Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
31 Ogos 2011
29 Ogos 2011
27 Ogos 2011
Insya-Allah, Masya-Allah, Subhanallah dan Lain-lain
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Pedoman Bahasa (JPEG) 079. Ejaan Kata Pinjaman Arab.
1. Ada tanda sempang antara perkataan “insya” dan “masya” dengan “Allah” untuk membentuk kata “insya-Allah” dan “masya-Allah”. Penggunaan tanda sempang ini sepadan dengan perkataan “hamba-Mu”, “rahmat-Nya” dan “se-Malaysia”.
2. Huruf pertama perkataan “Allahyarham”, “Allahyarhamah” dan “Subhanallah” menggunakan huruf besar.
3. Unsur yang berwarna hijau sudah saya sunting. Dalam DKBM huruf pertama perkataan nombor 11 ialah huruf kecil. Pihak Khidmat Nasihat Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (KNB DBP) menyatakan bahawa perkataan ini ialah nama khas dan penulisannya ada seperti dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KDEK).
4. Bagi perkataan nombor sembilan dan sebelas, unit [la] saya tukar menjadi [lah]. Pandangan pro dan kontra rakan-rakan tentang hal ini amat saya hargai.
5. DKBM tidak menggunakan L untuk melambangkan sebutan tebal. Penggunaan huruf/lambang L bagi huruf tebal wajar dipertimbangkan bagi edisi ketiga. Nyatakan sama ada tuan/puan bersetuju atau tidak dengan pandangan ini. Catatkan sedikit hujah.
Lampiran A
Makna yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (disunting).
1. insya-Allah jika diizinkan Allah.
2. masya-Allah apa-apa yang dikehendaki Allah.
3. alhamdulillah segala pujian bagi Allah.
4. Allahyarham kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan daripada keluarga diraja) yang sudah meninggal.
5. Allahyarhamah kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan daripada keluarga diraja) yang sudah meninggal.
6. astaghfirullah Ya Allah, ampunilah aku (disebutkan juga sebagai menyatakan kehairanan, terkejut dan sebagainya).
7. radiallahuanhu moga-moga Allah memberi keredaan kepadanya (disebut sesudah menyebutkan nama khalifah Abu Bakar, Umar, Othman, dan Ali).
8. Subhanallah Maha Suci Allah. (Ungkapan menandakan rasa takjub atas kebesaran dan keagungan Allah.)
9. wallahuaklam dan Allah jua yang lebih mengetahui.
10. zikrullah amalan mengingati atau menyebut nama Allah (sama ada dalam hati atau dengan lidah).
11. Sallallahualaihiwasallam moga-moga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan ke atasnya (dikatakan setelah menyebut nama Nabi Muhammad). Kependekannya SAW.
26 Ogos 2011
Mengumumkan Tarikh Hari Raya
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Pedoman Bahasa (JPEG) 078. Binaan Frasa Kerja Transitif.
Rajah ini menggambarkan binaan frasa kerja transitif. Tanda ( ) menunjukkan bahawa unsur kata bantu dan keterangan bersifat pilihan. Tanda { } pula bermaksud ada dua jenis binaan, iaitu binaan dengan objek dan binaan dengan ayat komplemen. Dengan berdasarkan rajah ini, kita dapat menyenaraikan empat binaan frasa kerja transitif seperti yang di bawah.
(ii) Kata kerja transitif + ayat komplemen
(iii) Kata bantu + kata kerja transitif + objek + keterangan
(iv) Kata bantu + kata kerja transitif + ayat komplemen + keterangan
Keempat-empat binaan itu tercatat dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 403).
Frasa contoh dalam rajah ini ialah “akan mengumumkan tarikh hari raya pada malam itu juga”. Frasa ini menggunakan binaan (iii). Ayat 1 ialah ayat contoh yang mengandungi frasa ini.
