| Gambar daripada http://www.bmupsr.com/2010/05/sambalewa-atau-sambil-lewa.html (diubah suai) |
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
16 Julai 2012
Sambil Lewa Seerti dengan Sambalewa
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
14 Julai 2012
Tuntutan Dong Zong Melampau
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
| Ada Rakyat Malaysia Memperlekeh Bahasa Kebangsaan | Kebanyakan Pelajar Tingkatan Empat Keturunan Cina Tidak Mencintai Bahasa Kebangsaan | Kisah di Pusat Dokumentasi Melayu: Mereka Memilih Laluan Sempit di Hadapan Saya | Penyetaraan Bahasa Lain dengan Bahasa Kebangsaan Ditolak || Bahasa Melayu Asas Kontrak Sosial || Diberi Betis, Hendak Paha |PAGE Terus Mengungguli Gelaran Penyokong Tegar PPSMI |
Saya mengucapkan syabas kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Haji Awang Sariyan, kerana menegur sikap melampau Dong Zong. Teguran beliau termuat dalam akhbar dalam talian Malaysiakini pada 13 Julai 2012. Beliau menyifatkan tuntutan Dong Zong agar pelbagai bahasa pengantar diperkenalkan dalam sistem pendidikan bersifat chauvinistic dan menyalahi Perlembagaan.

09 Julai 2012
Mejar (B) Yeap Keng Leng dalam Kenangan
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Ini adalah antara perenggan yang saya catat dalam Facebook beberapa bulan yang lalu: “Saya rindu akan Bukit Langsat. Jikalau tuan/puan ada sedikit masa terluang dan ada sesuatu yang rasa-rasanya wajar dikongsikan dengan saya, apabila tuan/puan mengusahakan perkongsian itu, terima kasih yang setinggi-tingginya saya ucapkan. Entah mengapa, saya teringat akan Tuan Mejar (B) Yeap Keng Leng, Encik Ruslin Ekon dan beberapa orang yang lain.”
Hanya beberapa orang rakan sempat membaca catatan itu. Perbincangan berkisar pada rasa rindu dan kemudian berfokus pada perkataan “Bukit Langsat”. Nama yang saya ketengahkan dalam ayat terakhir perenggan yang di atas tenggelam. Saya mendapat maklumat bukan terkini tentang Tuan Mejar (B) Yeap Keng Leng melalui laman sesawang kampus Bukit Langsat.
08 Julai 2012
Sekelumit Bicara Suprasegmental
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Ungkapan lengkap suprasegmental ialah fitur suprasegmental yang seerti dengan ciri prosodi. Ungkapan ini bermaksud pertuturan yang tidak terhad pada satu penggalan. Contohnya, tekanan, nada dan kepanjangan. Secara umum, dalam bahasa Melayu baku unsur-unsur ini tidak membezakan makna. Dalam bahasa sukuan di Sabah unsur ini ada yang membezakan makna. Hal ini perlu dikaji oleh anak jati Sabah yang terdidik dalam linguistik. Dalam bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina dan Inggeris, unsur-unsur ini penting.
07 Julai 2012
Ejaan Jawi: Songkok
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Dalam tulisan Jawi kini, perkataan songkok dieja سوڠكوق. Ejaan ini berdasarkan peraturan pengejaan kata dasar dua suku kata dan penggunaan huruf qaf.
Perkataan songkok ialah kata dasar dua suku kata berpola KVK-KVK. K ialah konsonan dan V ialah vokal. Huruf ng ialah digraf (konsonan bergabung) dan dikira satu unit (satu K). Jadi, suku kata “song” ialah KVK bukan KVKK. Suku kata yang diakhiri dengan K dinamakan suku kata tertutup. Jadi, perkataan songkok terdiri daripada dua suku kata tertutup. V dalam suku kata “song” dan “kok” ialah o dan dinamakan pola vokal o + o.

06 Julai 2012
Tuntunan Bahasa 8: Pendalaman dan Pedalaman
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Tuntunan Bahasa: (1) Pendingin Hawa (2) Kata Alu-aluan (3) Berbahaya (4) Hal-hal Lain, Program Tentatif dan Lain-lain (5) Setengah-setengah, Sesetengah (6) Para dan Para-para (7) Kejar-mengejar
Wacana yang di bawah ini ialah transkripsi suara Dr. Haji Awang Sariyan dalam klip video Tuntunan Bahasa Siri 8 yang disiarkan di Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa pada 29 Jun 2012.
Wacana yang di bawah ini ialah transkripsi suara Dr. Haji Awang Sariyan dalam klip video Tuntunan Bahasa Siri 8 yang disiarkan di Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa pada 29 Jun 2012.
05 Julai 2012
Huruf Vokal Jawi: Alif
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Huruf alif ialah huruf pertama abjad Jawi. Secara umum, padanannya dalam tulisan Rumi ialah huruf a dan e pepet. Namun alif juga melambangkan vokal lain sama ada secara bersendirian atau apabila bergabung atau berangkai dengan huruf lain. Hal ini akan dibincangkan dalam beberapa perenggan seterusnya.
Mula-mula kita perhatikan bentuk alif. Berdasarkan kedudukan, ada dua bentuk alif, iaitu tunggal dan berangkai dengan huruf lain. Alif tunggal tidak berangkai dengan huruf lain. Alif ini menunggal atau berada di awal rangkaian. Alif yang berangkai dengan huruf lain hanya berada di akhir rangkaian. Hal ini berlaku kerana alif tergolong dalam huruf pemutus. Huruf pemutus boleh berangkai dengan huruf sebelumnya tetapi tidak boleh berangkai dengan huruf selepasnya.

04 Julai 2012
Sebutan Baku di Singapura
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Sebutan Baku di Singapura 2012
Oleh Nur Isyana Isaman
Singapura, 4 Julai 2012. Setelah dua dekad melaksanakan sistem sebutan bahasa Melayu baku di Singapura, persoalannya kini adakah para penutur Bahasa Melayu baku sudah dapat menguasai sistem tersebut sepenuhnya?
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar Masagos Zulkifli Masagos Mohamed berkata, sekiranya sebutan baku di sini masih di tahap sedang beralih kepada bentuk sebutan baku sempurna, bilakah kita akan dapat menguasai sistem itu sepenuhnya dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan ia benar-benar tercapai?
Encik Masagos yang juga Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura berkata demikian di majlis perasmian Simposium Pemantapan Sebutan Baku di NIE petang tadi.
01 Julai 2012
Huruf Jawi: Ye
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
![]() |
| Pedoman Bahasa (JPEG) 096, Jawi: Huruf Ye |
Abjad Jawi terdiri daripada tiga puluh huruf Arab (yang sudah dimelayukan) dan tujuh huruf ciptaan orang Melayu. Lima huruf ciptaan itu ialah ca, nga, pa, ga dan nya sudah wujud sejak abad keempat belas Masehi. Dua huruf lagi, iaitu va dan ye dicipta pada abad kedua puluh. Huruf va dicipta dalam Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu pada tahun 1984. Huruf ye akan kita bincangkan dalam perenggan-perenggan seterusnya.
Penyetaraan Bahasa Lain dengan Bahasa Kebangsaan Ditolak
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Usaha pihak tertentu untuk menyetarakan bahasa lain dengan bahasa kebangsaan ditolak. Penolakan itu terkandung dalam ketetapan Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di DBP pada 28 Jun 2012 lalu. Ketetapan seminar itu disampaikan kepada Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr. Puad Zarkashi pada akhir seminar.
Langgan:
Catatan (Atom)