Mohd. Yusof Haji Othman, “‘Satu Malaysia’ dari Perspektif Bahasa”, Dewan Bahasa, September 2009, halaman 12 – 15.
1. Rantau Melayu sudah mempunyai peradaban yang tinggi sebelum kedatangan penjajah Barat. Antara bidang yang menyerlahkan peradaban itu ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca, bahasa kebangsaan (perpaduan), bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran negara. Bahasa Melayu pada masa itu berasaskan falsafah dan konsep Islam. Jadi, Perkara 152 dan perkara lain yang berkaitan dengan Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan mempunyai asas yang kukuh. Pelaksanaan gagasan “Satu Malaysia” mesti mengambil kira latar belakang sejarah ini.
2. Dalam merealisasikan gagasan “Satu Malaysia”, pihak berwajib hendaklah memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini berupa manifestasi slogan “rakyat diutamakan”. Rakyat pula mesti ikut serta memperkasakan bahasa kebangsaan. Antara caranya termasuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua acara rasmi. Hal ini bersesuaian dengan slogan “prestasi diutamakan”. Selain itu, kita perlu mengembalikan jiwa Islam kepada kosa kata bahasa Melayu.
Nota
Profesor Dato’ Dr. Mohd. Yusof Haji Othman ialah Profesor Program Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Fizik, Timbalan Dekan, dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UKM. Sejak bulan Julai i tahun 2007, beliau menjadi Pengarah Institut Islam Hadhari UKM hingga kini.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
08 September 2009
"Satu Malaysia" dari Segi Pembudayaan Bahasa
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Kita sudah sangat biasa dengan ungkapan “Satu Malaysia”. Kita sudah memahami bahawa gagasan “Satu Malaysia” berusaha mengentalkan perpaduan kebangsaan. Setiap hari kita mendengar, bahkan mengucapkan salam “Satu Malaysia”. Dalam pada itu, ada satu perkara kita terlepas pandang. Perkara itu ialah penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa perpaduan, dalam gagasan Satu Malaysia.
Kita mungkin tidak perasan bahawa frasa nama khas “1Malaysia” janggal dan menyalahi hukum tatabahasa. Pakar ejaan dan sebutan bahasa Melayu, Encik Ismail Dahaman menyedari perkara ini. Menurutnya, perkataan “satu” lebih sesuai digunakan daripada nombor “1”. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan, nombor “1” sesuai digunakan sebagai lo
go “Satu Malaysia”. Beliau menyatakan hal ini dalam makalahnya “Lakuan Bahasa dalam Satu Malaysia”. Makalah itu tersiar dalam majalah Dewan Masyarakat keluaran September 2009.
Pihak Khidmat Nasihat Bahasa (KNB), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai pendapat yang hampir sama. Pihak KNB menerima dua cara penulisan, iaitu "1 Malaysia" ataupun "Satu Malaysia".
Kebanyakan majalah terbitan DBP menerima pakai ejaan "Satu Malaysia", kecuali majalah Pelita Bahasa yang memilih untuk menggunakan ejaan "1 Malaysia". Pilihan majalah Pelita Bahasa selaras dengan penjelasan KNB tetapi bertentangan dengan pandangan Encik Ismail Dahaman dan amalan biasa penulisan frasa nama.
Sebagai contoh, bagi frasa nama am, kita menulis satu negara (bukannya *1 negara, apalagi *1negara), satu daerah (bukannya *1 daerah, apalagi *1daerah) dan satu kampung (bukannya *1 kampung, apalagi 1kampung). Demikian jugalah halnya apabila kita mencipta frasa nama khas. Kita wajar mematuhi amalan ini. Jadi, ungkapan yang persis ialah “Satu Malaysia”, bukannya “1 Malaysia”, apalagi “1Malaysia”.
Nampaknya pembudayaan bahasa kebangsaan masih belum merata. Perkara ini mendapat perhatian mantan Ketua Jabatan Bahasa, DBP, Puan Hajah Noresah Baharom. Beliau membutirkan perkara ini dalam makalahnya “Pembudayaan Bahasa Kebangsaan dalam Meningkatkan Patriotisme Rakyat Malaysia” yang tersiar dalam majalah Dewan Bahasa keluaran September 2009.
Menurut Puan Hajah Noresah, pembudayaan bahasa kebangsaan ialah penggunaan bahasa Melayu oleh seluruh rakyat Malaysia dalam ranah yang luas dengan penuh kebanggaan dan kecintaan terhadap bahasa itu. Hal yang mendasari pembudayaan itu ialah rasa cinta terhadap tanah air. Pembudayaan juga bermaksud, pengguna bahasa mengamalkan ciri-ciri bahasa itu, termasuk nilai, budi, kesantunan, dan sistem linguistiknya.
Kesilapan penggunaan frasa kata nama khas seperti “1Malaysia” nampaknya bukan perkara kecil. Kesilapan itu dapat menjadi petunjuk tahap kemegahan kita terhadap bahasa kebangsaan. Malah kesilapan itu dapat menjadi petunjuk tahap patriotisme kita, termasuk penghayatan kita terhadap prinsip keluhuran perlembagaan seperti yang tersurat dalam Rukun Negara.
Kita mungkin tidak perasan bahawa frasa nama khas “1Malaysia” janggal dan menyalahi hukum tatabahasa. Pakar ejaan dan sebutan bahasa Melayu, Encik Ismail Dahaman menyedari perkara ini. Menurutnya, perkataan “satu” lebih sesuai digunakan daripada nombor “1”. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan, nombor “1” sesuai digunakan sebagai lo
go “Satu Malaysia”. Beliau menyatakan hal ini dalam makalahnya “Lakuan Bahasa dalam Satu Malaysia”. Makalah itu tersiar dalam majalah Dewan Masyarakat keluaran September 2009.Pihak Khidmat Nasihat Bahasa (KNB), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai pendapat yang hampir sama. Pihak KNB menerima dua cara penulisan, iaitu "1 Malaysia" ataupun "Satu Malaysia".
Kebanyakan majalah terbitan DBP menerima pakai ejaan "Satu Malaysia", kecuali majalah Pelita Bahasa yang memilih untuk menggunakan ejaan "1 Malaysia". Pilihan majalah Pelita Bahasa selaras dengan penjelasan KNB tetapi bertentangan dengan pandangan Encik Ismail Dahaman dan amalan biasa penulisan frasa nama.
Sebagai contoh, bagi frasa nama am, kita menulis satu negara (bukannya *1 negara, apalagi *1negara), satu daerah (bukannya *1 daerah, apalagi *1daerah) dan satu kampung (bukannya *1 kampung, apalagi 1kampung). Demikian jugalah halnya apabila kita mencipta frasa nama khas. Kita wajar mematuhi amalan ini. Jadi, ungkapan yang persis ialah “Satu Malaysia”, bukannya “1 Malaysia”, apalagi “1Malaysia”.
Nampaknya pembudayaan bahasa kebangsaan masih belum merata. Perkara ini mendapat perhatian mantan Ketua Jabatan Bahasa, DBP, Puan Hajah Noresah Baharom. Beliau membutirkan perkara ini dalam makalahnya “Pembudayaan Bahasa Kebangsaan dalam Meningkatkan Patriotisme Rakyat Malaysia” yang tersiar dalam majalah Dewan Bahasa keluaran September 2009.
Menurut Puan Hajah Noresah, pembudayaan bahasa kebangsaan ialah penggunaan bahasa Melayu oleh seluruh rakyat Malaysia dalam ranah yang luas dengan penuh kebanggaan dan kecintaan terhadap bahasa itu. Hal yang mendasari pembudayaan itu ialah rasa cinta terhadap tanah air. Pembudayaan juga bermaksud, pengguna bahasa mengamalkan ciri-ciri bahasa itu, termasuk nilai, budi, kesantunan, dan sistem linguistiknya.
Kesilapan penggunaan frasa kata nama khas seperti “1Malaysia” nampaknya bukan perkara kecil. Kesilapan itu dapat menjadi petunjuk tahap kemegahan kita terhadap bahasa kebangsaan. Malah kesilapan itu dapat menjadi petunjuk tahap patriotisme kita, termasuk penghayatan kita terhadap prinsip keluhuran perlembagaan seperti yang tersurat dalam Rukun Negara.
Data "Satu Malaysia" dan "1 Malaysia"
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Satu Malaysia
1 Malaysia
- Dengan cara inilah bahasa kebangsaan akan benar-benar menjadi unsur utama yang memungkinkan kemunculan gagasan “Satu Malaysia” yang jelas mengungkapkan konsep “Satu Bahasa, Satu Malaysia”. Norshahwati Hanafi, “Membangunkan Semangat Satu Bahasa Satu Malaysia”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 19.
- Justeru, bersempena dengan semangat dan penghayatan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-52, Hari Malaysia pada 16 September, dan gagasan “Satu Malaysia”, amanat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan pandangan Noresah Baharom itu perlu direnungkan secara mendalam. Ritah Yahaya, “Bicara Bahasa: Airnya Jernih Ikannya Banyak”, Dewan Bahasa, September 2009, halaman 5.
- Sejak Najib mengemukakan gagasan “Satu Malaysia”, banyak pentafsiran dan ulasan tentangnya telah dibuat. Mohd. Yusof Haji Othman, “Satu Malaysia dari Perspektif Bahasa”, Dewan Bahasa, September 2009, halaman 13.
- Apabila berbicara tentang gagasan “Satu Malaysia”, inti patinya tentu sekali berhubung kait dengan perpaduan, keharmonian dan perkongsian hidup seluruh rakyat Malaysia. Sahrunizam Abdul Talib, “Satu Malaysia Satu Bahasa”, Dewan Bahasa, September 2009, halaman 21.
- “Saya terpanggil untuk memberikan reaksi apabila membaca Dewan Masyarakat keluaran Ogos 2009, yang mengupas gagasan Satu Malaysia. Mohd. Saleh Ismail, “Merealisasikan Gagasan Satu Malaysia”, Dewan Masyarakat, September 2009, halaman 8.
- Segelintir rakyat masih lagi tertanya-tanya maksud sebenar gagasan Satu Malaysia. Mohd. Ridzuan Mohammad, “Memahami Gagasan Satu Malaysia”, Dewan Masyarakat, September 2009, halaman 41.
- Gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mendukung matlamat murni untuk memperkasakan perpaduan nasional melalui “perpaduan dalam kepelbagaian” dalam negara bangsa Malaysia. Ismail Dahaman, “Lakuan Bahasa dalam Satu Malaysia”, Dewan Masyarakat, September 2009, halaman 58.
- Sewajarnya semangat “Satu Malaysia” perlu ada dalam hati setiap insan yang bergelar rakyat Malaysia, apatah lagi kepada remaja masa kini. Rozninah Abd Azib, “Satu Hati Satu Jiwa”, Dewan Siswa, Ogos 2009, halaman 2.
- “Satu Malaysia” merupakan gagasan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ismail Sulaiman, “Merealisasikan Satu Malaysia”, Dewan Siswa, Ogos 2009, halaman 4.
- Dengan bergerak sebagai satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa milik bersama, gagasan "Satu Malaysia" lebih mudah diserapmasukkan. Rozninah Abd Azib, "Erti Sebenar Kemerdekaan", Dewan Sastera, Ogos 2009, halaman 4.
- Untuk menaikkan taraf dan kedudukan negara, perubahan sikap dan cara hidup rakyat perlu dilakukan supaya kita lebih cergas bersatu padu, dinamik, berilmu, bersungguh-sungguh dan bersemangat “Satu Malaysia” tanpa melupakan jati diri dan kebenaran sejarah. Ani Haji Omar, “Puisi Meniupkan Semangat ‘Satu Malaysia’”, Dewan Sastera, Ogos 2009, halaman 20 – 24.
- Dewan Pelajar keluaran Ogos 2009 menggunakan ungkapan "Satu Bahasa, Satu Malaysia"; keluaran September 2009 menggunakan ungkapan "Salam Satu Malaysia".
1 Malaysia
- "Penerbitan bacaan oleh pelbagai kaum, secara tidak langsung, melaksanakan konsep ‘1 Malaysia’, yang merupakan agenda utama dalam mengukuhkan perpaduan di negara ini,” kata Raslin lagi. AAS Chinkara, “Penulisan Merangsang Minat Membaca”, Pelita Bahasa, September 2009, halaman 6.
- “Melalui media yang tuan-tuan dan puan-puan tangani, kita boleh bersama-sama menjadikan hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan ‘1 Malaysia’ agar seluruh rakyat Malaysia bersatu mengikut acuan nilai budaya bangsa yang murni.” Armin A. Saleh, “Media Memacu Kemajuan Negara”, Pelita Bahasa, September 2009, halaman 7.
- Timbalan Menteri Pelajaran itu juga mahu DBP memperjelas konsep “1 Malaysia” melalui pelbagai wahana dan pendekatan kepada rakyat pelbagai kaum. Shahril Rizal, “Bahasa Melayu Pemangkin Perjuangan Bangsa”, Pelita Bahasa, September 2009.
Tambahan
Hasil carian dengan Google pada 8 September 2009
1,380,000 for "1Malaysia"
718,000 for "1 Malaysia"
248,000 for "Satu Malaysia"
07 September 2009
Pandangan Pakar Bahasa tentang “1Malaysia”
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Masukan yang berkaitan: (1) Konsep Perpaduan dalam Gagasan Satu Malaysia (2) Pembudayaan Bahasa Kebangsaan
Sari makalah “Lakuan Bahasa dalam Satu Malaysia” oleh Ismail Dahaman dalam majalah Dewan Masyarakat, September 2009, halaman 58 – 59.
1. Frasa nama khas “1Malaysia” dianggap janggal malah menyalahi hukum tatabahasa. Perkataan “satu” lebih sesuai digunakan daripada nombor “1”.
2. Nombor “1” sesuai digunakan sebagai logo Satu Malaysia yang dilancarkan pada 28 Jun lalu.
3. Matlamat perpaduan nasional terungkap dalam slogan “Satu Bangsa Satu Negara” dan “Satu Bahasa Satu Negara”. Malaysia dapat mencapai matlamat ini sekiranya semua rakyat mengamalkan bahasa kebangsaan dalam seluruh kehidupan. Perkara ini perlu mendapat perhatian yang serius kerana kualiti perpaduan nasional yang sedia ada kelihatan rapuh. Malaysia perlu menyuntik sinergi pendekatan bahasa kebangsaan untuk meningkatkan kualiti perpaduan nasional itu.
4. Urusan pembangunan bahasa kebangsaan pada peringkat negara sewajarnya dikawal oleh Jabatan Perdana Menteri dan tidak seharusnya dibebankan semata-mata kepada Dewan Bahasa dan Pustaka yang begitu terbatas fungsi dan tanggungjawabnya. Penyelarasan undang-undang perlu dilakukan segera untuk membolehkan bahasa Melayu membangun secara terarah.
5. Semua pemimpin peringkat tertinggi diseru mengamalkan “kepimpinan melalui teladan” sebagai pengamal misali bahasa kebangsaan apabila mempromosikan matlamat Satu Malaysia.
6. Dari sudut bentuk, bahasa kebangsaan yang digunakan berupa bahasa standard yang betul tatabahasanya, tepat perbendaharaan katanya, serta tidak dicemari dengan unsur-unsur tidak baku seperti pelat, dialek setempat, pengaruh bahasa pasar, dan bahasa rojak.
Nota
Encik Ismail Dahaman berpengalaman luas dalam bidang bahasa, khususnya dalam aspek ejaan dan sebutan. Beliau menjawat pelbagai jawatan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pengurusan bahasa Melayu. Jawatan terakhirnya (1999) ialah Pengarah Jabatan Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau menulis beberapa banyak buku dan makalah. Antara bukunya termasuklah Ejaan Rumi Sepanjang Zaman (2007). Antara makalahnya di akhbar termasuklah yang di bawah:
1. Ceramah Ejaan Baru Khusus kepada Pekerja RTM, Berita Harian, 11 Ogos 1978.
2. Bahasa Kita, The Malay Mail, 9 Ogos 1984.
3. Bahasa sebagai Jati Diri, Utusan Malaysia, 10 Oktober 1985.
4. Sistem Ejaan Bahasa Malaysia yang Kemas Kini: Pedoman dan Pelaksanaan, Sabah Times, 9 November 1985.
5. Daripada Bulan Bahasa kepada Gerakan Bahasa, Watan, 28 Mac 1988.
6. Pemantapan Bahasa Kebangsaan, Berita Harian, 16 Julai 1994.
7. Peralihan Paradigma Bahasa, Berita Harian, 8 Ogos 1994.
8. Pasaran Program Bahasa Melayu DBP, Utusan Malaysia, 9 Oktober 1995.
9. Bengkel Penghakiman Puisi Usaha yang Baik, Utusan Malaysia, 22 Julai 1997.

06 September 2009
Sari Makalah: Pembudayaan Bahasa Kebangsaan
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Noresah Baharom, “Pembudayaan Bahasa Kebangsaan dalam Meningkatkan Patriotisme Rakyat Malaysia”, Dewan Bahasa, September 2009, halaman 6 – 10.
1. Pembudayaan bahasa kebangsaan bermaksud penggunaan bahasa ini oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam ranah yang luas dengan penuh kebanggaan dan kecintaan terhadap bahasa ini disebabkan kedalaman patriotisme atau rasa cinta terhadap tanah air.
2. Pembudayaan bahasa kebangsaan ialah pembudayaan bahasa Melayu, dan pembudayaan bahasa Melayu ialah mengamalkan ciri-ciri bahasa itu, termasuk nilai, budi, kesantunan, dan sistem linguistik bahasa yang berkenaan.
3. Kesantunan bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
4. Sikap terhadap bahasa, sama ada positif ataupun negatif ditandai oleh tiga ciri utama, iaitu kesetiaan bahasa, kebanggaan atau gah bahasa, dan kesedaran akan adanya norma bahasa.
5. Menjelang tahun 1980-an, secara perlahan-lahan nasionalisme digantikan dengan nasionisme. Kebangkitan nasionisme menekankan kepentingan bahasa Inggeris sekali gus mengabaikan pengutamaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi dan media massa.
6. Sesungguhnya, peralihan keperluan negara daripada nasionalisme pada dekad 1950-an hingga tahun 1980-an kepada nasionisme pada tahun 1980-an hingga 1990-an, dan seterusnya kepada internasionalisme pada alaf baharu ini memberikan tantangan baharu yang cukup hebat kepada usaha memperkasakan bahasa Melayu.
7. Satu formula keseimbangan dinamik antara keperluan mengejar nasionisme dan internasionalisme dengan nasionalisme perlu dicari bagi memastikan kelangsungan hidup bahasa kebangsaan, agar bahasa kebangsaan dibudayakan dan menjadi unsur penting yang mengikat perpaduan bangsa Malaysia, dan sekali gus meningkatkan patriotisme.

Sari Rencana: Bagai, Berbagai dan Berbagai-bagai
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Siri: (1) Oleh Sebab Baku (2) Penanda Jamak (3) Bentuk Klitik (4) Terbesar Sekali Lewah (5) Daku dan Dikau (6) Sekalian, Sekali-kali dan Sekali-sekali (7) Bagi dan Untuk (8) Diri Sendiri Hamba … Masukan yang berkaitan: (1) Apitan Memper-…-i untuk Lima Kata Dasar (2) 29 Patah Perkataan Berapitan Memper-…-i
Bentuk bagai mempunyai tiga makna. Pertama, bagai bermaksud perbandingan, itu semaksud dengan seperti, umpama dan laksana seperti dalam ungkapan keras bagai batu. Kedua, bagai bermakna jenis atau macam seperti dalam ungkapan beberapa bagai ukiran. Ketiga, bagai bererti banding, sama atau persamaan seperti dalam ungkapan tidak ada bagainya (bandingannya, persamaannya).
Kata bagai dapat menerbitkan kata bagaikan (serupa apabila dibandingkan dengan sesuatu) seperti dalam ungkapan bagaikan bulan dipagar bintang. Kata bagai juga dapat menerbitkan kata sebagai seperti dalam ungkapan fatwa ini sebagai menjawab pertanyaan (untuk, bagi), mengangkatnya sebagai ketua (menjadi, selaku), dan sebagai negara sahabat, kita mengharapkan (bertindak seperti/selaku).
Bentuk berbagai bermaksud berbanding atau bersamaan. Ayat contoh: Baginda mempunyai seorang puteri yang amat cantik parasnya, tiada berbagai pada masa itu. Bentuk berbagai-bagai pula bererti bermacam-macam dan seerti dengan pelbagai. Ayat contoh: Ia berbuat berbagai-bagai ikhtiar supaya terpelihara daripada musuhnya.
Muhammed Salehudin Aman, “Berbagai atau Berbagai-bagai”, Dewan Siswa, September, halaman 20 – 21.
Tambahan
Contoh salah → betul
1. Bunga rampai ialah campuran *berbagai (→ berbagai-bagai, pelbagai) bunga yang harum.
2. Rumputan ialah *berbagai (→ berbagai-bagai, pelbagai) jenis rumput.
3. Kita harus bersedia berhadapan dengan *berbagai (→ berbagai-bagai, pelbagai) masalah.
4. *Berbagai (→ berbagai-bagai, pelbagai) fikiran datang merasuk hatinya.
5. Dia membeli periuk yang *berbagai (→ berbagai-bagai, pelbagai) kegunaannya.

05 September 2009
Saya Lebih Putih daripada Kamu
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Bangau dari belakang kerbau sudah tiba. Belut dari lumpur sudah lama menunggu. Kini ayam dari kepuk pula muncul. Itik dari air terkedek-kedek mengekori ayam. Arena mulai penuh.
Seketika kemudian, Gagak Tua yang baru pulang dari benua masuk ke dalam arena. Dua ekor gagak muda mengiringinya.
“Pak Gagak masih lelah. Kita nikmati hidangan dahulu,” kata seekor gagak muda dengan suara murai.
Gagak-gagak menikmati bangkai. Bangau terkulat-kulat. Belut kepanasan. Ayam terkais-kais. Itik tersudu-sudu.
