Memaparkan catatan dengan label Pedoman - MIR (JPEG). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pedoman - MIR (JPEG). Papar semua catatan

19 Disember 2012

Kembalikan Huruf ĕ

Citra yang di atas dapatan tinjauan mudah yang saya lakukan melalui blog ini pada tahun 2011. Keputusannya, 80% pengguna bahasa Melayu mengatakan bahawa pengembalian huruf ĕ kepada sistem ejaan Rumi kini adalah wajar.

09 Julai 2012

Jawi: Vokal Alif

Pedoman Bahasa (JPEG) 097, Jawi: Vokal Alif




 
  

01 Julai 2012

Huruf Jawi: Ye

Pedoman Bahasa (JPEG) 096, Jawi: Huruf Ye

Abjad Jawi terdiri daripada tiga puluh huruf Arab (yang sudah dimelayukan) dan tujuh huruf ciptaan orang Melayu. Lima huruf ciptaan itu ialah ca, nga, pa, ga dan nya sudah wujud sejak abad keempat belas Masehi. Dua huruf lagi, iaitu va dan ye dicipta pada abad kedua puluh. Huruf va dicipta dalam Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu pada tahun 1984. Huruf ye akan kita bincangkan dalam perenggan-perenggan seterusnya.

06 Mei 2012

Wawancara Sofa Putih ITBM: Bahasa Kita, Tanggungjawab Kita


Pedoman Bahasa (JPEG) 094. Dr. Haji Awang Sariyan, 5 Mei 2012.
Saya beruntung kerana hadir dalam rancangan Wawancara Sofa Putih di Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) pada pukul 3.00 petang, 5 Mei 2012. Panel forum anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Haji Awang Sariyan dan Pejuang Bahasa Melayu, Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan.

03 Mei 2012

Jangan Berhujah dengan Si Tolol

Pedoman Bahasa (JPEG) 093. Prof. Abdullah, 30 Mei 2012.
Kiriman asal.

“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.” Al-Furqan: 63.

Faslin Syarina Salim: Imam Syafie juga tidak berdebat dengan orang bodoh. Daripada biografi beliau, saya kongsikan kata-katanya, “Jikalau orang bodoh berbicara, jangan kaujawab. Jawapan terbaik adalah diam. Jikalau kauajak dia berbicara, bererti engkau melapangkan laluannya, Tetapi, jikalau kaubiarkan, dia binasa; maka dia akan mati (akal).”

25 April 2012

Kamus Teman Setia Kita

Pedoman Bahasa (JPEG) 092. Kembara Bahasa, 20 April 2012.

24 April 2012

Tuntunan Bahasa: Pendingin Hawa


Pedoman Bahasa (JPEG) 091. Kembara Bahasa, 20 April 2012.
Pandangan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP)

Soalan
: Seorang guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa ungkapan “pendingin hawa” salah. Menurutnya, ungkapan yang betul ialah “penyaman udara”. Katanya, “pendingin hawa” istilah lama, “penyaman udara” istilah baharu. Apakah pendirian KNDBP?

Jawapan: Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. 2 Mei 2012.

Sebutan Baku: DBP Menunaikan Amanah

Pedoman Bahasa (JPEG) 090. Kembara Bahasa, 23 April 2012.

06 April 2012

Agar Keunggulanmu Terpelihara


Pedoman Bahasa (JPEG) 089. Kumpulan Kembara Bahasa, 5 April 2012.
….

Akan kuracun gerombolan anai-anai
yang memakan dinding dan lantai
akan kubunuh lipan dan kala
yang cuba menyengat bisa
agar keunggulanmu terpelihara
di mata anak cucu kita.

….

“Puisi Bahasa” oleh Rosnani Ahmad, klik.

02 April 2012

Bahasa Melayu Mahawangsa

Pedoman Bahasa (JPEG) 088. Bahasa Melayu Mahawangsa.

"Adapun Melayu Mahawangsa itu ialah bangsa Melayu besar yang jiwanya menyatu dan tidak menyempitkan diri semata-mata atas dasar batas geopolitik yang telah secara artifisial dirangka oleh penjajah. Asas pengikat penyatuan Melayu Mahawangsa pada zaman Kesultanan Melayu di seluruh Kepulauan Melayu sejak dahulu ialah akidah dan bahasa Melayu. Kembalilah kita ke akar kita." Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa, Kumpulan Kembara Bahasa, 1 April 2012.

Bahasa Melayu Memiliki Lebih Sejuta Istilah

Pedoman Bahasa (JPEG) 087. Kosa Kata dan Istilah.
“Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah menonjolkan kemampuannya sebagai wadah penyampai ilmu dalam pelbagai bidang. Untuk menyokong peranan tersebut, jutaan istilah dan kosa kata dalam bahasa Melayu telah dicipta. Dalam hal ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku badan yang diberikan tanggungjawab untuk mengembangkan bahasa Melayu turut memainkan peranannya. Sehingga kini,  DBP telah menghasilkan lebih daripada sejuta istilah pelbagai bidang ilmu, dan sebanyak 868 104  daripadanya telah diterbitkan dalam 226 buah daftar istilah dan glosari istilah serta 51 buah kamus istilah. Selain itu, DBP juga telah menerbitkan buku pelbagai bidang dalam bahasa Melayu.” – Zaidi Ismail, “Bicara Bahasa: Kembalinya Kuasa Bahasa Melayu?”, Dewan Bahasa, April 2011.

31 Mac 2012

E-mel, Meng-e-melkan dan [meng.i.mél.kan] Persis


Pedoman Bahasa (JPEG) 086. Ejaan Kata Pinjaman.
Petikan:

1. Ejaan yang baku ialah “e-mel”. Tanda sempang memisahkan suku kata “e” dengan suku kata “mel”. Ejaan yang baku ini tersenarai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KDEK), Kamus Pelajar dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (DKBM).

2. Pedoman Umum Ejaan Rumi menyatakan, tanda sempang dapat digunakan untuk memperjelas hubungan bahagian-bahagian ungkapan seperti “ber-evolusi” dan “ber-revolusi”. Selain itu, tanda sempang digunakan juga untuk unsur bahasa asing seperti “meng-upgrade-kan” dan “di-charter”. Kita dapati KDEK dan Kamus Pelajar mematuhi pedoman ini. Jadi, ejaan “meng-e-melkan” dalam kedua-dua kamus itu baku. DKBM tidak mematuhi pedoman ini. Jadi, ejaan *“menge-melkan” tidak baku

3. Dari segi sebutan pula, terdapat Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu untuk kita rujuki. Pedoman ini menyatakan, “sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki supaya setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu”. Dengan berdasarkan pedoman ini, sebutan yang baku bagi kata terbitan “meng-e-melkan” ialah [meng.i.mél.kan].

4. Berdasarkan contoh yang di atas, huruf “e” dalam perkataan “e-mel” dan terbitannya bertaraf suku kata. Walau bagaimanapun, sebutan bagi huruf “e” itu bukanlah bunyi e pepet atau e taling. Sebaliknya, yang kita sebut ialah nama huruf itu. Perkataan contoh lain yang sama dengan perkataan ini ialah e-buku, e-dagang dan e-penerbitan. Huruf lain yang kita sebut nama hurufnya juga ialah “k” seperti dalam k-ekonomi. Hal ini merupakan perkembangan baharu dalam bahasa kebangsaan kita.


Mohd Isa Abd Razak, “Emel, E-Mel atau E-mel”, Dewan Bahasa, November 2011, halaman 50 – 51.

Lekeh Sangatkah Bahasa Melayu? - Peguam


Pedoman Bahasa (JPEG) 085. Kumpulan Kembara Bahasa 31 Mac 2012.

 Ini tulisan peguam yang membantu tokoh bahasa kita (yang menentang PPSMI), khususnya hal yang berkaitan dengan “Perhimpunan 100,000 Rakyat” pada 7 Mac 2009. Klik.

30 Mac 2012

Bahasa Melayu Dijunjung, Bahasa Inggeris Dikelek


Bahasa Melayu Dijunjung
Pedoman Bahasa (JPEG) 084. Kumpulan Kembara Bahasa 11 Mac 2012.


Bahasa Inggeris dikelek, bukan dijunjung. Janganlah pula bahasa Inggeris dijunjung, bahasa sendiri diinjak.
 Surah Al-Hujrat (49), Ayat 13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya dalam kalangan kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).



26 Mac 2012

Nama Bahasa Melayu Kekal

Pedoman Bahasa (JPEG) 083a. Kumpulan Kembara Bahasa 24 Mac 2012.
Sumber: Facebook Profesor Abdullah Hassan

“Penggunaan nama mata pelajaran Bahasa Malaysia mesti diubah kepada Bahasa Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara.” - Resolusi 1, KONPEN, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, 20 – 22 Mac 2012.

12 Mac 2012

Pelajari, Dalami dan Banggai Bahasa Melayu – Sasterawan Negara

Pedoman Bahasa (JPEG) 082. Minda Tokoh/Pejuang/Ahli/Pencinta Bahasa Melayu.
Lampiran
Nilai Sebenar Bahasa Melayu
Oleh Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, Mingguan Malaysia, 28 Disember 2008

11 Mac 2012

Mansuhkan PPSMI!


Pedoman Bahasa (JPEG) 081. Minda Tokoh/Pejuang/Ahli/Pencinta Bahasa Melayu.
 Butirannya di sini.

PPSMI: Pendirian Kerajaan Goyah - Sasterawan Negara


Pedoman Bahasa (JPEG) 080. Minda Tokoh/Pejuang/Ahli/Pencinta Bahasa Melayu.
 

27 Ogos 2011

Insya-Allah, Masya-Allah, Subhanallah dan Lain-lain

Pedoman Bahasa (JPEG) 079. Ejaan Kata Pinjaman Arab.

1. Ada tanda sempang antara perkataan “insya” dan “masya” dengan “Allah” untuk membentuk kata “insya-Allah” dan “masya-Allah”. Penggunaan tanda sempang ini sepadan dengan perkataan “hamba-Mu”, “rahmat-Nya” dan “se-Malaysia”.

2. Huruf pertama perkataan “Allahyarham”, “Allahyarhamah” dan “Subhanallah” menggunakan huruf besar.

3. Unsur yang berwarna hijau sudah saya sunting. Dalam DKBM huruf pertama perkataan nombor 11 ialah huruf kecil. Pihak Khidmat Nasihat Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (KNB DBP) menyatakan bahawa perkataan ini ialah nama khas dan penulisannya ada seperti dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KDEK).

4. Bagi perkataan nombor sembilan dan sebelas, unit [la] saya tukar menjadi [lah]. Pandangan pro dan kontra rakan-rakan tentang hal ini amat saya hargai.

5. DKBM tidak menggunakan L untuk melambangkan sebutan tebal. Penggunaan huruf/lambang L bagi huruf tebal wajar dipertimbangkan bagi edisi ketiga. Nyatakan sama ada tuan/puan bersetuju atau tidak dengan pandangan ini. Catatkan sedikit hujah.

Lampiran A

Makna yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (disunting).

1.   insya-Allah jika diizinkan Allah.
2.   masya-Allah apa-apa yang dikehendaki Allah.
3.   alhamdulillah segala pujian bagi Allah.
4.   Allahyarham kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan daripada keluarga diraja) yang sudah meninggal.
5.   Allahyarhamah kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan daripada keluarga diraja) yang sudah meninggal.
6.   astaghfirullah Ya Allah, ampunilah aku (disebutkan juga sebagai menyatakan kehairanan, terkejut dan sebagainya).
7.   radiallahuanhu moga-moga Allah memberi keredaan kepadanya (disebut sesudah menyebutkan nama khalifah Abu Bakar, Umar, Othman, dan Ali).
8.   Subhanallah Maha Suci Allah. (Ungkapan menandakan rasa takjub atas kebesaran dan keagungan Allah.)
9.   wallahuaklam dan Allah jua yang lebih mengetahui.
10. zikrullah amalan mengingati atau menyebut nama Allah (sama ada dalam hati atau dengan lidah).
11. Sallallahualaihiwasallam moga-moga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan ke atasnya (dikatakan setelah menyebut nama Nabi Muhammad). Kependekannya SAW.