1. X akan mengumumkan tarikh hari raya pada malam itu juga.
Dalam ayat 1, “X” ialah subjek dan dapat digantikan dengan “kami”, “pihak berkuasa” dan sebagainya. Bahagian yang lain ialah predikat. Inti predikat ialah kata kerja transitif “mengumumkan”. Selepas kata kerja transitif terdapat objek. Objek ialah kata nama atau kumpulan kata nama yang menjadi penyambut kata kerja transitif. Dalam ayat ini, objek ialah kumpulan kata nama, iaitu “tarikh hari raya”.
Jelaslah bahawa, dalam ayat, kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek (atau ayat komplemen). Dengan berdasarkan penjelasan ini, pembaca dapat menentukan sama ada ayat-ayat yang di bawah gramatis atau tidak.
2. X akan mengumumkan *pada malam itu juga tarikh hari raya.
3. Wan Muhamad Zain menafikan *dengan sekeras-kerasnya berita itu.
4. Perantau itu menyambut *dengan linangan air mata Aidilfitri tahun ini.
24 Ogos 2011
Serondeng!
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Pedoman Bahasa (JPEG) 077. Ejaan Perkataan Lazim.
Catatan pada 6 September 2011
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Jilid 4 (1999) menggunakan ejaan *serunding. Penjelasan ensiklopedia itu tentang *serunding adalah seperti yang berikut:
SERUNDING, makan yang diperbuat daripada kelapa bercampur daging atau ikan yang dimasak bersama-sama rempah. Masakan ini halus, kering dan berderai. Bahan utama untuk membuat *serunding ialah kelapa yang diparut halus. Kelapa ini dimasak bersama-sama daging yang telah disiat-siat atau bahan-bahan campuran lain serta rempah-rempah seperti ketumbar, jintan, bawang, cili kering, lengkuas, serai dan halia. Bahan-bahan ini dimasak selama tiga atau empat jam sehingga betul-betul kering.
*Serunding kerap dijadikan lauk tambahan hari-hari atau lauk bekalan untuk perjalanan jauh. *Serunding sedap dimakan bersama-sama pulut urap, nasi kunyit, nasi lemak, lemang atau ketupat, selain nasi putih biasa. *Ia juga selalu dihidangkan pada *Hari Raya. Kini, *serunding sudah dijual dalam bentuk peket dan telah dikomersialkan.
22 Ogos 2011
Al-Quran, Al-Qur’an dan Al-Qur’ān
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Paparan ini memperlihatkan lima cara pengejaan perkataan “al-Quran” dan jumlah perkataan yang berkenaan di Internet berdasarkan carian dengan Google pada 21 Ogos 2011.
Ejaan “al-Quraan dan “al-Qur’aan mengandungi dua vokal a yang disebut sebagai vokal panjang ā. Sebutannya tetap [al.qur.ān] dan bukannya [al.qu.ra.an] . Kedua-dua ejaan ini ialah ejaan lama pada zaman mesin taip.
Kesimpulannya, ejaan “al-Quran” baku. Ejaan inilah yang diterima pakai dalam komunikasi rasmi, termasuk dalam arena pendidikan. Penjawat awam, khususnya guru, dan pelajar hendaklah menggunakan ejaan baku. Apa-apa pun ejaannya, termasuk ejaan tulisan Jepun, tulisan Braille dan bahasa isyarat, sebutannya tetap [al.qur.ān] atau transliterasinya al-Qur’ān.
![]() |
Pedoman Bahasa (JPEG) 076. Ejaan Kata Pinjaman Arab. |
Ejaan “al-Quran” ialah ejaan baku, iaitu ejaan yang diterima pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Penyebarannya di Internet yang melebihi 35 juta sesuai dengan tarafnya sebagai ejaan baku.
Ejaan “al-Quran” terdapat dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (DKBM). Pada hemat saya, DKBM ialah buku rujukan terpenting tentang ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Dari segi ejaan, wibawa DKBM mengatasi Kamus Dewan Edisi Keempat dan sumber-sumber yang lain.
Antara buku yang menggunakan ejaan “al-Quran” termasuklah Tafsir Al-Quran di Radio oleh Ahmad Sonhadji Mohamad terbitan Pustaka Al-Mizan (1991), Epistemologi Islam: Teori Ilmu dalam Al-Quran oleh Syed Muhamad Dawilah Al-Edrus terbitan DBP (1999), dan Apakah Itu Al-Quran? oleh Muzayyanah Abdullah terbitan PTS Islamika (2008).
Ejaan “al-Qur’ān” pula ialah transliterasi baku dengan berdasarkan Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Rumi. Ejaan ini adalah untuk kegunaan khusus penerbitan ilmiah.
Ejaan “al-Qur’an” ialah ejaan lama. Beberapa pihak, termasuk media cetak, masih menggunakan ejaan ini. Tindakan mereka dapat dianggap wajar kerana ejaan lama ini lebih tepat berbanding dengan ejaan baku.
Kebanyakan buku agama, termasuk buku terjemahan atau tafsir al-Quran, menggunakan ejaan ini. Antara buku yang menggunakan ejaan ini termasuklah Tafsir Fi Zilalil Qur’an terbitan Dian Darulnaim (1991) dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Qur’an terbitan Darulfikir (1999). Malah, DBP masih menggunakan ejaan lama ini seperti yang terdapat pada tajuk buku Al-Qur'an dan Orientalisme (1993), Siri Pendidikan Al-Qur'an untuk Kanak-kanak Buku 41: Orang yang Sabar (2007) dan dan Al-Fatihah Ibu Al-Qur'an (2007).
Dari segi penggunaan huruf, hanya huruf Q ditulis dengan huruf besar. Huruf a pada “al-” ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat, tajuk atau apa-apa situasi khusus yang mewajarkan a pada “al-” itu ditulis dengan huruf besar. Sebagai contoh, huruf a pada “al-” pada tajuk masukan ini dan tajuk buku dalam masukan ini ditulis dengan huruf besar. Sebagai penegasan, apabila kita menulis ayat “Dia membaca al-Quran”, huruf a pada “al-” dalam ayat ini kita tulis dengan menggunakan huruf kecil.
Petikan yang di bawah saya kutip daripada halaman 303 buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008):
"Namun begitu, bagi perkataan yang tergolong sebagai istilah keagamaan yang berkait dengan akidah dan al-Qur'an, bunyi-bunyi asal dikekalkan ejaannya. Contohnya: Qur'an, qari, thani, fasakh."
21 Ogos 2011
20 Ogos 2011
Roh, Rohaniah, Ruhulkudus: Lidah Arab atau Melayu?
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Selepas setiap empat rakaat bertarawih, dalam tasbih beramai-ramai kita menyebut perkataan “ruhulkudus”. Perkataan ini terdiri daripada dua patah kata, iaitu “ruh” dan “kudus”. Dalam al-Quran perkataan ini terdapat dalam surah al-Baqarah (ayat 87 dan 253) dan surah al-Maidah (ayat 110).
Sebagai contoh, lihat firman Allah, maksudnya, “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kitab (Taurat) kepada Musa dan Kami ikuti kemudiannya dengan beberapa rasul; dan Kami berikan kepada Isa anak Maryam beberapa keterangan, (bahawa ia menjadi rasul) dan Kami teguhkan kebenarannya dengan roh suci (Jibril). …” Al-Baqarah: 87.
Umumnya, mulai malam keenam belas Ramadan, kita mendengar imam menyebut perkataan “roh” sekurang-kurangnya empat kali. Perkataan itu terdapat dalam ayat keempat surah al-Qadr, maksudnya, “Pada malam itu turun para malaikat dan roh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikut).
Sebutan perkataan “roh” dalam tasbih kita, dalam perkataan “ruhulkudus” dan dalam surah al-Qadr ialah [ruh]. Ini ialah sebutan asal bahasa Arab. Sebutan ini biasa juga dinamakan sebutan lidah Arab.
Kita perhatikan ejaan dan transkripsi sebutan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan- Jawi Edisi Kedua (DKBM) seperti yang di bawah.
Ada banyak perkataan (ejaan) lain yang menepati sebutan bahasa sumber. Antara perkataan itu termasuklah Ramadhan (Ramadan), redha (reda), kadhi (kadi), al-Qur’an (al-Quran), da‘wah (dakwah), hadith (hadis) dan wallahua‘lam (wallahuaklam). Ejaan dalam kurungan ialah ejaan baku.
Wallahuaklam.
19 Ogos 2011
Penulisan Huruf: Bahasa Melayu
Oleh
Mohd Isa Abd Razak

Jadi “Melayu”, “Arab”, “Inggeris” dan “Indonesia” ialah bangsa dan bahasa. Begitu juga Jepun, Korea, Perancis, Jerman, Belanda dan lain-lain. Walau bagaimanapun, generalisasi ini tidak sesuai untuk beberapa negara seperti Singapura.
15 Ogos 2011
Penggunaan Huruf dalam Perkataan “Guru Besar”
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
![]() |
Tuan Che Ros, mantan guru besar dan pensyarah. Kini tuan masih bertugas sebagai pengetua? |
Perkataan guru besar ialah nama am. Sebagai nama am, keseluruhan perkataan ini ditulis dengan huruf kecil. Namun, huruf “g” ditulis dengan huruf besar apabila perkataan ini berada di awal ayat. Hal ini diperlihatkan dalam ayat contoh yang di bawah.
13 Ogos 2011
Bahan Pelikat, Kain Pelekat
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
![]() |
Pedoman Bahasa (JPEG) 074. Ejaan. |
Kata pelikat tidak terdapat dalam Kamus Dewan dan Daftar Kata Bahasa Melayu. Namun perkataan ini dapat kita terbitkan daripada kata dasar likat. Antara maksud likat ialah pekat atau keruh. Pelikat ialah bahan yang menyebabkan cecair menjadi bertambah pekat atau keruh.
Sebagai contoh, kuah yang cair dapat dilikatkan dengan memasukkan sedikit tepung jagung. Tepung jagung itu berperanan sebagai pelikat kuah. Satu contoh lagi, air kolam dapat dilikatkan, iaitu menjadi bertambah keruh dan pekat. Caranya, gelodakkan selut sekuat tenaga. Pelikatnya ialah selut yang digelodakkan. Apabila air kolam likat, ikan sukar bernafas dan cenderung timbul ke permukaan air apabila selut mula mendap. Pada masa ini ikan dapat ditangkap dengan mudah.
Dengan berdasarkan makna dan contoh ini, kain pelikat ialah apa-apa jenis kain yang berperanan untuk melikatkan cecair. Kita jadikan kain batik nenek sebagai contoh. Nenek mengubah padi di sawah. Kain batiknya berselut. Dia merendam kain itu di dalam besen. Air dalam besen itu menjadi likat.
Jikalau pun ada *kain pelikat seperti dalam contoh yang di atas, kain itu tidak sama dengan kain pelekat /pelékat/. Kain pelekat ialah kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. Kain pelekat biasanya dipakai oleh orang lelaki.
Saya berasa terkilan kerana pihak yang melakukan kesilapan itu ialah pengeluar kain pelekat. Namun, pengeluar itu tidak bersendirian. Carian saya dengan Google hari ini menunjukkan terdapat 282 ribu ungkapan “kain pelikat”. Ungkapan yang betul, iaitu “kain pelekat”, hanya 107 ribu. Antara pengguna ungkapan yang silap itu ialah Wikipedia Bahasa Melayu dan penyalin lirik lagu “Kain Pelekat” oleh Anuar Zain dan Ellina. Sebutan kedua-dua orang penyanyi itu betul. Penyalin liriknya menggunakan ejaan yang silap.
Mudah-mudahan nota ini bermanfaat untuk pengguna bahasa kebangsaan kita, khususnya pelajar dan guru bahasa Melayu.
06 Ogos 2011
Aku Kaya dan Gembira
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Masih Tersenyum
Aku menunaikan solat ba'diah Jumaat di hadapan papan notis. Sebaik-baik aku memberi salam kedua, sejadah ditarik. Seorang petugas asyik menarik-narik dan menggulung sejadah yang bersambung-sambung. Aku berdiri tanpa berdoa.
Aku membaca iklan umrah pada papan notis. Kemudian kutatap beberapa keping gambar pembinaan masjid. Di sisi gambar-gambar itu ada carta kemajuan pembinaan. Carta itu menunjukkan peratus kemajuan pembinaannya melebihi jangkaan.
Aku membaca iklan umrah pada papan notis. Kemudian kutatap beberapa keping gambar pembinaan masjid. Di sisi gambar-gambar itu ada carta kemajuan pembinaan. Carta itu menunjukkan peratus kemajuan pembinaannya melebihi jangkaan.
05 Ogos 2011
Puisi: Kita Pendatang
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Kita pendatang pasti pulang
pagi, tengah hari atau petang
rahat bermula ketika senja di ambang.
Kepulangan kita atas takdir Ilahi
tanpa amaran tiada tetuang berbunyi
setiap yang bernyawa pasti merasai.
Ada bayi mendahului umi
pemuda pemudi mendahului aki
rakan empat puluhan pulang dahulu
pesara pesakit termangu menunggu.
Penghuni dunia pendatang semuanya
raja, penguasa, rakyat marheannya
sesudah meninggalkan negeri fana
menghadiri majlis timbang terima.
Ingatlah diri dan sekalian pendatang
kita pulang sehelai sepinggang
tanpa corak, tenunannya pun jarang
ke taman nisan diusung orang.
Ingatlah diri pendatang mulia
firman Allah tentang dunia
harta dan pangkat kebesaran kita
ialah kesenangan yang memperdaya.
Mohd Isa Abd Razak
Port Dickson
5 Ramadan 1432 (5 Ogos 2011)
Nota kaki Tafsir Pimpinan Al-Rahman (1988): Oleh sebab itu usahlah dilalaikan dan diperdayakan oleh kesenangan dunia dan kemewahannya. Sebaliknya, gunakan semuanya itu untuk amal kebajikan bagi mencapai kesenangan dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.
Catatan Pengalaman Berusrah
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
1992, Abu Saufi (penunjuk jalan dan pengenal pasti kayu tas dan tongkat ali) bersama-sama dengan naqib dan anak usrah daerah. |
Saya sudah menyiarkan beberapa catatan pengalaman berusrah di blog dan buku wajah saya. Antara catatan itu termasuklah dua karya saya, iaitu “Berusrah Kali Pertama” dan “Berusrah Kali Kedua”. Antara karya rakan saya pula termasuklah “Usrah Nukleus Tarbiyah” oleh Puan Arni Nasir, “Pengisian Usrah Helwa Negeri” oleh Puan Anisah Hashim dan “Berusrah di Pejabat Pada Waktu Makan” oleh Puan Zaitun Said.
04 Ogos 2011
Usrah Tunjang Jemaah - Ustaz Sulaimin
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
1. Usrah Sepintas Lalu | 2. Darihal Usrah | 3. Berusrah Kali Pertama | 4. Pengisian, Kurikulum, Silabus atau Manhaj? | 5. Manhaj Usrah dan Mauduknya | 6. Pengisian Usrah di Maktab Perguruan | 7. Usrah Nukleus Tarbiah KISAS | 8. Pengisian Contoh | 9. Pemantapan Usrah di SMAP | 10. Pengisian Usrah Helwa Negeri || 11. Berusrah Kali Kedua | 12. Berusrah di Pejabat pada Waktu Makan |
Usrah merupakan tunjang sesuatu jemaah. Kalau usrah kemas dan berjalan dengan baik natijahnya jemaah itu kuat dan kukuh, tetapi kalaulah perjalanan usrah itu lembap dan tidak bermaya, akan lahirnya jemaah yang lemah dan tidak berkembang.
Kepentingan usrah ini tidak dinafikan. Apabila kita lihat perjuangan awal Rasulullah s.a.w., baginda sangat mengambil berat tentang usrah di samping baginda berjalan dalam keadaan yang sirri (senyap). Hal ini dapat dilihat apabila Rasulullah memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat usrah. Arqam ialah seorang budak kecil yang memang tidak dijangka oleh orang kafir bahawa Rasulullah melaksanakan usrah di rumahnya. Kita lihat ini satu taktik atau sirriah yang dibuat oleh baginda.
