09 September 2011

Profesor Dato’ atau Dato’ Profesor?


Profesor Emeritus Datuk
Dr. Nik Safiah Karim
1. SOALAN: Profesor Dato' atau Dato' Profesor? JAWAPAN: Lazimnya dalam protokol dan adat istiadat, jawatan profesor mendahului gelaran Dato' seperti YBhg. Profesor Dato' Mustafa bin Muhammad. Walau bagaimanapun protokol ini tidak diikuti sepenuhnya kerana penerima boleh memilih untuk mendahului jawatan daripada gelaran atau sebaliknya mendahului gelaran daripada jawatan. (Khidmat Nasihat Bahasa DBP, 9 September 2011)

2. SOALAN: Katakan Profesor Datuk Dr. Hajah X ialah penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK). (1) Dalam konvokesyen UMS panggilannya Datuk Prof. Dr. Hajah X atau Prof. Datuk Dr. Hajah X? (2) Bagaimanakah pula panggilan untuk beliau dalam majlis rasmi anjuran Kerajaan Negeri Sabah yang dihadiri oleh TYT? JAWAPAN: Profesor Datuk. Gelaran “Datuk Profesor” tidak ada dalam protokol Negeri Sabah. (Tuan Haji Yahamad Budin, Jabatan Ketua Menteri Sabah, 9 September 2011)

3. Sebagai penulis, susunannya ialah Profesor Dato’. Hal ini bergantung pada jenis penulisan dan gaya sesuatu penerbitan. Dalam berita, susunan yang lazim ialah Profesor Dato’ juga. Namun ada akhbar menggunakan gelaran sekali sahaja. Kemunculan nama itu seterusnya dalam berita yang sama tanpa gelaran.

4. Data dalam lampiran A1 mengesahkan maksud perenggan 1 – 3. Data dalam lampiran A2 dapat dianggap ralat.

5. Mungkinkah ada gelaran “Datuk Profesor” dan “Dato’ Profesor” di negeri-negeri tertentu?

Lampiran A1
Prof. Datuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=%22Prof.+Datuk%22 (20)
Prof. Dato’ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=%22Prof.+Dato%27%22 (5)

Lampiran A2
Datuk Prof. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=%22Datuk+Prof.%22 (2)
Dato’ Prof. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=%22Dato%27+Prof.%22 (1)


Lampiran B
Datuk II 1. gelaran kehormat kepada orang yang berpangkat atau bermartabat tinggi (yang biasa¬nya menjadi pembesar negeri): Datuk Bendahara; Datuk Paduka Raja; Datuk Panglima; Datuk Temenggung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu (sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara); Datuk Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; Datuk Patinggi gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu; Datuk Seri gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat, h. 319)

Dato’ gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu (sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara); Dato’ Seri gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu; Dato’ Sri gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Sultan Pahang kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat, h. 319)

Lampiran C


Anugerah dan Gelaran

Persekutuan
SMN, SSM – Tun, Toh Puan; PMN, PSM – Tan Sri, Puan Sri; PJN, PSD – Datuk, Datin

Negeri
1. Johor (1886): DK – Tun, Toh Puan; SPMJ, SSIJ, DPMJ, DSIJ – Dato’/Datin Paduka, Datin Dato’ (diikuti dengan nama suami)

2. Kelantan (1916): SPMK, SJMK, SPSK, SPKK, DPMK, DJMK, DPSK, DPKK – Dato’, Datin

3. Kedah (1931): SPMK, SSDK – Dato’ Seri, Datin Seri; DHMS – Dato’ Paduka, Datin Paduka; DPMK, DSDK – Dato’, Datin

4. Negeri Sembilan (1950): SPTJ – Dato’ Seri, Datin Seri; SPNS – Dato’ Seri Utama, Datin Seri; DPTJ, DSNS – Dato’, Datin

5. Perak (1951): SPCM, SPTS, SPMP – Dato’ Seri, DPCM, DPTS, DPMP – Datin Seri; Dato’, Datin

6. Selangor (1951): SPMS, DPMS, SSSA, DSSA, Dato’/Datin Paduka, Datin

7. Terengganu (1951): SSMT – Dato’ Seri, To’ Puan Seri; SPMT, DSMT, DPMT – Dato’, To’ Puan

8. Pahang (1952): SSAP – Dato’ Seri, Datin Seri; SIMP, DSAP, DIMP – Dato’, Datin

9. Perlis (1953): SSPJ – Dato’ Seri Diraja, Datin Seri Diraja; DPMP – Dato’ Seri, Datin Seri; DSPJ – Dato’ Paduka, Datin Paduka; DPMP – Dato’, Datin

10. Pulau Pinang (1959): DUPN, DGPN – Dato’ Seri, Datin Seri; DMPN, DSPN – Dato’, Datin

11. Melaka (1962): DUNM – Datuk Seri Utama, Datin Seri Utama; DGSM – Datuk Seri, Datin Seri; DCSM – Datuk Wira, Datin Wira; DMSM – Datuk, Datin

12. Sabah (1963): SPDK – Datuk Seri Panglima, Datin Seri Panglima; PGDK – Datuk, Datin

13. Sarawak (1964): DP – Datuk Patinggi, Datin Patinggi; DA – Datuk Amar, Datuk Amar; PNBS – Datuk, Datin; PGBK – Datuk, Datin Paduka

Susunan: ANUGERAH – lelaki/wanita, isteri

Rujukan: Protokol di Malaysia, Tradisi dan Amalan (DBP, 1999). Pembaca hendaklah merujuki buku edisi kedua (2007) bagi mendapatkan maklumat yang terkini.

Tiada ulasan: