24 Mac 2009

Notis Hak Cipta dan Huraiannya

Notis Hak Cipta
Tulisan dalam blog ini boleh disiarkan semula tanpa tujuan komersial. Catatkan nama penulis dan sumbernya http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/. Jikalau sesuatu masukan (artikel, video, imej dll.) jelas ada nama penulis/sumber, nama penulis/sumber itu hendaklah dicatatkan. ©Mohd Isa bin Abd Razak @Blog Sambung-menyambung 2009.


Huraian

1. Lebih 90 peratus karya (tulisan, imej, video dan lain-lain) dalam blog ini ialah karya saya sendiri. Saya sengaja memaparkan nama saya pada sesetengah tulisan sebagai penegasan. Sila maklum, tulisan yang tiada nama penulis ialah karya saya juga. Saya membenarkan sesiapa menerbitkan semula tulisan saya dalam blog ini dan menyebarkannya seperti yang tercatat dalam notis hak cipta di atas dan pada kaki blog ini.

2. Dalam blog ini ada juga karya rakan dan bekas pelajar saya. Semua karya itu sudah disunting. Hak cipta karya yang sudah bersunting dan diterbitkan itu saya serahkan kepada penulisnya. Bagaimanapun, hak untuk menerbitkan semula karya itu dipegang oleh Blog Sambung-menyambung. Sebagai pemilik blog, saya membenarkan sesiapa menerbitkan tulisan itu semula dan menyebarluaskannya seperti yang dinyatakan dalam notis hak cipta di atas dan pada kaki blog ini.

3. Sebahagian kecil tulisan dalam blog ini ialah karya penulis atau sumber yang dinyatakan. Sila maklum, saya sudah memperoleh kebenaran untuk menyunting dan menyiarkan karya itu daripada individu atau sumber yang berkenaan. Penerbitan semula dan penyebarluasan karya dalam kategori ini hendaklah dengan kebenaran individu atau sumber asal.

4. Bagi karya yang berupa petikan, karya itu dipetik daripada sumber tertentu dan sumber itu saya catatkan. Jikalau ada pautan, pautan itu juga saya paparkan secara jelas atau terdapat pada perkataan atau ungkapan. Petikan yang diterbitkan pula kebanyakannya hanya sebahagian kecil daripada sumber asal. Penerbitan semula petikan yang berkenaan hendaklah mengandungi sumber asal dan alamat blog ini.

5. Sebahagian kecil karya seperti siaran akhbar sudah menjadi milik awam. Karya seperti ini bebas disiarkan semula.