Memaparkan catatan dengan label Pedoman - Data. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pedoman - Data. Papar semua catatan

26 November 2009

Data: Tajuk Contoh

Tajuk yang di bawah ini dipetik daripada media cetak, khususnya daripada majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bahan ini dapat menjadi rujukan tambahan pengguna bahasa Melayu apabila menghadapi masalah tentang cara untuk menulis tajuk risalah, makalah, program dan sebagainya.

Data: Tajuk untuk Renungan

Yang di bawah ini ialah tajuk yang dikutip daripada bahan bercetak, terutamanya majalah. Ada kemungkinan tajuk ini mengandung kesilapan bahasa, khususnya kesilapan cara untuk menulis tajuk. Tajuk yang betul penulisannya terdapat dalam masukan "Data: Tajuk Contoh".

08 September 2009

Data "Satu Malaysia" dan "1 Malaysia"

Satu Malaysia

  1. Dengan cara inilah bahasa kebangsaan akan benar-benar menjadi unsur utama yang memungkinkan kemunculan gagasan “Satu Malaysia” yang jelas mengungkapkan konsep “Satu Bahasa, Satu Malaysia”. Norshahwati Hanafi, “Membangunkan Semangat Satu Bahasa Satu Malaysia”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 19.
  2. Justeru, bersempena dengan semangat dan penghayatan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-52, Hari Malaysia pada 16 September, dan gagasan “Satu Malaysia”, amanat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan pandangan Noresah Baharom itu perlu direnungkan secara mendalam. Ritah Yahaya, “Bicara Bahasa: Airnya Jernih Ikannya Banyak”, Dewan Bahasa, September 2009, halaman 5.
  3. Sejak Najib mengemukakan gagasan “Satu Malaysia”, banyak pentafsiran dan ulasan tentangnya telah dibuat. Mohd. Yusof Haji Othman, “Satu Malaysia dari Perspektif Bahasa”, Dewan Bahasa, September 2009, halaman 13.
  4. Apabila berbicara tentang gagasan “Satu Malaysia”, inti patinya tentu sekali berhubung kait dengan perpaduan, keharmonian dan perkongsian hidup seluruh rakyat Malaysia. Sahrunizam Abdul Talib, “Satu Malaysia Satu Bahasa”, Dewan Bahasa, September 2009, halaman 21.
  5. “Saya terpanggil untuk memberikan reaksi apabila membaca Dewan Masyarakat keluaran Ogos 2009, yang mengupas gagasan Satu Malaysia. Mohd. Saleh Ismail, “Merealisasikan Gagasan Satu Malaysia”, Dewan Masyarakat, September 2009, halaman 8.
  6. Segelintir rakyat masih lagi tertanya-tanya maksud sebenar gagasan Satu Malaysia. Mohd. Ridzuan Mohammad, “Memahami Gagasan Satu Malaysia”, Dewan Masyarakat, September 2009, halaman 41.
  7. Gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mendukung matlamat murni untuk memperkasakan perpaduan nasional melalui “perpaduan dalam kepelbagaian” dalam negara bangsa Malaysia. Ismail Dahaman, “Lakuan Bahasa dalam Satu Malaysia”, Dewan Masyarakat, September 2009, halaman 58.
  8. Sewajarnya semangat “Satu Malaysia” perlu ada dalam hati setiap insan yang bergelar rakyat Malaysia, apatah lagi kepada remaja masa kini. Rozninah Abd Azib, “Satu Hati Satu Jiwa”, Dewan Siswa, Ogos 2009, halaman 2.
  9. “Satu Malaysia” merupakan gagasan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ismail Sulaiman, “Merealisasikan Satu Malaysia”, Dewan Siswa, Ogos 2009, halaman 4.
  10. Dengan bergerak sebagai satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa milik bersama, gagasan "Satu Malaysia" lebih mudah diserapmasukkan. Rozninah Abd Azib, "Erti Sebenar Kemerdekaan", Dewan Sastera, Ogos 2009, halaman 4.
  11. Untuk menaikkan taraf dan kedudukan negara, perubahan sikap dan cara hidup rakyat perlu dilakukan supaya kita lebih cergas bersatu padu, dinamik, berilmu, bersungguh-sungguh dan bersemangat “Satu Malaysia” tanpa melupakan jati diri dan kebenaran sejarah. Ani Haji Omar, “Puisi Meniupkan Semangat ‘Satu Malaysia’”, Dewan Sastera, Ogos 2009, halaman 20 – 24.
  12. Dewan Pelajar keluaran Ogos 2009 menggunakan ungkapan "Satu Bahasa, Satu Malaysia"; keluaran September 2009 menggunakan ungkapan "Salam Satu Malaysia".

1 Malaysia

  1. "Penerbitan bacaan oleh pelbagai kaum, secara tidak langsung, melaksanakan konsep ‘1 Malaysia’, yang merupakan agenda utama dalam mengukuhkan perpaduan di negara ini,” kata Raslin lagi. AAS Chinkara, “Penulisan Merangsang Minat Membaca”, Pelita Bahasa, September 2009, halaman 6.
  2. “Melalui media yang tuan-tuan dan puan-puan tangani, kita boleh bersama-sama menjadikan hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan ‘1 Malaysia’ agar seluruh rakyat Malaysia bersatu mengikut acuan nilai budaya bangsa yang murni.” Armin A. Saleh, “Media Memacu Kemajuan Negara”, Pelita Bahasa, September 2009, halaman 7.
  3. Timbalan Menteri Pelajaran itu juga mahu DBP memperjelas konsep “1 Malaysia” melalui pelbagai wahana dan pendekatan kepada rakyat pelbagai kaum. Shahril Rizal, “Bahasa Melayu Pemangkin Perjuangan Bangsa”, Pelita Bahasa, September 2009.

Tambahan
Hasil carian dengan Google pada 8 September 2009
1,380,000 for "1Malaysia"
718,000 for "1 Malaysia"
248,000 for "Satu Malaysia"

11 Ogos 2009

Data Kosa Kata "Merindui"

Kamus Dewan Edisi Keempat (KDEK)

1. Orang tua itu merindui cucunya. KDEK.
2. Saat itu aku begitu merindui belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yang tidak akan kutemui lagi di dunia ini. (rindu I) KDEK.
3. Yang pastinya, mereka tetap merindui masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga. (rindu I) KDEK.
4. Ia selalu merindui anak itu dengan sayu rayu. Ia selalu merindui anak itu dengan sayu rawan. KDEK.
5. Jika seseorang telah benar-benar merindui Tuhan, maka kefanaannya akan tenggelam dalam baqa Tuhan. KDEK.
6. Kita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak. KDEK.
7. Dia merindui ibunya. Kho Thong Eng, “Yang Indah Itu Kepelbagaian”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 16.
8. merindui. Daftar Kata Bahasa Melayu, halaman 1417.

19 Julai 2009

Data Kosa Kata "Mengandung"

Kemas kini pada: 8 September 2009.


  1. Sebagai kata tunggal, akronim mungkin mengandung satu kata atau lebih. Kho Tong Eng, “Akronim dan Keperihalannya”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 17.

  2. Batu bersurat itu mengandung 28 baris, dipercayai dibina oleh ketua tentera Jawa yang menyerang kerajaan Sriwijaya di Sumatera. (2) Kata pendahuluannya mengandung perintah atau perisytiharan supaya raja dan orang besar yakin dan berpegang teguh pada ajaran Islam dan Rasulullah. Suhaimi Mohd Salleh, “Prasasti Perakam Bahasa Melayu Bertulis”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 34 – 35.

  3. Bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan merupakan peribahasa kerana mengandung sifat peribahasa yang disebutkan. Luie Elis, “Fungsi Perumpamaan dalam Pertuturan”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 38.

  4. (1) Ensiklopedia Bahasa Melayu mengandung banyak maklumat penting bahasa Melayu, khususnya yang digunakan di Malaysia. (2) Keseluruhannya, ensiklopedia ini mengandung 32 tajuk utama yang disusun mengikut urutan sejarah perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Zaidi Ismail, “Perintis Pembaharuan Penerbitan Ensiklopedia”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 43.

  5. Selain mampu dicapai di seluruh dunia, pembaca buku elektronik mengandung beberapa buah buku. Armin A. Saleh dan Mohidin Malek, “Juitaku Buku”, Pelita Bahasa, April 2009, halaman 12.

  6. Peranan subjek dalam binaan ayat mengandung pelbagai fungsi atau makna. (2) Sesungguhnya, subjek dalam sintaksis mengandung pelbagai fungsi semantik. Ahmad Khair Mohd, Nor, “Fungsi Semantik Subjek”, Pelita Bahasa, April 2009, halaman 18 – 19.

  7. Penerbitan buku tatabahasa tersebut sebelum edisi ketiga pada tahun 2008 tidak mengandung subgolongan kata itu. (2) Ayat 8 dan ayat 9 mengandung contoh kata adverba yang menerangkan kata nama dan frasa sendi nama. Nik Safiah Karim, “Kata Adverba”, Pelita Bahasa, April 2009, halaman 20.

  8. (1) Mengikut Tatabahasa Dewan, ayat aktif ialah ayat yang mengandung kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. (2) Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandung kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau unsur penyambutnya. (3) Ada juga ayat aktif transitif yang mengandung klausa komplemen sebagai penyambut kata kerjanya. (4) Selain itu, terdapat juga ayat aktif transitif yang mengandung kata kerja yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi. Nawi Ismail, “Ayat Aktif Transitif untuk Pelajar STPM”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 24 - 26.

  9. Bendalir pencernaan dalam mulut yang mengandung amilase, ptialin, musin, albumin, globulin, leukosit, puing epitelium dan kalium tiosianat. “Istilah Veterinar: Praklinikal”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 22.

  10. Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandung kesalahan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Vijayaletchumy Subramaniam, “Membetulkan Pelbagai Kesalahan”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 24.

  11. Bagi ayat yang mengandung frasa nama subjek yang diikuti klausa relatif, frasa nama subjek boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat. Kho Thong Eng, “Perihal Pengguguran dalam Ayat”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 17.

  12. (1) Bahan pengajaran dan pemelajaran yang disampaikan melalui media itu lazimnya mengandung teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video, serta bahan paparan secara dalam talian. (2) Tesaurus berbeza daripada kamus biasa, seperti Kamus Dewan yang mengandung pelbagai entri perkataan dan maksud, berserta *contoh ayat yang sering dirujuk oleh kebanyakan pengguna bahasa. (3) Perkataan yang disenaraikan dalam tesaurus mengandung konsep yang meliputi bidang yang luas bagi memenuhi permintaan semua pengguna bahasa Melayu. Samat Buang, “Belajar Bahasa dengan Tesaurus”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 30 – 31.

  13. Apa-apa pun, segala buku ilmiah yang mengandung pelbagai bidang ilmu sudah banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Abang Patdeli Abang Muhi, “Penterjemahan Mengembangkan Bahasa Melayu”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 8.

  14. Penterjemahan daripada bahasa Arab itu mengandung ilmu sains, matematik dan falsafah, malah termasuk sastera, puisi dan sejarah. Anuar Manshor, “Pengglobalan Karya Malaysia melalui Penterjemahan”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 14.

  15. (1) Dalam binaan frasa nama, ada frasa yang mengandung makna yang sama yang digunakan bagi merujuk kepada frasa nama di hadapannya. (2) Daripada definisi tersebut, frasa aposisi mempunyai rujukan yang sama, yang mengandung hubungan makna. (3) Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandung binaan aposisi. Ahmad Khair Mohd. Nor, “Aposisi dalam Ayat”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 20.

Mengandungi

  1. Baja ini mengandungi campuran mineral, seperti nitrogen, fosforus dana kalium serta unsur mikro yang lain. “Istilah Makanan dan Pemakanan”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 22.

  2. DNS banyak mengandungi istilah klasik. Rohaidah Haron, “Dialek Identiti Bahasa dan Budaya yang Dilupakan”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 8.

  3. Kesemua terjemahan nama kata-kata ini mengandungi kata-kata yang bermaksud budi luhur, menyelamatkan orang dan kesejahteraan abadi. Goh Sang Seong, “Mesej Sosiobudaya dalam Terjemahan Perniagaan Cina”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 55.

  4. Al-Quran banyak mengandungi ilmu dan rahsia yang tersembunyi yang perlu dibongkar dan dikupas oleh manusia. Ritah Yahaya, “Bicara Bahasa: Tradisi Kecemerlangan Ilmu”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 5.

  5. (1) Antaranya termasuklah kesukaran untuk mengenal pasti dokumen yang mungkin mengandungi pendapat dan saranan penterjemah tentang cara dan kaedah menterjemah. (2) Dalam hal ini, Za‘ba menerangkan bahawa “memindahkan bahasa itu ialah suatu jenis menterjemah jua sesuatu karangan diubah perkataannya dikarangkan dengan perkataan lain tetapi mengandungi maksud yang sama seperti yang asal itu juga”. (3) Begitu juga jika teks asal mengandungi unsur humor atau jenaka, maka perlu dipastikan bahawa terjemahan yang dihasilkan juga mempunyai unsur humor dan jenaka. Haslina Haroon, “Nasihat Za‘ba dalam Menterjemah”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 6 – 8.

  6. Penemuan kamus yang mengandungi 482 entri dalam bahasa Melayu dan dicatatkan maknanya dalam bahasa Mandarin itu membuktikan peranan bahasa Melayu penting sebagai bahasa yang perlu dipelajari oleh rakyat China, khususnya dalam urusan komunikasi, perdagangan dan hubungan diplomatik antara kedua-dua-dua buah negara pada masa itu. Hasrina Baharum, “Bahasa Negeri Melaka di China”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 16.

  7. Rajah 1 ialah halaman EBMT yang mengandungi input dan output yang tidak menggunakan pengesanan kata nama khas. Radiah Yusoff, “Penterjemah dalam Talian”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 29.

  8. Umumnya, kamus ialah sebuah buku rujukan yang mengandungi senarai perkataan yang tersusun secara sistematik dan mengikut urutan abjad, iaitu daripada huruf A hingga huruf Z. S. Nathesan, “Kamus Etimologi”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 32.

  9. Prinsip ini menentukan struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar yang diperlukan dalam membentuk asas makna ayat dalam sesuatu sistem bahasa, dan menjadi pegangan asas dalam pengkajian bahasa. Raja Masittah Raja Ariffin, “Hubungan Sintagmatik dan Paradigmatik”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 36.

  10. Keindahan susunan setiap baris dengan diksi yang terpilih mengandungi makna yang tersurat dan tersirat, hanya mampu ditangani dan dibongkar rahsia dan maksudnya oleh mereka yang bijaksana dan berfikiran kreatif dan kritis. Zalila Isa, “PEN. Aktif Melaksanakan Wawasannya”, Dewan Sastera, September 2009, halaman 51.

16 Julai 2009

Salarom Bah

Salarom mungkin nama orang, ikan atau pokok. Perkara ini masih berupa andaian. Yang pasti Salarom ialah nama sebuah kampung kecil dan terpencil di Sabah. Salarom juga ialah tajuk novel karya Emin Madi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2008.

Novel Salarom mengatasi 46 manuskrip novel yang menyertai Sayembara Mengarang novel Sempena 50 Tahun Merdeka. Novel ini memenangi hadiah ketiga. Tiada hadiah pertama dan kedua dalam sayembara itu.

Antara keistimewaan novel ini ialah penyerlahan warna-warni tempatan melalui dialek umum Sabah. Antara dialek umum yang terdapat dalam novel ini ialah perkataan bah seperti yang terpapar dalam senarai yang di bawah. Makna yang hampir sama dengan bah dalam dialog yang berkenaan tercatat dalam tanda kurung yang terakhir selepas setiap dialog.

1. “Bah, onsoi no!” (Baguslah). (Kata Ketua Kampung (KK) Ampungit kepada anak buahnya, Ompohol.) (ha)

2. “Bah, jangan lupa ketibaan Yang Berhormat itu kira-kira pukul 11.00 pagi.” (Kata KK Ampungit kepada Ompohol) (ha)

3. “Eh, kau bah Toni, ya aku baru juga sampai.” (Kata Hezwin, 57 tahun, kepada rakannya, Cikgu Antoni.) (pula)

4. “Tidak susah bah kami di sini YB, semua ada.” (Kata KK Ampungit kepada YB Ahfang, Wakil Rakyat Nabawan.) (tuan)

5. “Bah saudara-saudara, kita mulakan mesyuarat.” (Kata KK Ampungit kepada ahli mesyuarat.) (baiklah.)

6. “Bah, Orom, cadangan kau itu memang bagus.” (Kata KK Ampungit kepada anak buahnya, Orom.) (ha, betul juga)

7. “Bah begini, YB, orang kampung … tak setuju!” (Kata KK Ampungit kepada YB Ahfang) (?)

8. “Urusan belum siap bah.” (Kata seorang kontraktor bumiputera kelas F kepada Ahuar, orang penting Kampung Salarom.) (lagi, tuan)

9. “Bah, bagus tu. Berapa luas tanah kau ada?” (Kata Ahuar kepada kontraktor bumiputera kelas F) (ha)

10. “Bah, panggil mereka masuk!” (Kata YB Ahfang kepada Pemimpin Kemajuan Rakyat [PKR]) (baiklah, ok)

11. “Eh, Si Antoni bah ni!” (Kata Hezwin kepada Antoni) (pula)

12. “Eh, kau bah ni Using, aku ingat tiada orang!” (Kata Antoni kepada Using.) (pula)

13. “Bah, onsoi!” (Bagus.) (Kata Ampaku kepada Hezwin.) (ya, ha)

14. “Eh tiada apa-apa bah, itu bos!” (Kata Orom kepada Hezwin.) (lah, la)

15. “Oh ya, ini bah, PM sudah telefon saya.” (Kata Datuk Seri Ketua Menteri kepada YB Ahfang melalui telefon.) (ha)

16. “Tetapi saya tidak tau bah apa mau cakap. Kalau pelawat biasa-biasa bolehlah, tetapi ini Perdana menteri.” (Kata KK Ampungit kepada hadirin.) (lah)

17. “Bah onsoi, onsoi!” (Bagus, bagus.) (Kata KK Ampungit kepada hadirin.) (ya, ha)

18. “Bah baguslah, kamu pulang pun ngam-ngam ada acara penting di kampung.” (Kata KK Ampungit kepada pemuda Damus dan Ampat.) (ha)

Rumusan
(1) Kata bah diucapkan oleh pelbagai golongan dalam masyarakat seperti Ketua Menteri, Yang Berhormat, ketua kampung dan orang biasa.
(2) Kata bah berfungsi sebagai penegas atau penyedap tutur kata.
(3) Kata bah digunakan dalam pelbagai konteks tidak rasmi dan agak rasmi.
(4) Kata bah mempunyai makna yang pelbagai berdasarkan konteks.
(5) Kata bah merupakan sebahagian daripada cara menyerlahkan warna-warni tempatan dalam karya sastera.

Kamus Dewan edisi kelima wajar menambah masukan bah V dengan makna dan ayat contoh yang di atas.

29 Mei 2009

Data Penggunaan Penjodoh Bilangan “Buah” untuk Kata Nama Abstrak (2)

Masukan terdahulu
Benda Abstrak Tidak Memerlukan Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan “Buah”
Sebuah Orang*, Sebuah Rambut* dan Sebuah Air Mata*
Data Penggunaan Penjodoh Bilangan “Buah” untuk Kata Nama Abstrak (1)

Ayat
1. Ada dua buah ayat* Al-Qur'an yang disampaikan oleh pembantunya. (I)
2. Bismillah adalah sebuah ayat* lengkap. (M)
3. Dalam keadaan tertentu, perenggan boleh terdiri daripada sebuah ayat*. (Wikipedia)
4. Guru meminta murid-muridnya membentuk beberapa buah ayat* majmuk gabungan. (M)
5. Sebagai contoh, sebuah ayat* yang mengandungi kata kerja transitif dalam binaan aktif, masih mempunyai kontor intonasi yang sama apabila dipasifkan. (M) (B)

Perenggan
1. Ayat-ayat lain dalam sebuah perenggan* dikenali sebagai ayat sokongan. (M)
2. Membaca secara imbasan dan luncuran (skimming) sebuah perenggan* dalam waktu tertentu untuk mengenal pasti isi penting dan mengaitkan idea seperti fakta lain yang relevan atau fakta dari aspek yang lain (punca, kesan dan langkah mengatasi). (HSP BM T4 hlm. 18)
3. Sebuah perenggan* isi hanya mengandungi satu idea utama. (M) (G)
4. Sebuah perenggan* memerihalkan satu tema. (M) (B)
5. Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan* yang lengkap. (M) (G)

Huruf
1. Anda bisa batal memilih sebuah huruf dengan mengklik kanan huruf itu. (I)
2. Ia menggantikan sebuah huruf alfabet dengan huruf alfabet yang berada tiga huruf sesudahnya. (I)
3. Jika di tengah kata ada huruf konsonan, termasuk gabungan huruf konsonan, di antara dua buah huruf * vokal, pemenggalan dilakukan sebelum huruf konsonan. (I) (B)
4. Sebuah huruf* kanji dapat memiliki arti lebih dari 1. (I)
5. Sebuah huruf*, sebuah kata*, sebuah kalimat*, bagaikan angka satu yang berpecahan tak terhingga dalam dirinya. (I) (B)

M = Laman web atau blog Malaysia
I = Laman web atau blog Indonesia
B = Buku versi digital
G = Laman web atau blog guru, termasuk guru Bahasa Melayu

28 Mei 2009

Data Penggunaan Penjodoh Bilangan “Buah” untuk Kata Nama Abstrak (1)

Masukan terdahulu
Benda Abstrak Tidak Memerlukan Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan “Buah”
Sebuah Orang*, Sebuah Rambut* dan Sebuah Air Mata*

Pengguna bahasa kita berminat menggunakan penjodoh bilangan “buah” untuk kata nama abstrak. Hasil carian dengan Google pada 22 hingga 26 Mei 2009 membuktikan hal itu. Sebanyak 200 kata nama abstrak mendapat penjodoh bilangan buah. Jumlah keseluruhan ungkapan kata nama abstrak yang diberikan penjodoh bilangan “buah” itu melebihi 10 juta. Sebanyak 10 ungkapan pilihan yang tertinggi penggunaannya adalah seperti yang di bawah.

1. *sebuah penelitian 634,000
2. *sebuah mimpi 388,000
3. *sebuah masyarakat 351,000
4. *sebuah perjalanan 278,000
5. *sebuah kehidupan 205,000
6. *sebuah peluang 183,000
7. *sebuah harapan 149,000
8. *sebuah perjuangan 124,000
9. *sebuah persahabatan 121,000
10. *sebuah kalimat 104,000

24 Mei 2009

*Sebuah Orang, *Sebuah Rambut* dan *Sebuah Air Mata

Masukan yang berkaitan
Benda Abstrak Tidak Memerlukan Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan “Buah”
Hasil carian pada 23 dan 24 Mei 2009.
  1. Alkisah sebuah orang tua* memiliki 27 anak*. (I)
  2. Tiga buah kereta peronda dan dua buah orang* anggota polis bermotosikal kuasa tinggi tiba di tempat kejadian. (M)
  3. Bill Gates adalah salah sebuah orang* yang paling berpengaruh itu di dunia. (M)
  4. Demikian pula, sebuah orang bodoh* tidak dapat memahami hikmat bijaksana. (I)
  5. Sebuah orang* memberikan suara atas pilihannya. (I)
  6. Ia membeli sebuah rambut* palsu alias wig karya disdainer terkenal untuk membodohi para penggemarnya. (I)
  7. Raksasa itu mengatakan dua buah rambut* itu adalah rambut* ajaib. (I)
  8. Dia punya dua buah rambut* putih menghiasi poninya.
  9. Dan gadis itu sama sekali tidak bergerak menatap kura-kuranya dengan sebuah air mata* yang jatuh dari matanya yang hitam dan sayup. (I)
  10. Moga air mata yang mengalir di pipi abah, adalah sebuah air mata* kasih sayang. (M)

    I = Laman/blog Indonesia
    M = Laman/blog Malaysia
    *tidak baku

22 Mei 2009

Data Ungkapan "Oleh Hal Demikian"

Data Ungkapan "Oleh Hal Demikian" dan "Dengan Hal Demikian"

Kemas kini pada 11 Ogos 2009

Oleh Hal Demikian

  1. Oleh hal demikian, individu yang mempunyai masalah sedemikian perlu berusaha untuk membina dan membentuk keyakinan diri agar mereka lebih kuat dan lebih tegar untuk bersaing dengan orang lain. Nor Aziah Ahmad, “Mengenal Pasti Punca dan Ciri Kelemahan Diri”, Pelita Bahasa, Februari 2007, halaman 5.

  2. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika lebih banyak perempuan yang memaksimumkan fungsi superegonya untuk menyebut sesuatu yang tidak boleh disebutkan dalam keadaan biasa. Hasan Baseri Budiman, “Ekolalia dan Koprolalia dalam Latah”, Dewan Bahasa, September 2008, halaman 8.

  3. Oleh hal demikian, budaya merangkumi cara manusia berfikir, …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 14.

  4. Oleh hal demikian, jikalau pengalaman …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 16.

  5. Oleh hal demikian, timbul salah faham …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 26.

  6. Oleh hal demikian, beliau telah menyusun …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 37.

  7. Oleh hal demikian, rakyat di negara-negara berbahasa Melayu …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 58.
  8. Oleh hal demikian, bayi akan segera berhenti menangis …. Dewan Bahasa, Jun 2009, hlm. 7.

  9. Oleh hal demikian, setiap anggota masyarakat yang menuturkan dialek yang diwarisi daripada masyarakat yang terdahulu, perlu memelihara dan memulihara dialek agar tidak hilang dan lenyap. Ritah Yahaya, “Bicara Bahasa: Jangan Sampai Hilang”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 5.

  10. Oleh hal demikian, adalah tidak wajar jika ada pihak yang menganggap bahawa sesuatu dialek itu lebih murni dari aspek linguistik jika dibandingkan dengan dialek yang lain. Rohaidah Haron, “Dialek Identiti Bahasa dan Budaya yang Dilupakan”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 6.
  11. Oleh hal demikian, atas kesedaran dan tanggungjawab untuk memelihara dan memulihara bahasa sebagai warisan bangsa yang amat berharga, beberapa usaha penggalian dan pendokumentasian dialek Melayu dan bahasa serumpun telah dimulakan. Sharifudin Lubis, “Memasyarakatkan Dialek”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 10 – 11.

  12. Oleh hal demikian (4). Laurent Metzger, “Peranan Bahasa dalam Masyarakat”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 14 – 18.

  13. Oleh hal demikian, perjuangan bahasa juga ialah perjuangan agama dan bangsa. Muhammad Nuruddin Bashah, “Perjuangan Bahasa dan Pendidikan Malik Bennabi”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 29.

  14. Oleh hal demikian, mereka terpaksa menggunakan bahasa Thai sehingga kosa kata Thai itu diterima bulat-bulat. Djusmalinar, “Generasi Penutur Bahasa Melayu di Selatan Thai”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 34.

  15. Oleh hal demikian, Mat Rempit merupakan istilah yang baharu wujud dalam budaya Melayu atau sosiologi Melayu. S. Nathesan, “Mat Rempit”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 40.

  16. Oleh hal demikian, maka ibu bapa perlulah mengawal bahasa yang digunakan di hadapan anak-anak, khususnya ketika mereka bertengkar atau ketika sedang berbicara. (2) Azizul Ismail, “Kanak-kanak dan Pemerolehan Bahasa”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 42 – 44.

  17. Oleh hal demikian, beliau mencabar khalayak untuk berfikir dan menjawab sesuatu soalan, yang jawapan tersebut memihak kepada pendirian individu. Jeniri Amir, “Wibawa Ucapan”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 48.

  18. Oleh hal demikian, nilai kemanusiaan yang tinggi diberikan keutamaan. Goh Sang Seong, “Mesej Sosiobudaya dalam Terjemahan Nama Perniagaan Cina”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 55.

  19. (1) Oleh hal demikian, masyarakat umum menyebut dialek sebagai loghat. (2) Oleh hal demikian, keunikan dialek merangkumi budaya dan cara hidup yang diamalkan oleh kelompok yang menuturkannya. Ritah Yahaya dan Nurhamizah Haji Hashim, “Dalam Dialek Terangkum Sejarah Sosial, Budaya dan Sistem Nilai Masyarakat”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 62 – 63.


Dengan Hal (Sebab) Demikian

  1. Dengan hal demikian, seseorang individu perlu menyeimbangkan keyakinan diri yang bertepatan dengan sasaran yang realistik, kemahiran dan pengalaman yang ada, serta ikhtiar dan persediaan yang mampu dilakukan oleh mereka demi memperoleh kejayaan yang cemerlang. Junaidah Ahmad Ghazali, “Antara Keyakinan dengan Keupayaan Diri”, Pelita Bahasa, Februari 2007, halaman 3.

  2. Dengan hal demikian, yang diyakini ialah bahawa Nilam mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya membaca. Armin Azhari Saleh, “Nilam dan Golongan Pembaca”, Pelita Bahasa, Jun 2008, halaman 3.

  3. Dengan hal demikian, banyak markah bahasa dapat diselamatkan daripada ditolak. Nawi Ismail, “Ayat Aktif Transitif untuk Pelajar STPM”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 26.

  4. Dengan hal demikian, kekangan yang dihadapi seharusnya sedaya mungkin ditangani. Siti Nur Hidayah Abdullah, “Peranan Pusat Sumber dalam Pengajaran Bahasa”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 35.

  5. Dengan sebab demikian, konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri keenam negara perlu menjadikan bahasa kebangsaan sebagai saru daripada unsurnya. Armin Azhari Saleh, “Bahasa dan Satu Malaysia”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 3.

  6. Dengan hal demikian, pelajar mudah tertarik dan akan memberikan lebih tumpuan terhadap persembahan kandungan atau maklumat bahasa yang ingin disampaikan dan sekali gus proses pengajaran dan pemelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Zaitul Azma Zainon Hamzah, “Bahasa Lestari Pelajar Bestari”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 11.
    6.

  7. (1) Dengan hal demikian, pemelajaran kendiri makin mudah dan pantas. (2) Dengan hal demikian, pada suatu hari nanti, akan muncul lebih banyak CALL bagi pembelajaran bahasa Melayu di Internet sebagai wahana untuk warga global mempelajari bahasa itu. Syahrul Nizam Junaini, “Belajar Bahasa dengan Komputer”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 13 – 14.

  8. Dengan hal demikian, pelajar hendaklah memastikan supaya kata atau istilah itu digunakan dengan tepat dalam ayat. Vijayaletchumy Subramaniam, “Membetulkan Pelbagai Kesalahan”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 24.

  9. Dengan hal demikian, bahasa yang “sihat” akan menjadi bahasa tinggi. Armin Azari Saleh, “Bahasa Kebangsaan di India Kecil”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 3.

  10. Dengan hal demikian, saya berharap agar Pelita Bahasa menyiarkan artikel seperti itu dengan lebih banyak supaya dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar untuk meningkatkan pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Abd Razak Hassan @Haron, “Belajar Bahasa dengan Menggunakan Artikel”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 4.

  11. (1) Dengan hal demikian eloklah kita lihat konsep bahasa Melayu baku. (2) Dengan hal demikian, satu rumusan dapat buat tentang ciri bahasa tinggi. Noresah Baharom, “Bahasa Melayu Tinggi”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 10 – 11.

  12. Dengan hal itu, kita dapat memanipulasikan pelbagai struktur dan bentuk ayat bahasa Melayu untuk menghasilkan wacana ujaran dan penulisan yang lebih menarik. Kho Tong Seng, “Perihal Pengguguran dalam Ayat”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 18.

  13. Dengan hal demikian, kata ganda semu bukanlah kata ganda yang sebenarnya dan sepatutnya tidak dianggap sebagai kata ganda penuh kerana kata itu merupakan satu kesatuan yang utuh (tidak dapat dipisahkan). Zaidi Ismail, “Kata Ganda Semu”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 19.
  14. Dengan hal demikian, guru dapat menggunakan papan tanda trafik sebagai alat pengajaran dan pemelajaran bahasa yang berkesan dan menarik. S. Nathesan, “Belajar Bahasa dengan Papan Tanda Trafik”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 35.
  15. Dengan hal demikian, barulah hubungan dan jalinan persefahaman antara kedua-dua-dua buah negara dapat diperkukuh. Hasrina Baharum, “Menyemai Bahasa Jiwa Bangsa di China”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 6.
  16. Dengan hal demikian, segala bentuk mesej dan maklumat harus disalurkan antara negara di dunia. Abang Patdeli Abang Muhi, “Penterjemahan Mengembangkan Bahasa Melayu”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 8 – 9.

  17. Dengan hal demikian, wajarlah tumbuh-tumbuhan yang hidup di permukaannya diabadikan dalam pantun Melayu. Mohd Nazeli Ahmad, “Bunga dalam Pantun Melayu”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 26.

07 Mei 2009

Data Ungkapan "Antara - Termasuklah"

    Data ini dikemas kini dari semasa ke semasa. Kemas kini terakhir: 19 Julai 2009.


  1. Antara yang sering saya temukan termasuklah bentuk seperti …. Awang Sariyan, 2004. Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia, halaman 62.

  2. Antara bidang kejuruteraan termasuklah … Siti Hanim Yunus, “Mengenali Kerjaya Jurutera”, Dewan Pelajar, Januari 2009, halaman 30.

  3. Antara aspek utama yang disentuh termasuklah yang berkaitan dengan sejarah dan penyebaran bahasa Melayu, …. Zaidi Ismail, “Perintis Pembaharuan Penerbitan Ensiklopedia”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 43.

  4. Antaranya termasuklah pengaruh media, tekanan hidup, pengaruh persekitaran dan hilangnya rasa hormat pada guru. Zaitul Azma Zainon Hamzah, “Guru Mutiara Negara”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 9.

  5. Antaranya termasuklah bahasa Latin …. Ritah Yahaya, “Bicara Bahasa: Mencari Kekuatan Bangsa”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 5.

  6. Antaranya termasuklah Cina, Melayu, India, Arab, Eropah, dan lain-lain. Phaosan Jehwae, “Bahasa Melayu sebagai Wahana Kedamaian di Selatan Thai”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 25.

  7. Antara nilai murni yang sejagat termasuklah …. Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 25.

  8. Antara bahasa peribumi Taiwan tersebut termasuklah …. Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 57.

Antara - Ialah/Adalah

  1. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara punca utama keracunan ialah gagal atau tidak mengambil berat (MIR: apa?) ketika pengendalian gerai, kantin atau restoran. Azizul Rahman Abdul Rahman*, “Keracunan Makanan”, Dewan Siswa, Mac 2009, halaman 9. Penulis ialah Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato’ Sulaiman, Parit Sulung, Batu Pahat.

  2. Antara perancangan korpus dalam bahasa Melayu sebelum merdeka adalah dalam bidang ejaan Rumi. Ismail Mis, “Perancangan Korpus Bahasa Melayu Sebelum Merdeka”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 35.

  3. Antaranya ialah …. Abdul Ghani Abu, “Sekolahku: SK Bandar Teknologi Kajang”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 51.

  4. Antaranya ialah …. Ruziati Abdul Rani, “Bengkel MDK di Bera, Pahang”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 54.

  5. Antaranya ialah …. Filzah Ibrahim, “Majlis Amal Hari Palestin”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 55.

29 April 2009

Sepuluh Lagi Perkataan/Ungkapan Berlabel “bp”

Masukan terdahulu
Sepuluh Perkataan/Ungkapan Berlabel "bp"

Dalam pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ada tercatat perenggan yang berikut:

“Pemasukan kata yang berbentuk slanga dan bahasa percakapan yang lain ke dalam Kamus Dewan memanglah sesuai dengan ciri kamus ini sebagai sebuah kamus umum. Walau bagaimanapun, seperti edisinya yang terdahulu, kata yang sedemikian diberikan label bp sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata yang berkenaan sesuai dengan konteksnya. Maknanya, kata yang berlabel bp tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi, tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi, seperti di kedai kopi, di rumah, atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya.” (halaman xv)

Di bawah ini terdapat sepuluh perkataan atau ungkapan yang diberi label bp oleh Kamus Dewan. Perkataan atau ungkapan yang berkenaan dihitamtebalkan dalam ayat contoh yang di bawah. Perkataan atau ungkapan gantinya diberikan dalam kurungan selepas ayat contoh itu.

1. Tahun ini mereka akan beraya di Ranau. (berhari raya)
2. Pekerjaan itu memerlukan skil yang khusus. (kemahiran)
3. Albert Mark menang dalam raun yang pertama. (pusingan)
4. Juhilin meraun dengan jip di ladang kayu sentangnya. (meronda)
5. Jam tangan waterpruf itu didermakan oleh Tuan Haji Daud. (kalis air)
6. Rumah Encik Tham Soo Koon terletak di belakang woksyop itu. (bengkel)
7. “Kenapakah kita mesti mengikut jalan mati ini?” pemidato itu menyoal hadirin. (Mengapakah)
8. Kami akan berusaha menyerlahkan citra varsiti kami dalam pertandingan itu. (universiti)
9. Cikgu Abdul Wahab yakin walid Arbainah akan hadir dalam mesyuarat itu. (ayah/bapa)
10. Bantuan yang Datuk dan Datin hulurkan sangat kami hargai. Sumbangan kalian ini akan kami gunakan sebaik-baik yang mungkin. (Datuk dan Datin)

18 Mac 2009

Data Ungkapan "Hal Ini Demikian kerana"

Data ini dikemas kini dari semasa ke semasa. Kemas kini terakhir: 11 Ogos 2009.

Soalan: Seorang rakan memberitahu saya bahawa frasa “hal ini demikian kerana” tidak gramatis. Mohon sedikit ulasan daripada pihak DBP. Jawapan KNB: "Hal ini demikian kerana" merupakan satu frasa yang gramatis. Terima kasih. 2 Februari 2009.

  1. Hal ini demikian kerana berkembangnya sistem pemasaran ke alam siber menjadikan blog mempunyai nilai yang tinggi bagi sesiapa yang ingin mengiklankan produk masing-masing melalui provider adsense dalam dunia pengiklanan Internet, seperti Geoogle Adsense, ADster dan Banner Box. Muhamad Irfan, “Ledakan Blog: Di Manakah Remaja?”, Dewan Siswa, Julai 2008, halaman 14.

  2. Hal ini demikian kerana jika latah merupakan sejenis penyakit, setiap penyakit tentulah ada penawarnya. Ritah Yahaya, “Kuasa Magis Bahasa”, Dewan Bahasa, September 2008, halaman 5.

  3. Hal ini demikian kerana apabila sudah berjumpa, tabiat melatah saya semakin menjadi-jadi. Nurhamizah Hashim, “Bual Bahasa: Orang Melatah Bersikap Jujur – Noorkhiriah”, Dewan Bahasa, September 2008, halaman 64.

  4. Hal ini demikian kerana tidak ada lagi penutur yang menggunakan bahasa tersebut sekarang, kecuali dirujuk dalam penyelidikan bahasa. S. Nathesan, “Pusara Bahasa”, Pelita Bahasa, Februari 2009, halaman 13.

  5. Hal ini demikian kerana pelajar tersebut mewakili majoriti pemikiran pelajar di Malaysia, yang rata-ratanya tidak mengambil berat tentang pemelajaran Bahasa Melayu. Emmy Hermina Nathasia, “Tak Malukah Bahasa Melayu Tak Bagus?”, Pelita Bahasa, Jun 2008, halaman 4.

