30 April 2009

Format Kertas Kerja Projek

Format kertas kerja projek (KKP) berbagai-bagai, bergantung pada kehendak pihak yang akan meluluskan projek itu. Misalnya, KKP yang akan dikemukakan kepada pihak bank berbeza sedikit dengan kertas kerja yang akan dikemukakan kepada pengurus sekolah.

Dalam alam pendidikan, KKP mempunyai kandungan yang hampir sama seperti tajuk, penganjur, rasional, tujuan, tarikh pelaksanaan, kumpulan sasar, senarai jawatankuasa, jadual pelaksanaan dan perbelanjaan.

Pendahuluan boleh juga dimasukkan. Apabila ada pendahuluan tentulah ada penutup. Jikalau projek itu berupa peningkatan projek yang sedia ada, latar belakang projek yang terdahulu perlu dimasukkan. Bagi projek tertentu, tema projek elok dinyatakan.

Perincian tugas bagi setiap jawatankuasa dan individu boleh juga dimasukkan dalam kertas kerja itu. Butiran lengkap sesuatu kandungan atau subtajuk yang terlalu panjang seperti senarai jawatankuasa, senarai tugas mereka, butiran perbelanjaan, borang, lakaran, rajah, dan jadual elok dijadikan lampiran.

Untuk Cikgu Mohd Ariffin, di bawah ini diberikan beberapa contoh format KKP. Sesuaikan contoh ini dengan keperluan cikgu.

Format KKP Ab. Rahman dan Yap
Bahasa Melayu: Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Umum, 1998
1. Tajuk
2. Rasional
3. Objektif/Matlamat
4. Jangka Masa Pelaksanaan
5. Kumpulan Sasar
6. Andaian (Kekangan)
7. Sumber Kewangan
8. Jawatankuasa
9. Senarai Tugas
10. Pelaksanaannya

Format KKP Ab. Alim
Pengurusan Kokurikulum dan Badan Beruniform, 1999
1. Pendahuluan
2. Objektif dan Matlamat
3. Tema
4. Tempat
5. Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan
6. Perasmi
7. Bilangan Penyertaan dan Kategori
8. Bayaran
9. Jawatankuasa Kerja
10. Jawatankuasa Kecil
11. Perbelanjaan
12. Pendapatan
13. Penutup
14. Lampiran

Format KKP Institut Pendidikan Guru (IPG)
Sebuah IPG hanya memerlukan butiran minimum seperti yang berikut:
1. Tajuk
2. Rasional
3. Matlamat
4. Objektif
5. Tarikh dan Masa
6. Sasaran
7. Ahli Jawatankuasa
8. Program
9. Kewangan

Format KKP Perkhemahan Sekolah
1. Pendahuluan
2. Objektif
3. Tema Perkhemahan
4. Tempat
5. Tarikh Perkhemahan
6. Tarikh Perasmian
7. Jumlah Peserta
8. Bayaran Penyertaan
9. Sijil dan Hadiah
10. Jawatankuasa Pengelola
11. Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan
12. Jawatankuasa Kecil Aktiviti
13. Anggaran Perbelanjaan
14. Anggaran Pendapatan
15. Atur Cara Aktiviti

Tiada ulasan: