22 Mac 2009

Sari Rencana: Bentuk Klitik

Sari Ruangan Cintailah Bahasa Kita Dewan Siswa

Muhammed Salehudin Aman, “Kata Ganti Nama Singkat -Ku”, Dewan Siswa, Mac 2009, halaman 20 - 21.

Bentuk -ku, ku-, -mu, kau- dan -nya dinamakan juga bentuk klitik. Bentuk ini dieja serangkai dengan kata sebelum atau selepasnya. Contohnya, sayangku, kutulis, bahasamu, kauambil dan anaknya.

1. Bentuk -ku di awal kata menjadi penanda pasif. Contohnya kubaca sama dengan bentuk aku baca. Bentuk ini terikat, tidak boleh diisi dengan apa-apa unsur antara aku dengan baca. Misalnya, tidak boleh wujud ungkapan aku akan baca*. Yang boleh wujud ialah akan aku baca. Sama halnya dengan bentuk kubaca. Ungkapan yang boleh wujud ialah akan kubaca. Salah sekiranya ditulis ku akan baca. Konsep ini dinamakan Aneksi Persona.

2. Bentuk singkat -ku tidak boleh menjadi subjek ayat. Contohnya, ayat “Kutulis surat untukmu”* tidak baku. Ayat yang baku ialah “Aku tulis surat untukmu”.

3. Salah: Buku itu dia baca.* Betul: Buku itu dibaca oleh dia. Buku itu dibaca oleh ia. Buku itu dibaca olehnya

Tiada ulasan: