Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
16 Julai 2011
Kaedah Pembelajaran Koperatif 5 - Jigsaw Puzzle
Jigsaw ialah kata nama yang bermaksud gergaji jig, iaitu gergaji yang digunakan untuk menghasilkan tebukan berlengkung-lengkung pada kayu, plastik dan keping-keping logam. Daripada perkataan jigsaw terbit ungkapan jigsaw puzzle, iaitu sejenis permainan.
Bahan permainan itu ialah sekeping gambar daripada kad tebal yang dipotong berkeping-keping dan berlengkung-lengkung. Kepingan yang berlengkung-lengkung itu dicampuradukkan. Pemain menyusun kepingan itu untuk menjadi gambar. Usaha untuk menyusun kepingan itu rumit tetapi mengasyikkan.
Dalam struktur pembelajaran koperatif (SPK) terdapat juga jigsaw puzzle. Cirinya seakan-akan permainan itu tetapi bahan dan pelaksanaannya tersendiri. Bahan yang lazim digunakan ialah wacana bercetak. Penggunaan bahan digital digalakkan.
Katakan kita hendak mengajarkan tajuk “Ikan Air Tawar”. Dalam sesi itu kita bercadang untuk mengetengahkan empat jenis ikan, iaitu arapaima, kelah, puyu dan belut. Katakan pula murid kita 20 orang. Kita bentuk lima kumpulan seperti dalam rajah 1. Kumpulan ini ialah kumpulan asal dan kita namakan Kumpulan Adil, Kumpulan Bersih, Kumpulan Cinta, Kumpulan Damai dan Kumpulan Elok. Dalam kumpulan asal, pelajar nombor satu menerima wacana “Arapaima”, pelajar nombor dua menerima wacana “Kelah”, pelajar nombor tiga menerima wacana “Puyu” dan pelajar nombor empat menerima wacana “Belut”.
Kemudian, seperti yang digambarkan dalam rajah 2, pelajar membentuk empat kumpulan. Mereka membaca dan memahami wacana itu. Mereka boleh merujuk bahan sokongan seperti kamus, buku glosari dan ensiklopedia, sama ada yang terpasang pada komputer riba atau secara dalam talian. Mereka memproses dan “menghadam” maklumat dalam wacana, daripada bahan sokongan dan hasil perbincangan. Akhirnya mereka arif atau menjadi pakar tajuk itu.
Setelah menjadi pakar arapaima, pakar kelah, pakar puyu atau pakar belut, mereka kembali membentuk kumpulan asal. Rajah 3 menggambarkan hal ini. Mula-mula pakar arapaima menyampaikan maklumat kepakarannya kepada tiga orang rakannya. Rakan-rakannya perlu mengemukakan pertanyaan. Pakar arapaima hendaklah menjawab pertanyaan itu dengan menyerlahkan keterampilannya sebagai pakar. Seterusnya, pakar kelah pula menjadi penyampai, diikuti oleh pakar puyu dan akhirnya pakar belut.
Setiap kumpulan asal yang sudah berkongsi kepakaran itu hendaklah membuat rumusan dan refleksi. Refleksi wajar menyerlahkan nilai murni. Pensyarah atau guru yang bertindak sebagai fasilitator kemudiannya bolehlah mengedarkan senarai rujukan dan bahan bercetak dan/atau digital.
Tambahan
Guru, khususnya guru kawakan, memang bijak dan banyak idea. Mereka yang bijak itu terus berlumba-lumba menghimpun kebijaksanaan dengan meningkatkan kelayakan akademik dan profesionalisme. Universiti membuka peluang kepada mereka untuk memperoleh ijazah. Institut pendidikan guru dan jabatan pendidikan negeri pula menawarkan kursus peningkatan profesionalisme.
Ada antara guru kawakan bijak yang banyak idea itu suka mengusik pensyarah, khususnya wanita muda dan comel. Ada pensyarah wanita muda comel itu berasa kurang selesa ketika bersyarah. Cubalah SPK, khususnya jigsaw puzzle. Rasa-rasanya guru kawakan bijak yang banyak idea itu akan menjadi kumpulan pakar yang sibuk. Rasa-rasanyalah, mereka kesuntukan masa. Jadi, tiada lagi renung-renungan, apalagi lagi pertanyaan yang bernada usikan. Pakar tentulah serius!
Wallahuaklam. Wassalam.
13 Julai 2011
Konsep Pembelajaran Koperatif
Kaedah Pembelajaran Koperatif: Catatan Permulaan, 24 Januari 2009
Kaedah Pembelajaran Koperatif Meningkatkan Keseronokan Belajar, 12 Julai 2011
Pada alaf ini berlaku perubahan yang pesat dalam sistem ekonomi dan demografi dunia. Kita berhadapan dengan ekonomi yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Jadi, sekolah perlu menyediakan pelajar untuk mengambil bahagian dalam perubahan itu.
12 Julai 2011
Kaedah Pembelajaran Koperatif Meningkatkan Keseronokan Belajar
1. Tertib Mengarang untuk Penulis Blog dan E-Grup,14 Januari 2009
2. Panduan Praktikum Sekolah Rendah, 3 Februari 2009
3. Keranda 52: Bahasa Kita, Air Mata dan Maruah Kita, 7 Februari 2009
4. Merokok: Makruh atau Haram? 6 Jun 2009
5. Ilmu Mengarang Melayu, 24 Februari 2011
6. Beberapa Sisi Masyarakat dan Alam Sabah Pra dan Pascaperang, 25 Februari 2011
7. Rumah Limas Rumah Pusaka: Arkib Tiga Buah Negeri, 3 Mac 2011
8. Perpaduan Nasional dalam Novel Orang Malaya, 11 Julai 2011
9. Tuntunan Bahasa: Kita Tidak Memerlukan Bentuk “Ianya”, 12 Julai 2011
Tajuk Buku: Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah
Penulis: Dr. Ismail Said
Penerbit: Karisma, Shah Alam
Tahun: 2009
Halaman: 102
Harga: RM15.00
Pengulas: Mohd Isa Abd Razak
Sebagai kanak-kanak, murid sekolah rendah memang mementingkan keseronokan. Mereka memperoleh keseronokan itu dengan cara bermain. Tidak hairanlah apabila kita dapati ada murid bermain semasa belajar. Guru sekolah rendah, terutamanya guru bahasa Melayu memang menyedari hal ini. Oleh itu, mereka berusaha menggunakan teknik yang memungkinkan anak didik mereka berasa seronok belajar. Teknik itu ada yang memang bernama permainan seperti permainan bahasa. Ada pula teknik berasaskan permainan atau ada unsur permainan seperti lakonan spontan, kerusi panas dan simulasi.
27 Januari 2009
Refleksi Kaedah Pembelajaran Koperatif
Oleh Mohd Isa bin Abd Razak
Selepas interaksi berakhir, saya kembali ke pejabat dan terus mengakses e-mel yang mengandungi refleksi pelajar. Hanya empat kelompok berjaya mengirim refleksi kepada e-grup. Refleksi kumpulan dua masih belum diterima. Mungkin mereka sudah menyiapkan refleksi tetapi ada masalah teknikal dari segi penghantaran kepada e-grup.
Sari refleksi pelajar adalah seperti yang di bawah.
Kelompok 1 yang diketuai oleh Iffah Syamimi menulis, “Kumpulan kami mendapat perkataan bulan. Kami memberikan beberapa makna yang tersirat dan tersurat. Kami mendapati sesuatu perkataan mempunyai banyak makna. Kita dapat memberi makna sesuatu perkataan melalui intuisi iaitu naluri diri. Selepas itu kami bertukar-tukar pendapat dengan ahli kumpulan lain. Kami menerima beberapa komen positif daripada rakan-rakan kami.”
Kelompok 3 yang diketuai oleh Jamilah Amir menyatakan bahawa mereka berasa seronok kerana dapat bertukar pendapat dengan ahli kumpulan yang lain. Kini mereka menyedari bahawa sesuatu perkataan tidak hanya membawa satu makna, tetapi luas maknanya. Ahli kelompok 3 ini, Wong Shau Foon, berkata, dia dapat menerokai makna lima patah perkataan (buku, ayam, batu, kayu, bulan) dengan lebih mendalam. Dia berasa seronok mempelajari bahasa Melayu dan berasa bertuah kerana dapat mengomen hasil kerja rakan-rakannya.
Kelompok 4 yang diketuai oleh Iffahzuleha mendapati satu perkataan mempunyai banyak makna yang tersirat dan tersurat. Makna sesuatu perkataan tidak semestinya terdapat dalam kamus.
Kelompok 5 yang diketuai oleh Reccyka menyatakan mereka sungguh gembira menjalankan aktiviti yang disediakan. Menurut mereka, mengomen hasil kerja kelompok lain juga merupakan aktiviti yang sangat menarik. “Kami memberi komen bukan untuk melemahkan semangat kawan tetapi untuk memberi semangat kepada rakan-rakan yang lain,” kata mereka. Mereka berharap aktiviti seperti yang dilaksanakan semasa interaksi kelima itu dapat diteruskan.
Refleksi mereka padat dan bernas. Walaupun pada interaksi ini baru kali kedua mereka menulis refleksi hasil interaksi dengan saya, walaupun masa yang diperuntukkan sedikit, mereka tetap dapat melakukan refleksi yang sangat bermakna pada diri saya.
Saya berasa puas dapat menggunakan struktur pembelajaran koperatif dalam interaksi saya. Saya berasa puas dapat menyaksikan pelajar-pelajar saya asyik membaca e-mel dari e-grup. Saya berasa puas dapat menggalakkan mereka menggunakan kamus elektronik.
Seperti interaksi-interaksi sebelum ini, tiada tingkah laku lencongan semasa sesi pembelajaran di bilik kuliah mahupun di makmal komputer. Tiada pelajar yang mempersoalkan mengapa aktiviti itu dinamakan meja bulat sedangkan meja yang digunakan ialah meja segi empat.
Penutup
Ketika merancang interaksi kelima ini saya ada memikirkan keperluan arahan bertulis untuk menjadi panduan pelajar semasa beraktiviti di makmal komputer. Sayangnya, saya kesuntukan masa untuk mengolah draf bahan itu agar lebih kemas. Jadi saya hanya dapat memberikan arahan lisan untuk aktiviti di makmal komputer. Saya akan berusaha menyediakan arahan bertulis dalam sesi interaksi yang akan datang.
Selain itu saya juga perlu mencipta borang refleksi. Saya percaya, penggunaan borang refleksi akan memudahkan pelajar mencatat refleksi secara lebih menyeluruh dan mendalam. Soalan-soalan yang disediakan dalam borang itu dapat membantu pelajar melakukan penilaian kendiri. Setakat ini refleksi mereka bersifat umum.
Saya yakin bahawa institut bukan sekadar melahirkan pelajar yang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Institut perlu menyediakan mereka dengan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran sosial.
Berbanding dengan organisasi bilik kuliah biasa yang mementingkan unsur individualistik dan pertandingan, amalan pembelajaran koperatif bukan sahaja bertumpu pada aktiviti kelompok bahkan berasaskan aktiviti yang mudah tetapi bermakna. mereka.
SPK Meja Bulat
Oleh Mohd. Isa bin Abd. Razak
Induksi Set



Saya menayangkan slaid keempat yang mengandungi makna “pakej” dan “cair” yang dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Perbincangan meleret-leret apabila seorang pelajar menyatakan “pakej” ialah pelbagai jenis penyakit yang dihidapi dalam satu masa, khususnya oleh orang berada atau orang yang sudah berumur. 
