29 Disember 2009

Sebutan: [me.nya.nyi] atau [men.nya.nyi]?

Kita sudah biasa menyebut perkataan “menyanyi” sebagai me-nya-nyi. Imbuhan me- kita ucapkan sebagai satu suku kata. Hal ini bersesuaian dengan panduan sebutan perkataan “menyanyi” yang terdapat dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM): Rumi-Sebutan- Jawi, Edisi Kedua terbitan tahun 2008. Dalam DKBM, transkripsi sebutan bagi perkataan “menyanyi” ialah [me.nya.nyi]. Tegasnya, imbuhan bagi perkataan ini ialah me- dan kita ucapkan sebagai satu suku kata.

Kini ada penyanyi menyebut perkataan “menyanyi” sebagai *men-nya-nyi. Cukup jelas kedengaran suku kata pertama perkataan disebut men-, seolah-olah imbuhan itu men- dan bukannya me-. Sebutan ini bercanggah dengan morfologi bahasa Melayu dan panduan yang terdapat dalam DKBM.

Perlakuan seperti ini mesti dihentikan. Media elektronik kerajaan wajar menghentikan penyiaran lagu yang berkenaan. Jikalau perkara ini dibiarkan, nanti akan kedengaran pula sebutan *men-nyapu, *men-nyapa, men-nyala dan *sebagainya.

Tiada ulasan: