia menulis makalah, puisi dan pelbagai karya untuk akhbar dan radio.
Dia berkhidmat sebagai guru selama tiga tahun, setahun di sebuah sekolah rendah di Penampang dan dua tahun di sebuah sekolah menengah di Papar. Mulai tahun 1980 dia menyertai maktab (institut pendidikan guru). Dia bersara pada pertengahan tahun 2008. Jawatan terakhirnya ialah Pensyarah Cemerlang Bahasa Melayu merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu.
Apabila dia menumpukan perhatian yang serius terhadap profesionnya, upaya penulisan kreatifnya menumpul dan kemudian bernoktah. Namun, sebagai penjawat awam, dia menghasilkan beberapa buah buku panduan dan sejumlah modul pembelajaran. Selain itu, dia menghasilkan ratusan kertas pengujian dan penilaian dan beberapa kurikulum kursus. Dia juga menghasilkan esei ilmiah, kertas konsep/projek, kertas kerja akademik dan pelbagai jenis laporan.
Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, dia (selaku ketua dan pencipta konsep) menghasilkan satu cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan pada tahun 2002 dan dua cakera padat video yang diterbitkan pada tahun 2007. Dia mengelolakan dua laman web hampir sepuluh tahun sebelum kedua-dua laman itu digodam pada awal tahun 2008. Dia masih menjadi moderator dua e-grup sejak tahun 1999.
Pada tahun 1996 dia mendapat tauliah sebagai Munsyi Dewan. Selepas itu, dia menerima dua Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pada tahun 2001 kumpulannya menerima hadiah Johan Inovasi Pedagogi Kebangsaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Pada tahun 2007, dia menjadi penerima pertama Anugerah Pensyarah Inovatif daripada jabatan pelajaran negeri.
Mulai bulan Januari 2009 dia kembali menyumbangkan tulisan untuk media cetak. Mulai bulan Januari 2009 juga dia mula menjadi penulis blog. Tulisannya disiarkan juga oleh beberapa laman/blog lain terutamanya laman Prihatin dan Pendidik.Net. Mulai akhir bulan September 2009, dia mula mengaktifkan diri dalam Facebook.
Pada tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an, media cetak yang pernah menyiarkan karyanya ialah Utusan Malaysia, Utusan Zaman, Berita Harian, Berita Minggu, Bintang/Mingguan Timur, Harian Ekspress, Sabah Times, Sinar USIA, Dewan Pelajar, dan Pemimpin. Apabila dia kembali berkarya mulai tahun 2009, media yang sudah menyiarkan karyanya ialah Berita Harian, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Pelajar, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera.
Antara Nahu dengan Tatabahasa
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Kemas kini: 18 Mei 2009
Antara nahu dengan tatabahasa, istilah mana yang lebih baik?
Jawapan pertama, maksud kedua-dua istilah ini sama. Menjawabnya bermakna menghabiskan masa. Menghabiskan masa dengan istilah Profesor Dr. Kamaruddin Kachar ialah menghabiskan beras atau “bogheh” dalam dialek Negeri Sembilan. Inilah jawapan kebanyakan orang. Jawapan mereka menggambarkan bahawa masyarakat tidak berminat memikirkan hal ini.
Jawapan kedua, istilah nahu lebih baik. Inilah jawapan kebanyakan orang yang sudah lama hidup. Mereka sudah berumur 50 tahun ke atas. Jawapan mereka berasaskan kebiasaan menggunakan istilah itu semasa mereka bersekolah. Semasa bersekolah, mereka menggunakan buku Pelita Bahasa Melayu karya Za‘ba atau buku-buku lain yang berasaskan karya Za‘ba itu. Pada masa itu istilah nahulah yang popular. Istilah tatabahasa digunakan di Indonesia dan hanya segelintir pencinta bahasa, khususnya penulis, negara kita menggunakan istilah tatabahasa.
Jawapan ketiga, istilah tatabahasa lebih baik. Inilah jawapan kebanyakan orang muda, termasuk pelajar. Jawapan ini menggambarkan kebiasaan mereka menggunakan istilah itu semasa bersekolah. Apabila diteliti, terdapat dua kelompok penjawab bagi jawapan ketiga ini.
Kelompok pertama kurang tegas ketika memberikan jawapan. Mereka ialah kelompok yang tidak sempat menggunakan buku Tatabahasa Dewan semasa berada di sekolah rendah dan di sekolah menengah sebelum tahun 1986, iaitu tahun terbitnya buku Tatabahasa Dewan. Kelompok kedua memberikan jawapan dengan tegas dan pantas. Mereka ialah kelompok yang menggunakan buku Tatabahasa Dewan atau buku yang berasaskan Tatabahasa Dewan pada tahun 1990-an dan dekad ini.
Hari ini, masyarakat kita sudah hampir melupakan istilah nahu. Namun, bagi wanita Melayu pertama yang memperoleh ijazah doktor falsafah di negara kita, istilah nahu masih relevan. Wanita yang kita maksudkan ialah Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah bin Haji Omar.
Sebenarnya, Dr. Asmah mendapat ijazah sarjana muda dan sarjana di Indonesia. Beliau belajar di Indonesia mulai tahun 1958 hingga tahun 1963. Seperti yang sudah dinyatakan di atas, istilah tatabahasa digunakan di Indonesia. Jadi, pada pemikiran biasa, sebagai siswazah dari universiti di Indonesia, Professor Linguistik Melayu pertama kita itu tentulah memilih untuk menggunakan istilah tatabahasa.
Pemikiran biasa itu tidak berlaku. Sebaliknya, Dr. Asmah menggunakan istilah nahu secara tekal. Dalam tulisan beliau, termasuk dalam 48 buah bukunya, istilah nahu juga yang kita temukan. Tonggak istilah itu termaktub pada tajuk Nahu Melayu Mutakhir karya beliau yang mula terbit pada tahun 1980. Beliau terus menggunakan istilah nahu pada tajuk dan kandungan buku Nahu Kemas Kini. Buku ini terbit pada tahun 2008 dan sudah dicetak ulang pada tahun 2009 ini. Pendeknya, untuk mencari istilah tatabahasa dalam tulisan beliau samalah dengan usaha mencari antah dalam seguni beras panjang gred istimewa.
Pada tahun 2008, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan Ensiklopedia Bahasa Melayu karangan Dr. Asmah. Tidak terdapat perkataan tatabahasa dalam indeks ensiklopedia itu. Yang ada ialah perkataan nahu. Tajuk ke-16 ensiklopedia itu ialah “Nahu”, bukan tatabahasa.
Di bawah tajuk itu Dr. Asmah menyatakan, sebelum tahun 1970-an istilah nahu adalah istilah standard di Malaysia untuk pengertian grammar. Mulai tahun 1970-an, dengan kerjasama antara Malaysia dengan Indonesia melalui Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), masyarakat negara kita mula tertarik dengan istilah tatabahasa yang digunakan di Indonesia.
Beliau menyatakan, mulai tahun 1970-an itu kata nahu menjadi terpinggir, kecuali bagi para penyelidik linguistik tertentu. Para penyelidik itu berpendirian bahawa kata nahu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan wajar dipertahankan.
Seterusnya beliau menegaskan, hal yang mendorong masyarakat Malaysia menggunakan istilah tatabahasa ialah keinginan untuk menyempitkan jurang perbezaan antara Malaysia dengan Indonesia. Kecenderungan itu juga menggambarkan sikap masyarakat yang menganggap istilah tatabahasa lebih moden daripada istilah nahu.
Seterusnya Dr. Asmah menulis, “Dengan itu, kelebihan kata nahu sebagai bentuk yang lebih ringkas yang memungkinkan penjanaan kata terbitan seperti kenahuan (grammatically) dan penahuan (grammaticalisation) menjadi kabur pada pandangan.”
Dengan berdasarkan huraian tadi, ada kemungkinan kita masih menemukan segelintir orang menggunakan istilah nahu secara tekal dalam percakapan dan tulisan. Kelompok yang masih memikir-mikirkan huraian tadi mungkin menggunakan kedua-dua istilah itu secara bertukar ganti. Hal yang pasti, kebanyakan orang menggunakan istilah tatabahasa secara tekal. Keadaan ini berlaku kerana perkataan yang menjadi judul Tatabahasa Dewan itu sudah sebati dengan mereka.
Rumusannya, kita sudah memahami situasi apabila ada orang menggunakan istilah nahu secara tekal atau secara bertukar ganti dalam alaf istilah tatabahasa memenuhi hampir setiap ruang.
Nota
Buku yang menggunakan istilah nahu
Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, 1994. Nahu Melayu Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Saya mohon tuan/puan mencatatkan buku lain yang menggunakan istilah nahu.

.®ñë… Zy£…c Ô›Z ü±Ã—
؛套 Ô†}c å¨Ã¤" Ý"£›
.®ñ£…c äڅ Ô›Z ü†Â„
/冣› Zy£…c zcÂ… ü†Â„
Fon Jawi ini ialah Stnask. Tulisan ini bercelaru jikalau fon Stnask tiada dalam perisian yang berkenaan.22 Mac 2009
Sari Rencana: Bentuk Klitik
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Sari Ruangan Cintailah Bahasa Kita Dewan Siswa
Muhammed Salehudin Aman, “Kata Ganti Nama Singkat -Ku”, Dewan Siswa, Mac 2009, halaman 20 - 21.
Bentuk -ku, ku-, -mu, kau- dan -nya dinamakan juga bentuk klitik. Bentuk ini dieja serangkai dengan kata sebelum atau selepasnya. Contohnya, sayangku, kutulis, bahasamu, kauambil dan anaknya.
1. Bentuk -ku di awal kata menjadi penanda pasif. Contohnya kubaca sama dengan bentuk aku baca. Bentuk ini terikat, tidak boleh diisi dengan apa-apa unsur antara aku dengan baca. Misalnya, tidak boleh wujud ungkapan aku akan baca*. Yang boleh wujud ialah akan aku baca. Sama halnya dengan bentuk kubaca. Ungkapan yang boleh wujud ialah akan kubaca. Salah sekiranya ditulis ku akan baca. Konsep ini dinamakan Aneksi Persona.
2. Bentuk singkat -ku tidak boleh menjadi subjek ayat. Contohnya, ayat “Kutulis surat untukmu”* tidak baku. Ayat yang baku ialah “Aku tulis surat untukmu”.
3. Salah: Buku itu dia baca.* Betul: Buku itu dibaca oleh dia. Buku itu dibaca oleh ia. Buku itu dibaca olehnya

Persoalan tentang Tujuan Pelaksanaan PPSMI
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Masukan blog yang istimewa kelmarin ialah tulisan Puan Marni yang bertajuk "Banyaknya Persoalan". Persoalan yang dimaksudkan ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagaimana yang tersurat dalam Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2002.
Puan Marni memetik tujuan pelaksanaan PPSMI. Kemudian beliau mengemukakan pemahamannya terhadap tujuan pelaksanaan. Seterusnya, beliau mengemukakan empat persoalan. Beliau menulis,
Persoalan yang berlegar di fikiran saya:
1. Maklumat yang banyak dalam bahasa Inggeris itu boleh dipindahkan kepada bahasa Melayu. Kita ada Institut Terjemahan Negara (ITNM). Kita ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peruntukan berbilion ringgit untuk PPSMI boleh disalurkan ke tempat yang lebih layak. Pelajar tidak akan bermasalah, Perlembagaan negara juga tidak diperlekeh dan bahasa Melayu juga tidak tergugat. Bukankah cara ini lebih baik?
Baca persoalan kedua dan ketiga di sini.
Persoalan keempat yang beliau kemukakan adalah seperti yang berikut:
4. Belajar menguasai bahasa seharusnya dalam kelas bahasa, bukan kelas sains dan matematik. Perkasakan sahaja mata pelajaran bahasa Inggeris.
Saya berikan satu contoh soalan yang dikeluarkan dalam satu ujian bulanan pelajar tahap 1:
5 + 6 = ____
A. 11
B. 14
C. 12
D. 13
Jika pelajar menjawab soalan di atas dengan betul, apakah kita akan katakan bahawa pelajar ini telah menguasai bahasa Inggeris dengan baik? Bagaimana kita boleh menentukan bahasa apa yang digunakan oleh pelajar ketika mereka menjawab soalan di atas? Hanya kerana soalan tersebut diletak di ruangan soalan berbahasa Inggeris maka kita katakan PPSMI berjaya dan pelajar sudah mampu menguasai bahasa Inggeris?
Memang menarik persoalan yang dikemukakannya. Hal ini perlu mendapat perhatian kita.

Langgan:
Catatan (Atom)