Setelah beberapa lama, Gagak Tua mengepak-ngepakkan sayapnya. Kemudian dia bertenggek di atas punggur. Lagaknya persis jaguh mergastua. Sambil merenung tajam kepada sekalian yang berada di sekelilingnya, dia berkata dengan suara garau tetapi dimerdukan seperti suara murai:
“Kamu mesti berada di landasan yang betul. Caranya mudah. Patuhi empat perkara: akta, undang-undang, peraturan dan prosedur. Ingat juga panduan: campur, tolak, darab, bahagi."
Dengan suara yang lebih lantang, dia menambah, "Saya bukan ayam yang berkokok. Saya sudah meredah benua. Kamu lihat sekarang: saya lebih putih daripada kamu!”

04 September 2009
Akum Bukan Salam
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Sebentar tadi Cikgu Fazida Daud menghantar mesej kepada e-grup kami. Beliau meminta kami menyebarluaskan mesejnya. Saya menyampaikan dua sari mesejnya itu, diikuti dengan ulasan ringkas.
1. Akum Bukan Salam
Cikgu Fazida menyatakan, akum bukan singkatan assalamualaikum. Menurutnya, akum ialah singkatan Ave Kokhavim U Mazzalot dalam bahasa Ibrani. Maksud ungkapan ini dan singkatannya ialah “hamba binatang dan orang-orang yang sesat”. Orang Yahudi menggunakan ungkapan ini sebagai gelaran untuk orang bukan Yahudi.
Jikalau kita berasa perkataan assalamualaikum itu panjang untuk digunakan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), gunakan perkataan salam sahaja dan bukannya akum.
2. Kirim Salam Assalamualaikum
Cikgu Fazida menyatakan, untuk berkirim salam, kita hendaklah menggunakan ungkapan “kirim salam assalamualaikum” dan bukannya “kirim salam sahaja”. Beliau mengingatkan kita agar jangan sekali-kali menggunakan ungkapan gurauan seperti “kirim salam maut”.
Ulasan
1. Perkara pertama sudah menjadi mesej e-grup sejak beberapa lama dahulu. Namun masih ada pengguna bahasa Melayu yang menggunakan perkataan akum dalam komunikasi e-mel, e-grup, blog dan Facebook. Oleh itu, mesej ini perlu kita sebar luaskan.
2. Ungkapan “kirim salam dengan ucapan assalamualaikum” menjadi amalan beberapa orang rakan saya. Sayangnya, saya belum membiasakan diri dengan amalan itu. Kini saya memikirkan perkara ini kembali.
Antara yang saya fikirkan ialah, ungkapan “kirim salam” bersifat umum dan dapat ditujukan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama. Ungkapan “kirim salam dengan ucapan assalamualaikum” pula bersifat khusus dan perlu mematuhi panduan memberi dan menjawab salam berdasarkan agama Islam. Perkara ini ada saya sentuh dalam masukan “Ucapan Salam – Salam Berbasaan” dan “Ucapan Salam – Salam Keagamaan”.
Wallahuaklam.

03 September 2009
Amil Jaya dalam Kenangan
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Sasterawan Sabah, Amil Jaya menghembuskan nafasnya yang terakhir petang kelmarin. Wartawan/pemblog Abd Naddin melaporkan perkara ini dalam blognya. Rakyat Sabah, kehilangan seorang lagi individu unggul dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.
Saya ikut berasa kehilangan dan sedih. Beliau ialah pensyarah yang mengajarkan pedagogi asas bahasa kepada saya semasa saya menuntut di Maktab (Institut) Perguruan Gaya pada tahun 1973/974. Pada masa itu rakan-rakan saya belum kenal dengan nama Amil Jaya. Mereka mengenali beliau dengan nama Cikgu Ismail Abas.
Saya agak akrab dengan beliau. Hal itu berlaku atas dua sebab. Pertama, beliau ialah rakan karib abang tiri sepupu saya yang bertugas sebagai pensyarah di maktab itu. Jika tidak silap, rumahnya di maktab itu sederet dengan rumah abang tiri sepupu saya. Kedua, pada masa itu saya aktif menulis dan beberapa kali bersama-sama beliau dalam acara diskusi.
Saya menghormati Amil Jaya sebagai guru dan penulis. Oleh itu saya meluangkan masa untuk mengunjungi beliau di pejabatnya pada tahun 70-an dan awal tahun 80-an. Hubungan intim itu memudahkan saya meneruskan hubungan baik dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah hingga saya bersara.
Saya baru membaca dua buah karya beliau, iaitu novel Bagaton dan Cerah. Saya sudah membeli novel Periuk Kera Raksasa karya beliau dan, insya-Allah, akan mula membacanya tidak lama lagi. Kepergian beliau menguatkan azam saya untuk memiliki dan membaca karyanya sebanyak yang mungkin.
Saya akan mengingat Cikgu Ismail Abas sebagai guru yang baik hati, lembut dan ikhlas mendidik para pelajarnya. Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya, khususnya seorang anak beliau yang pernah menjadi pelajar saya. Ya Allah, cucurkan rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah beliau dalam golongan orang yang soleh. Amin.

02 September 2009
Kata Ganti Nama Encik
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Huraian tentang perkataan encik yang di bawah ini saya petik daripada buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu karangan Pendeta Za‘ba. Buku ini diterbitkan kali pertama pada tahun 1941. Cetakan pertama edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2000. Saya memetik huraian ini secara verbatim.
Kita menggunakan huruf besar bagi huruf pertama perkataan encik dalam dua situasi. Yang pertama, apabila perkataan itu berada di awal ayat. Yang kedua, apabila nama orang mengikuti perkataan itu. Hal ini terdapat dalam ayat 1 dan 2. Penulisan perkataan *Encik dalam ayat 3 dan 4 silap. Kita sepatutnya menggunakan huruf kecil pada perkataan itu.
1. Encik mesti hadir dalam acara itu.
2. Kai bertemu dengan Encik Anwar di Riau.
3. Saya yakin *Encik memahami maksud saya.
4. Saya bersedia untuk bersemuka dengan anak *Encik.
Encik untuk Lelaki dan Wanita
Kata “istimewa” dalam petikan di atas bermakna khusus. Jikalau berdasarkan petikan ini sahaja, kita dapat mengatakan Za‘ba mengkhususkan kata ganti encik untuk orang lelaki. Contohnya pun untuk lelaki sahaja, iaitu Encik Ali, Encik Othman, Encik Abu Bakar.
Namun, apabila kita meneliti penerangan beliau tentang penggunaan kata ganti cik, kita perlu mengubah pendirian ini. Menurut Za‘ba, cik ialah ringkasan daripada encik “dan memakainya tetaplah hendak bersama nama khas itu sekali, baik dalam tulisan atau cakap mulut, baik pada lelaki atau nama perempuan; seperti Cik Ali, Cik Halimah, maka tiadalah dikata cik sahaja ….” Berdasarkan penjelasan ini, kita boleh menggunakan ungkapan Encik Halimah. Tegasnya, kata ganti nama encik boleh digunakan untuk lelaki dan wanita.
Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar pula menyatakan, cik ialah “bentuk lemah” atau kependekan bagi encik. Pendapat Asmah ini sama dengan pendapat Za‘ba.
Menurut Asmah lagi, sebelum tahun 1960-an encik dan cik boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Cara menyapa hadirin ialah “encik-encik dan tuan-tuan”, tanpa membezakan lelaki dengan perempuan. Dalam perbualan tidak formal, biasanya digunakan cik untuk merujuk kepada lelaki, misalnya, Cik Ali dan sebagainya. Kata cikgu ialah bukti yang nyata bagi penggunaan kata cik yang neutral dari segi gender.
Ada banyak dialog dalam filem Melayu hitam putih yang menyerlahkan penggunaan kata ganti encik untuk wanita. Antara filem yang memperlihatkan lelaki menggunakan kata ganti nama encik untuk wanita termasuklah terdapat filem “Do Re Me” dan “Masam-masam Manis”. Di bawah ini ialah ayat contoh daripada filem “Do Re Me”.
5. Saya ni datang encik fasal nak minta sewa rumah.
6. Jadi saya fikir beginilah, encik.
7. Jikalau nampaknya keberatan, encik keluarlah.
Di bawah ini pula ialah ayat contoh daripada filem “Masam-masam Manis”. Enam ayat contoh menunjukkan pemandu teksi lelaki menggunakan kata ganti nama encik untuk wanita, iaitu penumpang teksinya. Satu ayat menunjukkan wanita menggunakan kata ganti nama encik sesama sendiri.
8. Encik berdua ini datang dari mana, ha?
9. Saya dengar tadi encik ke sini nak cari kerja.
10. Kerja apa, encik?
11. Kerjanya kurang baik sikitlah, encik.
12. Kerja kurang baik tu, kerja apa encik?
13. Encik Norkiah ini jadi guru.
14. Guru sekolah tu bagus, encik.
Antara filem yang memperlihatkan wanita menggunakan kata ganti encik sesama sendiri pula terdapat dalam filem “Madu Tiga”. Ayat contohnya termasuklah yang di bawah.
15. Sudahlah encik, jangan (ber)gaduh.
16. Encik ni siapa nak masuk campur?
17. Encik berdua nanti dapat malu.
18. Suami encik tambah malu.
Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, encik ialah panggilan (sapaan) kepada orang lelaki atau perempuan (bagi sesetengah orang) yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali. Berdasarkan takrif ini, nampaknya penggunaan kata ganti nama encik untuk wanita masih boleh digunakan pada masa ini dan pada masa hadapan.
Rumusannya, setelah membaca masukan ini kita mungkin sudah bersedia untuk menyapa rakan wanita dengan kata ganti nama encik seperti Encik Asmah, Encik Faridah dan Encik Marni. Namun, kita masih perlu berfikir dua atau tiga kali kerana hal itu di luar kebiasaan. Lagipun, Kamus Dewan Edisi Keempat masih mengkhususkan penggunaan kata nama encik itu untuk lelaki.
(1) xxEncik (ﺍﻧﭽﻲﺀ) dalam tulisan terkadang dipendekkan En. (ﺍﺀ). Perkataan ini dipakai dalam tulisan ketika menyebut nama orang Melayu baik-baik (istimewa untuk orang lelaki), tetapi bukan bangsa raja atau sayid dan tiada berpangkat dato’, haji, atau lain-lain seperti Encik Ali, Encik Othman, Encik Abu Bakar.Penggunaan Huruf
xxxxxAdapun jika tiada disebut namanya itu bersama-sama, maka hanya apabila orang-orang di bawahnya atau orang-orang gajinya menyebut dia, seperti dikata “Encik berpesan, encik tak ada di rumah; ke mana, encik?"
Kita menggunakan huruf besar bagi huruf pertama perkataan encik dalam dua situasi. Yang pertama, apabila perkataan itu berada di awal ayat. Yang kedua, apabila nama orang mengikuti perkataan itu. Hal ini terdapat dalam ayat 1 dan 2. Penulisan perkataan *Encik dalam ayat 3 dan 4 silap. Kita sepatutnya menggunakan huruf kecil pada perkataan itu.
1. Encik mesti hadir dalam acara itu.
2. Kai bertemu dengan Encik Anwar di Riau.
3. Saya yakin *Encik memahami maksud saya.
4. Saya bersedia untuk bersemuka dengan anak *Encik.
Encik untuk Lelaki dan Wanita
Kata “istimewa” dalam petikan di atas bermakna khusus. Jikalau berdasarkan petikan ini sahaja, kita dapat mengatakan Za‘ba mengkhususkan kata ganti encik untuk orang lelaki. Contohnya pun untuk lelaki sahaja, iaitu Encik Ali, Encik Othman, Encik Abu Bakar.
Namun, apabila kita meneliti penerangan beliau tentang penggunaan kata ganti cik, kita perlu mengubah pendirian ini. Menurut Za‘ba, cik ialah ringkasan daripada encik “dan memakainya tetaplah hendak bersama nama khas itu sekali, baik dalam tulisan atau cakap mulut, baik pada lelaki atau nama perempuan; seperti Cik Ali, Cik Halimah, maka tiadalah dikata cik sahaja ….” Berdasarkan penjelasan ini, kita boleh menggunakan ungkapan Encik Halimah. Tegasnya, kata ganti nama encik boleh digunakan untuk lelaki dan wanita.
Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar pula menyatakan, cik ialah “bentuk lemah” atau kependekan bagi encik. Pendapat Asmah ini sama dengan pendapat Za‘ba.
Menurut Asmah lagi, sebelum tahun 1960-an encik dan cik boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Cara menyapa hadirin ialah “encik-encik dan tuan-tuan”, tanpa membezakan lelaki dengan perempuan. Dalam perbualan tidak formal, biasanya digunakan cik untuk merujuk kepada lelaki, misalnya, Cik Ali dan sebagainya. Kata cikgu ialah bukti yang nyata bagi penggunaan kata cik yang neutral dari segi gender.
Ada banyak dialog dalam filem Melayu hitam putih yang menyerlahkan penggunaan kata ganti encik untuk wanita. Antara filem yang memperlihatkan lelaki menggunakan kata ganti nama encik untuk wanita termasuklah terdapat filem “Do Re Me” dan “Masam-masam Manis”. Di bawah ini ialah ayat contoh daripada filem “Do Re Me”.
5. Saya ni datang encik fasal nak minta sewa rumah.
6. Jadi saya fikir beginilah, encik.
7. Jikalau nampaknya keberatan, encik keluarlah.
Di bawah ini pula ialah ayat contoh daripada filem “Masam-masam Manis”. Enam ayat contoh menunjukkan pemandu teksi lelaki menggunakan kata ganti nama encik untuk wanita, iaitu penumpang teksinya. Satu ayat menunjukkan wanita menggunakan kata ganti nama encik sesama sendiri.
8. Encik berdua ini datang dari mana, ha?
9. Saya dengar tadi encik ke sini nak cari kerja.
10. Kerja apa, encik?
11. Kerjanya kurang baik sikitlah, encik.
12. Kerja kurang baik tu, kerja apa encik?
13. Encik Norkiah ini jadi guru.
14. Guru sekolah tu bagus, encik.
Antara filem yang memperlihatkan wanita menggunakan kata ganti encik sesama sendiri pula terdapat dalam filem “Madu Tiga”. Ayat contohnya termasuklah yang di bawah.
15. Sudahlah encik, jangan (ber)gaduh.
16. Encik ni siapa nak masuk campur?
17. Encik berdua nanti dapat malu.
18. Suami encik tambah malu.
Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, encik ialah panggilan (sapaan) kepada orang lelaki atau perempuan (bagi sesetengah orang) yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali. Berdasarkan takrif ini, nampaknya penggunaan kata ganti nama encik untuk wanita masih boleh digunakan pada masa ini dan pada masa hadapan.
Rumusannya, setelah membaca masukan ini kita mungkin sudah bersedia untuk menyapa rakan wanita dengan kata ganti nama encik seperti Encik Asmah, Encik Faridah dan Encik Marni. Namun, kita masih perlu berfikir dua atau tiga kali kerana hal itu di luar kebiasaan. Lagipun, Kamus Dewan Edisi Keempat masih mengkhususkan penggunaan kata nama encik itu untuk lelaki.
Cerita Rakyat: Penenun Rambut
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Diceritakan semula oleh Mohd Isa Abd Razak
Di sebuah kampung, ada seorang gadis. Namanya Mahangkab. Dia pandai bertenun. Dia membuat benang daripada kulit kayu. Dia juga membuat benang daripada pelepah dan daun pohon hutan. Dia menenun kain dengan menggunakan benang tersebut. Bapanya menjual kain itu di tamu.

01 September 2009
Kisah Menjemput dan Mengundang
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Ada satu kisah tentang "menjemput" dan “mengundang”. Kisah itu tersiar dalam akhbar Berita Harian pada 28 Mac 2009. Penulis kisah itu ialah Profesor Madya Dr. Nor Hisham Osman. Beliau ialah pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Dr. Nor Hisham menukilkan, warga Indonesia yang bernama Pak Cahyo baru bertukar dari Jakarta ke cawangan syarikatnya di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, seorang rakan sekerjanya menjemput beliau untuk menghadiri kenduri. Nama rakannya itu Mislan. Sesudah bersiap, mulai pukul lapan malam, dia dan isterinya menunggu Mislan untuk menjemput mereka. Namun, setelah dua jam, Mislan tetap tidak muncul. Mereka pun menaiki teksi untuk makan di luar.