  6. Hal ini demikian karena manusia dilahirkan bersama sifat superegonya yang terlalu kuat. Hasan Baseri Budiman, “Ekolalia dan Koprolalia dalam Latah”, Dewan Bahasa, September 2008, halaman 8.

  7. Hal ini demikian kerana dari segi sintaksis, untuk dapat berfungsi sebagai kata sendi dan kata hubung. Ahmad Khair Mohd. Nor, “Fungsi ‘Untuk’ dalam Binaan Ayat”, Pelita Bahasa, Disember 2008, halaman 18.

  8. Sepintas lalu, tampak hal itu tugas yang berat, tetapi jika dilakukan melalui perancangan yang rapi, nescaya usaha tersebut akan berhasil dengan baik. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang banyak di seluruh dunia. Zaitul Azma Zainon Hamzah, “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu”, Pelita Bahasa, Januari 2009, halaman 12.

  9. Hal ini demikian kerana kerjaya ini bukan sahaja menjamin pendapatan yang lumayan, malahan menjanjikan pelbagai cabaran. Siti Hanim Yunus, “Mengenali Kerjaya Jurutera”, Dewan Pelajar, Januari 2009.

  10. Hal ini demikian kerana perkara tersebut bukan sesuatu yang menghairankan oleh sebab amalan kahwin campur yang makin berleluasa ekoran daripada peningkatan dalam taraf pendidikan dan pemodenan yang diterima. Jeniri Amir, “Kembang Nan Layu”, Pelita Bahasa, Februari 2009, halaman 10.

  11. Penggunaan kata kerja transitif memperolehi adalah lewah. Hal ini demikian kerana menurut Kamus Dewan, kata kerja transitif memperoleh bermaksud “mendapat, menerima (mencapai, menemui, dan sebagainya) dengan ikhtiar atau usaha”. Waris Pendeta, “Gunakan Bahasa Melayu dengan Betul”, Pelita Bahasa, Februari 2009, halaman 16.

  12. Pelita Bahasa juga dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang komponen sastera. Hal ini demikian kerana Pelita Bahasa turut mengetengahkan makalah yang berkaitan dengan komponen sastera dalam Bahasa Melayu. Nawi Ismail, “Penolong Guru Bahasa Melayu”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 10.

  13. Majalah itu diterbitkan untuk membantu masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul, termasuk tatabahasa dan ejaan. Hal ini demikian kerana apabila ada pihak yang menegur kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa, yang ditegur sering memberikan alasan bahawa mereka bukannya tidak mahu menggunakan bahasa dengan betul. Armin A. Saleh dan Mohidin Malek, “Cahaya Menerangi Kesamaran Bahasa”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 13.

  14. “Saya agak risau kalau saya tidak mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah. Hal ini demikian kerana saya lemah dalam mengarang,” kata jurutera syarikat pembinaan tempatan, Hisham Abdul Ghafur. Armin A. Saleh dan Mohidin Malek, “Cahaya Menerangi Kesamaran Bahasa”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 15.

  15. Bagi kata cerpen, pawagam, kugiran dan tabika, pandangan yang mengatakan bahawa akronim tersebut terbentuk daripada suku kata awal sejumlah perkataan adalah kurang tepat. Hal ini demikian kerana adakalanya bahagian yang dicantum hanyalah huruf awal kata kedua “ri” dalam kata “cerita”, “ku” merupakan dua huruf awal suku kata pertama “kum” dalam kata “kumpulan” dan “bi” ialah dua huruf awal suku kata pertama “bim” dalam kata “bimbingan”. Kho Tong Eng, “Akronim dan Keperihalannya”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 17.

  16. Akronim dan singkatan merupakan bentuk yang diwujudkan oleh masyarakat untuk memendekkan sesuatu rangkai kata atau nama khas yang panjang. Hal ini demikian kerana bentuk yang pendek lebih mudah diingat atau disebabkan pengguna ingin menggunakan bahasa secara ekonomi. Kho Tong Eng, “Akronim dan Keperihalannya”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 18.

  17. Walaupun pada peringkat kewujudannya unsur FN mengerjakan haji, berbuat baik dan makan suap terdiri daripada KK (mengerjakan, berbuat dan makan), unsur inti sebenarnya ialah KN. Hal ini demikian kerana unsur inti hanyalah pengganti unsur inti asal yang digugurkan. Mohd. Rasid Darham, “Perihal Goreng Pisang dan Cucur Kodok”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 23.

  18. Walaupun pada peringkat kewujudannya unsur inti FN suka duka, rindu dendam dan kasih sayang terdiri daripada KA (suka, rindu dan kasih), unsur inti sebenarnya ialah KN. Hal ini demikian kerana unsur inti hanyalah pengganti unsur inti asal yang digugurkan. Mohd. Rasid Darham, “Perihal Goreng Pisang dan Cucur Kodok”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 24.

  19. Saya hampir tidak dapat berlakon dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Hal ini demikian kerana ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa saya tidak pandai dan fasih berbahasa Melayu. Ritah Yahya, “Bahasa Studio Jalan Ampas”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 29.

  20. Pengetahuan tentang menghasilkan ayat yang gramatis berdasarkan rumus tatabahasa sudah pasti belum cukup. Hal ini demikian kerana pelajar tidak hanya menghasilkan satu ayat atau ayat-ayat yang terpisah maknanya dalam karangan mereka. Zamri Salleh, “Sarana Kohesi dalam Pengajaran Karangan”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 30.

  21. Generasi baharu bukan lagi berminat untuk belajar dan mencuba untuk menggunakan peribahasa. Hal ini demikian kerana ada empat faktor yang menyebabkan mereka tidak berminat untuk menggunakan peribahasa. Luie Elis, “Fungsi Perumpamaan dalam Pertuturan”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 38.

  22. Apabila melangkah keluar dari alam persekolahan dan terlibat dalam dunia pekerjaan, pelajar akan sentiasa memastikan kecemerlangan organisasi pada tahap maksimum. Hal ini demikian kerana ukuran kejayaan sesebuah tamadun dapat dilihat dalam konteks tahap kecemerlangan organisasi yang ada dalam negara tersebut. Abd. Ghani Abu, “Patriotisme Relevan Sepanjang Masa”, Dewan Siswa, Mac 2009, halaman 15.

  23. (a) Hal ini demikian kerana “bapa borek anak rintik”. (b) Hal ini demikian kerana rakan sebaya yang baik dapat memperkenalkan buku yang berunsur moral. Lim Nikkie (SMJK Chong Hwa, Kuala Lumpur), “Membaca Memerdekakan Minda”, Dewan Siswa, Mac 2009, halaman 11.

  24. (a) Hal ini demikian kerana dikatakan rumah yang awal telah dibina oleh masyarakat Bugis yang berhijrah dari pantai barat. (b) Hal ini demikian kerana sesuatu rekaan dan bentuk rumah tradisional mempunyai maksud dan falsafah yang tersendiri. Zaharudin Abu, “Rumah Kita Warisan Kita”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 7.

  25. (a) Hal ini demikian kerana terdapat banyak pelajar yang tidak mampu menggunakan kata dengan tepat. (b) Hal ini demikian kerana semua pelajar akan bersedia sebelum memulakan pembelajaran Bahasa Melayu. Izani Daud, “Sifir Bahasa”, Pelita Bahasa, April 2009, halaman 38 – 39.

  26. Hal ini demikian kerana bidang ini merupakan kombinasi unik yang melibatkan kemahiran analisis dan perniagaan. Abdul Ghani Abu, “Aktuari”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 13.

  27. Hal ini demikian kerana aplikasi multimedia boleh diakses di mana sahaja sama ada secara terus dengan penonton ataupun menerusi sesawang web. Sharkawi Che Din, “Multimedia”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 19.

  28. Hal ini demikian kerana beliau percaya bahawa didikan yang bermula di peringkat sekolah rendah dapat menjamin kewujudan keharmonian negara pada masa hadapan. Abdul Ghani Abu, “Sekolahku: SK Banda Teknologi Kajang”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 50.

  29. (a) Hal ini demikian kerana sosiolinguistik merupakan satu bidang yang paksi ilmunya ialah bahasa yang perlu memerikan keutamaan kepada konteks yang ada dalam masyarakatnya atau yang diiktiraf oleh penutur masyarakat bahasanya, iaitu bahasa Melayu. (b) Hal ini demikian kerana bahasa dan budaya mempunyai stigma yang amat kuat kepada bangsa yang menaunginya. Nuwairi Haji Khaza‘ai, “Bahasa Suara Budaya: Satu Telusuran Sosiolinguistik”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 10.

  30. Hal ini demikian kerana sehingga kini orang sering salah faham tentang budaya Arab yang kadangkala dianggap sinonim dengan agama Islam, atau Islam sinonim dengan budaya Arab. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, “Yang manakah Satu? Kerana Budaya, Terpaut Bahasa?, Kerana Bahasa Terpaut Budaya?”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 15.

  31. Hal ini demikian kerana sejumlah besar penonton GRL terdiri daripada masyarakat Melayu yang rata-ratanya berbahasa Melayu. Mohd. Pauzi Mahmud, “Jangan Rosakkan Bahasa!”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 18.

  32. Hal ini demikian kerana BM memiliki kosa kata dan larasnya tersendiri dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat yang disebut sebagai sosiolinguistik. Azzie AR, “Bahasa Jiwa Bangsa”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 27.

  33. Hal ini demikian kerana di sebalik nama itu ada sejarahnya dan etimologinya. S. Nathesan, “Asal Usul Nama Alor Setar”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 29.

  34. Hal ini demikian kerana Amerika Syarikat dicorakkan oleh kaum pendatang dari Eropah, Afrika dan Asia. Phaosan Jehwae, “Bahasa Melayu sebagai Wahana Kedamaian di Selatan Thai”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 24.

  35. Hal ini demikian kerana perbezaan sosiolinguistik antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran yang agak ketara. Goh Sang Seong, “Mengatasi Fokus Budaya melalui Fahaman Budaya”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 52.

  36. Hal ini demikian kerana kini dialek Patani menerima banyak pengaruh daripada bahasa Thai. Ritah Yahaya dan Nurhamizah Hashim, “Bual Bahasa”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 64.

  37. (a) Hal ini demikian kerana suara manusia itu sendiri sebenarnya ialah muzik vokal tanpa melibatkan alat muzik. (b) Hal ini demikian kerana muzik memfokuskan minda seseorang pelajar itu terhadap bunyi-bunyian dalam kegiatan yang bercorak interaktif di dalam kelas. (halaman 8) Ritah Yahaya, “Muzik, Bahasa dan Manusia”, Dewan Bahasa, Jun 2009, halaman 6 – 8 ).

  38. Hal ini demikian kerana kebanyakan lirik lagu dalam kebanyakan lagu di negara ini dihasilkan secara “sesedap rasa”. Ab. Razak Ab. Karim, “Strategi Mengajar Bahasa melalui Lirik Lagu”, Dewan Bahasa, Jun 2009, halaman 10.

  39. Hal ini demikian kerana subjek ayat ini telah digugurkan dan kata ganti nama diri sepatutnya wujud sebagai subjek. Jyh Ee Sew, “Sintaksis Bahasa Melayu, Satu Tinjauan”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 38.

  40. (1) Hal ini demikian kerana istilah ini digunakan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motosikal kapcai atau skuter. (2) Hal ini demikian kerana semasa memandu motosikal anak-anak muda ini akan berhimpit-himpit untuk mara ke hadapan supaya menang dalam perlumbaan. (3) Hal ini demikian kerana ketekalan sesuatu slanga seperti istilah Mat Rempit banyak bergantung pada penggunanya. S. Nathesan, “Mat Rempit”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 41.

  41. (1) Hal ini demikian kerana bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak sebenarnya telah melalui pelbagai sistem yang amat kompleks walaupun hal tersebut seakan-akan dapat dilakukan oleh kanak-kanak dengan mudah. (2) Hal ini demikian kerana kanak-kanak cenderung terpengaruh dan meniru apa-apa yang didengar daripada golongan dewasa. (3) Hal ini demikian kerana bagi mereka makna, idea, dan fikiran pada prinsipnya tidak dapat diperhatikan. (4) Hal ini demikian kerana unsur-unsur tersebut tidak dapat diukur dan diterangkan. Azizul Ismail, “Kanak-kanak dan Pemerolehan Bahasa”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 42 – 44.

  42. Hal ini demikian kerana bahasa figuratif mampu menghasilkan kesan imaginatif, dengan menghasilkan imej tambahan, menambahkan kesan perasaan, dan cara memusatkan makna yang hendak disampaikan. Jeniri Amir, “Wibawa Ucapan”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 48.

  43. Hal ini demikian kerana ciri utama bagi nama perniagaan Cina ialah unsur tuah, untung. Goh Sang Seong, “Mesej Sosiobudaya dalam Terjemahan Nama Perniagaan Cina”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 56.

  44. Hal ini demikian kerana dalam dialek terangkum sejarah sosial, budaya dan sistem nilai sesebuah masyarakat yang perlu diangkat. Ritah Yahaya dan Nurhamizah Haji Hashim, “Dalam Dialek Terangkum Sejarah Sosial, Budaya dan Sistem Nilai Masyarakat”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 62 – 63.

  45. Hal ini demikian kerana rantau ASEAN dan dunia Islam ketandusan pemimpin yang dikagumi kredibilitinya oleh seluruh dunia. Sivamurugan Pandian, “100 Hari Najib Mentadbir”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 21.

  46. Hal ini demikian kerana golongan muda sentiasa ternanti-nanti perubahan dan pembaharuan dalam PRM. Shahrulnizam Azuddin, “Wajah Baharu Rakan Muda”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 23.

  47. Hal ini demikian kerana mesej yang disampaikan oleh pelukis stensil begitu sinis dan lukisannya kurang nilai estetika berbanding dengan seni grafiti. Muhsin Ramli, Ahmad Muzzamil dan Suria Janib, “Grafiti, Karya Seni atau Vandalisme”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 38.

  48. Hal ini demikian kerana AS dilihat mampu menjamin keselamatan kawasan terbabit melalui kuasa ketenteraannya. Hasil Zalkapli, “Bahang ‘Politik’ di Artik”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 43.

  49. Hal ini demikian kerana beliau sendiri sudah menjangkakan bahawa Real Madrid pasti mengaut keuntungan sekitar £50 juta (RM285 juta) sejurus Ronaldo dan Kaka menyertai kelab gergasi Sepanyol itu hasil daripada penjualan hal siaran televisyen dan juga barangan cenderamata. Wan Fakhrul Wan Bakar, “Kuala Wang di Liga Eropah”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 63.

  50. Hal ini demikian kerana pemahaman yang mendalam tentang aktiviti penterjemahan di sesebuah negara dapat memberikan gambaran yang jelas tentang perkembangan bidang penterjemahan di negara tersebut. Haslina Haroon, “Nasihat Za‘ba dalam Menterjemah”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 8.

  51. (1) Hal ini demikian kerana individu yang mengambil jurusan Pengajian Melayu di universiti di China tidak akan berdepan dengan masalah pekerjaan. (2) Hal ini demikian kerana berdasarkan sejarah perkembangan bahasa Melayu di China, bahasa Melayu dilihat sebagai satu bahasa yang dekat dengan hati budi, jiwa sahabat berbangsa Melayu dan bangsa lain di Malaysia, dan bahasa yang berupaya menjalin persefahaman antara tamadun Melayu *dan China. Hasrina Baharum, “Bahasa Negeri Melaka di China”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 18.

  52. Hal ini demikian kerana bahasa kebangsaan bukanlah untuk kaum Melayu sahaja, tetapi juga untuk kaum Cina, India, Iban, Kadazan, dan kaum lain di Malaysia. Norshahawati Hanafi, “Membangun Semangat Satu Bahasa, Satu Malaysia”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 20.

  53. Hal ini demikian kerana dalam al-Quran, terdapat ayat yang menceritakan taraf yang diberikan kepada bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, dan terdapat ayat yang menjelaskan pembentukan kosa kata dan istilah yang jelas dari segi sebutan dan makna, umpamanya dalam dua *buah ayat seperti yang berikut. Munir Zarirruddin Fikri Nordin, “Al-Quran dan Perancangan Bahasa”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 23.

  54. Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 29, 32, 34, 39, 42, 44, 53, 63, 65, 65, 65. Jumlah Ogos: 16

Hal Itu Dikatakan Demikian kerana dll.

  1. Hal tersebut demikian kerana …. Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 35.

  2. (a) Hal itu dikatakan demikian kerana sejak zaman dahulu lagi …. (b) Hal itu dikatakan demikian kerana perkembangan …. (c) Hal itu dikatakan demikian kerana guru tetap memainkan peranan …. (d) Hal itu dikatakan demikian kerana bukan mudah bagi guru …. Zaitul Azma Zainon Hamzah, “Guru Mutiara Negara”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 10 – 11.

  3. (a) Hal itu dikatakan demikian kerana peranan dan penggunaan pusat sumber banyak bergantung pada bentuk pengajaran yang diambil. (b) Hal itu dikatakan demikian untuk menambah baik sumber dan pusat sumber yang sedia ada. Siti Nur Hidayah Abdullah, “Peranan Pusat Sumber dalam Pengajaran Bahasa”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 34 – 35.

  4. (a) Hal itu dikatakan demikian kerana ketiga-tiga kata itu tidak mendukung semua komponen makna yang sama. (b) Hal itu dikatakan demikian kerana cili merupakan kata kemasukan yang baharu dalam kosa kata bahasa Melayu. S. Nathesan, “Pedasnya!”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 38 – 39.

  5. (a) Hal itu dikatakan demikian kerana setelah negara merdeka hampir 52 tahun, masih ada warga yang tidak mampu berbahasa kebangsaan. (b) Hal ini dikatakan demikian kerana generasi muda kini amat tertarik kepada sesuatu yang berasaskan komputer. Armin Azhari Saleh, “Bahasa dan Satu Malaysia”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 3.

  6. Hal itu dikatakan demikian kerana peranan guru masih kekal dan terlalu istimewa di dalam kelas bahasa. (2) Hal itu dikatakan demikian kerana mereka berpeluang melakukan latihan dan seterusnya membentuk kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi. Zaitul Azma Zainon Hamzah, “Bahasa Lestari Pelajar Bestari”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 10 – 11.

  7. Hal itu dikatakan demikian kerana watak ialah pelaku yang memainkan peranan penting untuk menyampaikan sesebuah cerita. Munsyi Sastera, “Cabaran Watak Sampingan dalam Putera Gunung Tahan”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 30.

  8. (1) Hal itu dikatakan demikian kerana prestij yang ada pada bahasa Inggeris selaku bahasa antarabangsa/dunia, berbanding dengan bahasa Melayu, bukan sahaja akan menyaingi bahasa Melayu, tetapi juga akan meranapkan imejnya. (2) Hal itu dikatakan demikian, antaranya, kerana status yang bakal diperoleh dengan melibatkan diri dengan bahasa Melayu, dari segi linguistik dan budaya, tidak sebesar dan sehebat yang akan diperoleh daripada penglibatan dengan bahasa Inggeris. Teo Kok Seong, “Cara Merawat Bahasa yang Sakit”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 13 - 14.

  9. Hal ini dikatakan demikian kerana kata nama yang menjadi inti frasa nama yang diikuti penerang kata kerja atau kata adjektif telah digugurkan dalam struktur permukaan ayat tersebut. Kho Thong Eng, “Perihal Pengguguran dalam Ayat”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 17.

  10. Hal itu dikatakan demikian kerana papan tanda trafik memuatkan banyak jenis ayat, seperti ayat penyata dan ayat perintah. S. Nathesan, “Belajar Bahasa dengan Papan Tanda Trafik”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 34.

  11. Hal itu dikatakan demikian kerana seni kata dalam lagu secara amnya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. La Hami Ahmad, “Tahniah, Pelita Bahasa!”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 4.

  12. (1) Hal itu dikatakan demikian kerana dewasa ini telah diterima umum bahawa “menuturkan bahasa orang lain” melibatkan lebih daripada sekadar pertimbangan linguistik. (2) Hal itu dikatakan demikian kerana penterjemahan mampu mempromosikan pengajian Malaysia atau Melayu di luar negara, sekali gus membolehkan masyarakat antarabangsa lebih memahami bangsa dan negara Malaysia, selain memaklumatkan penduduk negara ini tentang masyarakat luar negara. Abang Patdeli Abang Muhi, ‘Penterjemahan Mengembangkan Bahasa Melayu”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 9 – 10.

  13. Hal itu dikatakan demikian kerana perkara yang sedia maklum dalam situasi perbualan tersebut telah digugurkan. Kho Tong Eng, “Yang Indah Itu Kepelbagaian”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 16.

  14. Hal itu dikatakan demikian kerana bunga-bungaan tersebut sebagai gambaran alam flora *yang begitu dekat di hati masyarakat Melayu. Mohd. Nazeli Ahmad, “Bunga dalam Pantun Melayu”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 27.

  15. (1) Hal itu dikatakan demikian kerana sekiranya mereka datang ke Malaysia dari China atau India dan tidak mahir bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, alternatif yang terbaik adalah dengan menggunakan bahasa ibundanya. (2) Hal itu dikatakan demikian kerana ada orang di sesetengah negara yang mengagungkan bahasa mereka berbanding dengan bahasa asing. Muhamad Rafiq, “Bahasa Melayu Medium Penyatuan Bangsa”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 29.

  16. Hal itu dikatakan demikian kerana fungsi komputer kini bukan lagi khusus untuk keperluan pejabat, tetapi juga untuk keperluan lain yang tidak terbatas, mencakup keperluan keluarga. Mohd. Fauzi Mahmad, “Kejayaan dalam Peperiksaan”, Pelita Bahasa, Ogos 20098,halaman 32.

  17. (1) Hal itu dikatakan demikian kerana guru berperanan sebagai agen transformasi dalam dunia pendidikan. (2) Hal itu dikatakan demikian kerana di samping keberkesanan pores pengajaran dan pemelajaran yang dijalankan, guru dapat mencungkil dan mengembangkan kecerdasan yang ada dalam diri setiap pelajar. Rozinah Ramli, “Lapan Kecerdasan untuk Melahirkan Pelajar Cemerlang”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 38 – 40.

17 Februari 2009

Sepuluh Perkataan/Ungkapan Berlabel "bp"

Dalam pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ada tercatat perenggan yang berikut:

“Pemasukan kata yang berbentuk slanga dan bahasa percakapan yang lain ke dalam Kamus Dewan memanglah sesuai dengan ciri kamus ini sebagai sebuah kamus umum. Walau bagaimanapun, seperti edisinya yang terdahulu, kata yang sedemikian diberikan label bp sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata yang berkenaan sesuai dengan konteksnya. Maknanya, kata yang berlabel bp tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi, tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi, seperti di kedai kopi, di rumah, atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya.” (halaman xv)

Di bawah ini terdapat sepuluh perkataan atau ungkapan yang diberi label bp oleh Kamus Dewan. Perkataan atau ungkapan yang berkenaan dihitamtebalkan dalam ayat contoh yang di bawah. Perkataan atau ungkapan gantinya diberikan dalam kurungan selepas ayat contoh itu.

1. Dia pukul gambar dengan saya. (bergambar)
2. Fasha sedang melepas. (buang air besar)
3. Haram, Zamri memang tidak menyedari perkara itu. (Sungguh-sungguh)
4. Kedai itu sudah memulakan jualan dengan harga gila. (harga yang terlalu murah/mahal)
5. Kami mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu. (selamat berangkat, selamat pergi)
6. Kita orang akan pergi ke Tawau minggu hadapan. (Kami)
7. Dia pemarah tapi hatinya baik. (tetapi)
8. Tuan tidak membagi saya balik ke kampung. (mengizinkan)
9. Apabila makan dekat restoran, dia menggunakan sudu dan garpu. (di)
10. Jangan hendak tunjuk taiming dan keras kepala. (sombong)