Kepentingan usrah ini jelas lagi apabila pejuang-pejuang Islam sebelum kita melihat proses usrah yang dibuat oleh Imam As-Syahid Hassan al-Banna. Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, kita dapati beliau sangat mengambil berat hal ehwal anak buahnya. Boleh dikatakan beliau akan bertemu dengan anak buahnya setiap hari walaupun cuma beberapa minit, tidak kira malam, pagi-pagi buta, atau sebagainya. Beliau berpegang pada prinsip bahawa pertemuan mata dengan anak buah mengentalkan ukhuwah dan semangat perjuangan. Proses seperti inilah yang harus kita contohi dalam pengendalian usrah.
Oleh sebab itu, jangan sekali-kali kita menjadikan usrah sebagai usaha sampingan. Sebaliknya anggaplah usrah sebagai aset yang terpenting dalam jemaah kita. Usrah yang berjaya itu melahirkan jemaah yang kuat dan bermutu, insya-Allah.
Oleh hal yang demikian, wahai pejuang-pejuang Islam tercinta, kenallah diri dan muhasabah selalu. Di manakah kerja Islam yang telah kita lakukan untuk ummah ini? Siapakah diri kita yang sebenarnya? Apakah tanggungjawab kita dijadikan oleh Allah?
Seterusnya ingatlah janji-janji Allah yang akan membantu kita apabila kita membantu-Nya. Janganlah berasa ragu dalam perjuangan suci ini. Sesungguhnya dalam perjuangan, kita perlu berpegang pada dua prinsip sama ada kita menang atau syahid!
Nota Penyunting
Kepentingan usrah ini jelas lagi apabila pejuang-pejuang Islam sebelum kita melihat proses usrah yang dibuat oleh Imam As-Syahid Hassan al-Banna. Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, kita dapati beliau sangat mengambil berat hal ehwal anak buahnya. Boleh dikatakan beliau akan bertemu dengan anak buahnya setiap hari walaupun cuma beberapa minit, tidak kira malam, pagi-pagi buta, atau sebagainya. Beliau berpegang pada prinsip bahawa pertemuan mata dengan anak buah mengentalkan ukhuwah dan semangat perjuangan. Proses seperti inilah yang harus kita contohi dalam pengendalian usrah.
Oleh sebab itu, jangan sekali-kali kita menjadikan usrah sebagai usaha sampingan. Sebaliknya anggaplah usrah sebagai aset yang terpenting dalam jemaah kita. Usrah yang berjaya itu melahirkan jemaah yang kuat dan bermutu, insya-Allah.
Oleh hal yang demikian, wahai pejuang-pejuang Islam tercinta, kenallah diri dan muhasabah selalu. Di manakah kerja Islam yang telah kita lakukan untuk ummah ini? Siapakah diri kita yang sebenarnya? Apakah tanggungjawab kita dijadikan oleh Allah?
Seterusnya ingatlah janji-janji Allah yang akan membantu kita apabila kita membantu-Nya. Janganlah berasa ragu dalam perjuangan suci ini. Sesungguhnya dalam perjuangan, kita perlu berpegang pada dua prinsip sama ada kita menang atau syahid!
Nota Penyunting
Ustaz Sulaimin Muhsinin berasal dari Kampung Menawo, Keningau. Beliau menulis catatan ini pada bulan Januari tahun 2000. Pada masa itu beliau ialah pelajar Universiti Yarmouk, Jordan. Saya menyunting dan menyiarkan tulisan itu dalam e-grup dan laman web Gerak Usrah pada tahun yang sama. Tulisan itu saya murnikan sedikit lagi untuk tatapan pengunjung blog dan rakan buku wajah saya.