Keesokannya, berlaku dialog antara Pak Cahyo dengan Mislan. Antara lain, Pak Cahyo berkata, “Kamu bilang kamu menjemput saya. Itu maknanya kamu datang ambil saya di rumah. Jika kamu bilang kamu mengundang saya, saya bisa datang sendiri dengan taksi.”
Mislan mengaku bahawa perkara itu terjadi kerana salah faham tentang perkataan “menjemput” dan “mengundang”. Antara lain Mislan berkata, “Saya rasa eloklah bapak belajar bahasa Melayu cara Malaysia. Walaupun bahasa kita nampak macam serupa, tetapi sebenarnya tidak sama.”
Ada satu kisah lagi tentang “menjemput” dan "mengundang". Watak utama kisah ini ialah pensyarah linguistik yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang semantik. Namanya Lokman. Dia anak jati Kuala Lumpur. Dia sudah menjelaskan perbezaan maksud “menjemput” dengan “mengundang” kepada para pelajarnya.
Pada suatu hari, seorang pelajar menghulurkan sampul surat. Lokman mendapati dalam sampul surat itu ada kad jemputan. Satu kumpulan pelajar menjemput beliau untuk menghadiri satu majlis. Lokman segera mendapatkan pengesahan daripada pelajar itu. Dia bertanya, “Kumpulan kamu menjemput saya untuk menghadiri majlis itu?”
“Ya, tuan,” jawab pelajar itu ringkas.
“Terima kasih,” kata Lokman sambil tersenyum.
Acara pada malam itu berlangsung tanpa kehadiran Lokman. Ketua kumpulan pelajar memaklumkan ketidakhadiran Lokman kepada Ketua Jabatan Linguistik. Diringkaskan cerita, Lokman mempertahankan tindakannya. Ketua Jabatan Linguistik mengarahkan semua pelajar meminta maaf kepada Lokman.
Kisah ini menunjukkan bahawa pendapat Mislan tidak tepat. Mislan beranggapan hanya warga Indonesia yang ambil peduli tentang perbezaan maksud “menjemput” dengan “mengundang”. Kisah Lokman menunjukkan bahawa orang Malaysia juga ambil berat tentang penggunaan kedua-dua perkataan itu.
Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ada membincangkan perkara ini dalam bukunya Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Buku ini terbit pada tahun 2004. Menurut beliau, kata “jemput” lebih tepat digunakan untuk menunjukkan “perbuatan pergi menyambut, menyongsong, atau mengambil seseorang”. Antara ayat contohnya ialah Kami sekeluarga akan menjemput kakak di lapangan terbang dan Saudara tidak usah ke mana-mana kerana kami akan menjemput saudara di hotel petang nanti.
Kata "undang" pula lebih tepat digunakan untuk menunjukkan “perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis, perayaan, pertemuan, dan sebagainya”. Antara ayat contohnya termasuklah Saya akan mengundang teman-teman berbuka puasa di rumah saya dan Kad undangan perkahwinan saudara telah saya terima.
Menurut Dr. Awang, petani pada zaman dahulu ada menggunakan ungkapan menjemput kerbau. Maksudnya, petani itu mengambil kerbau dari sawah atau pinggir hutan untuk dibawa pulang ke kawasan rumah.
Penjelasan Dr. Awang dalam buku itu ada kesannya. Mulai tahun 2005, kad yang saya terima daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggunakan ungkapan “kad undangan”. Ungkapan “kad jemputan" dianggap silap, kecuali memang benar-benar kita akan menjemput orang itu. Amalan ini menjadi ikutan berbagai-bagai pihak, termasuk institut pendidikan guru.
Saya berusaha menyampaikan perkara ini kepada beberapa orang rakan. Ada rakan menerima pandangan ini. Ada juga rakan tidak ambil kisah. Ungkapan “kad undangan” masih mereka gunakan.
Dalam komunikasi lisan pula, saya dan rakan-rakan kerap tersasul menyebut “kad jemputan" walaupun kami faham bahawa ungkapan yang persis ialah “kad undangan”. Kami menjadi segan apabila ada pelajar menyatakan ketersasulan kami itu. Pendeknya, rebung mudah dilentur berbanding kami yang sudah menjadi buluh.
Saya memang cukup faham bahawa tiada sesiapa yang akan menjemput saya apabila saya menerima sesuatu jemputan. Saya akan hadir ke majlis itu walaupun pengundang menggunakan perkataan “menjemput”. Sejak kecil, saya mendapati datuk, nenek, ayah dan ibu saya tetap hadir ke sesuatu majlis apabila mendapat “jemputan”, khususnya jemputan secara bersemuka oleh pihak penganjur. Pada masa saya kecil, seingat saya, tidak ada penganjur yang menggunakan perkataan “mengundang”. Agaknya, saya sekategori dengan Mislan.
Pada suatu hari, saya menempah kad undangan perkahwinan di sebuah kedai. Tuan kedai menunjukkan beberapa banyak kad contoh. Semua kad contoh itu menggunakan perkataan “undang”, “mengundang”, “diundang” dan “undangan”. Saya bertanya, “Tauke, adakah kad jemputan atau yang menggunakan perkataan menjemput dalam kad itu?”
Tauke itu merenung saya. Wajahnya membayangkan rasa hairan. Dia berkata, “Haji tidak tahu, ha. Perkataan jemput itu tidak betul. Semua kad jemputan sudah kami buang. Sekarang kita gunakan perkataan baharu – kad undangan.”
Tauke itu menjadi guru saya. Sejak itu, saya mula ambil berat tentang penggunaan perkataan “undang”. Maafkan saya jikalau (secara lisan atau dalam tulisan) masih terdapat perkataan “jemput” dan terbitannya sedangkan yang saya maksudkan ialah “undang” dan terbitannya.

Langgan:
Catatan (Atom)