Akhirnya soalan keempat saya kemukakan, “Apakah maka keseluruhan perkataan ini?” Rumusan jawapan pelajar ialah makna kedua-dua patah perkataan itu sudah melampaui makna yang terdapat dalam kamus. Dengan perkataan lain, maknanya perkataan-perkataan itu sudah diperluas. Hal ini amat berkaitan dengan “Hubungan Perkataan dari Segi Makna” yang dipelajari hari ini.
Pelaksanaan SPK Meja Bulat
Seterusnya diadakan sesi meja bulat. Saya meminta pelajar berada dalam kelompok tetap yang telah diwujudkan. Setiap kelompok diberi kertas tugasan dan empat batang pen penanda yang berbeza warnanya. Kertas tugasan itu ialah kertas mahjong yang sudah dipotong dua. Di belakang kertas tugasan itu tercatat sepatah perkataan sama ada batu, ayam, kayu, bulan, atau buku.Setiap kelompok dikehendaki mencatatkan makna perkataan itu. Mereka bebas menggunakan perkataan, frasa atau ayat. Mereka juga boleh menggunakan grafik seperti peta minda dan carta alir. Mereka boleh merujuk cakera padat Kamus Dewan Edisi Ketiga yang terpasang di komputer riba saya.
Ketua kelompok memulakan catatan diikuti oleh anggota lain secara bergilir-gilir. Setiap anggota boleh menambah respons yang tercatat di atas kertas itu. Akhirnya, anggota kelompok bersama-sama membuat rumusan. Rumusan boleh mengandungi sepatah perkataan, satu frasa atau satu ayat. Aktiviti ini hanya tamat apabila semua anggota akur dengan rumusan yang diperoleh.
Semasa aktiviti meja bulat ini berlangsung, keadaan kelas agak bising. Ada hilai tawa daripada kelompok satu. Seorang anggota kelompok lima menegur anggota kelompok satu dan meminta mereka mengurangkan kebisingan. Saya menyatakan mereka boleh bising dan ketawa secara terkawal semasa beraktiviti. Keseronokan memang sebahagian dariada keistimewaan aktiviti ini. Yang dilarang ialah bercakap-cakap ketika saya menyampaikan maklumat lisan di hadapan kelas.
Kepantasan melaksanakan aktiviti berbeza-beza antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Saya menunggu semua kelompok menyiapkan tugasan itu. Akhirnya semua kelompok berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh lebih kurang 10 minit. Saya memberikan peneguhan kepada meraka kerana hasil kerja mereka mencapai objektif yang saya tetapkan.
Ralat: miliki dalam slaid 2 sepatutnya memiliki.
SPK Kembara Galeri
Dari semasa ke semasa, saya memberikan isyarat agar kelompok bergerak ke meja seterusnya. Mereka bergerak mengikut pusingan jarum jam. Ada beberapa orang pelajar semacam ingin “melekat” pada meja yang dilawati. Setelah setiap kompok berada di meja masing-masing mereka diberi masa membaca catatan/komen pelawat.
Sesi ini memakan masa lebih kurang 10 minit. Saya memberikan peneguhan atas kejayaan mereka melaksanakan aktiviti meja bulat dan kembara galeri dengan berkesan dan pantas.
Seterusnya nota semantik “Hubungan Perkataan dari Segi Makna” yang mengandungi subtajuk “Segi Tiga Semiotik” dan “Nama, Benda dan Maksud” diedarkan. Mereka diberi peluang membaca nota itu dan mengemukakan pertanyaan kepada saya.
Setelah beberapa minit, oleh sebab tiada pertanyaan, saya mendapatkan perhatian mereka dan menyatakan bahawa arahan tentang perkara yang perlu dilakukan di makmal komputer saya berikan di kelas ini, bukan di makmal komputer. Saya menyatakan kepada mereka, jika arahan diberikan di makmal komputer, mereka kurang memberikan perhatian. Di makmal komputer nanti mereka mesti berada bersebelahan dengan ahli kelompok masing-masing.
Dalam kelompok masing-masing mereka perlu menyediakan refleksi pembelajaran hari ini. Refleksi itu mesti dihantar kepada e-grup sebelum interaksi tamat. Jika ada masa lagi, mereka perlu membaca semua mesej berkaitan dengan semantik yang telah saya kirimkan. Jika masih ada masa, mereka dikehendaki mengemas kini peti mel masing-masing dan kemudian menggunakan arkib e-grup.
26 Januari 2009
SPK Lakarkan Saya (2)
Oleh Mohd Isa bin Abd Razak
guan hanya berlaku pada subsesi pertama. Dua kelompok memberikan respons ringkas. Mereka menyatakan aktiviti dalam subsesi pertama berkaitan dengan medan makna sepatah perkataan. Aktiviti dalam subsesi kedua pula berkaitan dengan medan makna dua patah perkataan. Kedua-dua aktiviti itu relevan dengan tajuk pelajaran dan nota yang diedarkan. Itulah pandangan mereka.
Dengan perkataan lain, strategi ini dapat membantu guru membentuk murid agar menjadi insan simbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi sebagaimana yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara keseluruhan pula, strategi ini berupaya menyuburkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Perpaduan ialah hala tuju sistem pendidikan negara kita.
SPK Lakarkan Saya (1)
Kelompok-kelompok itu saya bentuk berdasarkan empat kriteria. Kriteria pertama ialah prestasi mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Petunjuk prestasi dikira berdasarkan jumlah gred A1 dan A2. Setiap kelompok mempunyai anggota yang mendapat lima hingga tujuh A1 dan A2 dalam SPM.
Kriteria kedua ialah kemahiran dalam tulisan Jawi berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan pada masa interaksi pertama. Setiap kelompok mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang sangat mahir dalam tulisan Jawi dan seorang yang buta Jawi. Kriteria kedua ini penting kerana kelompok ini akan terus wujud pada semester hadapan, sekurang-kuangnya semasa pembelajaran tulisan Jawi.
Seterusnya, mereka memilih ketua kelompok masing-masing. Sesi suai kenal yang asas tidak diperlukan lagi kerana mereka sedia kenal-mengenali dalam tempoh hampir dua bulan, termasuk mengalami sesi khas semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baharu.
Walau bagaimanapun, saya ada memikirkan bahawa sesi berkenalan secara lebih lanjut perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Antara aktiviti yang dapat mencapai tujuan itu ialah selingan (yang dapat menyerlahkan peribadi), brain breaks dan muat naik fail profil ke laman e-grup Grup_PM.
menjadi pembantu fasilitator.Langkah kedua ialah pelaksanaan SPK lakarkan saya yang dirancang dapat disempurnakan dalam tempoh 10 minit. Seorang anggota (dinamakan pelajar 1) dalam setiap pasangan datang ke hadapan untuk mengambil kad grafik 1 (Rajah 2) dan kertas A4.
Akhirnya pusingan pertama selesai. Kad grafik 1 dikutip oleh pembantu fasilitator. Semua pelajar 2 menyerahkan lakaran kepada fasilitator. Hasil kerja mereka menunjukkan objektif subsesi ini tercapai.
Langkah ketiga saya anggap sebagai aktiviti lanjutan dan dirancang menggunakan masa lima minit. Nota “Medan Makna” diedarkan kepada semua pelajar. Dalam kelompok masing-masing, pelajar membaca nota secara bersendirian. Kemudian mereka berbincang sesama sendiri tentang kaitan kandungan nota dengan aktiviti yang telah dialami. Mereka dikehendaki mencatat butiran perbincangan. Catatan itu perlu dihantar kepada e-grup Grup_PM.
25 Januari 2009
SPK di Dalam dan di Luar Bulatan
Oleh Mohd Isa bin Abd Razak
Pendahuluan
Saya sudah berinteraksi sebanyak tiga kali dengan kumpulan ini. Saya mendapati mereka cerdik, mendengar kata, dan berkemampuan menghadapi gaya pembelajaran yang mencabar. Keadaan ini mendorong saya mencuba kaedah pembelajaran koperatif sepenuhnya semasa interaksi keempat.
Interaksi keempat ada dua jam. Saya membahagikan interaksi ini kepada dua sesi, iaitu satu jam setiap sesi.
Dalam sesi pertama saya menggunakan struktur pembelajaran koperatif (SPK) di dalam dan di luar bulatan. Sesi ini bertujuan mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap konsep semantik yang dipelajari dalam interaksi kedua dan empat teori semantik yang dipelajari dalam interaksi ketiga.
Dalam sesi kedua, saya mendedahkan tajuk baharu, iaitu “Medan Makna”. Saya menggunakan SPK lakarkan saya.
Catatan Pelaksanaan SPK di Dalam dan di Luar Bulatan
Induksi set sesi ini ialah paparan melalui LCD wajah empat orang remaja. Beberapa orang pelajar menyatakan makna gambar itu. Saya (fasilitator) mengemukakan beberapa soalan. Kemudian fasilitator mengaitkan jawapan pelajar dengan keluasan makna.
Seterusnya beberapa orang pelajar menyatakan makna “bunga seroja”. Berlaku soal jawab antara fasilitator dengan pelajar tentang keluasan dan pertambahan makna bagi sesuatu perkataan seperti bunga seroja dan bunga raya. Pelaksanaan induksi set menggunakan masa lima minit.
Langkah pertama dirancangkan menggunakan masa 10 minit. Langkah ini merupakan sesi persediaan untuk SPK di dalam di luar bulatan. Fasilitator memberitahu pelajar bahawa aktiviti pengukuhan untuk konsep semantik dan empat teori semantik akan diadakan di luar bilik darjah. Oleh sebab aktiviti pengukuhan itu ialah sejenis ujian, mereka diberi masa lima minit untuk membaca nota. Mereka hendaklah berusaha mengingat fakta-fakta penting.
Ada tanda kehairanan pada wajah pelajar. Seorang pelajar bertanya sama ada ujian itu ada markah atau tidak. Fasilitator menyatakan bahawa sesuatu ujian tidak semestinya ada markah. Apabila selesai membaca nota, fasilitator memuji kepantasan mereka membaca. Mu
ngkin juga mereka sudah membaca nota itu bekali-kali sebelum sesi pelajaran ini.
Dalam keadaan berdiri berpasangan, arahan membentuk dua bulatan diberikan dengan bantuan rajah yang dipaparkan melalui LCD (Rajah1A, 1B dan 1C). Fasilitator memberitahu pelajar prosedur yang akan mereka alami. Fasilitator juga memberi mereka peluang untuk mengemukakan soalan.
Setelah berpuas hati bahawa mereka faham akan arahan fasilitator dan tiada lagi soalan yang dikemukakan, seorang anggota daripada setiap pasangan keluar dari bilik kuliah dan membentuk bulatan kecil. Bulatan itu dinamakan bulatan di dalam.
Setelah bulatan pertama terbentuk, anggota pasangan yang seorang lagi membentuk bulatan kedua di belakang pasangan mereka. Bulatan ini dinamakan bulatan di luar. Kedudukan mereka adalah seperti dalam Rajah 1A.
Aktiviti membentuk dua bulatan ini termasuk dalam langkah kedua yang dirancang menggunakan masa 20 minit dan dilakukan di luar bilik kuliah. Seorang pelajar wanita yang tidak mempunyai pasangan menjadi pembantu fasilitator.
Fasilitator menegaskan prosedur yang akan mereka alami. Pelajar dalam bulatan di dalam akan diberi kad soalan 1. Pemegang kad soalan dinamakan penyoal. Penyoal hendaklah mengemukakan soalan kepada pasangannya.
Pelajar yang akan memberikan jawapan dinamakan penjawab. Penjawab hendaklah men
jawab soalan itu. Penyoal hendaklah memberikan pengukuhan bukan lisan kepada penjawab semasa dia menjawab dan pengukuhan lisan dan bukan lisan setelah dia selesai memberikan jawapan. Mereka diberi peluang mengemukakan soalan.
Apabila mereka bersedia, pembantu fasilitator mengedarkan kad soalan 1 kepada pelajar dalam bulatan 1 (penyoal). Pusingan pertama dimulakan.
Proses yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Dalam masa kurang daripada tiga minit pusingan pertama selesai. Fasilitator memberikan peneguhan lisan atas kerjasama dan kejayaan mereka.
Pada masa yang sama, pembantu fasilitator mengutip kad soalan 1 sambil memberikan kad soalan 2 kepada pelajar yang membentuk bulatan di luar. Pusingan kedua (Rajah 1B) berjalan lancar dan diikuti pusingan ketiga (Rajah 1C) yang juga berjalan licin. Masa yang digunakan lebih kurang 12 minit.
Langkah ketiga dirancangkan menggunakan masa tujuh minit dan dilangsungkan di dalam bilik kuliah. Langkah ini berupa sesi rumusan dan refleksi. Dua orang pelajar diminta member
ikan faedah aktiviti tadi. Dua orang pelajar yang lain mengemukakan komen (perasaan, keistimewaan, perjalanan aktiviti).
Fasilitator mengemukakan soalan bonus: Apakah anda fikir hanya ada empat teori semantik sahaja? Sila beri sebab terhadap pendirian anda.
Penutup, sekali gus sesi rehat minda (brain breaks), dirancang lima minit. Seni kata lagu “Seroja” ditayangkan melalui LCD. Fasilitator menyanyikan sebahagian daripada lagu itu. Kemudian seorang pelajar lelaki mengetuai rakan-rakannya menyanyikan lagu itu.
Catatan Selepas Pelaksanaan SPK di Dalam dan di Luar Bulatan
Penggunaan masa sesi ini ialah 55 minit. Jikalau persediaan dilakukan lebih rapi, aktiviti seperti ini dijangka dapat disempurnakan dalam masa kurang daripada 50 minit. Jadi rehat antara sesi dapat diadakan.
Pelaksanaan aktiviti di dalam dan di luar bulatan ini lancar. Saya menghormati pilihan pelajar untuk mengadakan aktiviti di kawasan redup walaupun kawasan itu agak sempit. Pelajar terpaksa berdiri rapat dengan rakan-rakannya. Akibatnya mereka kurang selesa memberikan jawapan kerana dapat didengar oleh rakan-rakan di sebelah-menyebelah mereka. Kekurangan ini perlu diberi perhatian jikalau aktiviti seperti ini diadakan lagi.
Pelajar menyatakan mereka dapat melakukan ulang kaji melalui aktiviti ini. Kefahaman mereka terhadap teori semantik meningkat. Ini bermakna matlamat saya untuk melakukan ulang kaji dalam bentuk aktiviti tercapai.
Namun, pelajar menganggap ada juga kelemahannya, iaitu mereka tidak pasti sama ada jawapan yang diberi itu betul atau salah. Kelemahan ini ditampung dengan perbincangan di e-grup.
Pelajar menyatakan mereka berasa seronok mengikuti aktiviti ini. Seorang pelajar wanita berkata, dia akan cuba menggunakan aktiviti ini apabila menjadi guru nanti.
Saya berterima kasih kepada mereka kerana mematuhi arahan saya. Sebenarnya, sebelum aktiviti bermula saya berasa cemas juga takut-takut pelajar kurang mengendahkan arahan saya.