08 Jun 2012

Petikan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Disemak 1978, Pindaan dan Perluasan 1995


(Perkataan dan frasa yang berhuruf condong sudah disunting.)

Tujuan-tujuan

5 (1) Tujuan-tujuan Lembaga adalah --

(i) untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;

(ii) untuk memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;

(iii) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan bentuk-bentuk lain kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;

(iv) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;

(v) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan

(vi) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa;

5(2) Bagi maksud perenggan (1) (v) dan (vi), “untuk menggalakkan” termasuklah memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan.

Lampiran 1
Petikan Akta 213, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Disemak 1978)
(Dikanunkan dalam tahun 1959 sebagai Ordinan No. 25 tahun 1959.)

Petikan ini tidak disunting.

Tujuan-tujuan

5. Tujuan-tujuan Lembaga ialah --

(i) untuk memperkembang dan *memperkayakan bahasa kebangsaan;

(ii) untuk *memperkembangkan bakat *sastra, khususnya dalam bahasa kebangsaan;

(iii) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan *lain-lain bentuk *kesusastraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;

(iv) menstandardisasikan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah teknik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Lampiran 2
Petikan Akta A930 Akta Dewa Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995

Pindaan seksyen 5.

7. Seksyen 5 Akta ibu adalah dipinda --

(a) dengan menggantikan perenggan (i) dengan perenggan yang berikut: “(i) untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;”,

(b) dalam perenggan (iv) -- (i) dengan menggantikan perkataan “menstandardisasikan” dalam teks bahasa kebangsaan dengan perkataan “untuk membakukan”; (ii) dengan memotong perkataan “teknik”; dan (iii) dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah;

(c) dengan memasukkan selepas perenggan (iv) perenggan yang berikut: “(v) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan (vi) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang *berkuatkuasa”; dan

(d) dengan menomborkan semula seksyen 5 sebagai subseksyen 5(1) dan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(2) Bagi maksud perenggan (1) (v) dan (vi), “untuk menggalakkan” termasuklah memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan.”.

Tiada ulasan: