07 Julai 2009

Ucapan Salam - Panduan Pelita Bahasa

Ruangan soal jawab bahasa majalah Pelita Bahasa keluaran Ogos 2007, menyiarkan pertanyaan seorang pembaca tentang maksud empat ugkapan yang berkaitan dengan salam. Penjelasan pengelola ruangan itu, Puan Aziah Tajudin, adalah seperti yang di bawah.

1. Salam sejahtera membawa maksud semoga aman, tenteram, senang atau makmur dan terpelihara daripada bencana dan kesusahan.

2. Salam bahagia pula membawa maksud semoga berbahagia, iaitu senang, aman, damai dan gembira.

3. Salam hormat pula digunakan untuk menunjukkan rasa hormat atau untuk menyatakan bahawa kita memandang tinggi terhadap orang yang diberi ucapan itu.

4. Salam muhibah pula membawa maksud bahawa kita menunjukkan rasa persahabatan dan kemesraan dan hubungan yang melambangkan kasih sayang.

Seterusnya Puan Aziah menyatakan, terpulanglah kepada individu untuk memilih ucapan salam yang sesuai, termasuk ketika mengendalikan majlis tertentu.

Tiada ulasan: