05 Ogos 2011

Catatan Pengalaman Berusrah

1992, Abu Saufi (penunjuk jalan dan pengenal pasti kayu tas dan tongkat ali) bersama-sama dengan naqib dan anak usrah daerah.
Saya sudah menyiarkan beberapa catatan pengalaman berusrah di blog dan buku wajah saya. Antara catatan itu termasuklah dua karya saya, iaitu “Berusrah Kali Pertama” dan “Berusrah Kali Kedua”. Antara karya rakan saya pula termasuklah “Usrah Nukleus Tarbiyah” oleh Puan Arni Nasir, “Pengisian Usrah Helwa Negeri” oleh Puan Anisah Hashim dan “Berusrah di Pejabat Pada Waktu Makan” oleh Puan Zaitun Said.

Saya dapati pengunjung blog dan rakan-rakan buku wajah saya suka akan catatan itu. Oleh hal yang demikian saya bercadang untuk meneruskan usaha ini. Saya sendiri, insya-Allah, berazam untuk menghasilkan beberapa catatan. Antara bahan yang sudah saya fikirkan termasuklah satu dua kisah usrah daerah dan usrah badan kebajikan pensyarah.

Selain itu, saya juga sudah mula memikirkan kemungkinan untuk menjadi pengalaman menghadiri/mengurus aktiviti yang berkaitan dengan usrah sebagai catatan kreatif. Antara aktiviti itu termasuklah menghadiri ijtimak di Kota Kinabalu pada tahun 1983, pengendalian rehlah/munazirah pada pertengahan tahun sembilan puluhan dan pengendalian latihan bina insan Rabbani pada tahun 1997.

Saya berharap rakan-rakan dapat berkongsi pengalaman masing-masing. Pengalaman itu eloklah dijadikan nota buku wajah. Nota itu moleklah dipersembahkan dengan gaya yang tersendiri. Gaya itu termasuklah penggunaan dialog, monolog dan pemerian dengan berdasarkan pancaindera.

Sebaik-baiknya nota itu dalam lingkungan 500 patah perkataan. Baik benar disisipkan ayat al-Quran, petikan hadis, sedutan madah ulama dan sebagainya. Surah dan nombor ayat al-Quran hendaklah dicatat dengan jelas. Demikian juga sumber hadis, kitab dan sebagainya, perlu dicatatkan.

Selain pengalaman menghadiri usrah, pengalaman menguruskan usrah dan perkara yang berkaitan dengan usrah seperti sokongan atau penentangan pihak tertentu, insiden semasa dalam perjalanan untuk menghadiri usrah dan sebagainya dapat juga menjadi bahan tulisan.

Mereka yang belum pernah menghadiri usrah pula dapat menukilkan tanggapan diri sendiri tentang usrah.

Saya berharap ada rakan bersedia menyahut seruan ini. Harapan yang teristimewa saya tujukan Puan Arni Nadhirah yang sudah menghasilkan catatan kedua. Saya doakan puan mampu menghasilkan catatan ketiga dan seterusnya.

Harapan yang tinggi saya tujukan kepada Puan Zaitun Said, Cikgu Zizie Ali, Cikgu Abdul Jalil Haji Ariffin, Ustaz Mohd Zaib, Cikgu Ronnie Pengulin, Cikgu Abd Gani Abd Jali, Cikgu Yunus Gudabas, Cikgu Anita Soga, Tuan Mohd Ashrafi Harumin, Puan Ara Aranam, Cikgu Hariani Ibrahim, Cikgu Nani Md Bakir dan Cikgu Suarno Suradi dan Ustazah Zubai Munsi.

Sudah pasti saya juga menunggu untuk membaca luahan rasa Cikgu Hasfar Mat Zain, Puan Rosmiaty Shaari, Ustazah Zubaidah Sulaiman, Ustaz Abdul Sattar, Ustaz Muhd Rusli Ismail, Cikgu Gulu Kiasu, Cikgu Salleh Semerak, Cikgu Azmidah Abu Yamin dan rakan-rakan yang lain. Saya mohon maaf kepada mereka yang tidak namanya tidak disebut. Alasan saya ialah senarainya terlalu panjang.

Saya berharap para penulis membenarkan saya untuk menyunting dan menyiarkan catatan itu di blog dan buku wajah saya.

Wallahuaklam. Wassalam.

Tiada ulasan: