01 Oktober 2009

Bersama-sama Memikul Tanggungjawab Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

Menurut Profesor Ding Choo Ming, semua rakyat Malaysia mesti bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita di Internet.

“Tanggungjawab itu tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Pendidikan, atau Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sahaja, tetapi rakyat Malaysia yang sayang akan bahasa kebangsaan, tidak kira sama ada dia pejuang bahasa, pengguna bahasa, pengajar bahasa, pelajar bahasa, jurutera, arkitek, penulis, penerbit, pembina pangkalan data, menteri, pegawai, ataupun mandur. Kita tidak boleh mengharapkan sokongan dan sumbangan orang asing dari luar alam Melayu untuk mempertahankan dan memodenkan bahasa kebangsaan kita. Sebaliknya, tanggungjawab itu harus dipikul bersama oleh semua rakyat Malaysia. Kitalah yang seharusnya menentukan nasib dan masa hadapan bahasa kebangsaan kita. Sumbangan positif daripada setiap pencinta bahasa kebangsaan lengkap-melengkapi, walau sekecil mana sekalipun sumbangan itu.”
Profesor Ding Choo Ming, “Bahasa Kebangsaan dalam Era Siber”, Dewan Bahasa, November 2003, halaman 20 – 21.

Pedoman Bahasa (JPEG) 062. Minda Tokoh/Pejuang/Ahli/Pencinta Bahasa Melayu.

Tiada ulasan: