28 Ogos 2009

Kata Ganti Singkat “Kau”

Soalan
Dalam Nahu Kemas Kini (2009) Asmah menggunakan perkataan rumahkau. Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu (2008), beliau mengemukakan ayahkau sebagai perkataan contoh ganti nama milik. Dalam buku Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah (2009), Abdullah memberikan sembilan perkataan contoh yang menunjukkan kata singkat kau digunakan di akhir kata nama, iaitu adikkau, kegemarankau, kejayaankau, kemajuankau, pembantukau, penaungkau, penolongkau, rumahkau dan sekolahkau.

Apakah pandangan DBP?

Jawapan
Sememangnya begitulah cara kata ganti singkat ditulis. Dan ada antara rujukan yang dinyatakan di atas terbitan DBP. (Khidmat Nasihat Bahasa, DBP, 25 Ogos 2009)

Nota
Bandingkan jawapan KNB ini dengan panduan Pelita Bahasa, Ogos 2009: “Kata singkat kau digunakan di awal kata sahaja, seperti dalam ayat 1: Lukisan yang kaulukis itu sungguh cantik.”

Tiada ulasan: