Memaparkan catatan dengan label Lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lagu. Papar semua catatan

12 Mei 2011

1, 2, 3, 4 yang Kuminati oleh Aris Ariwatan


Satu, kasih nan abadi
tiada tandingi Dia Yang Satu
dua, sayang berpanjangan
membawa ke syurga kasihnya ibu.

Tiga, lapar dan dahaga
rela berpayahan setianya ayah
empat, mudah kauketemu
berhati selalu
beza antara kasih *dan (dengan) kekasih.

Ibu kuingat dahulu
menyisir rambutku kemas selalu
ayah menghantar ke sekolah
bergunalah ilmu *bila (apabila) dewasa.

Sayang dengar lagu ini
untuk kausandarkan buat pedoman
jangan manis terus ditelan
pahit terus dibuang
itu bidalan harus kaurenungkan.

Andai ‘kau beroleh bahagia
ingat itu bukan untuk selamanya
andai ‘kau dalam sengsara
ingat itu bukan untuk selamanya
hidup ini sementara.

23 Oktober 2009

Lagu (Koir) Bahasa Jiwa Bangsa



Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
marilah amalkan ramai-ramai
bahasalah menyatukan kita semua
yakinlah bahasa jiwa bangsa.

Marilah, mari rakyat semua
buktikan taat setia
dengan satu bahasa.

Maju bangsa dan maju negara
*megahkan bahasa kita
bahasa jiwa bangsa.
Lagu/lirik: Dol Ramli

12 Oktober 2009

Lagu Nyalakan Tekad



Nyalakan Tekad


Nyalakan azam membumbung
padukan tekad nan waja
songsongi ombak bergulung
menuju ke pulau cita.

Setitis jadikan laut
sekepal jadikan gunung
namamu kelak disebut
jasamu kelak disanjung.

Nyalakan tekad di hujung cita
sama muafakat ke puncak jaya
sembah setia sepenuh jiwa
untuk nusa dan negara.

Kan megah langit dijunjung
rela bumi nan dipijak
kan megah ibu mengandung
putera puterinya berjasa.


Rasanya, lagu inilah yang paling kerap saya nyanyikan bersama-sama dengan pelajar saya. Saya ikut menyanyi bersama-sama dengan mereka sebelum kuliah bermula. Sesekali, kami menyanyikan lagu ini sebelum kuliah berakhir. Adakalanya saya meminta pelajar menerangkan maksud ungkapan tertentu dalam lirik lagu ini. Hari ini, saya menyanyikan lagu ini bersendirian.

27 September 2009

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa Kod Tangan

Video ini disunting daripada video yang terdapat di Youtube. Terima kasih kita ucapkan kepada pihak/individu yang mencipta dan memuat naik video itu. Video lain terdapat dalam bar sisi blog ini.

20 September 2009

Lagu Bahasa Jiwa Bahasa



Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
marilah amalkan ramai-ramai
bahasalah menyatukan kita semua
yakinlah bahasa jiwa bangsa.

Marilah, mari rakyat semua
buktikan taat setia
dengan satu bahasa.

Maju bangsa dan maju negara
*megahkan bahasa kita
bahasa jiwa bangsa.

Lagu/lirik: Dol Ramli

Mulai awal tahun 2005, semua pelajar pengkhususan Pengajian Melayu yang mengikuti kuliah saya mesti menyanyikan lagu ini sebelum sesi kuliah bermula. Adakalanya selepas menyanyikan lagu ini mereka menyanyikan pula lagu lain seperti “Nyalakan Tekad”, “Budi Bahasa Amalan Kita” dan “Jalur Gemilang”. Kini sudah hampir dua tahun peristiwa itu menjadi kenangan-kenangan.

31 Ogos 2009

Lagu Satu Malaysia

Satu Malaysia

Dunia kian berubah
perubahan melingkari
melaksana hasrat hati
kejayaan terbukti.

Dunia yang megah
dengan misi yang gagah
kerana perpaduan
kita masih bersama.

(Korus)
Kita satu bangsa, kita satu negara
kita satu matlamat o oooo
kita satu bangsa, satu negara
kita satu Malaysia.

Bermulanya sekarang
perjalanan dilaksana
seia sekata
sehati sejiwa.

Membina masa hadapan
menuju kejayaan
kita semua rakyat Malaysia
harmoni, saling menghormati.

(Korus)