30 Mei 2012

Semua Bahasa Ada Aspek Sebutan Baku

video
Berita Televisyen Suria, Singapura, 29 Mei 2012.

Tuntunan Bahasa 5: Setengah-setengah, Sesetengah

video
Wacana yang di bawah ini ialah transkripsi suara Dr. Haji Awang Sariyan dalam klip video Tuntunan Bahasa Siri 5 yang disiarkan di Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa pada 18 Mei 2012.

Tuntunan Bahasa 4: Hal-hal Lain, Program Tentatif dan Lain-lain

video

Wacana yang di bawah ini ialah transkripsi suara Dr. Haji Awang Sariyan dalam klip video Tuntunan Bahasa Siri 4 yang disiarkan di Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa pada 9 Mei 2012.


Tuntunan Bahasa 3: Berbahaya

video
Wacana yang di bawah ini ialah transkripsi suara Dr. Haji Awang Sariyan dalam klip video Tuntunan Bahasa Siri 3 yang disiarkan di Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa pada 7 Mei 2012.

29 Mei 2012

Persoalan dan Penyelesaiannya Menimbulkan Persoalan Baharu


Isu bahasa yang diketengahkan oleh S. Nathesan dalam buku Beberapa Persoalan Penggunaan Bahasa Melayu dan Penyelesaiannya menarik. Hampir semua persoalan yang dikemukakan dalam buku edisi kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun 2010 ini ada penyelesaiannya dan cadangan penyelesaian itu juga menarik.

Cetakan pertama edisi pertama buku ini adalah pada tahun 1994. Oleh hal yang demikian, persoalan yang dibincangkan tidak bersifat semasa. Penulis menyedari hal ini. Jadi, dalam edisi kedua ini beliau melakukan dua perubahan. Pertama, beliau menambah beberapa persoalan dan penyelesaiannya. Kedua, beberapa persoalan dalam edisi pertama yang kurang berkaitan dengan tajuk buku ini dikeluarkan.

19 Mei 2012

Kena Jerit dan Kena Rotan

Sudah lebih lima belas tahun bekas pelajarku itu bergelar guru. Dia sudah lama menjadi rakan Buku Wajahku tetapi tegur sapa kami sekadar bertukar khabar dan klik suka akan status masing-masing. Namun hari ini aku menerima catatannya melalui peti masuk. Catatan itu agak panjang. Dalam catatan itu dia menyatakan bahawa perbuatannya menjerit ketika aku menyampaikan taklimat pada awal tahun sembilan puluhan dahulu memberi kesan yang mendalam pada dirinya sebagai guru di sekolah rendah.

15 Mei 2012

Mereka Meremehkan Ejaan Jawi

Di atas meja itu terdapat beberapa buah buku yang tersusun kemas. Sebuah buku tebal berwarna biru terpacak di sebelah sepiring keropok lekor panas. Pada tetulang buku itu tercetak rangkai kata “Daftar Kata Bahasa Melayu” dalam tulisan Jawi. Selain beberapa buah buku yang tersusun dan sebuah buku tebal yang terpacak, di atas meja itu terdapat juga sebuah teko berisi kopi “o” dan dua biji cawan yang beralaskan piring kecil. Tuk Ngah sedang menuang kopi “o” ketika cucunya, Abdul Fattah, tiba.

14 Mei 2012

Saya Masih Menggemari Media Lama


Saya masih menggemari media lama kerana, yang pertama, umumnya media lama diterima oleh ilmuwan sebagai sumber rujukan yang sah dan berwibawa. Saya kemukakan dua contoh. Contoh yang pertama, buku Tuntunan Bahasa (2004), Petunjuk Bahasa (2005), Liku-liku Bahasa (2007) diterima sebagai bibliografi oleh pemberi tugasan peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama, bahkan ijazah lanjutan. Contoh yang kedua, pemberi tugasan tidak mempersoalkan sumber rujukan daripada majalah, jurnal, monograf dan terbitan berkala lainnya apabila tercatat dalam bibliografi tugasan. Sebagai perbandingan, satu bahagian di Kementerian Pelajaran pernah tidak mengiktiraf bibliografi daripada laman sesawang atas alasan bahan di laman sesawang kurang kebolehpercayaan dan/atau kesahan, dan mungkin tidak dapat dikesan (“hilang” atau sudah dipadamkan) apabila dirujuki. Beberapa orang ilmuwan pula menganggap pelajar yang mengemukakan sumber daripada Internet seperti Wikipedia sebagai mengambil jalan mudah. Mereka menyatakan, sumber daripada Internet untuk orang awam dan tidak sesuai menjadi bahan rujukan pelajar institusi pengajian tinggi, khususnya peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan.

Yang kedua, media lama lebih kekal. Hal ini berlaku kerana ada undang-undang yang memerlukan beberapa salinan media lama itu diserahkan kepada pihak yang berwajib untuk disimpan atau diarkibkan. Antara pihak yang menerima salinan media lama itu termasuklah arkib negara, perpustakaan negara, muzium negara dan pusat dokumentasi seperti Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, salinan media lama disimpan oleh institusi yang berwibawa seperti universiti, perpustakaan awam dan pusat sumber/media jabatan kerajaan. Cara penyimpanan bahan-bahan itu sistematik dan disesuaikan dengan teknologi semasa. Kawalan terhadap bahan itu pula ketat dan mustahil dapat dipalsukan kandungannya. Apabila berlaku kerosakan atau penghapusan secara tidak sengaja atau sengaja, salinan media lama masih terdapat di beberapa tempat di sesebuah negara, bahkan bagi bahan-bahan tertentu, di seantero dunia.

Yang ketiga, umumnya kandungan media lama bermutu. Hal ini berlaku kerana beberapa banyak faktor. Saya berikan dua faktor sahaja. Faktor yang pertama, penghasil, khususnya penulis, media lama lazimnya ialah insan terpilih dan sudah teruji dalam bidang masing-masing. Mereka termasuk golongan penyelidik di organisasi penyelidikan, institusi pendidikan awam dan jabatan kerajaan; pakar dalam sesuatu bidang, sasterawan negara, penulis tamu di sesebuah organisasi; penulis atau panel penulis kamus, buku ilmiah, buku teks, ensiklopedia; penulis artikel untuk jurnal, majalah, monograf; dan sebagainya. Faktor yang kedua, penerbit bahan media lama itu mengamalkan sistem pengurusan mutu yang dikenali dengan nama samaran ISO, iaitu nama asal International Organisation for Standardization dan di Malaysia dikenali sebagai Malaysian Standard (MS) atau lengkapnya MS-ISO. Tanpa MS-ISO pun penerbit yang berwibawa tetap mengamalkan gaya pengurusan yang dapat menjamin mutu bahan yang diterbitkan. Media lama yang sampai ke tangan pengguna sudah melalui proses yang panjang termasuk tahap pencetusan idea, perancangan penghasilan, kelulusan oleh panel khas seperti panel kawalan mutu, sesi penghasilan, sesi penambahbaikan seperti penyuntingan dan sebagainya. Sebaliknya, penghasilan bahan media baharu umumnya tanpa kawalan pihak pengurusan dan kawalan mutu. Penerbitan dan penyebaran bahan media baharu pula sangat pantas. Hal ini memungkinkan bahan media baharu itu goyah dari pelbagai segi seperti ketepatan fakta, kesempurnaan bahasa dan indeks kebolehbacaan.

Sebagai kesimpulannya, jikalau media itu kita ibaratkan sebagai manusia, media baharu ialah remaja yang masih keliru atau belum berjati diri. Media lama pula ialah orang tua, datuk, nenek atau moyang yang tepu dengan ilmu dan pengalaman, berjati diri dan mantap dari segi pendirian. Walhasil, ada banyak kandungan media baharu yang kita anggap bermutu itu asalnya ialah kandungan media lama yang “diberi nafas baharu” dalam dunia maya.

09 Mei 2012

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di PBAKL


Antara ruang pameran di Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2012 yang mendapat perhatian istimewa saya termasuklah ruang pameran Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Dua kali saya ke PBAKL, dua kali juga saya berlama-lamaan di ruang pameran MAPIM. Saya membaca hampir semua tajuk buku dan membelek berpuluh-puluh buah buku tetapi saya hanya mampu membeli sebuah buku. Hajat hati, saya hendak membeli sekurang-kurangnya lima buah buku yang sudah saya imbas hal-hal penting seperti blurb, kandungan dan pendahuluannya. Apakan daya, harga buku MAPIM umumnya mahal dan saya tidak memaksa diri untuk membeli sesuatu yang di luar kemampuan saya. Walau bagaimanapun, saya tidaklah terkilan sangat kerana beberapa buah buku yang dipamerkan itu sudah berada di rak buku saya.

07 Mei 2012

Sejenak Panjang di Ruang Pameran DBP Brunei di PBAKL

Saya memasuki bangunan tempat berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012 itu melalui pintu belakang, iaitu bahagian yang berhampiran dengan sebuah hotel. Waktu itu pukul sepuluh setengah pagi. Saya menjangka pengunjung belum ramai dan saya bolehlah bergerak bebas. Jangkaan saya meleset. Bermula di pintu masuk itu pengunjung sudah bersesak-sesak.

06 Mei 2012

Wawancara Sofa Putih ITBM: Bahasa Kita, Tanggungjawab Kita


Pedoman Bahasa (JPEG) 094. Dr. Haji Awang Sariyan, 5 Mei 2012.
Saya beruntung kerana hadir dalam rancangan Wawancara Sofa Putih di Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) pada pukul 3.00 petang, 5 Mei 2012. Panel forum anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Haji Awang Sariyan dan Pejuang Bahasa Melayu, Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan.

04 Mei 2012

Akronim PAS Tepat



Sebutan dan Ejaan Akronim UMNO

Soalan

Bukankah akronim yang betul bagi Parti Islam Se-Malaysia ialah PIS?

03 Mei 2012

Jangan Berhujah dengan Si Tolol

Pedoman Bahasa (JPEG) 093. Prof. Abdullah, 30 Mei 2012.
Kiriman asal.

“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.” Al-Furqan: 63.

Faslin Syarina Salim: Imam Syafie juga tidak berdebat dengan orang bodoh. Daripada biografi beliau, saya kongsikan kata-katanya, “Jikalau orang bodoh berbicara, jangan kaujawab. Jawapan terbaik adalah diam. Jikalau kauajak dia berbicara, bererti engkau melapangkan laluannya, Tetapi, jikalau kaubiarkan, dia binasa; maka dia akan mati (akal).”

02 Mei 2012

Istilah Baharu ialah Penyaman Udara

Pandangan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP)

Soalan: Seorang guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa ungkapan “pendingin hawa” salah. Menurutnya, ungkapan yang betul ialah “penyaman udara”. Katanya, “pendingin hawa” istilah lama, “penyaman udara” istilah baharu. Apakah pendirian KNDBP?

Jawapan: Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. 2 Mei 2012.

Nota
Kesilapan tarikh sudah dibetulkan.

Lihat klip video. Lihat citra. Perbincangan di Facebook.

01 Mei 2012

Belum Cukup Umur


Long Atan bertolak dari rumahnya pada pukul lapan tiga puluh minit pagi. Dia memandu van tuanya menuju ke Stesen Kereta Api Labu. Dia berasa lega apabila melihat ruang untuk meletakkan kenderaan di stesen itu masih boleh memuat lima atau enam buah kereta. Selepas mengenakan beg sandang dan mengunci vannya, dia berjalan terhencot-hencot ke bangunan stesen.