03 Ogos 2011
Berusrah di Pejabat pada Waktu Makan
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
1. Usrah Sepintas Lalu | 2. Darihal Usrah | 3. Berusrah Kali Pertama | 4. Pengisian, Kurikulum, Silabus atau Manhaj? | 5. Manhaj Usrah dan Mauduknya | 6. Pengisian Usrah di Maktab Perguruan | 7. Usrah Nukleus Tarbiah KISAS | 8. Pengisian Contoh | 9. Pemantapan Usrah di SMAP | 10. Pengisian Usrah Helwa Negeri || 11. Berusrah Kali Kedua |

Maafkan saya kerana tidak memberi apa-apa pandangan mengenai topik usrah. Hal ini disebabkan oleh waktu makan tengah hari saya diisikan dengan tadarus, sembahyang berjemaah dan membaca al-ma’thurat bersama dengan ahli usrah. Apabila mesej mengenai usrah disatukan, saya luangkan masa untuk menceritakan pengalaman saya.
Saya mula mengenali usrah semenjak belajar di ITM pada 1979 hingga 1982. Perwakilan Pelajar pada masa itu ialah ahli ABIM. Oleh itu, selepas induksi dan kelas bermula usrah diadakan untuk tiap-tiap bilik di asrama. Lumrahnya semua pelajar berminat untuk mengikuti usrah. Jadi pada yang berminat usrah masih lagi diteruskan dan ada yang terpaksa digabungkan. Pada hari Ahad diadakan ijtimak umum di surau untuk semua kumpulan. Pada hujung semester diadakan tamrin selama dua atau tiga hari sebelum bercuti ke kampung.
02 Ogos 2011
Berusrah Kali Kedua
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Pada tahun 1994, aku menyertai usrah gabungan. Usrah kali pertama tidak menarik. Selepas sesi pembukaan, naqib mengedarkan risalah “Usrah dan Matlamatnya”. Dia menyuruh ahli usrah membaca risalah itu dengan suara yang lantang secara bergilir-gilir.
Seterusnya naqib seakan-akan berceramah tentang pengurusan usrah. Adakalanya, dia kelihatan seakan-akan berleter. Antara perkara yang kuingat, dia mahu semua ahli usrah hadir setiap kali pertemuan. Kemudian dia mengemukakan hujah tentang pentingnya pertemuan usrah gabungan di kampus kami. Dia juga berkata, ahli usrah mesti membaca bahan yang sudah ditetapkan, mesti membawa alat tulis dan buku catatan, mesti menghafal hadis dalam buku Hadis 40 dan beberapa banyak mesti lagi.
Sesi pembukaan dimulakan dengan istighfar, diikuti dengan selawat, diteruskan dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan nasyid Asma al-Husna. Dia melagukan nasyid itu dengan penuh penghayatan tanpa melihat teks. Suaranya mengatasi suara kami. Suara yang paling perlahan dan kadang-kadang hilang ialah suaraku.
Selesai bernasyid, dia menyampaikan sepatah dua kata. Kata-katanya diselang-selikan dengan pujian atas kesungguhan ahli bernasyid. Dia menyebut beberapa nama, termasuk namaku. Tentulah aku berasa serba salah. Aku tersengeh-sengeh.
01 Ogos 2011
Pengisian Usrah Helwa Negeri
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Siri Usrah
2. Darihal Usrah oleh Hassan al-Banna3. Berusrah Kali Pertama
4. Manhaj Usrah dan Mauduknya oleh Habbat Nasim
5. Pengisian, Kurikulum, Silabus atau Manhaj?
7. Usrah Nukleus Tarbiah oleh Arni Nasir
8. Pengisian Contoh oleh Ustazah Zubaidah
9. Pemantapan Usrah di SMAP oleh Afnan
BERUSRAH selaku orang awam berbeza daripada pengalaman berusrah semasa di sekolah dan di universiti. Perbezaan itu dapat dilihat dari segi pengisian, pendekatan, sasaran, objektif, tempoh dan faktor-faktor lain.
Oleh sebab kami semua bekerja, usrah dijalankan seminggu sekali dari pukul 3.00 hingga 6.00 petang. Semua ahli usrah ialah Jawatankuasa Helwa Negeri yang mengetuai biro masing-masing.
Oleh sebab kami semua bekerja, usrah dijalankan seminggu sekali dari pukul 3.00 hingga 6.00 petang. Semua ahli usrah ialah Jawatankuasa Helwa Negeri yang mengetuai biro masing-masing.
Langgan:
Catatan (Atom)