Terkini: Long Atan Si Perokok Tegar
Islam tidak membenarkan penganutnya merosak, menyakiti atau mengganggu orang lain. Larangan ini cukup jelas, Kalau terhadap orang lain tidak dibenarkan melakukan hal-hal buruk tersebut, maka terhadap diri sendiri tentu lebih dilarang lagi.
Merokok, misalnya, telah disepakati sebagai satu tabiat yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan jasmani, akal dan membazirkan wang yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain. Tembakau yang menjadi bahan rokok mengandungi pelbagai jenis racun yang berbahaya seperti nikotin, gas karbon oksida dan seft. Jadi, bagaimana Islam meletakkan hukum terhadap perbuatan merokok dan bahan rokok ini? Buku Hukum Merokok oleh Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’lrly terbitan Pustaka al-Mizan, Kuala Lumpur menerangkannya kepada pembaca secara panjang lebar.
Di bawah tajuk "Sepatah Kata", penerbit buku ini menulis: "Tabiat merokok barangkali boleh dijadikan satu contoh yang tidak ditemui nas yang khas menetapkan hukumnya. Maka ramai orang yang tidak setuju jika ada yang mengatakan merokok hukumnya haram. Pada umumnya orang menganggap hukum merokok hanya makruh, sama dengan memakan makanan yang baunya tidak sedap seperti makan bawang, jering dan sebagainya." (halaman viii)
Antara petikan menarik yang terdapat dalam buku ini pula adalah seperti yang berikut:
"Bahaya rokok boleh menimpa tubuh, akal adalah perkara yang sudah jelas. Kerana itu merokok adalah haram, dilarang melakukannya dan disuruh supaya menyeru orang lain meninggalkannya." (halaman 18)
"Sebelum berlaku kerosakan budi pekerti di kalangan umat Islam, tidak pernah seorang wanita terhormat merokok. Sungguh kami pernah tinggal di Moroko, negara Islam, selama hampir tiga puluh tahun, kami tidak pernah melihat seorang wanita pun merokok kecuali wanita-wanita yang berada di lokasi pelacuran.
Ini satu dalil bahawa merokok itu menurunkan harga diri." (halaman 22)
"Bahawa rokok itu juga mengganggu isterinya, kerana bau mulutnya jika dia menciumnya; kerana mulutnya tidak bebas daripada bau rokok yang busuk itu sedangkan mengganggu isteri itu dilarang sebagaimana yang diketahui dalam syariat." (halaman 26)
Buku nipis yang mengandungi 28 halaman ini berharga dua ringgit--lebih murah daripada harga sekotak rokok tertentu.
Nukilan Cikgu Isa dalam Gerak Usrah, 1998 - 2008.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan