01 Julai 2009

PPSMI Merugikan Negara – MB Johor

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) amat merugikan negara, kata Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Abdul Ghani Othman, merangkap Pengerusi Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA).

Beliau berkata demikian dalam ucapannya kepada peserta Kolokium PPSMI di Shah Alam pada 27 Jun lalu. Ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah Eksekutif PEMBINA, Datuk Abdul Raof Hussin.

Menurut Datuk Haji Abdul Ghani, kajian PEMBINA menunjukkan PPSMI menimbulkan petaka berganda kepada murid-murid Melayu dan juga bukan Melayu, di bandar dan juga di luar bandar.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa pelaksanaan PPSMI akan menyebabkan hilangnya identiti bangsa dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu,” katanya.

Teks ucapan beliau dapat diakses di sini.

Tiada ulasan: